Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

2015-07-16

Baju Raya Hunting @ PKNS, Shah Alam & 1Utama (Day 29 Ramadhan 2015)


Assalamualaikum...
Today last day puasa..
Pagi tadi balik rumah Kota selepas sahur and solat subuh di PJ...
Sampai Kota memang terus tidur..

Penat kot...
Tak tidur ejak malam semalam...


But nad tidur tak lama pun..
Kul 10:30am nad dah jaga...

Tidur 3-4 jam je...
Bangun, siapkan anak2, and diri sendiri before kejut hubby...

He need extra sleep sebab dia yang drive kan...
Semalam dah bincang ngan hubby kami nak ke PKNS, Shah Alam untuk tengok baju2 melayu kat sana..


Then kami bertolak dalam kul 12pm ke PKNS..
Memang tak jam la..
Rasanya most malays dah balik kampung...

Tak sesak di atas jalan raya ataupun dalam PKNS...
So nak jalan senang la sambil tengok2 baju..

Alhamdullilah memang rezeki kami kat sini..
Dapat la beli baju melayu tuk Idlan Shafy and hubby..
Tapi memang terpaksa amik juga baju melayu jenis johor..
Cekak musang takde size dah yang available...

Dah kata last minute cari baju..
Memang macam tu la...

No complain...

Zuhrah Carmilla trying some of the tudung
Lepas tu sempat juga kami beli tudung untuk Zuhrah Carmilla...
Bukan senang nak cari...
Sebab tak ramai yang jual tudung budak...

So bila ada tu beli je la...
:D


After selesai semuanya, kami bercadang untuk ke 1Utama..
Nak beli sehelai jeans tuk Idlan Shafy and baju lengan panjang tuk Zuhrah Carmilla...

My brother, Muaz dia kata dia nak ikut so we have to go back to PJ house before gi ke 1Utama...
Dia nak cari baju and seluar juga katanya..

Kat sana 1st kedai kami pergi is Uniqlo...
But guess what..
Tak lama kami kat dalam, diaorang announce yang diaorang nak tutup kedai...

Masa tu baru kul 3pm...
So cepat2 kitaorang amik je baju dah seluar yang dah dicuba and terus gi bayar...


Idlan Shafy & Zuhrah Carmilla nampak kepenatan

The kids are tired

Menguap terus

Mula baring2

Tidur

Lepas tu kami ke H&M..
Kat sini la paling lama..
Berjam dalam kedai ni je..
Sebab hubby and Muaz keluar masuk changing rooms..
Try baju or seluar yang diaorang berkenan...

The kids memang tak larat dah sangat..
Boring and penat diaorang kata...
Sampai baring and boleh lelap sekejap kat laci2 rendah diaorang...

Mummy dia pun tumpang duduk situ..
Ta mummy dia tak tidur la..
Hehehe..


Changing Room H&M, 1Utama
Bila lama sangat tunggu kat bawah tempat gantung baju tu, kitaorang tunggu kat changing room plak..
Dalam tu ada kerusi..
Selesa la sikit bila duduk.

Tapi memang kitaorang keluar dai kedai tu nak kul 6pm dah...
Beli some Big Apple Doughnuts and the bertolak keluar dari 1Utama..

Kami terus ke Pasar Ramadhan TTDI..
Sebab Muaz kata dia teringin nak gi Pasar Ramadhan...
Ye la dia tak pernah balik masa bulan puasa lagi..
So this is his 1st time ke Pasar Ramadhan this year...
And the last...
Hehe
he..

Pasar Ramadhan TTDI pada hari last puasa 2015


Kat Pasar Ramadhan TTDi pun banyak yang lompang kedai dia..
But banyak la gerai lagi kalau banding combine Seksyen 17 and Seksyen 14 punya Ramadhan..
And more choices of water and foods ada kat sini...

But we only buy air je...
Alhamdullilah...


In anticipation of your valued response,

Bazaar Ramadhan Jalan TAR (Day 29 Ramadhan 2015)

Muaz with his new baju melayu (RM20/baju)


Assalamualaikum...
Nad and hubby ke Jalan TAR selepas kul 12am..
Adik nad yang bongsu, Muaz pun nak ikut katanya..
Dia nak cari baju melayu juga..
So kami pergi bertiga je..
The kids nad tinggalkan kat rumah PJ...

Sebelum tu kami ke kedai Vape kawan kami yang terletak di Subang Jaya...
Singgah kejap je..
Hubby need to but some liquid stok raya...
Nad sempat la jumpe kawan and berborak-borak..
Catch up a bit here and there...

:D

Sampai sana, MasyaAllah..
Orang punya la ramai..
Sampai jalan nak ke Jalan TAR semuanya jem...

Tapi alhamdullilah kami dapat tempat parking..
Tapi kena jalan jauh la...


Yang bestnya, masa ni ada mamat yang jaga parking tu..
Kira dia tengokkan kereta yang nak keluar masuk parking..
Actually tak yah jaga pun sebab parking kat tepi jalan je..
Bukan tempat parking yang legal..

But biasa la..
Orang nak buat duit...

Dia nak imbuhan sikit la...

Hubby plak buat dunno je and terus jalan je ke depan lepas parking..
Nad yang lambat sikit jalan terdengar dia sebut "Lahh..jalan terus macam tu je?"

