Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

2017-12-28

Weekend VLOG : Malaysian Snow




Sunday (10 December 2017)



We went to 2 wedding. Then stop at the airport, just to have a look at landing and  taking off planes. Then went to Empire Shopping Gallery.



The kids played with snow. Fake snow. Then went for dinner at Uptown. But my camera battery died before that. :)



Live, Love, Eat & Travel Well,

Nadiah Jaapar



Click 0:01 : Start

Click 0:12 : Raining

Click 0:21 : Malay Wedding Food

Click 0:36 : Their dessert, soft serv ice cream

Click 0:53 : Congratulation!

Click 2:13 : Arriving at the 2nd wedding

Click 2:21 : Eating dessert only because we are still full.

Click 2:34 : Airport, watching the planes landing & taking off

Click 3:34 : Empire Shopping Gallery

Click 4:05 : Street Churros

Click 5:21 : Sampling some cheese tart

Click 6:13 : Snow time

Click 7:53 : One of the toilet at a mall that I love.

Click 8:10 : Pretty light balls

Click 8:17 : Choosing sweet

Click 8:59 : Camera baterry died

Click 9:03 : Ending page



Facebook : https://www.facebook.com/missnadd

Instagram: @NadiahJaapar

Twitter : @NadiahJaapar

Blog : https://nadiahjaapar.blogspot.my/



Disclamer : I am not paid or fund in any way to do this. I just like to eat and try new foods and share it with other people.



Disclamer 2 : I don't own any music in this video.





PACIFIC SUN by Nicolai Heidlas Music https://soundcloud.com/nicolai-heidlas

Creative Commons — Attribution 3.0 Unported— CC BY 3.0

http://creativecommons.org/licenses/b...

Music promoted by Audio Library https://youtu.be/kbqmEJTr3nU





Jingle Bells by Kevin MacLeod http://incompetech.com

Creative Commons — Attribution 3.0 Unported — CC BY 3.0

http://creativecommons.org/licenses/b...

Music promoted by Audio Library https://youtu.be/8ahD-2LK_Zw



In anticipation of your valued response,

2016-02-22

Anak Luar Nikah



Belajar pasal haid dan nifas, ustaz ada bg tau hari khamis yg lepas.....

Jika seorang wanita melahir kan anak dlm usia 6 bulan, sedang kan usia perkahwinan nya belum sampai lg 6 bulan, bermakna anak itu adalah anak luar nikah dan tdak bole di bin atau binti kan nama ayah nya, dia harus di bin atau binti kan nama ibu nya atau pun abdullah (hamba Allah).

Dan jika seseorang itu mengandung kan anak luar nikah, dan kemudian dia menikah dgn lelaki yg menyebab kan dia mengandung, makna anak yg di kandung itu tdak nisbat kpada ayah, dia hanya nisbat kpada ibu, dan anak itu tdak berhak atas harta ayah, anak itu hanya berhak atas harta ibu.

Jika seseorang itu mengandung anak luar nikah, dan dia tdak berkahwin dgn lelaki yg menyebab kan dia mengandung, kemudian anak yg lahir itu adalah anak perempuan, maka jika satu hari nti lelaki yg menyebab kan wanita itu mengandung ingin menikahi anak perempun nya, maka tdak haram, sbb anak perempuan dan lelaki itu tdak di kira mahram walau ia berasal dr benih sndri.

Anak luar nikah bole jd imam dgn syarat status nya itu di rahsia kan kerana di bimbangi dpat mengaib kan si anak itu td.

Wallahu a'lam....

Nak tau lebih byk lagi, lebih baik dtg kelas sndri....
Sme2 kita belajar ilmu Allah....
In Syaa Allah.....



In anticipation of your valued response,


2016-02-04

Kelebihan GARAM dalam Islam


Sihir atau santau dapat di halang dengan
" MENGAMALKAN GARAM mengikut cara NABI S.A.W. '

~ Sebelum makan Nabi letak secubit garam di lidah untuk elak santau dan tapis makanan yang akan di makan.

~ Sampai di tempat baru, Nabi ambil garam dulu untuk sesuaikan hormon terlebih di tempat baru.

