2016-02-23

Live worm in Lipton Green Tea Lemon Bag



Ulat hidup dalam beg teh lipton lemon..
Tak tahu video ni dari negara mana..
But still yucky..
And the brand tu bukan brand yang cikai2..
Brand yang terkenal juga tu...



In anticipation of your valued response,

2016-02-22

Anak Luar Nikah



Belajar pasal haid dan nifas, ustaz ada bg tau hari khamis yg lepas.....

Jika seorang wanita melahir kan anak dlm usia 6 bulan, sedang kan usia perkahwinan nya belum sampai lg 6 bulan, bermakna anak itu adalah anak luar nikah dan tdak bole di bin atau binti kan nama ayah nya, dia harus di bin atau binti kan nama ibu nya atau pun abdullah (hamba Allah).

Dan jika seseorang itu mengandung kan anak luar nikah, dan kemudian dia menikah dgn lelaki yg menyebab kan dia mengandung, makna anak yg di kandung itu tdak nisbat kpada ayah, dia hanya nisbat kpada ibu, dan anak itu tdak berhak atas harta ayah, anak itu hanya berhak atas harta ibu.

Jika seseorang itu mengandung anak luar nikah, dan dia tdak berkahwin dgn lelaki yg menyebab kan dia mengandung, kemudian anak yg lahir itu adalah anak perempuan, maka jika satu hari nti lelaki yg menyebab kan wanita itu mengandung ingin menikahi anak perempun nya, maka tdak haram, sbb anak perempuan dan lelaki itu tdak di kira mahram walau ia berasal dr benih sndri.

Anak luar nikah bole jd imam dgn syarat status nya itu di rahsia kan kerana di bimbangi dpat mengaib kan si anak itu td.

Wallahu a'lam....

Nak tau lebih byk lagi, lebih baik dtg kelas sndri....
Sme2 kita belajar ilmu Allah....
In Syaa Allah.....



In anticipation of your valued response,


2016-02-19

Membaca & Browse Handphone Dalam Toilet?



Assalamualaikum...
Entry hari ni adalah mengenai my daughter, #ZuhrahCarmilla
Yang ni memang mummy tak boleh terima betul la...
Hehehe...


Dia tengah syok bermain tiba2 dia stop..
"Mummy, I want to poop"
"Ok. Take off your pants and go to the toilet now"
Then nad nampak dia grab buku IKEA..
"Mummy, can I bring this in the toilet"

"Ehh. No no no. You put that back and go to the toilet now"
"Why?"
"Because you have to concentrate to poop not on the book. And because I said so"
"Owh..but why daddy bring his handphone into the toilet?"

Ah sudah..Memang ternyata budak2 ikut apa yang parents dia buat.
"Hahaha..that is because daddy like to sit in the toilet for a long period of time. You don't like it right? It's not a fun place to be except taking a bath. By the way you probably will wet the book"
"Ohh. Ok"
Dia pun letakkan buku and terus ke toilet.



Nad memang jenis tak suka bawa buku or handphone inside the toilet..

Sebab for me toilet untuk membuang apa2 yang patut and membersihkan diri..
Kalau sibuk berfacebook, main game or membaca, fikiran akan tak bertumpu pada apa yg kita nak buat..
Selalu masa buang air besar orang akan bawa masuk handphone or buku..
Masa ni kita sepatutnya concentrate untuk membuang..
Kalau asyik leka browse HP or baca buku memang lagi lama la kita dalam toilet tu..

Cuba concentrate kat apa kita nak buat, mesti sekejap je..

Nad kalau buang air besar memang sekejap je...
Bawah 5 minit dah cukup..
Nad ada baca article yang kata sepatutnya dalam 3minit dah selesai kalau tak bawa handphone..
Kecuali kalau kena cirit birit or sembelit..
Lama sikit la..
Itu pun selalunya bawah 10minit..
Lagipun memang tak suka duduk lama2 dalam toilet..

Kadang2 tak faham macam mana orang boleh duduk dalam toilet lebih daripada 15minit..
So nad memang ajar anak2 jangan duduk lama2 dalam toilet..
Kan ke toilet tu tempat tinggal syaitan..
Nak duduk lama2 ngan syaitan buat apa..
Di tambah dengan kotor & berbau pulak tu..

Macam mana kita boleh duduk lama2 dalam toilet dengan hasil buangan dan bau yang kurang menyenangkan lama2?
Eiii..Tak sanggup..
Banyak bakteria & virus merebak melalui udara..
Kalau boleh nak tahan nafas je sampai keluar dari toilet..

Macam #IdlanShafy dia memang tak suka lama2 dalam toilet..
Dirty katanya..
Maybe sebab dia ada mild autism tu so memang sejak kecil di tak suka menda bersepah and kotor..
Dia ada aturan dia sendiri..


Disebabkan budak2 still budak2 la nad ajar dari awal..
Nanti dah besar dah terbiasa and susah nak ubah tabiat tu..

No handphone or book inside the toilet while you poop..
Get in, do your business and get out..
SImple.



Bawah ni nad nak sharekan link yang nad goggle yang mengatakan bahawa bawa handphone ke dalam toilet is a no no..

Using Your Phone In The Toilet Have Been Proven To Harm Your Body. Here's Why

Don't Take Your Phone To The Bathroom, Because Gross

Why you should stop using your phone in the bathroom





In anticipation of your valued response,

2016-02-04

Kelebihan GARAM dalam Islam


Sihir atau santau dapat di halang dengan
" MENGAMALKAN GARAM mengikut cara NABI S.A.W. '

~ Sebelum makan Nabi letak secubit garam di lidah untuk elak santau dan tapis makanan yang akan di makan.