Hehehe..
So dah tau la dia kecik hati sebab kami tak bagi apa2 duit kat dia..
Nad terus panggil hubby and cakap "Yang..u tak bayar apa2 ke kat dia?"

Hubby kata "Tak. Dia tak minta pun. Kalau nak minta la. Boleh je bagi"
Nad bagitau la hubby apa nad dengar..
Muaz cakap "Jangan balik nanti tengok kereta kena calar or cermin kena pecah sudah"
Hubby cakap "Ha..bagi la dia RM5. Tadi tak nak cakap"

Terus suruh Muaz bayarkan dulu RM5 kat orang tu, sbb hubby masa tu takde duit kecil...
Hehe..
Pada pendapat korang semua patut ke kita bayar kat orang2 kutu parking ni?


Kami meneruskan perjalanan ke Jalan TAR...
Memang penuh sangat2...
Pack yang amat..

Kami tawaf la semua jalan yang ada kedai dan boleh tawaf...
Just tuk cari baju melayu warna biru muda tuk Idlan Shafy and hubby..
Tapi memang bukan rezeki kami agaknya..

Yang ada size takde color..
Ada colour takde size..
Ada color and size tapi hubby tak berkenan sebab dia nak yang cekak musang...

Hehe..
Last2 kami tak beli pun..
Hanya beli a blue shirt & a sweat pants for Idlan Shafy..
Muaz plak dapat beli baju melayu warna hitam..
Baju je...

Takde seluar..
Harga paling murah masa tu kami jumpe..
RM20/baju...

Itu pun nasib baik dia amik cepat..
Sebab ada mamat lain pun berkenan ngan baju tu juga..
Sebab warna baju tu tinggal sehelai je...


Habis pusing semua kami keluar..
Masa tu dah kul 3 lebih dah...

Hubby and Muaz kata diaorang lapar..
So kami makan la cucuk-cucuk kat tepi jalan with some coconut water..

Just nak alas perut...
Lepas tu terus balik ke PJ...

Sampai PJ je dah almost 4:30am..
Masa tu ingat nak balik rumah terus..
But hubby pun tak larat..
Abah and mama suruh tunggu and bersahur sama2...

So we wait and masak la nasi extra...
And goreng some extra telur goreng...
Takut tak cukup sebab sebelum ni hanya masak tuk orang2 dirumah je and tak masuk my family...

So last day sahur tahun ni dapat bersahur ramai2...
Alhamdullilah...
Lepas sahur and solat subuh baru la kami pulang ke rumah...

:D


In anticipation of your valued response,

2015-07-15

Adik2 mula balik untuk raya.. (Day 28 Ramadhan 2015)

Idlan Shafy menunggu pesanan siap

Assalamualaikum...
Sahur pagi tadi kami bersahur KFC...
Sebab masa ke Pasar Ramadhan petang semalam banyak gerai dah tutup..
Semuanya dah mula bercuti and balik kampung..
Boleh kira berapa banyak gerai yang available di Pasar Ramadhan..
So kami takde beli apa2 untuk sahur..
Kami ke pasar Ramadhan seksyen 17 and seksyen 14..

Boleh kira dengan jari tangan je berapa gerai yang masih buka...

Bila tanya the kids what they want for sahur they said "KFC"
So sebelum sampai ke rumah malam tadi kami singgah ke KFC Kota Damansara..
Orang ramai juga..
Tak sangka..
Nak tunggu order pun almost 30minutes..
Sebab ayam diaorang semua habis kata workers dia..
Maybe sebab malam2 terakhir ni banyak gerai dah tutup and nak beli sahur susah..
So fast food je la option available...
:)


Petang tu balik PJ...
Mama already started cooking for raya today..
Rendang ayam, Ayam Masak Kicap Kering, Sambal Sotong..
Helped by my sister, Inara..
Nad sampai petang tu tengok semua dah siap masak...
Tapi masa sampai tu memang nad tengah contraction...
Sakit woo...
Tapi nasib baik tak makin kerap...
Lepas berbuka baru la ok sikit...

Lepas berbuka my sister, Inara and his hubby (Qimie) gi ke KLIA2..
Nak fetch my brother (Iqbal) dengan family dia yang naik plane from Kota Bharu...
My mom plak amik my brother from Jalan Duta..
So Maknanya our family almost all here..
Except the only doctor in the house , Aisyah..
Dia tak dapat cuti raya tahun ni..

Dia start cuti hari ahad...
Hari ahad tu baru flight dia dari Sabah ke Semenanjung...


So malam tu rumah memang riuh rendah...
Anak2 and anak2 buah semua ada...
Adam, anak my brother (iqbal) and sofia, dari mula sampai menangis je..
Maybe sebab tak biasa berjalan tempat orang..
And tiba2 ramai plak budak2 kerumun dia...
Dulu last jumpe masa baby lagi..
Sekarang ni umur dah 10bulan...

Still merangkak..
But boleh berpaut dan berjalan, memanjat...



Amik masa juga tuk Adam stop crying...
Bila semua dah ada pace masing2..
Dah boleh bermain sama2...
Adam dah boleh terima orang ramai and boleh main bersama senyap la dia...

Kadang2 terkekek dia gelak sebab disergah or dikejar oleh budak2 lain...

Malam ni hubby ada bagitau nad yang dia nak ke Jalan TAR..
Nak cari baju melayu Idlan Shafy...