~ Untuk ubat penyakit rohani, air perlu di campur garam terutama sihir dan santau. Kenapa ye? Allah dah cipta garam untuk penarik toksid/asid/racun dalam darah atau tubuh dan juga penarik unsur2 negatif.

~ Pengamalan Pengamal Perubatan Islam untuk bersih rumah atau pagar rumah perlu tabur garam di sekeliling rumah.

~ Garam juga unsur yang boleh 'balance' balik sistem tubuh kita.

~ Garam boleh jadi rosak apabila dimasak atau bertindakbalas dengan suhu yang tinggi/panas, maksudnya kalau nak masak. Guna garam bukit dan jangan bubuh garam masa makanan menggelegak atas dapur. Tutup api dan biar suhu turun dulu, baru letak garam.

~ Kita panggil bubuh garam atas darat macam org arab buat. Bubuh garam masa nak makan. Sebab? Garam ada sodium dan potassium... Tubuh perlu potassium lebih. Kalau panas garam hanya tinggal sodium, potassium rosak dalam suhu panas. Sebab tu kena darah tinggi.

~ Selok-eloknya di tempat makan sentiasa ada mangkuk kecil garam dan sunnah Rasulullah SAW mencalit secubit garam menggunakan jari kelingking kanan dan dletakkan ke lidah bahagian depan. Ianya akan mngaktifkan kelenjar enzim penghadaman.

Khasiat Garam dalam Perubatan Islam ada beberapa petua penggunaannya.

1. Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).

2. Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.

3. Mengubat gout. Gout disebabkan pemakanan makanan laut yang berlebihan. Orang yang tinggal berhampiran pantai boleh menanam badan dalam pasir laut. Bagi mereka yang tinggal di bandar, garam kasar digoreng dan didemahkan di tempat sakit ketika garam masih panas.

4. Merawat cirit-birit. Minum air yang dicampur sedikit garam.

5. Merawat mabuk perjalanan. Untuk merawat mabuk perjalanan, garam dicampur madu dan air kemudian di minum sebelum memulakan perjalanan.

6. Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.

7. Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.

8. Menghilangkan penat kerana kerja berat. Amalan orang-orang Melayu tradisional yang bertani, bersawah atau bertukang ialah meminum air sejuk yang dicampur garam.

9. Mengelak sihir/gangguan jin bagi mereka yang bermalam di hutan. Garam adalah sumpahan jin. Garam yang dibaca padanya dengan Al-Fatihah (sekali) dan ayat al-Kursi (ayat 255 surah al-Baqarah – 7 kali) ditabur di sekeliling khemah.

10. Mengelak gangguan syaitan/jin kepada bayi. Ada ketikanya bayi kerap menangis waktu malam. Untuk mengatasi masalah ini, garam dicampur dengan bawang merah, bawang putih dan lada hitam. Campuran itu diletak dalam gelas/cawan/bekas yang terbuka. Bekas itu diletakkan di bahagian kepala bayi.

11. Mengubat orang yang diganggu jin. Bagi orang dewasa yang dikhianati (disihir), cara mengubatnya ialah dengan meletakkan garam yang dibaca al-Fatihah di perdu lidah. Perdu lidah ialah bahagian bawah lidah yang apabila diangkat akan nampak urat hijau lidah.
Semoga bermanafaat. Inshaa Allah

GARAM: Penyembuh@Pembunuh?

Nabi SAW bersabda: "Sebaik-baik LAUK adalah GARAM"(Al-baihaqi)
Garam bukanlah penyebab penyakit, malah ubat yang paling mujarab SEKIRANYA diambil dengan cara yang betul.

GARAM TIDAK BOLEH DIMASAK!

Kesilapan kita (kebanyakan orang Melayu) ialah kita memasak garam iaitu memasukkan garam kedalam masakan ketika masakkan sedang MENDIDIH/PANAS.
Ia akan menyebabkan garam menjadi racun/toksik.
Garam, bahasa saintifiknya adalah sodium.
Jika garam dimasak dengan cara diatas, ia akan menyebabkannya berasid dan membahayakan kesihatan serta mengundang pelbagai penyakit.

