2007-11-30

Prolonged Jaundice..

Pouty

Current mood : TIRED!!!



Assalamualaikum..
Lama gak nad X update blog kan??
Maybe sbb seronok lagi main² ngan baby dr blogging kot??
Hahaha..
:P

Actuallynya nad X bnyk masa mcm dulu..
Ye la..
Skrg tanggungjawab dah lebih..
Ada baby yg perlu dijaga & dibelai..
:D

Well..
Nad nak cerita sikit ni..
Minggu ni keja nad ke klinik je..
Sbb nad tgk Idlan mcm kena kuning balik..
Hari rabu tu gi ada kuning tapi rendah..
Bacaan birubilin dia is 11.2..
Pagi tadi bila pergi klinik balik bacaan dia 12.3..
Makin naik..
Terus doc klinik tu suruh bawa ke UM..
Tengok apa kena..

Katanya baby yg dah sebulan ni biasanya bacaan bawah 10..
Kalau umur baby lebih dr 2 minggu but still have jaundice dipanggil Prologed Jaundice..
Sbb biasanya kuning habis selepas 2 weeks old..

Lepas ke klinik terus nad ke UM..
Jumpa pakar kanak-kanak..
Apa lagi..
Kena amik darah lagi la..
6 botol dia amik..
Alhamdullilah kali ni X lama..
Darah Idlan keluar laju je keluar..
Cucuk pun sekali je..
Melalak memang la..
Tapi lepas nad peluk dia terus dia diam..
Terus tido plak tu..
:D

Doc kata kemungkinan dia ada jaundice ni mcm²..
Maybe sbb liver dia X matang..
Or buah pinggang X bole nak proses dgn betul..
Or maybe darah dia sendiri X matang..
Org punya darah bentuk bulat²..
Maybe Idlan punya darah bentuk lonjong ke, bengkang-bengkok ke..
Ada juga kemungkinan yg masa nad mengandung ada jangkitan dlm rahim..
Sbb doc kata masa nad mengandung nad pernah kena flu & demam and keluar bintik² merah kat badan..
Mcm² kemungkinan dia ckp kat nad..
Sampai nad sendiri dah X ingat apa selebihnya..

Nad perasan Idlan ni kena kuning balik dr minggu lepas..
Tapi X bawa ke klinik pun..
Sbb kuning dia mcm on and off..
Kekadang pagi tu nmpk kuing sgt..
Tapi bila dah masuk petang Xde langsung kuning dia..

Nak ckp Idlan X sihat Xde la plak..
X pernah muntah²..
Brestfeeding pun makin bnyk..
Tido nyenyak je..
Malam ke siang sama je..
Kecuali masa kembung..
Tapi sejak lahir dia kena kembung X sampai 4 kali pun..
Air kencing mcm biasa..
Najis plak kuning gold..
Semuanya normal..
X mcm sakit pun..

Well..
Hari isnin ni nad kena tadah air kencing Idlan..
lepas tu hantar ke UM..
Jumaat nnt baru gi jumpe doc amik result..

Ya Allah!!
Banyaknya dugaan yg kau berikan kepada ku..
Risau nad bila tau Idlan sakit sebenarnya..
Kecik lagi dah sakit..
Tapi alhamdullilah dia X meragam bnyk..

Ok la guys..
Nad nak kena tukarkan lampin Idlan..
Lepas tu susukan dia..
Nnt nad akan updatekan news about Idlan..
Doakan Idlan semakin sihat ye..
Bye all..
:D

Daisypath Anniversary Years PicDaisypathAnniversary Years Ticker
Daisypath Next Anniversary PicDaisypathNext Anniversary Ticker


Lilypie Breastfeeding Ticker

2007-11-24

Ibu atau Pasangan..??

Mommy & Baby

Current mood : TIRED!!!

Assalamualaikum..
Just wanna share what my friend send to me..
Ibu atau pasangan??


Dear all,

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja.. aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku …ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu


Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu…Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu!”
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu


Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine.. Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu…
aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu ….. aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. …aku nak talipon Ibu
Selalu …aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku


Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". Berderai air mata aku. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi.. bukan lima puluh ringgit.. lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu Alfatihah, alfatihah, alfatihah.




Lilypie Breastfeeding Ticker

2007-11-21

'Biji Sawan' & Berkhatan..

Woman In Rollers

Current mood : GOOD!!!

Assalamualaikum..
Hi all!!
Saja je nad nak update..
Well..
For your info Idlan punya kepala & dahi ditumbuhi dgn biji² kecil warna putih..
Bila nad cuba picit dia keluar air..
Cuak gak nad memula..