Memang tak jumpe lagi baju melayu dia and hubby...
So nanti after dah lewat malam baru gerak ke sana..
And bercadang untuk tak bawa the kids...
Tak sanggup rasa diaorang berpanas and berhimpit dalam crowd Jalan TAR tu...


Oh yes...
Lepas berbuka tu nad and 2 orang adik nad (Nieza & Jannah) start mengemas rumah...
Kami sapu, vacum, mop, cuci, lap, susun ruang tamu, dinner room/tv room, dry kitchen and wet kitchen...
By the time our other siblings sampai rumah, semua dah clean...

Wait for next entry semasa di Jalan TAR...




In anticipation of your valued response,

2015-07-14

Mayat Dalam Beg Dalam Longkang Di Kota Damansara (Day 27 Ramadhan 2015)

Dalam longkang ada beg berisi mayat

Assalamualaikum...
Hari ni memang terkejut nad...
Seram sikit pun ada..
Tak sangka sebab ianya berdedekatan dengan kawasan rumah...
Ada mayat dijumpai di dalam beg yang berada di dalam longkang...

Yang jumpenya orang yang berniaga buah-buahan dekat jalan berhadapan dengan longkang ni...

Memula dia terbau bau busuk..
So diaorang gi check and jumpa beg yang mengeluarkan bau busuk tu..
Then diorang buka and nampak mayat dalam tu...
So apa lagi..
Panggil polis la..

But nad tak tau la mayat tu adult, kid or baby...
Race dia pun tak tau...
And tak tau juga sama ada dia still whole body or dah dikerat-kerat..
Sebab sekarang ni tengok berita kebanyakkan orang nak lupus mayat diaorang kerat2...

Dunia sekarang dah kejam sangat...

Snap gambar dari dalam kereta je..

Nad tak pergi tengok pun..
Just duk dalam kereta..
Hubby yang turun kereta..
But polis dah tak bagi dekat kat tempat kejadian..
Dah ada yellow tape tu kan..
Masa kami lalu kat situ polis baru naikkan yellow tape tu...
Diaorang nak tunggu forensik sampai...


Mesti dah lama sebab dah berbau..
Ntah berapa hari dah kat dalam longkang tu..
Tak tau sama ada dibunuh tempat lain and dibuang disitu or macam mana..
Kalau nak tau kena tengok berita...

Isykk...buat orang risau je...
Sekarang ni kat mana-mana pun tak selamat...
Even dalam rumah sendiri..
Kenapa manusia semakin lama semakin kejam?

Hari2 ada je berita tentang jumpe mayat..
Orang berbunuhan..
Pergaduhan..
Kena tetak..
Kena samun..
Kena rompak..
Penderaan..
Rogol...

Dah takde perikemanusiaan ke manusia sekarang ni?
Dah takde belas ihsan sesama manusia?


Ya Allah..
Kau jauh kan la kejadian-kejadian begini dari keluargaku...
Memang seriau rasa..




In anticipation of your valued response,

2015-07-13

Bermain Bunga Api / Mercun (Day 26 Ramadhan 2015)

Assalamualaikum...
Siapa yang dah mula membeli and bermain bunga api?
Sebab hubby dah beli semalam, so dia nak try main sedikit hari ni..
Lagi satu sebab budak2 asyik tanya bila boleh main..
So main la a few untuk senyapkan diaorang..
:D







Malu2 plak mercun gasing ni...dah pusing2 masuk belakang tong sampah baru meletup..LOL



In anticipation of your valued response,

2015-07-12

Kids Islamic Class, Mood Republic PWTC & Shah Alam (Day 25 Ramadhan 2015)

They are early for class today

Assalamualaikum...
Last sunday of puasa before Raya..
Memang akan lebih ramai orang shopping..
Nak complete kan hari raya punya persiapan..

And let me tell you guys mine..

Start the day with sending the kids to Colours of Islam class...
Mula2 ingatkan today nak la hantar tuk kelass tajwid sekali..
But masa nad sampai 10:30am tu the teachers are not there..
So kelas tajwid takde la thiss week...
So kami pun tunggu la for half and hour for their class Colours of Islam to start..
Hubby tunggu dalam kereta je..
Sbb nak parking susah and pricey..


Idlan Shafy and Zuhrah Carmilla in their seats
Their teacher terlewat sikit datang..
Alarr..lewat dalam 10 minit macam tu...
Then nad naik to class with them just for a while and today i remembered to tell the teacher that Idlan Shafy is fasting...
So if they give them a snack, he will be reminded not to eat..
Lepas tu nad terus tinggalkan mereka..
in 2 hours time will be there to pick them up..

"Assalamoalikum.
Todays class review:
We revised the duas and storied done in the previous class.
Learnt the name Al.Maalik and reflected upon it through a flow chart.
Did the sunnah of sneezing with practical example.
Did namaz. Ibrahim leaded the prayer today.
Did story of Prophet Lut in a summarised way.
Made eid cards.
CHildren are given their namaz sheets.
Also please practice the duaas with them.
There will be no class next sunday.
We will resume after eid holidays.
Jazakillah :)"


Then nad and hubby bincang and we wanted to go to Mood Republic..
Nak tengok what's there..
Kalau ada rezeki boleh la beli baju Idlan Shafy..
Memula kami parking tepi jalan je..
Lepas tu kami masuk and the line beratur dah nak sampai pintu PWTC..
At first ingatkan siapa yang nak goodie bag je kena beratur...
Then nad dah jalan sampai ke excalator..
Diaorang tahan..
Katanya "Awak kena dapatkan cop"
Nad kata "Tak boleh ke saya nak naik je? Bukannya saya nak hadiah ke apa2. Penat saya nak beratur dari luar pregnant macam ni"
Polis perempuan tu cakap "Cuba tanya en baju biru tu" sambil tunjuk kat sorang polis lelaki tak berjauhan dari nad berdiri..