Cara yang betul penggunaan garam:

Kaedah Pertama:
- Masakkan makanan yang ingin dimasak sehingga selesai.
Contohnya: Kari Ikan..
- Kemudian masukkan garam dalam  masakan tadi serta gaulkan apabila ianya beransur suam.
- @ Kacau air garam dan tuangkan kedalam kuah.

Kaedah kedua:
- Masak makanan tanpa masukkan garam.
- Semasa makan, sediakan semangkuk garam disebelah dan taburkan diatas makanan yang ingin dimakan mengikut tahap selera masing2.


"Antara amalan yang diamalkan oleh para Salafussoleh ialah dengan mengambil garam sebelum memulakan makan "
- Ia bertindak sebagai pembuka selera dan juga sebagai mineral bagi badan.
GARAM IALAH MINERAL!!

- Antara kelebihannya ialah:

* mengubati LEBIH dari 70 penyakit serta seseorang itu tidak akan mati dalam keadaan mati mengejut. 
Sebarkan sekiranya anda mahu semua orang Islam sihat!!


-dr Ust.Ihsan

2015-07-17

Malam Raya and 1st Day of Raya (Day 1 Raya Aidilfitri 2015)


The boys (Idlan Shafy, Nik Danial Al-Hakeem & Adam

Assalamualaikum...

Selamat Hari Raya semua...
Selepas berbuka puasa terakhir semalam, nad and Inara siapkan the boys untuk ikut uncle Muaz dia pergi solat isyak and bertakbir dari rumah ke rumah...
Dapat la 1st duit raya diaorang...
Then lepas balik tu diaorang minta tuk main bunga api & mercun malam tu..
Ditemani oleh hubby and uncle Muaz..



Mengira duit raya

Bermain bunga api
Then malam around 10pm, adik2 nad ke Jalan TAR pula..

Inara, Nieza & Jannah..
Mama dah tak larat nak ikut sekali...
As usual every year kami gi malam raya..
But sebab nad dah gi semalam..
And I'm pretty much preggy..
Tak larat la nak jalan2 lagi...
So duduk rumah je..

Iqbal, Sofia & Adam dah mulakan perjalanan balik ke Muar, kampung Sofia untuk beraya di sana..
Dalam kul 11pm diaorang bertolak dari PJ...
And as usual all the menantu's and boys from Jaapar's Family kena basuh porch malam raya ni...
But last night nampaknya hanya hubby and Muaz je available..
Ada sorang sakit perut, ada yang dah tertidur, kejut2 tak bangun..
Hehehe..
So 2 orang lelaki je yang basuh porch tahun ni...


Sapu bersih sebelum cuci
Bila dah ready nak cuci dah semestinya budak2 ni nak basuh sekali..boleh main air sekali


Selepas hubby habis membasuh porch dengan adik nad semalam, kami bertolak balik ke Kota Damansara..
Hubby suruh tinggalkan je budak2 di rumah mama sebab masa tu dah kul 3:30am...
Lagipun diaorang dah tidur..
Nak kejut susah sikit sebab diaorang memang baru lelap..
Nanti mesti ada yang menangis and mamai..
So tinggalkan je budak2 tidur di rumah nenda mereka..


Kami sampai di rumah pun around 4am..

Badan penat semacam..
Nad hanya mandi kambing je sebab tak tahan belengas badan and tak tahan ngantuk..
Mandi rasanya tak sampai 5 minit pun..
Hehe..
Then terus baring atas katil...
Rasanya tak sampai 5 minit juga nad tertidur dah...


Masa mula baring tu teringat la ingat nak pegang hp dalam tangan supaya dekat sikit kat telinga sebab takut terlajak tak bangun subuh...

Tapi entah macam mana nad dah tertido dulu sebelum sempat amik hp..
Memang betul penat gila masa tu..


Then last2 memang terlajak pun nad & hubby...

Dah agak dah..
Sepatutnya bangun kul 5:30am..
Tapi nad terlajak bangun kul 6:40am...
Kelam kabut bangunkan hubby and then terus solat subuh..


Lepas tu kami terus berkemas untuk balik kampung..