Hari isnin lepas nad gi klinik..
Doc tu kata ada setengah baby mmg kena mcm ni..
Katanya org melayu panggil 'biji sawan'..
Nad terkejut gak memula dengar..
Sampai nad tny 2 kali..
Doc kata mmg ada baby yg akan kena mcm tu..
Ada baby yg makin lama makin hilang..
Ada gak yg makin lama makin bnyk..

Idlan plak nad tgk makin lama makin bnyk tumbuhnya..
Doc kata jgn risau..
Just sapukan baby oil..
Doc juga bagi krim sapu..
So skrg selain nad sapu baby oil kat kepala Idlan nad juga sapu krim tu..
And alhamdullilah makin lama nad tgk biji² tu semakin hilang..
:D

Nad ingat nad nak khatankan Idlan masa baby..
Senang sikit..
Mcm adik nad Muaz pun berkhatan masa baby..
Org ramai pun ckp kalau khatan baby masa kecik nnt baby cepat malu & matang..
Nad nak cari tmpt yg bole khantankan baby masa kecik..
Masa nad kat HUKM nad tny nurse kat situ..
Dia kata mmg HUKM X khatan baby..
Dia suruh nad cari kat tmpt lain..

Dulu muaz khatan kat PUSRAWI..
Sbb muaz lahir kat sana..
Nad nak khatankan kat PUSRAWI bole..
But nad nak cuba cari tmpt lain gak..
Sbb nad X pernah dgr hospital selain PUSRAWI yg khatankan baby..
Ada sesiapa tahu X kat mana lagi bole khantankan baby??
:D



Lilypie Breastfeeding Ticker

2007-11-15

Last Checkup For Idlan Shafy..

Phew

Current mood : RELIEVED!!!



Assalamualaikum..
How r u guys doing?
Me??
Im doing fine..
Semakin sihat alhamdullilah..

Actually nad baru balik dr UM tadi..
Gi checkup utk Idlan..
Alhamdullilah Idlan dah Xde kuning lagi..
Doc kata dia dah ok..
Dah X payah dtg UM lagi..
And Idlan X kena cucuk utk amik darah lagi..

Masa amik darah tu pun doc X tau nak amik dr mana dah..
Katanya sbb urat darah Idlan dah hancur..
Sbb bnyk sgt kena cucuk keluarkan darah..
Sedih nad dgr..
Tapi nad happy sbb dia dah ok..

Doc cuma pesan..
Kalau dia mcm minum susu X lalu..
Pastu muntah² nad kena bawa Idlan ke situ balik..
Kalau semua tu Xde masalah then X payah dtg lagi..
:D



Lilypie Breastfeeding Ticker

2007-11-13

Masuk Wad UM..

Thumbs Up

Current mood : GOOD!!!

Assalamualaikum semua..
Rindunya kat blog ni..
Lama X menulis..
Dah dekat seminggu baru nad dpt online balik..
Skrg ni busy..
Baru belajar nak jadi mummy..
So buat menda pun slow je..
:D

Skrg ni nad rasa masa berjalan terlalu laju..
X sempat nak buat apa²..
Nad juga dah start berurut hari sabtu lepas..
Baru dua kali..
Sabtu & ahad..
Skrg ni bdn dah semakin ok..
Walaupun cepat penat..
Alhamdullilah..
Xde la rasa penat mcm memula bersalin dulu..

Anyway..
Nad nak kongsi cerita ni..
Lepas balik umah dr wad minggu lepas..
Nad & Idlan masuk wad balik..
Kali ni bukan nad yg sakit..
But Idlan..
Dia kena jaundice..

Actually masa kat HUKM mmg doc kata Idlan Xde sakit apa²..
Tapi lepas keluar and dok umah 2 hari nad perasan mcm muka dia kuning..
And Idlan mula kencing berdarah..
Mana la X risau..
Terus hari rabu tu nad & hubby bawa dia ke klinik komuniti kat KJ tu..
Mmg nurse sana ckp nmpk mcm kuning..
So terus check darah dia..
Melalak-lalak Idlan bila kena cucuk amik darah dr tumit kaki kiri dia..
Kesian nad tgk..

Doc klinik tu terus suruh nad bawa Idlan ke UM..
Katanya masuk terus ke tmpt trauma & kecemasan..
Katanya kuning Idlan tu tinggi sgt..
Bacaan dia nak dekat 300 lebih..