Nad gi la tanya polis lelaki tu "En kalau saya nak naik je tanpa cop tak boleh ke?"
"Tak boleh la" dia cakap
"Kenapa ye?"
Dia tak jawab terus tapi dia pandang perut.
"Memang tak boleh. Kena dapatkan cop juga" dia jawab lepas tu.
"Tapi line ni dah almost keluar bangunan, berapa lama saya nak kena tunggu / beratur dalam line sampai saya boleh masuk? Penat saya kena beratur dari luar tu"
"Awak minta la kawan2 or suami awak yang beratur. Awak duduk kat mana2 dulu tunggu mereka dapatkan cop/ Memang tak boleh naik tanpa cop"
Nad pun terus blah and terus gi kat hubby bagitau apa polis tu cakap..

Apa la masalahnya, bagi je naik?
Penting sangat ke borang details kita tu untuk shopping?
Kalau nak kira berapa ramai yang datang kira je la mcm orang kira guna kaunter zikir tu..
Ni nak kena isi borang and beratur sampai luar bangunan, rasanya berapa lama tu?
Mau amik masa setengah jam paling sikit and sejam paling lama just tuk beratur je..

Line beratur jnak dapatkan cop untuk masuk ke Mood Republic sampai ke luar hujung bangunan

Kami keluar terus..
And the line dah menjadi lagi panjang..
Sekarang line beratur tu dah sampai ke luar bangunan..
Sampai hujung bangunan dah mereka beratur..
Kalau luar bangunan ni sampai kul brapa plak beratur..
Ntah2 nad sampai je kaunter, dah kena keluar balik sebab the kids dah habis kelas..
Nad terus call adik nad..
Dia terus kata dia akan hantar batch untuk peniaga kat nad...
So nad masuk balik and amik batch from dia..
And sementara tu hubby gi cari parking di dalam..
Sebab dah ada polis tracfic berkeliaran..
Tak pasal2 kena saman plak kereta sebab parking tepi jalan..

Lepas je hubby sampai kami pakai batch and terus naik..
Masa tu dah kul 11am dah..
Nak naik pun MasyaAllah...
Pack sangat2...
Tahun lepas diaorang buat event booth hanya di dalam dewan..
Kali ni naik je escalator booth dah terpacak luar dewan...
Then diaorang tak bagi masuk kat tingkat 3...
Situ pintu keluar sahaja..
Diaorang suruh naik ke tingkat 4 and start from there...
Tingkat 4 pun sama juga...
Booth kat luar dewan...
Memang pack...
Susah nak jalan..
Tak perlu cakap la berapa banyak kali perut nad terhimpit or orang tersiku ke..
Nasib baik la tak kuat...

Then dari tingkat 4 tu kami terus turun ke tingkat 3...
Sbb adik nad punya booth kat tingkat 3..
Kami harung orang ramai dari tingkat 4 ke tingkat 3 tu selama setengah jam..
Memang tak sempat nak tengok apa2...
Sampai sana kami just pulangkan batch and tanya sale..
Diaorag kata semalam mmg ramai sangat..
Rasa tak menang tangan..
But hari ni macam lengang sikit..

Lengang pun memang pack yang amat...
And boleh plak terjumpa our cousin, Kak Erna (anak mak long)...
Dia pun shopping ngan kawan2 dia kat situ..
So berbual la sebentar...
Then dia teruskan shopping dia...
After a few minutes spend there kami pun bergerak..
Memang tak beli apa2 pun..
Just cuci2 mata je..
Tapi memang baju tuk budak lelaki tak banyak..
Very limited...
Sebab kena amik the kids from class kul 1pm...
So kami jalan kaki je untuk amik the kids..
Sebab rasanya tak sempat untuk amik kereta and go get them..
Nasib baik la hotel tu kat sebelah je..
Hehe..

Sebab masa tu nak masuk waktu zohor kami terus ke surau kat PWTC untuk solat dulu..
Kalau dah keluar dulu memang nanti lewat plak hubby nak berjemaah bila sampai ke masjid mana2..
After solat baru la kami terus ke parking and keluar...
Walauun hanya beberapa jam parking the price of parking space memang mahal..
Kira kami park from 11am sampai la lepas zohor dalam 2pm..
Harga tuk parking selama 3 jam tu berharga RM7..
Aiyo...
Macam mana la kalau parking sampai 5-6 jam?
Yang memang beratur amik cop then gi shopping dalam tu?
Duit parking je dah habis mau sampai berbelas ringgit..

Lepas tu kami terus ke shah alam..
Hubby kena gi hantar and amik album from there...
Then we went to seksyen 7 Shah Alam...
Bukan tuk shopping..
But untuk hantar baju nad yang perlu di alter..
Panjang sangat masa beli..
Nad hantar 2 jubah yang perlu dipotong bawahnya and satu baju yang perlu di tukar zip..