Kampung sebelah abah nad, di Melaka..
Kemas2 untuk 4 orang pun makan masa almost sejam..
Hmmm..
Nanti baby baru ni lahir mesti lagi makan masa..
Sebab bertambah lagi sorang la katakan..
Huhu...


Bila siap semuanya kami terus bergerak ke rumah PJ..

On the way there, my sister, Nieza WhatsApp on the family group..
"Mana baju budak2 ni??"
"Aku bawa ni. Now at Damansara, otw"
"Melalak dah Zuhrah ni takde baju raya. Maybe next time tinggalkan baju diaorang"
Than ada voice note from Zuhrah
Zuhrah Carmilla "Mummy, where is my baju raya?"
Nieza type balik "Ko reply something cakap apa2, Dia tgh tunggu ni"
So nad pun reply dengan voice note "Mummy is coming, with your baju"
Oh that little girl memang sejak ramadhan lagi hari2 tanya bila dia boleh pakai baju raya..
Bila dia bangun and tengok mummy takde, baju pun takde lagi risau dia..


When nad sampai je rumah PJ tengok dia tertidur atas kerusi..

Mama & Nieza cerita la yang Zuhrah dah nangis2 tadi cakap mummy tak bawa baju raya dia..
LOL...
So nad pun kejut dia sebab semua tengah nak tengok reaction dia..
Dia buka mata terus dia bangun and tanya "Mummy, why you did'nt bring my baju raya?"
"I brought it. It's in the room"
"No it's not. Where? Show me, show me" dia dah mula nak nangis..
Nad bawa dia masuk bilik and tunjuk beg plastik baju jubah dia "It's inside"
"No that is your. I want to see mine. Where is it?" Dia masih tak percaya selagi tak nampak baju dia depan mata. Dia ingat yang nad bawa tu hanya jubah nad.
So nad pun keluarkan baju nad and baju dia dari beg kertas tu..
Then tunjukkan jubah dia depan mata..
Terus dia senyum and amik jubah dari tangan nad and bawa keluar tuk tunjuk nenda and aunty2 dia baju raya dia...
Nampak la dia rasa lega sangat..
Memang bertuah betul anak dara sorang ni..


Nad terus siapkan baju hubby dulu sementara dia makan..

Sebab dia nak ke masjid solat..
Solat kat PJ ni dia mula kul 9am...
Then baru nad siapkan Idlan Shafyband Zuhrah Carmilla..
Last sekali baru la nad siapkan diri..
Tahun ni tema kami sekeluarga ialah light blue (biru muda)..
Then baru la makan breakfast..


Breakfast raya 1st biasa la every year sama je menu kalau di PJ..

Ketupat, lemang, rendang ayam, sayur lodeh and the famous lauk in the house is sambal udang+sotong..
Resepi turun temurun from my grandma (mama's side)..
Sedara mara yang datang rumah sejak kecik dulu memang cakap that is the best sambal udang + sotong nenek for them.
Diaorang punya favourite juga kalau datang 1st raya..
Memang meletop habis...
Kalau habis mesti diaorang tanya2 "Tak buat ke?"
Now my mom yang teruskan legasi sambal sotong udang tu..


Sejak 2-3tahun lepas kami tambah satu lagi lauk baru..

Iaitu ayam masak kicap kering..
Resepi adalah dari aunty baru kami (abah's side)..
Memang kalau ke rumah uncle & aunty di melaka mesti kami minta ayam masak kicap kering dia..
Memang sedap...
And selalu kami ingatkan aunty and uncle untuk simpankan sedikit untuk kami sekeluarga..


Sessi bersalaman di 1st Raya (Terpaksa letak diamond kat kepala mama sebab mama tak bertudung)

Lepas breakfast kami tunggu abah balik dari masjid..

Abah balik je kami semua mula bersalam untuk meminta maaf..
Memang kami kalau salam and minta maaf yang perempuan semuanya akan mengalirkan air mata..
Rasa sebak je...
Ye la terasa macam banyak salah dengan parents and adik beradik..
Mana la tau kan yang kita tak sedar ataupun sedar dah sakitkan hati diaorang..
Anak2 tengok je kami yang perempuan semua menangis minta maaf..
Pelik je diaorang tengok..
Kalau pakai makeup memang rosak habis sebab tu kami biasanya tak pakai makeup sebelum bersalam...
Selalunya dimulai dengan yang paling tua sampai la paling muda..
Anak2 pun kami ajar macam mana untuk bersalam and suruh diaorang minta maaf..
Memang la ayat diaorang tak panjang but kami try masukkan ayat2 macam ayat yang kami guna..


