2014-06-30

Idlan Shafy's Journey For 2nd Day Ramadhan 2014

The Kids By Shutterclick Photography
Assalamualaikum...
Hari kedua Ramadhan berlalu..
Hari ni Idlan Shafy still macam biasa..
Soalan still mcm semalam..
Sahur - No problem..
Subuh - No problem..
Zohor - No problem..
Asar - No problem..
Selepas Asar - Problem..

Sebab petang tu kitaorg balik PJ..
My sis Inara is back from Semenyih..
So that means Nik Danial Al-Hakeem & Hannah Melati is waiting for Idlan Shafy and Zuhrah Carmilla..
Apa lagi kalau tak bermain sama2...
Sepupu paling rapat sekali la katakan..
Bila dah main of coz la penat..
Main plak jenis berlari-lari kat halaman depan..
Danial, Hannah and Zuhrah Carmilla dah sure2 tak puasa...
So when mummy and daddy is out to Bazzar Ramadhan...
The kids went inside the house to have some drinks..
Ye la penat bermain...
Last2 Idlan Shafy pun join sekali minum..
Tak tahan agaknya tengok adik and sepupu semua minum air sejuk...
And dia tengok je..

Oh...ruginya..
Sebab tinggal around 40 minutes je sebelum berbuka..
My sister, Inara yang nampak Idlan Shafy minum..
Bila tanya puasa or not..
Dia terus senyap and tersipu malu...

When mummy and daddy asked Idlan Shafy terus dia kata
"But I'm so thirsty mummy. I'm so tired because I played with everyone outside"
Huhu..
Alasan yang sangat la common among kids...
But dah terjadi..
Nak buat macam mana..
Nasib baik la dia minum je..
Takde dia minta nak makan ke...
Hehe..
Ok..
Tomorrow we can try again..
Rasanya lagi mencabar kot sbb esok 1st day dia akan bersekolah..
Hari ni dia tak sekolah sbb sekolah dia cuti untuk sambut 1st Ramadhan..
So I pray for the best tomorrow..
So by today 1-1..
1 hari puasa and 1 hari tak puasa..
:D


In anticipation of your valued response,



2014-06-29

Idlan Shafy's Journey For 1st Day Ramadhan 2014

Idlan Shafy
Assalamualaikum...
Alhamdullilah telah selesai puasa pada hari pertama Ramadhan tahun 2014..
Tahun ni kira the 2nd year Idlan Shafy belajar berpuasa..
Tahun lepas dia tak puasa hanya 2hari sahaja daripada 30hari..
Itu pun sebab terlepas untuk bersahur..
Sehari tu nad and hubby terjaga masa azan subuh dilaungkan..
Sehari lagi terjaga lagi 10 minit je nak azan..
Memang tak sempat..
Kami pun kelam kabut minum air and makan apa yang boleh dicapai tanpa perlu pemanasan makanan..
Memang kami as an adult boleh la berpuasa kalau tak sempat sahur pun..
Tapi budak 5 tahun lebih nak suruh puasa tapi tak bersahur..
Memang kesian..
Harap tahun ni dia boleh berpuasa penuh..
And mummy and daddy tak terlewat bangun untuk sahur tahun ini..
Insyaallah...
Amin...

Waktu sahur nad kejutkan Idlan Shafy kul 5am..
Memula susah nak bangun..
I have to carry him out from his room and put him on the chair..
Put the rice in front of him and asked him to eat..
Dia masih mamai lagi masa tu..
Dua tiga kali bercakap ngan dia terus dia segar...
Ajar Idlan Shafy baca doa puasa untuk sebulan dan berpuasa ke esokkan hari..
Then terus dia makan...

Dia minta nak makan nasi lemak untuk sahur sebelum dia masuk tidur..
Sambal dia memang pedas...
But dia nak makan juga..
Selalunya minta sambal asing tapi yg ni jenis nasi lemak yg dah siap dibungkus..
So sambal memang pack sekali..
But still pedas sbb dah bercampur kan..
Cuma nasib baik sambal dia jenis pekat and kering..
So senang nak asingkan..
Lepas habis nasi dia makan pula ikan bilis and cicah sambal..
Memang pedas but dia memang suka..
So dia minum banyak air yang banyak..

Masa sahur tu nad banyak kali ingatkan Idlan Shafy..
"You are fasting today, you cannot eat, drink and pick your nose or ears until after azan marghrib"
He just nodded his head everytime I reminded him about fasting..
I really hope he remember everything I said..
Habis bersahur suruh dia brush his teeth and ambil wuduk..
And then terus solat subuh..