Bila sampai je sana...
MasyaAllah..
Jam teruk..
Semua kedai buat sale..
Tengah2 tu orang buat event plak...
Kereta memang kalau masuk dalm kawasan tu susah la nak keluar..
So kami just parking kat luar je..
Alhamdullilah la masa kami cari parking diluar tu ada plak orang keluarkan kereta..
So kami terus dapat parking...

Then kami berjalan ke dalam..
Memang panas terik betul..
Sampai je kedai and tinggalkan baju..
Nad cakap nad akan ambil pada hari selasa..
Memang singgah satu kedai je on the way back to the car...
Just nak tengok tudung for Zuhrah Carmilla...
Tapi tak berkenan..

Then singgah stall kecik yang orang buka tepi jalan..
Beli bunga api and mercun for the kids..
Diaorang bising dah cukup lama..
Almost sebulan sebab nak suruh kitaorang belikan bunga api tuk mereka..
Pesan kat diaorang yang mereka boleh main dengan supervision their uncle..
Sebab every year memang uncle Muaz dia yang selalu jaga bila diaorang main bunga api..
Hehehe..

Then kami terus gerak ke kereta..
erus keluar dari seksyen 7..
Cari masjid di seksyen 13..
Nak solat asar..
Lepas solat asar baru la kami ke PARAM berdekatan dengan stadium melawati..
Tahun lepas selalu la datang situ sebab Idlan Shafy bersekolah di Shah Alam..
This year sebab dia mula bersekolah di Kota Damansara, so this is the 1st time kami ke Bazaar Ramadhan Shah Alam..
Selepas membeli sahur and kuih untuk berbuka, baru la kami terus balik ke PJ...

p/s: tak banyak amik gambar semalam..satu sebab terlalu panas and dua sebab terlalu penat..sejak pagi nad muntah2 sebab morning sickness and then kena plak cirit birit...hubby pun kena but alhamdullilah the kids takde pape..terfikir juga macam mana kami je yang kena..macam nak dehydrated je rasa semalam..tekak and mulut terasa perit yang amat sebab kering..but alhamdullilah nad teruskan juga berpuasa..sebab fikir malas nak ganti puasa je..Lagipun dah petang..sayang nak berbuka walalupun nad dibolehkan berbuka.. :D

In anticipation of your valued response,

2015-07-11

Pizza Day and Meeting with Potential Agent for EDCL (Day 24 Ramadhan 2015)

Which one is your choice?

Assalamualaikum..
Semalam rumah PJ sangat la sunyi...
Semuanya ada kerja masing2..
Ada yang kena jaga kedai my sister Inara @ PWTC, Mood Republic..

Semalam masa berbuka puasa hanya mama, abah & my family..
So hubby kata "Jom beli pizza je la"

So semalam kami just beli 2 Large pizza...
1 Classic Hand Tossed, Hawaiian Chicken..
1 Crunchy Thin Crust, Pepperoni Chicken..

My mom hanya memanaskan lebihan nasi impit & kuah soto yang memang dah tinggal sedikit dalam fridge..
Makan tuk 4 dewasa & 2 kanak2 tak banyak pun..
Nad & hubby with Raihan & hubby (Potential Agent EDCL)

Malam selepas terawikh plak hubby & nad keluar untuk berjumpa dengan potential agent untuk EDCL...
Kami jumpe di Kinrara, Puchong...
Dia datang jauh dari Seri Kembangan...
Memula call nad sebab nak ambil produk je...
Dia amik pun 3 botol sekaligus...
2 botol Aduka XO & 1 botol Bidadari XO...


Nad pujuk la tuk dengar EDCL punya plan marketing...
Sebab dia amik pun banyak..
Baik dia join terus...

Untung la tuk dia dikemudian hari..

Raihan ni ada bagitau yang mak dia ni memang pernah guna produk DCL dulu and jadi member..
So nad terangkan DCL sekarang dah bertukar ke EDCL...
So semua member lama kalau nak join kena datar baru...

Kalau sesiapa di luar sana yang berminat nak join company EDCL yang baru or nak makan produk2 mereka sila la contact nad ye...
Call atau WhatsApp nad di 012-6626582..




In anticipation of your valued response,

Tak tidur & Bersahur Pukul 430am @ Uptown Damansara (Day 24 Ramadhan 2015)

Assalamualaikum...
Memang semalam nad tak tidur langsung sehingga la selepas bersahur & solat subuh..
Lepas tu baru la nad lelapkan mata...
Sebabnya takde siapa jaga anak2 adik nad yang bermula berniaga di Mood Republik, PWTC hari ini..

Semalam is their setup day...
So anak2 memang dia tinggalkan dirumah..

Lagipun hubby nad gi main futsal awal pagi tadi sampai 3am...
So nad pun memang duduk rumah PJ la pagi tadi...
Inara plak sampai rumah dalam kul 3:45am macam tu lepas habis setup booth dia...

Semua kepenatan masa tu...

Mencabar oii jaga anak2 yang berumur 8 tahun, 7 tahun, 5 tahun , 4 tahun dan 1 tahun bila anda sedang sendiri tengah pregnant 7 bulan...