Ada yang malu2 nak salam and cakap..

Ada yang salam je tak nak cakap..
Ada yang cakap "I'm sorry" je..
Ada yang tanya ayat kat mummy or ummi apa yang diaorang kena cakap...
Macam2 gaya ada..


Daddy, Mummy, Idlan Shafy & Zuhrah Carmilla in Light Blue

Daddy & Mummy

Idlan Shafy & Zuhrah Carmilla

Nik Danial Al-Hakeem & Nik Hannah Melati
From Left : Zuhrah Carmilla, Idlan Shafy, Nik Danial Al-Hakeem & Nik Hannah Melati


Lepas selesai semua tu ada yang sambung breakfast, ada yang melepak depan TV, ada yang masuk bilik, tidur la apa lagi...

Hehe..
Then busu Nadim (my mom's side) datang ke rumah with his new wife and Shafiq (anak lelaki from 1st marriage dia)..
Masa diaorang nak balik busu nadim ajak amik gambar ramai2..
So sessi photography pun bermula and bersambung selepas busu balik..
Then around 12pm mcm tu kami pergi ke rumah kawan Jannah (my sister) and Muaz (my brother)..
Kawan diaorang nama Qistina and diaorang dah berkawan since sekolah rendah..
Qistina tu duduk australia sejak habis sekolah rendah..
This is their 1st raya in Malaysia since habis sekolah rendah..
Lama la kiranya diaorang tak jumpa..
Hanya media sosial yang membuat diaorang tak terputus hubungan...
Rumah dia hanya di seksyen 6 je..
Tak jauh mana..
Yang pergi hanya Jannah, Muaz, Inara, Nieza, the kids (yang 5 orang tu) and me..
Our husband semua tinggal di rumah sebab diaorang nak ke masjid untuk solat jumaat..


Then after a few makan2 kami pun balik..

And I found out that Qistina's uncle / sepupu is from Souka Bakes...
Sebab mummy dia lama tak bake, and kat rumah tu ada Red Velvet and Cream Cheese mmg Idlan Shafy makan banyak la juga cake dia..
LOL..
Nanti la mummy try bake balik after deliver baby dalam perut ni..
Kalau ada masa insyaallah...
Sebab ada baby nanti mesti lagi banyak masa spend tuk baby kan..


Tidur tengah jalan atas lantai sebab sejuk

Sampai rumah memang terasa panas yang amat...

Kami tutup pintu semua and pasang aircond...
Lega rasanya..sejuk...
Semua tergolek atas lantai sebab sejuk...
Semua tertidur..
Hanya terjaga bila Pak Ngah and family (my mom's side) datang beraya..
Masa tu semua kelam kabut bangun kecuali Zuhrah Carmilla...
Tertidur tengah2 lantai kat ruang TV and makan...


Bila Pak Ngah balik almost asar dah..

So abah bagitau yang akan bertolak ke Melaka after asar...
So siapa yang belum berkemas tu mula la kemas barang2 tuk balik Melaka..
Kami siap berkemas pagi tadi so ingat boleh la relax sikit...
Rupanya Idlan Shafy muntah..
Memang sebelum ni Idlan Shafy ada cakap perut dia tak sedap..
Then dia tidur..
Tiba2 dia jaga tapi tak sempat bangun pun dari pembaringan and dia terus muntah..
Nasib baik la atas lantai tak kena carpet..
Kena la sikit bantal yang dia tidur tu..
So apa lagi...
Nad suruh la hubby kemaskan...
Sebab nad dekat je ngan Idlan, nad sendiri nak termuntah...
Sorry la..
Perut nad sendiri tak tahan masa tengah preggy ni...
So hubby la kemaskan..
Nad hanya basuh baju dia je..
Itu pun nad dah termuntah-muntah masa basuh baju Idlan tu...
Letak banyak sabun so bau boleh disembunyikan...
Then terus keringkan untuk dia pakai baju tu balik...
Hehe...