After that nad cakap dia boleh tidur balik kalau dia nak..
And terus dia kata "Ok mummy I want to sleep, come sleep with me"
I told him that I want to read Al-Quran..
He said "Mummy come and read Quran in my room, I want to hear you read when I sleep"
Of coz I did just that..
:D

Masa tengah mengaji, Idlan Shafy tiba2 bangun dr katil..
"Mummy, I'm fasting right, can I wee wee or poop? I still fast right?"
"Of coz you can wee wee and poop and yes you are still fasting after that"
"Ok, I want to wee wee now"
I just laugh and bring him to the toilet..
And explained it to him that wee wee and poop tak akan buat dia batal puasa..
Sebab masa sahur minum air banyak..
So memang a few times juga la dia ke toilet je..
Sampai la dia tertidur dengan sendiri..

Sejak dia bangun tidur dia asyik tanya je..
"Mummy, I cannot eat, drink and pick my nose and ears?"
Every hour or two he will ask..
At 3pm he told me he was hungry..
Nad suruh dia tidur..
Supaya takde la terasa sangat lapar tu..

Daddy, Zuhrah Carmilla, Idlan Shafy and Mummy

Masa dia cuba nak tidur, I just realize that he was sucking his thumb..
Memang nad terlupa nak bgtau yang hisap jari memang batal puasa..
So nad bagitau dia..
"Idlan Shafy, you are fasting, you cannot suck your thumb. You cannot put anything in your mouth, nose and ears"
"But mummy, you did not tell me cannot suck thumb. How to sleep?"
I really forgot that Idlan Shafy still suck his thumb when he wants to sleep..

Well as last year, I have to remind him everytime he start to suck his thumb when fasting..
"No thumb, Idlan Shafy"
Then dia akan merengus sikit2 or cakap "Oh, sorry mummy. I forgot" and keluarkan jari..
Well what to do..
Nak puasa mana boleh hisap jari...
But sometimes mmg dia terhisap jari juga..
Apa nad boleh buat hanya ingatkan dia..
Selalunya bila dia nak tidur or tengah baring2 berehat..
Kena perhati selalu..

Petang at 4pm mcm tu we are heading to PJ..
We were going to send the t-shirt that we have done for a client..
Check this page out--> www.facebook.com/thestreethq
Before we went in the car Idlan Shafy asked me
"Are we going to eat at the shop?"
"No dear, not yet. We have to wait for azan marghrib first."
"Ohh" he sounded sad

Because hubby had to meet his friends tonight in PJ, we will break our fast at my mom's house..
After azan asar Idlan Shafy and Zuhrah Carmilla was playing in the kitchen..
They watch my sis, my mom and me cooked for break fast and sahur..
He saw my mom frying some chicken for sahur..
He was like "Oh..is this chicken? Can we eat now?"
Muka dia dah berseri-seri dah..
Sebab dia ingatkan dah boleh makan...
My mom said "No not yet, Idlan please go and play inside. Bring your sister with you"
And Idlan Shafy was like "Ohhh" and he went inside with his sister..

Kesian dia..
Mesti dah rasa lapar teramat..
Sebab dah petang..
Masa ni la paling mencabar..
Sebab masa ni dah boleh rasa lapar teramat, nampak and bau makanan yang banyak sedang dimasak or dihidang..
Ter-Uji betul keimanan masa ni..
Kalau kita yang dewasa pun boleh terliur..
Apa lagi budak2 yang masih belajar berpuasa...

Tapi alhamdullilah...
Idlan Shafy menghabiskan puasanya dengan cemerlang sekali..
I'm very proud of him..
Memang masa berbuka tu dia makan banyak sangat..
Bertambah-tambah..
Sampai nad sendiri kena stop kan dia..
Sebab nad rasa dah terlalu banyak sangat dia makan..

Alhamdullilah hari ini sudah selesai..
Tomorrow is another day to battle...
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak & Selamat Berpuasa to all muslim in the world..
Semoga amalan kita di bulan mulia ini diterima oleh Allah..
Insyaallah..
Amin...



In anticipation of your valued response,



Mee Tarik (28 June 2014)

First time makan Mee Tarik Warisan Asli..
Kedai ni dekat KL..
Dekat Jalan Dang Wangi..
Mee diaorang memang sedap..
Mee semuanya dibuat di gerai..
Boleh tengok diaorang tebar2 doh and tarik2 doh jadi mee...
Memang nak datang lagi next time...
Boleh tengok harga pada gambar dibawah sekali...
:D



















Jangan Duduk Di Atas Dompet Anda!!

Do Not Sit On Your Wallet!!

Make sure when you sit on your office chair your wallet should not be in your back pocket..