Sebab diaorang jenis yang aktif..
Dah lewat pagi pun masih berteriak & berlari-lari dalam rumah tu sedangkan semua orang dah tidur..
Yang nak makan, minum..
Berulang alik la ke dapur & ruang tamu beberapa kali...
Budak bila dah penat asyik nak makan & minum je...
Biasa la nak tambah tenaga kan..
Lepas tu sambung balik main..




Nasib baik la si Erryna tu tak meragam sangat...
Meragam masa cari mak dia kat bilik..
Then masa lapar...
Sebab dia masih menyusu..
Memang la dia nak cari mak dia je...
Hehehe..
But nad bagi dia biskut cream cheese and air kosong...
Ok la lepas tu...


Cuma masa dia nak tidur je penat sikit..
Sebab kena dukung, berdiri & berbuai ke kiri kanan..
Sambil tu nad nyanyi zikir untuk dia senang tertidur...
Alhamdullilah la dia memang senang kalau nad tidurkan dia..
Cuma letih sebab kena dukung, berdiri and berbuai...
Masa tak preggy dulu hari2 boleh je tidur kan dia..

:D

My kids kul 4am tu still berjaga..
Danial dah lama tumbang..
Rasanya around 2:30am dah tumbang dah..
Hannah tumbang lepas nad tidurkan erryna..
Tapi itu pun erryna tidur kul 3:30am..
Hannah a few minutes after that...


Sebab my kids semuanya tak tidur lagi hubby ajak gi sahur terus...
Memang tak boleh nak fikir kedai makan apa yang buka kul 4am ni...

Last2 nad cadangkan Uptown Damansara...
Maybe ada some kedai yang masih buka...

So terus hubby drive ke sana...

Hubby (Lanun Sauce) & mine (Mushroom Sauce) Chicken Grill

Bila sampai memang tak banyak kedai buka but ada la...
Memula tengok kedai Bintang Henry still buka...
Nad orderkan Cantonese Yee Mee untuk Idlan Shafy...
But they said "Takde la, sudah close kitchen"

So hubby, Idlan Shafy & nad terus order Chicken Grill kat Lanun...
Hubby amik kuah Lanun (campuran kuah bbq & mushroom)..
Nad amik kuah mushroom...

Idlan Shafy amik kuah Lanun but makan dalam pinggan..
Dia tak nak ayam dia diliputi uah..
Dia nak cicah sendiri...


Masa tengah makan tu nampak pekerja Bintang Henry gorengkan something untuk orang lain...
Hubby pelik la sebab nad kata orang tu cakap "Kitchen dah close"

Hubby panggil pekerja dia and tanya "Ada lagi ke dah tutup?"
Terus pekerja dia bagitau, "Ada nasi goreng & mee goreng je. Yang lain takde"
Cehhh...
Kenapa tak cakap awal2 tadi...
Boleh gak tukar order...
Ni terus cakap "Kitchen close"

Kitchen close bermaksud dah tak masak lagi...
Apa la masalah korang ni...
Orang nak order dari kedai dia tapi dia tak nak...
Pelik tul...


Idlan Shafy with his Chicken Grill in a plate sebab nak kuah lanun asing

Kali ni Zuhrah Carmilla plak yang tidur...
Dia memang tak larat sangat nak bangun...
Masa kitaorang almost habis makan, dia terjaga, nangis2 & bebel sorang2...
Macam mengigau..
Last2 hubby dukung dia terus..
Baru la dia senyap...
Then tunggu Idlan Shafy habiskan sahur dia and kami terus gerak balik..

Sampai rumah about 5am lebih sikit macam tu...
The kids memang dah tertidur la masa sampai tu...
Sampai rumah je terus sambung tidur...
Tak ingat apa2 dah..
Hubby and nad yang bersengkang mata tuk tunggu subuh..

Dah nak azan tu memang nad terlelap kejap...
Nasib baik la hubby kejutkan sebelum dia keluar ke masjid tuk solat subuh tu...

Kalau hubby tak perasan nad tertidur memang terlajak la nad..
:)


In anticipation of your valued response,

2015-07-10

Inara @ Mood Republik, PWTC - KL RAYA FEST (Day 23 Ramadhan 2015)

"Selain dari whatsapp dan email, koleksi kami juga boleh didapati di KL RAYA FEST di pwtc pada 11, 12 dan 13 july. Kalau nak tengok our full raya collection kenelah datang pwtc.. Harga jangan risau, memang kami bagi harga kasih sayang rindu dendam untuk korang semua.. So, jangan lupa datang pwtc, cari booth no 3207 okeh? See you there!!!!" - Facebook Inara

Assalamualaikum...
My sister Inara, mempunyai brand pakaian dia sendiri berjenama Inara..
Dia akan buka stall di PWTC di bawah Mood Republik..
Bermula pada 11-13 July 2015..
Dewan akan mula dibuka pada pukul 10am sehingga 5am...
Yes..
Anda tak salah dengar...
11-13 July 2015, 10am-5am...

So apa tunggu lagi..
Mari berbelanja di Inara...
Kalau tak berbelanja pun sebar2kan berita ini ye..
Bukan koleksi ini saja yang ada..
Jubah, blouse, skirt, tudung dan macam2 lagi...
Apa kata anda pergi sana untuk tengok sendiri..
Atau try baju2 yang anda berkenan..