Semua dah ready berkemas kami konvoi la 4 kereta ke Melaka..

At 8pm kami dah sampai RnR Ayer Keroh..
Selepas solat jamak Marghrib and Isyak kami terus ke rumah Mak Uteh..
But rumah gelap..
They are not home...
Then terus bertolak ke rumah Uncle..
Kat rumah uncle sebelum masuk rumah tu Idlan Shafy muntah lagi beberapa kali..
Nasib baik la dia muntah atas jalan raya..
Kalau dah sampai dalam rumah jenuh plak nak membersihkannya...
Then nad terus bagi satu plastik kecil tuk Idlan Shafy..
Nad cakap just pegang and muntah dalam tu kalau tak sempat lari ke luar or toilet...
So sepanjang masa di rumah uncle memang dia pegang je plasyik tu..
Tak makan and tak minum langsung sebab dia sendiri takut termuntah agaknya...

Lepas makan2 and tengok anak uncle main a few mercun kami pun terus menuju ke rumah Busu Na & Busu Jo...
Semua dah penat..
Nak mula berehat...
See you guys tomorrow!!



In anticipation of your valued response,

2015-07-05

Kelas Tambahan Islamic For The Kids - Colours of Islam (Day 18 Ramadhan 2015)

The gift they get from the class

Assalamualaikum...
Pagi ahad kami mulakan dengan menghantar Idlan Shafy and Zuhrah Carmilla ke kelas tambahan..
Sepatutnya kami mula hantar last week..
But last week our house blackout sejak sebelum subuh yang membuatkan kami bersahur dengan kurma, cornflakes and susu sahaja...
Hehe..
Insyaallah will tell you about it next time..
We need to wait for the wiring guy to come and fix the wire before we can go out...
So last week memang tak pergi kelas..
This is the 1st week diaorang pergi..
And they were very excited to go...

Kelas tambahan ni adalah untuk kids dari umur 4-10 tahun...
Kelas ni belajar tentang Colours of Islam...
Setiap ahad 10am-12pm..
But time ramadhan dia bermula kul 11am-1pm..
Ada juga Tajweed Class for kids (Quranic Recitation)...
Kelas tajwid tu bermula half and hour before Colours of Islam class start...
And guess what..
The cost for everything is RM25/kids/month...
Snacks and stationeries provided..
And yes Idlan Shafy did take advantage of it...
Hmmmm...

And yes, kelas semuanya dalam bahasa English..
Bila tanya the kids memang happy sangat..
Jumpe kawan baru katanya and belajar tentang Nabi2, doa2 and nasyeed...
And diaorang dapat macam gift..
Zuhrah Carmilla got a pen dengan crown atas dia...
Idan Shafy dapat Olaf Sand Art...
Diaorang kata diaorang tak sabar nak pergi lagi next week...

The teacher did WhatsApp me on what they did today..

"Todays lessons included:
Revision of previous class.
Learnt the name ARRAHMAN and ARRAHEEM and reflected upon these.
Learnt the calling out of adhan and its reply.
Story of prophet Nuh A.S.
And discussed a little about Shirk.
Read namaz.
MashaaAllah nawwal has kept her rozas ao she distributed goodies to all.
Today we had a lot of children present mashaaAllah. Next time we are keeping the class in a bigger room :)
Please practice the replying to adhan with your kids.
Also make sure they bring their namaz sheets :).
Jazakillah khairan kaseerah.
And also did the sunnah and duaa after waking up."

Can't wait to sent them next week..
Insyaallah...
And next time kena bagitau their teacher that Idlan Shafy is fasting...
Sebab pagi tadi the teacher offer them biscuits and Idlan Shafy amik je and makan tanpa bagitau yang dia berpuasa...
Dah nama pun budak..
Macam peribahasa, Pucuk Dicita Ulam Mendatang..
Kalau dah hulur, terus la baham...
LOL...