~ Sampai di tempat baru, Nabi ambil garam dulu untuk sesuaikan hormon terlebih di tempat baru.

~ Untuk ubat penyakit rohani, air perlu di campur garam terutama sihir dan santau. Kenapa ye? Allah dah cipta garam untuk penarik toksid/asid/racun dalam darah atau tubuh dan juga penarik unsur2 negatif.

~ Pengamalan Pengamal Perubatan Islam untuk bersih rumah atau pagar rumah perlu tabur garam di sekeliling rumah.

~ Garam juga unsur yang boleh 'balance' balik sistem tubuh kita.

~ Garam boleh jadi rosak apabila dimasak atau bertindakbalas dengan suhu yang tinggi/panas, maksudnya kalau nak masak. Guna garam bukit dan jangan bubuh garam masa makanan menggelegak atas dapur. Tutup api dan biar suhu turun dulu, baru letak garam.

~ Kita panggil bubuh garam atas darat macam org arab buat. Bubuh garam masa nak makan. Sebab? Garam ada sodium dan potassium... Tubuh perlu potassium lebih. Kalau panas garam hanya tinggal sodium, potassium rosak dalam suhu panas. Sebab tu kena darah tinggi.

~ Selok-eloknya di tempat makan sentiasa ada mangkuk kecil garam dan sunnah Rasulullah SAW mencalit secubit garam menggunakan jari kelingking kanan dan dletakkan ke lidah bahagian depan. Ianya akan mngaktifkan kelenjar enzim penghadaman.

Khasiat Garam dalam Perubatan Islam ada beberapa petua penggunaannya.

1. Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).

2. Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.

3. Mengubat gout. Gout disebabkan pemakanan makanan laut yang berlebihan. Orang yang tinggal berhampiran pantai boleh menanam badan dalam pasir laut. Bagi mereka yang tinggal di bandar, garam kasar digoreng dan didemahkan di tempat sakit ketika garam masih panas.

4. Merawat cirit-birit. Minum air yang dicampur sedikit garam.

5. Merawat mabuk perjalanan. Untuk merawat mabuk perjalanan, garam dicampur madu dan air kemudian di minum sebelum memulakan perjalanan.

6. Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.

7. Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.

8. Menghilangkan penat kerana kerja berat. Amalan orang-orang Melayu tradisional yang bertani, bersawah atau bertukang ialah meminum air sejuk yang dicampur garam.

9. Mengelak sihir/gangguan jin bagi mereka yang bermalam di hutan. Garam adalah sumpahan jin. Garam yang dibaca padanya dengan Al-Fatihah (sekali) dan ayat al-Kursi (ayat 255 surah al-Baqarah – 7 kali) ditabur di sekeliling khemah.

10. Mengelak gangguan syaitan/jin kepada bayi. Ada ketikanya bayi kerap menangis waktu malam. Untuk mengatasi masalah ini, garam dicampur dengan bawang merah, bawang putih dan lada hitam. Campuran itu diletak dalam gelas/cawan/bekas yang terbuka. Bekas itu diletakkan di bahagian kepala bayi.

11. Mengubat orang yang diganggu jin. Bagi orang dewasa yang dikhianati (disihir), cara mengubatnya ialah dengan meletakkan garam yang dibaca al-Fatihah di perdu lidah. Perdu lidah ialah bahagian bawah lidah yang apabila diangkat akan nampak urat hijau lidah.
Semoga bermanafaat. Inshaa Allah

GARAM: Penyembuh@Pembunuh?

Nabi SAW bersabda: "Sebaik-baik LAUK adalah GARAM"(Al-baihaqi)
Garam bukanlah penyebab penyakit, malah ubat yang paling mujarab SEKIRANYA diambil dengan cara yang betul.

GARAM TIDAK BOLEH DIMASAK!

Kesilapan kita (kebanyakan orang Melayu) ialah kita memasak garam iaitu memasukkan garam kedalam masakan ketika masakkan sedang MENDIDIH/PANAS.
Ia akan menyebabkan garam menjadi racun/toksik.
Garam, bahasa saintifiknya adalah sodium.
Jika garam dimasak dengan cara diatas, ia akan menyebabkannya berasid dan membahayakan kesihatan serta mengundang pelbagai penyakit.

Cara yang betul penggunaan garam:

Kaedah Pertama:
- Masakkan makanan yang ingin dimasak sehingga selesai.
Contohnya: Kari Ikan..
- Kemudian masukkan garam dalam  masakan tadi serta gaulkan apabila ianya beransur suam.
- @ Kacau air garam dan tuangkan kedalam kuah.

Kaedah kedua:
- Masak makanan tanpa masukkan garam.
- Semasa makan, sediakan semangkuk garam disebelah dan taburkan diatas makanan yang ingin dimakan mengikut tahap selera masing2.


"Antara amalan yang diamalkan oleh para Salafussoleh ialah dengan mengambil garam sebelum memulakan makan "
- Ia bertindak sebagai pembuka selera dan juga sebagai mineral bagi badan.
GARAM IALAH MINERAL!!

- Antara kelebihannya ialah:

* mengubati LEBIH dari 70 penyakit serta seseorang itu tidak akan mati dalam keadaan mati mengejut. 
Sebarkan sekiranya anda mahu semua orang Islam sihat!!


-dr Ust.Ihsan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...