Antara baju yang available di Inara :-

Inara's Raya Collection
Inara's Raya Collection

Inara's Raya Collection

Inara's Raya Collection

Inara's Raya Collection

Inara's Raya Collection

Inara's Raya Collection

Inara's Raya Collection

Inara's Raya Collection






In anticipation of your valued response,

Sahur Awal @ Diana Kota Damansara (Day 23 Ramadhan 2015)

Sahur Awal @ Diana Kota Damanasara

Assalamualaikum...
Semalam hubby ada meeting selepas kul 10pm...

So kami sekeluarga sampai rumah lewat sebab temankan hubby..
Sebab kami kena ke Puchong...
Memang jauh ke dalam...

Perjalanan amik masa setengah jam macam tu...

Nad memang suruh Idlan Shafy terus tidur sejak masuk kereta..
Sebab dia esok masih bersekolah..
Nanti ada yang tak terjaga untuk bersahur nanti..
Risau juga..
Memang sekejap je dia dah tidur nyenyak..
Zuhrah Carmilla tidur juga cuma amik masa sedikit...


Actually kami tak turun pun dari kereta..
Nad & the kids duduk dalam kereta je...

Rasanya selesai meeting tu dalam kul 11 lebih..
Sebab kami sampai ke kota dalam around 1230am macam tu...


Sebelum tu hubby ada tanya nak bersahur terus atau tidak?
Nad ok je..
So hubby ajak terus ke kedai makan..
Kedai makan ni namanya Diana..
Masakan memang semuanya sedap2..
And harganya memang kalau nad bandingkan dengan kedai2 makan lain memang paling murah..


Contohnya kami punya bil sahur tadi hanya RM35..
Selalunya harga kami makan sekeluarga bawah RM30..
Maybe sebab kali ni hubby minta sup ekor yang berharga RM9 semangkuk..

Yang lainnya hanya nasi, sotong goreng kunyit, cendawan goreng biasa, kerabu sotong, sup kosong dan mee hoon sup (for me of coz)..
Air pula kami order, air mangga, air fresh orange and air kosong..

Pada nad memang murah harganya..
And semua masakan dia memang semuanya sedap...

Adik nad yang tinggal di PJ pun sanggup datang bersama hubby dia at least 2 minggu sekali semata-mata nak makan kat kedai Diana ni..
Sebab memang sedap and murah...


Idlan Shafy sebab mengantuk sangat memang dia tak makan..
Mata dia tak boleh nak buka pun..
So memang dia tidur je atas meja...
Zuhrah Carmilla je yang makan bersama kami...

Untuk Idlan Shafy punya sahur kami tapau cendawan and sotong goreng kunyit yang memang Zuhrah Carmilla tak dapat habiskan..
Selalunya memang diaorang share makanan..


Idlan Shafy have no problem tuk habiskan 2 lauk and sepinggan nasi..
But Zuhrah Carmilla does...
So selalunya nad akan suruh Idlan share his meals..
But sometimes I share mine with her if she wants what I am eating...
We all sampai rumah dalam kul 2am...


So masa sahur kul 5am tu Idlan Shafy makan la nasi, cendawan goreng biasa & sotong goreng kunyit dia..
While hubby makan koko crunch & I eat Quaker Oats...
Just nak tambah lapik perut..
:D



In anticipation of your valued response,

2015-07-09

My 3rd Pregnancy Diary - Vena Varikos (Day 22 Ramadhan 2015)

Assalamualaikum...
Ada lagi kira2 7 hari lagi untuk berpuasa tahun 2015 ni....
Dan nad juga dah masuk 7 bulan pregnant..

Baru je masuk 3rd trimester...
Tapi rasa dah tak larat...
Braxton Hicks pun dah bermula masa dalam bulan ke 6 pregnant...


Perut nad mula mengeras masa awal trimester ke 2..
Then contraction pun bermula about 2 weeks ago...
Cuak gak masa tu sebab takut terberanak je...

Tapi masa kira contraction, dia tak semakin closer together..
Alhamdullilah...
Tapi dalam 3 jam juga la baru contraction tu berakhir...

Memang sakit and tak boleh duduk diam masa tu..
Bergerak ke hulu ke hilir dalam rumah..
Kena plak awal pagi...
Nak masuk sahur baru lega...

Sabar je la...
Buat orang cuak je...

Kaki plak senang sangat rasa semut2..
Lagi2 kalau duduk atas lantai...
Duduk tak sampai 5 minit pun dah rasa semut2...

Hmmmm....
Terkucil masa batuk or bersin?
Memang tak terlepas...
Panty liner all day long...
Toilet plak memang kalau toilet cangkung memang letih woo...
Nak bangun tu amik masa betul..
Risau je kalau satu hari tiba2 tak boleh bangun dari squad position tu...
So seboleh akan pilih toilet duduk...


Then kena plak satu masalah yang tak pernah nad kena dengan 2 pregnancy sebelum ni..
Mama & adik2 nad yang mengandung pun tak pernah kena...
Sebab diaorang maybe kena di kaki but nad kena di vagina...
Yes..jangan terkejut...

And nad dapat tau ianya sangat yang jarang sekali berlaku...
Tapi memang ada kes yang berlaku semasa pregnant..
Yang peliknya adik beradik and my mom tak kena plak..
Kena di kaki tu biasa la..
But takde la sampai urat2 timbul macam nad kena sekarang..
Yang ni memang kes paling teruk antara 3 pregnancy nad...
And kena plak kat bawah tu...