Anyone who drives more than half and hour sitting on a wallet is a candidate for SCIATICA or BACK PAIN..
The healthiest option is to move the wallet to your front pocket


Jangan Duduk Diatas Wallet anda! 

Pastikan apabila anda duduk di atas kerusi pejabat anda dompet anda tidak seharusnya berada di dalam poket belakang anda .. 
Sesiapa yang memandu lebih daripada setengah jam duduk di atas dompet adalah calon untuk SCIATICA atau SAKIT BELAKANG .. 
Pilihan terbaik adalah meletakkan dompet di poket depan anda


#healthy #HealthAndBeauty #share #sharing #love #bones #NadiahJaapar #blogger 






In anticipation of your valued response,

Berapa Jam Negara Lain Di Dunia Berpuasa Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum...
Hari ni adalah hari pertama kita berpuasa..
Ramadhan Al Mubarak adalah bulan paling mulia diantara bulan-bulan lain..


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: …Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu

Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:Sesungguhnya di dalam Syurga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk bersama mereka seorangpun selain mereka. Kelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya


Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:Setiap hamba yang berpuasa di jalan Allah, Allah akan menjauhkannya dari api Neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun

Di Malaysia kita akan berpuasa selama 13jam..
Jom kita tengok negara mana yang berpuasa lebih dari atau kurang dari kita..
:D

SOURCE : The Huffington Post




In anticipation of your valued response,

2014-06-17

2nd Hand Roxy Baby Shoe



Baby Shoe..
Brand : Roxy (Original)
Condition : 98%
Size : 5 (5.5inch)
Reason To Sell : Cannot fit anymore, my daughter have grown out of it
Price Brand New : RM120
Price 2nd Hand : pm me..

If interested please WhatsApp me at : 011-2880 9417

#sayajual #sayajualmurah #2ndHand #Original #roxy #shoe #baby #pmme #NadiahJaapar #blogger #MY #malaysia #malaysian

2014-06-14

Eat & Run, Tropicana Mall


Assalamualaikum..
Just wanted to post these pictures of the food that we have been eating...
Yang ni kedai dia di Tropicana Mall..
Nama kedai is Eat & Run..
Boleh tahan gak dia punya dish..
Not bad at all..
Dah semestinya my kids fav sebab spaghetti...

Menu nad ada post di bawah untuk sesiapa yang nak tengok..
Banyak choice boleh pilih sebab boleh mix & match...
So sesiapa nak cuba go ahead..
:D













These is just pictures of the crabs & lobster at one of the Chinese Seafood Restaurant at Tropicana Mall..
The kids were fascinated with them so we stay outside the restaurant and watch them move or fight inside the tank..
:D













In anticipation of your valued response,


Jin Merogol Wanita-Wanita



Assalamualaikum..
Jom baca dan amik iktibar untuk menjaga diri kita sendiri...
Dan jangan lupa untuk sebarkan..




In anticipation of your valued response,


Tips Isi Minyak Kenderaan!! Jimat Minyak!!

Di dalam tangki minyak kereta telah direka untuk supaya ada ruangan minyak dan udara, jadi mengapa perlu kita isi minyak sampai penuh tangki. 

Ramai yang tidak sedar atau tidak tahu langsung, bahawa pam di stesen minyak ada sistem return pipe-line, di mana ia mengalirkan balik minyak kedalam tangki simpanan stesen minyak.

Apabila tangki minyak kereta sudah penuh, mekanisme pam akan selak injap masuk pam dan injap sistem return pipi-line dibuka, untuk membolehkan petrol berlebihan mengalir masuk balik ke tangki simpanan stesen minyak.

Ini bermakna ada telah MENDERMA MINYAK KEPADA TAUKE STESEN MINYAK.

Kalau boleh isilah petrol anda pada awal pagi semasa suhu tanah masih lagi sejuk. Kerana semua stesen minyak menanam tangki simpanan minyak mereka di bawah tanah.

Lebih sejuk tanah, lebih pada petrol. Dan apabila panas, petrol akan mengembang.

Jadi jika kita mengisi minyak di siang hari, seliter itu bukannya betul-betul seliter petrol yang anda bayar.

Apabila anda mengisi minyak, jangan tarik picu pam ke mod High ( iaitu mengisi dengan laju). Jika kita perhatikan picu pam, ia mempunyai tiga peringkat : Low, Middle dan High. 

Anda perlu tarik picu pam pada mod Low, bagi mengurangkan wap yang dicipta semasa proses mengepam minyak.