In anticipation of your valued response,

2015-06-21

Mimpi Seorang Wali Ditanah Perkuburan


Mimpi Seorang Wali Ditanah Perkuburan , wali tu ternampak ahli-ahli kubur pakat kais-kais rumput seperti mencari sesuatu. Tetiba beliau terlihat ada seorang ahli kubur yg sudah berusia sedang duduk berehat diatas kuburnya sendiri . Beliau mengambil keputusan untuk bertanyakan kepada orangg tua tersebut.

Wali : Pakcik, kenapa pakcik sedang duduk berehat dgn tenang sedangkan ramai ahli kubur yg lain sedang mengais-gais rumput disitu.

Org tua: Jikalau kau nak jawapannya, esok kau pergi ke pasar dan cari penjual daging yg masih muda di pasar. Penjual daging itu ialah saudara aku sendiri.

Wali tersebut pun beredar daripada situ. Keesokan harinya. Wali tu pun menjumpai penjual daging muda di pasar tersebut. Beliau hanya memerhati dari jauh kelakuan penjual daging tersebut. Selepas penjual daging tersebut menjual dagingnya, dia sambung membaca qur'an. Wali tadi terkejut lalu mengambil keputusan untuk berjumpa dengan pemuda tersebut.

Wali: Assalaamualaikum orang muda, saya ada beberapa soalan untuk orang muda.

Penjual daging: waalaikumsalam, ya boleh. Apakah soalannya itu?

Wali: Kau ada seorang ahli kerabat di kubur kampung ini?

Penjual daging: Ya ada. Itu ialah bapaku.

Wali: Aku terlihat ayahmu dalam mimpi ku. Beliau tenang disana. Apa yg kau lakukan untuk ayah kau wahai anak muda?

Penjual daging: Aku membaca Al-qur'an dan aku berdoa kpd Allah. Jika bacaan aku itu terdapat pahalanya, aku sedekahkan nya kepada ayahku.

Wali : Kenapa ahli kubur yang lain sedang mengais-gais rumput di situ?
Jawapannya, mereka sedang mencari tempias-tempias doa yang didoakan oleh orang ramai dan lafaz "Ala kulli muslimin wal muslimat, wal mukminin wal mukminat". Manakala pakcik tua tadi hanya duduk berehat kerana doa anaknya hanya khas untuknya.


Pesanan: Perbanyakkan berdoa untuk kedua ibu bapa kita, saudara mara kita untuk kesenangan mereka di alam barzakh. Doa seorang anak kepada org tuanya, akan terus sampai kepada ibu bapanya, terutamanya anak lelaki yang mana syurganya dibawah telapak kaki ibunya....
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Berikut...
juga pesanan untuk diri saya sendiri dan Saya sampaikan buat sahabat-sahabat, mungkin ada sikit pahala buat saya, walaupun saya tak mampu untuk laksanakan 7 Sunnah Hebat ini.

Tujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:


Pertama:
**********

Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
*********

Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
*********

Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
***********

Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
*********

Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
**********

Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh:
*********

Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua.



In anticipation of your valued response,

2015-06-18

Selamat Menyambut Ramadhan 2015



Assalamualaikum..
Nad just nak mengucapkan "SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 2015" kepada semua pembaca blog nad..
Terima Kasih pada yang masih setia walaupun post tak selalu..
:D

Source : http://www.religionofmankind.com


In anticipation of your valued response,

2014-09-01

Nieza & Ady (24 August 2013)



Last year 3 of my siblings mendirikan rumah tangga mereka..
My brother, Iqbal (2nd child in family)
My sister, Nurnizah (4th child in family)
My sister, Aisyah (5th child in family)

Videographer for both of my sister is my husband..
And everything on the day itself is done by our family..
Yes we are the DIY family..
Semua kami buat sendiri..
From pelamin, candy buffet, decoration throughout all the house and lawn, photo props, hand bouquet, hantaran, bilik pengantin..
Basically everything is by us kecuali main food..
Itu je yg panggil katering..
Hope you guys enjoy it..

Nurnizah & Azizul Hadi
Solemnization / Nikah (24 August 2013)
Petaling Jaya

Video by ShutterClick Photography
Facebook Page : https://www.facebook.com/shutterclickphotos

YouTube : http://www.youtube.com/user/MrShutterclick




In anticipation of your valued response,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...