Ya Allah..
Hanya Allah je tau betapa lenguhnya bila urat mula membengkak...
Nak jalan sakit, nak berdiri sakit, nak duduk sakit, baring pun sakit..
Boleh kata buat apa pun sakit la..
Lenguh sangat rasa...

Nasib baik la bukan setiap masa...
Tapi sometimes ianya mengambil masa berjam-jam untuk surut...
Memang mencabar betul pregnancy kali ni...


Selalunya nad akan kena semasa perut mengeras..
Dah la bila perut mengeras tu memenatkan..
Bila vagina bengkak sekali pada masa yang sama memang ianya lagi menambah kepenatan tu 2 kali ganda...
Masa kandungan 6 bulan pun, berjalan laju sikit dah mengah..

Sedangkan nad memang seorang yang aktif..

Nad ada terbaca yang ada orang preggy ni kena sampai dia tak boleh bangun dari duduk..
So kena didukung untuk bangun sebab bengkak sangat...
Isyk...harap nad tak kena la sampai macam tu sekali...
Nad pernah tanya nurse yang nad buat checkup..
Dia cakap nanti masa baby dah keluar dia akan ok balik sebab tekanan dah takde..
Mak oii...
Kena tunggu lagi 2-3 bulan la nampaknya ni...
Lamanya...
Nak nangis je bila fikir...
Waaaaa.....




Kat bawah ni nad ada copy dari satu site tentang Vena Varikos ni..
Kalau sesiapa nak lebih lanjut sila la baca..




Vena Varikos / Varicose Vein



oleh Bintu Rasyada A. Rahman

Pernahkah anda melihat wanita yang memiliki urat-urat timbul di bahagian kaki yang kadangkala kelihatan bersimpul-simpul dan berwarna biru? Atau mungkin anda sendiri mengalaminya namun sehingga kini tidak tahu rawatan sesuai yang mampu menangani masalah itu?

Jika anda penderita masalah urat simpul, setuju andai dikatakan urat-urat itu sangat merunsingkan fikiran anda sekali pun kaki bagi sesetengah daripada kita merupakan bahagian yang sering ditutup. Dan sekali pun ada sesetengah penghidap tidak berasa sakit, urat simpul tetap dianggap beban kerana ia melibatkan masalah kosmetik kekal pada individu terbabit yang semestinya tidak boleh dirawat dengan cara biasa.

Urat Membiru

Urat simpul atau vena varikos berlaku apabila vena (salur darah yang membawa balik darah kurang beroksigen dari bahagian badan yang lain ke jantung dan paru-paru) menjadi tebal dan membesar. Disebabkan pembesaran tersebut, ia kelihatan membiru atau ungu serta berpintal dan akan terkeluar sedikit dari bahagian kulit seakan menggelembung.

Memudahkan pemahaman, vena mempunyai pintu injap kecil untuk mengelak darah daripada mengalir secara terbalik. Otot kaki akan mengepam vena untuk menghantar darah ke jantung, melawan kesan graviti.

Apabila vena menjadi varikos, pintu injap tidak lagi berfungsi dengan betul dan injap tidak berkerja. Ini menyebabkan darah bergerak pada arah yang songsang dan vena membesar lebih daripada biasa.

Vena varikos biasa berlaku pada vena bahagian kaki disebabkan tekanan ketika berdiri. Terdapat juga di bahagian lain seperti vagina namun ia jarang berlaku.


Sering Dialami Wanita

Urat simpul adalah masalah yang sering dialami oleh golongan wanita tetapi lelaki juga tidak terkecuali. Sebanyak 20% wanita mempunyai vena varikos dan 50% daripadanya disebabkan keturunan dan mengandung.

Ia mula berlaku ketika mereka berumur antara 20 dan 30 tahun atau selepas mengandung. Terdapat juga individu yang mengalami vena varikos sejak dari usia belasan tahun lagi.

Ketika mengandung, pertambahan hormon progestron menjadikan vena berkeadaan lega (injap terbuka) mengundang masalah vena varikos selain pembesaran uterus secara semula jadi menekan vena. Pengambilan pil cegah hamil (mengandungi testosteron) memburukkan lagi masalah urat simpul.

Lelaki tidak terkecuali mengalami masalah urat simpul iaitu 10% yang mengalaminya disebabkan keturunan.

Mereka yang berdiri terlalu lama (pekerjaan yang memerlukan berbuat demikian seperti jururawat, pelayan restoran, guru dan sebagainya) serta mereka yang mengalami obesiti juga terdedah menderita urat simpul akibat kaki terpaksa menampung berat badan yang berlebihan.


Kesan Urat Simpul

Mereka yang mengalami masalah urat simpul akan berasa sakit dan tidak selesa di bahagian kaki dan tidak boleh berjalan jauh. Pesakit katanya berkemungkinan mengalami kekajangan pada waktu malam dan lebih teruk lagi, ada juga pesakit yang mengalami gatal-gatal pada kulit. Disebabkan masalah tersebut, pesakit akan mula menggaru hingga terjadi ulser, dermatitis dan ekzema.

Pesakit urat simpul juga akan terasa seperti urat mereka akan pecah sekiranya berdiri terlalu lama.


SOURCE



In anticipation of your valued response,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...