So nad & hubby terus ke UM lepas tu..
Kat UM diaorg nak check darah sekali lagi..
Kali ni cucuk kat tangan kiri pula..
Melalak lagi Idlan..
Kesian nad tgk..
Tersedu-sedu dia..
Lepas tu nad & hubby kena tunggu almost 2 hours utk result dia siap..
Lama tu..
Nasib baik diaorg bagi satu bilik doc utk nad, hubby & Idlan tunggu..

Bila result sampai doc tu kata mmg dah tinggi gila..
Bacaan dia dlm 380..
Dlm masa beberapa jam tu dia naik tinggi..
So doc kata mmg kena tahan wad..
Kena letak Idlan bawah lampu..
Lepas tu terus nad & Idlan dihantar ke wad..
Nad kena masuk sekali sbb nak kena jaga dia..
Sblm tu doc tu nak amik lagi darah Idlan..
6 botol lagi..
Nak check ntah apa lagi..
Bnyk la dia sebut..
Hati, buah pinggang..
Mcm-mcm la..

Masa dia cucuk tu mmg lagi kesian..
Cucuk kat tangan kanan..
Cucuk bnyk kali sbb darah Idlan X nak keluar..
Doc kata darah dia pekat sgt..
Dia cucuk plak kat lengan kiri..
Sama gak darah X nak keluar..
Pastu cucuk plak kat tumit kanan..
Mmeula darag X keluar..
But doc tu picit kaki Idlan sampai darah keluar..
Biru² kaki Idlan nad tgk..

Masa tu mmg nad rasa nak tumbuk je doc tu..
Mak mana yg sanggup tgk anak dia kena cucuk sana sini..
Berkali=kali plak tu..
Idlan melalak je..
Agaknya bila dia dah penat melalak dia berhenti menagis sendiri..
Sampai tertido dia..
Doc tu X habis lagi amik darah dia..
Dok picit lagi kaki dia keluarkan darah..
Dah la kaki dia kecik je..
:(

Masuk je wad terus bogelkan Idlan..
2 lampu menyala atas dia & 1 lampu diletakkan di bawah..
X cukup ngan tu lagi..
Idlan kena cucuk lagi utk masukkan air plak..
Kali ni nad X tengok sbb nurse yg amik Idlan and bawa masuk satu bilik..
Masa dia menagis tu mmg bole dengar satu wad..
Tapi lepas tu terus dia diam..
Maybe doc tu masukkan ubat tido kot utk dia..

Sampai balik Idlan kat nad mmg dia senyap je..
Mcm tido mati..
Tangan kanan dia adajarum cucuk utk masuk air..
diaorg pasangkan air tu..
And pesan akt nad..
Jgn menyusukan dia lagsung ataupun bagi air..
Sbb kata nurse tu doc nak Idlan berpuasa..
Puasa pulak..
Baby kecik mcm tu nak suruh dia berpuasa..
Lagi bertambah risau nad..
Kelaparan budak tu nnt..
Doc kata berpuasa tu tuk amik darah idlan sekali lagi..
Nak tgk darah dia yg bebetul pure..
Xde campur ngan makanan..

Mlm tu kekira kul 9:30pm Idlan mula menagis..
Lapar agaknya..
Tapi mmg nad X bole buat apa²..
Nak dukung dia pun nurse X bagi..
Katanya X bole keluarkan dia dr lampu tu..
So nad cuma bole pegang tangan & kaki dia..
Usap kepala dia and nyanyi utk tenangkan Idlan..
Tapi Idlan X berhenti mengis gak..
Dlm kul 10pm tu doc dtg..
Tgk Idlan menangis je..
Dia pun jadi kesian..
Katanya dia bagi nad menyusukan Idlan sekali je..
Lepas tu X bole dah..

Nad pun angkat la Idlan..
Terus dia senyap..
Maybe dia nak ada org pegang dia..
Nad pun susukan Idlan..
Dapat susukan pun 5 minit je bila doc tu suruh letak balik Idlan bawah lampu..

Pagi tu dlm kul 1am Idlan terjaga lagi..
Dia menagis..
Lapar agaknya..
Nad X bole nak buat apa²..
Mcm biasa nad nyanyi utk dia and pegang tangan dia..
Tepuk² dia..
Lama gak dia menangis..
Nak dekat sejam..
Lepas tu dia tertido..

Kul 4am dia bangun lagi..
Menagis..
Nad X bole nak buat apa²..
Cuma bole memujuk dia je..
Masa tu pun nad turut menangis gak..
Sedih tgk dia terseksa mcm tu..
Tangan, kaki dah lebam² sbb kena cucuk amik darah..
Pastu kena masuk air..
And kena berpuasa..