Semua hos di pam mempunyai saluran pulangan wap. Jika ada mengepam pada kadar yang cepat, ada cecair yang masuk ke dalam tangki anda akan menjadi wap. Wap itu akan disedut balik kembali ke dalam tangki simpanan bawah tanah.

Satu lagi tips yang penting adalah anda pelu mengisi apabila tangki petrol anda SEPARUH PENUH. 

Sebabnya adalah apabila lebih petrol ada di dalam tangki maka makin kurang udara mengisi ruang yang kosong. 

Petrol sebenarnya menyejat lebih cepat daripada apa yang kita bayangkan. Tangki minyak kereta mempunyai bumbung terapung di dalamnya. Bumbung ini berfungsi sebagai pelepasan sifar di antara petrol dan atmosfera. Bagi mengurangkan penyejatan.

Peringatan yang terakhir, jika anda terlihat ada trak petrol sedang pam minyak ke tangki simpanan bawah tanah di stesen petrol, JANGAN ISI MINYAK, kerana anda mungkin akan mengisi kotoran ke dalam tangki minyak kereta anda.

(20 Tips) Cara Jimat Minyak Petrol Kenderaan

Tips cara jimat minyak petrol ni bolehlah dicuba untuk kenderaan anda. Ada antara point-point di situ yang boleh kita pakai.



1. Isi minyak di waktu awal pagi atau di waktu suhu sejuk.

Kapasiti minyak petrol lebih banyak pada waktu sejuk berbanding waktu panas di siang hari yang mana ianya mempunyai wap yang berlebihan. Jika anda mengisi minyak di waktu tengah hari, akan kelihatan wap petrol keluar dari tangki minyak anda.

Oleh dengan itu, bagi mengurangkan kerugian petrol anda ‘hilang’ ditelan angin hendaklah jadikan amalan mengisi petrol di awal pagi atau ketika cuaca sejuk.

2. Isi minyak dengan perlahan-lahan

Cara ini adalah supaya cecair petrol dapat masuk sepenuhnya ke dalam tangki dan mengurangkan fenomena wap petrol meruap bebas akan membazirkan minyak anda. Kawal picu dengan menarik secara separuh penuh. Ini dapat mengurangkan wap keluar bersama-sama petrol.

3. Isi minyak semasa tangki separuh penuh.

Ini kerana semakin banyak baki minyak dalam tangki semakin kurang kapasiti ruang udara yang dipenuhi wap sekaligus anda akan dapat lebih petrol dalam tangki yang lebih optimum.

4. Kurangkan beban atau berat kenderaan anda

Buang barang yang tidak perlu seperti timbunan fail-fail, buku-buku atau peralatan kerja anda (kereta anda bukan stor). Penambahan berat sebanyak 50 kilogram meningkatkan penggunaan minyak sebanyak dua peratus.

5. Periksa tekanan angin tayar anda.

Perhatikan tayar anda dan pastikan tekanan angin betul dan mencukupi. Tayar yang kurang angin akan membuatkan kereta menjadi berat dan menyebabkan penggunaan minyak bertambah lima peratus kerana geseran tayar yang berlebihan.

6. Penyelenggaraan

Penalaan enjin yang teruk meningkatkan penggunaan minyak hingga lebih 50 peratus. Jangan malas check tahap palam pencucuh, tali kipas dan penapis udara diperiksa secara berkala. Jika malas (terutamanya wanita) boleh hantar ke bengkel yang bertauliah setiap bulan dan boleh saja suruh mekanik yang periksa.

7. Kelajuan

Lebih perlahan anda memandu, lebih jimat minyak digunakan (dan tidak disaman). Memandu melebihi 90 kilometer sejam (km/j) akan meningkatkan dengan ketara penggunaan minyak.

Secara perbandingan, pada kelajuan 100 km/j, penggunaan minyak bertambah 10 peratus, 105 km/j (15 peratus) dan 110 km/j (25 peratus).

Lihat RPM kereta anda. Jika anda memandu melebihi 3000 RPM berkemungkinan enjin anda memerlukan lebih minyak. Sebab itu kelajuan dan kapasiti enjin memainkan peranan pentin dalam penjimatan minyak.

Dan kalau nak jimat boleh beli kereta tertentu yang mahal kerena teknologi penjimatan minyak mereka lebih maju berbanding kereta murah.

8. Matikan enjin

Jika kereta tidak bergerak, matikan enjin jika sekadar menunggu seseorang atau menunggu traffic light yang sangat lama. Elakkan menekan pedal minyak ketika kenderaan tidak bergerak.

9. Penggunaan gear yang betul

Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan. Menggunakan gear rendah untuk kelajuan tinggi menyebabkan pembaziran minyak kerana enjin menjadi lebih pantas. Jangan malu-malu menggunakan mod ‘ekonomi’ jika kereta anda memilikinya.