Dlm kul 10am pagi tu nurse dtg utk amik Idlan masuk bilik doc..
Katanya nak amik darah lagi..
Nak buat test tgk sama ada turun atau X bacaan kuning dia..
Petang tu doc dtg and bgtau bacaan dia mmg turun..
Alhamdullilah..
Still kena duduk bawah lampu..
But im aloud to feed her..
Nad apa lagi..
Dgr je mcm tu terus amik Idlan and susukan dia..
Kesian Idlan..
Minum susu gelojoh je..
Nmpk sgt kelaparan..
Ptg tu gak nurse dtg and keluarkan lampu dibawah bdn Idlan..
Katanya dahdoc dah bagi keluarkan..
Sbb bacaan dah turun..

Esok paginya plak doc dtg lagi..
Tgk dah turun lagi bacaan dia..
Terus doc suruh stopkan lampu tu..
Katanya dah rendah bacaan dia..
X perlu guna lampu lagi..
Doc pun terkejut sbb bacaan dia cepat turun..
Doc kata kalau ptg ni kul 4pm amik darah and turun lagi bacaan dia nad dah bole balik..
Sukanya nad dgr mcm tu..

And alhamdullilah mlm tu Idlan dah pun bole keluar wad..
But doc suruh dtg periksa darah hari isnin..
And semalam nad pergi UM utk check darah Idlan..
Doc kata bacaan dia semakin menurun..
And suruh dtg lagi hari khamis nnt..

Alhamdullilah sejak balik dr wad Idlan nmpk lagi sihat..
Dia juga dah mula menyusu dgn banyak..
And nyenyak..
Menangis pun kurang dah..
Kalau X sblm ni dia asyik menangis je..
Siang mlm..
Nad X bole nak rehat sikit pun..
Skrg ni baru nad ada masa nak rehat..
Idlan dah X bnyk kerenah mcm masa memula dulu..
Alhamdullilah..
:D

Ok la guys..
Nad nak kena menyusukan Idlan ni..
Dia pun baru terjaga..
Tapi duk diam je kat situ..
Nnt nad ada masa nad akan online lagi..
With more news to come..
:D

baby

2007-11-05

Baby's Details..

Baby Smiley

Current mood : GREAT!!!



Assalamualaikum..
The baby's details..

Nama : Idlan Shafy Bin Mohd Ezzaidy
Maksud Nama : Keadilan Yg Suci
Gender : Boy
Tarik Lahir : 3 November 2007
Masa Lahir : 11:02am
Tempat Lahir : HUKM, KL
Berat : 2.49kg (yg dlm msg nad kata 2.8kg tu tersilap)

Happy Birthday my little one..
:D

baby

My Labour Day..

Baby

Current mood : TIRED!!!

Assalamualaikum..
As i've guess earlier that i will deliver soon..
And i did..
Alhamdullilah semuanya ok..

Actually ceritanya mcm ni..
Hari jumaat tu pergerakan baby X cukup 10 gerakan selepas kul 9pm..
Dia baru buat sampai 8 gerakan shj..
So nad terus ajak hubby ke HUKM buat checkup..
Sbb doc dah pesan mcm tu..

Dlm kul 10pm nad bertolak dr umah ke HUKM..
Lepas check doc kata jantung baby ok..
And i have mild contraction..
Dia nak check dgn lebih lanjut..
And tengok² doc kata pintu rahim dah terbuka sebanyak 2cm..
Doc terus suruh masuk wad..
Katanya kalau X mlm ni mesti esok nad akan bersalin..

So nad terus checkin masuk wad time tu gak..
Hubby mmg X dibenarkan menunggu..
So hubby pun balik lepas tinggalkan nad..
Pesan la suruh call kalau ada perubahan..

Pagi tu kul 3am doc check lagi sekali..
Still 2cm..
But ada keluar darah..
Dia kata dia akan check lagi kul 7am..

Kul 7am plak..
Tetiba nurse kata X bole check sbb doc Xde..
Lepas breakfast kekira kul 8:15am nurse suruh nad masuk jumpe doc..
Katanya doc baru sampai..
Masa check tu doc kata dah buka 4cm..
So dia suruh nad terus masuk labour room..
And before that dia pecahkan my water bag..
Oh my god..
Mmg bnyk gila air & darah keluar..
Baju masa tu mmg basah habis..
Nasib baik baju wad..
Katil lagi la X ingat basah dia..

Air tu keluar X berhenti..
Mcm air mengalir je..
Ada nurse ni hantar nad guna kerusi roda tu labour room..
Before that nad dah call hubby suruh dtg..
Nad ckp nad akan masuk labour room..
Hubby masa tu kat danau kota..
Xde la jauh sgt..
Ikut jln dlm..

Masuk labour room terus intern dia check nad..
And guess what
Katanya ni bukan 4cm..
Dah 5cm..
Cepat betul dia buka..
Mmg selama dr mlm td mmg nad X rasa sakit apa²..
Sakit pun cuma mcm sakit² perut mcm memulas je..
Kira Xde la sakit teruk pun..
Intern tu teus bagi nad ubat utk buang air besar..
Ye la..
X nak la masa teran baby nnt isi² perut pun keluar semua..
:P

Lepas je amik ubat tu mmg terus nad ke toilet..
Ubat dia mmg time² tu gak berkesan..
Kekira dlm kul 9:15am hubby sampai..
Masa tu X rasa sakit lagi..
Bole berbual-bual ngan hubby mcm biasa..
Tapi kekira kul 9:45am tu nad dah terasa sakit..
Sakit contraction..
Mmg kuat rasa dia..
Nad gemgam tgn hubby..
Hubby pun pegang kuat² tgn nad..

Setiap kali nad rasa sakit nad akan gemgam tgn hubby..
Hubby plak akan balas balik..
Suruh baca surah Al-Fatihah and suruh bnyk bersabar..
Sakit dia bukan berterusan..
Sekejap-sekejap..
And makin lama makin rapat jarak dia..
Ada la gak dlm sejam nad rasa sakit-sakit mcm tu..
In between time tu doc masuk check and tgk bukaan dah buka sampai 7cm..
And i need 3 more cm to go before deliver..
And doc berpesan supaya berjaga-jaga..
Sbb baby nad kecik takut dia meluncur keluar mcm tu je..

Bila nad ckp yg nad terasa nak buang air besar terus semua bersiap nak sambut baby..
Mmg kena teran habis² la masa tu..
Baby keluar mmg meluncur..
Laju betul..
Mmg semua kelam kabut nak sambut sbb laju sgt..
Hehehe..
Terus nurse pegang bagi nad tgk..
Nmpk X boy or girl dia tny..
Nad terus tgk and cakap "It's a boy"..
Masa tu kul 11:02am..



Terus nurse bawa baby keluar..
Nak timbang and lap bdn dia biar bersih..
Dia menagis pun X lama..
Masa nurse bawa dia masuk balik dia senyap je..
Dia tgk je nurse tgh jahit nad..
Lepas dah habis semua diaorg bagi nad sandwich, biskut kacang, air suam and milo..
Katanya utk bagi tenaga..
Sbb tadi guna bnyk tenaga..
Masa nak keluarkan baby..

Nad X mkn pun..
Just jamah sandwich 3 gigit and biskut satu gigit..
Yg lain nad suruh hubby habiskan..
Xde selera..
Rasa mual nak muntah je..
Nad cuma habiskan air suam tu je..

Kekira kul 1:30pm baru diaorg hantar nad balik ke wad semula..
Masa tu mama, abah, mak & abah dah tunggu kat luar..
Lepas tunggu sekejap and tgk baby semua org balik..
Tingalkan nad..
Nad pun mmg mengantuk..
dn rasa bebetul lemah..
Hubby pun balik..
Dia pun X tido lagi..

Ptg tu hubby dtg balik..
And old skool and adik pun dtg..
Saja jenguk..
Sampai la awaktu melawat habis..
Mmg nad dpt rehat la siang tu..
Sbb aby mmg X menangis langsung..
Dia tido je sebelah nad..

api mula mlm tu..
Dr kul 2am sampai la kul 8am mmg dia asyik menagis je..
X nak tido..
Sbb banyak angin..
Kesian dia..

Pagi ahad plak doc check nad..
And cakap yg nad dah bole balik..
Lepas kul 2:30pm...
Nad pun bgtau la hubby..
Seronok la dpt balik..
Alhamdullilah siang tu baby tido je..
Maybe sbb dah penat berjaga mlm td..
Nad pun amik masa tu utk tido..
:D



Dlm kul 3pm hubby, mama & jannah dtg amik nad..
Alhamdullilah nad selamat sampai umah dah..
Ada la beberapa kwn dan sedara mara yg dtg jenguk..
And from now on bermula la my life as a mother..
:D

baby

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...