10. Penggunaan Brek yang betul

Jika anda sudah tahu di mana hendak berhenti, perlahankan kenderaan secara beransur-ansur. Elakkan brek mengejut.

11. Rancang perjalanan

Merancang perjalanan dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas. Ini menjimatkan masa, wang dan mengelakkan tekanan.

Anda juga boleh buat melakukan dua kerja pada satu masa contohnya dengan memaksimumkan sebaik mungkin satu perjalanan anda contohnya semasa anda pulang dari kerja, bolehlah singgah membeli barang keperluan rumah di mana-mana kedai yang berdekatan.

Jadi, anda tidak perlu lagi keluar semasa hujung minggu. Kan jimat minyak macam tu.

13. Minimum penggunaan kenderaan

Kurangkan perjalanan jarak dekat kerana ini meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 40 peratus. Kalo dah terlalu dekat elok guna basikal atau motosikal saja berbanding kereta. LC sekarang RM6000 je. Takkan tak mampu kot. Nak lagi jimat pakai motor Honda. Memang jimat :)

14. Tutup air-cond

Apabila cuaca luar sudah sejuk (malam atau di tanah tinggi) eloklah matikan air-cond anda. Selain itu, matikan juga aircond anda bila sudah hampir tiba ke destinasi. Penggunaan minyak bertambah 10% apabila menggunakan aircond.

15. Tutup tingkap kereta

Pastikan tingkap kereta ditutup semasa memandu untuk melancarkan pergerakan kereta. Jika tidak, kereta anda akan mengalamai rintangan angin menyebabkan kereta bergerak perlahan dan menyebabkan anda menekan minyak lebih banyak untuk bergerak.

16. Elak jalan sesak

Kurangkan perjalanan kereta semasa waktu puncak bekerja. Mulakan perjalanan sebelum jalan menjadi sibuk. Kesesakan jalan raya menyebabkan enjin kereta mengalami pembaziran kerana tidak bergerak.

17. Jaga enjin kenderaan

Pastikan enjin berfungsi dengan baik dan sentiasa diservis … Tukar minyak pelincir mengikut jadual selaras dengan cadangan pengeluar kenderaan. Dan juga gunakan minyak pelincir berkualiti tinggi untuk memaksimumkan keberkesanan enjin. Tanya mekanik bertauliah kalau tak pasti minyak pelincir mana yang terbaik.

18. Sentiasa berkongsi kenderaan

Jika anda dan rakan anda pergi ke tempat kerja yang sama apa bergilir-gilir tumpangkan kenderaan. Selain menjimatkan minyak, kesesakan jalan raya boleh dikurangkan. Itu pun jika semua pengguna jalan raya melakukan amalan ini.

19. Panaskan enjin dengan betul

Biarkan enjin kereta anda sekurang-kurangnya 30 saat sahaja setelah enjin dihidupkan. Tak perlu tekan pedal untuk memanaskan enjin kerana ia akan membazirkan minyak sahaja.

20. Guna NGV

Semestinya penggunaan NGV lebih jimatt berbanding petrol. Sehingga kini banyak kedai NGV installer/conversion sudah kehabisan stok dan pelanggan terpaksa menunggu giliran.

Apa yang bagusnya adalah anda boleh tukar pilihan jenis minyak yang anda mahu gunakan, sama ada NGV semasa di jalan bandar atau petrol semasa berada perjalanan jauh. Tapi penggunaan NGV akan memakan sedikit ruang kenderaan anda.

Penggunaan NGV lebih mesra alam dan kurang pencemaran berbanding petrol biasa. Harganya jauh lebih murah iaitu dalam lingkungan RM0.635 seliter.

In anticipation of your valued response,

2014-06-13

WORLD CUP 2014 JERSEY

WORLD CUP 2014 JERSEY
Semua negara ada!! (Gambar hanya sample)
Bukan Gred AAA tapi Gred ORIGINAL (99.9% sama macam ORIGINAL)
Size = S, M, L, XL
Stok Terhad!! Siapa Cepat Dia Dapat!! PM SEGERA!! NAK BORONG PUN BOLEH!! 
WhatsApp : 011-2880 9417
#jersey #malaysia #malaysian #MY #WorldCup2014 #WorldCup #football #original #borong #pmme #PlaceOrder #TShirt #TshirtDesign #TshirtArt #sayajualmurah #sayajual #SayaJualTshirt #NadiahJaapar #blogger
Jersey World Cup 2014


In anticipation of your valued response,


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...