Assalamualaikum...
Ada lagi kira2 7 hari lagi untuk berpuasa tahun 2015 ni....
Dan nad juga dah masuk 7 bulan pregnant..
Baru je masuk 3rd trimester...
Tapi rasa dah tak larat...
Braxton Hicks pun dah bermula masa dalam bulan ke 6 pregnant...
Perut nad mula mengeras masa awal trimester ke 2..
Then contraction pun bermula about 2 weeks ago...
Cuak gak masa tu sebab takut terberanak je...
Tapi masa kira contraction, dia tak semakin closer together..
Alhamdullilah...
Tapi dalam 3 jam juga la baru contraction tu berakhir...
Memang sakit and tak boleh duduk diam masa tu..
Bergerak ke hulu ke hilir dalam rumah..
Kena plak awal pagi...
Nak masuk sahur baru lega...
Sabar je la...
Buat orang cuak je...
Kaki plak senang sangat rasa semut2..
Lagi2 kalau duduk atas lantai...
Duduk tak sampai 5 minit pun dah rasa semut2...
Hmmmm....
Terkucil masa batuk or bersin?
Memang tak terlepas...
Panty liner all day long...
Toilet plak memang kalau toilet cangkung memang letih woo...
Nak bangun tu amik masa betul..
Risau je kalau satu hari tiba2 tak boleh bangun dari squad position tu...
So seboleh akan pilih toilet duduk...
Then kena plak satu masalah yang tak pernah nad kena dengan 2 pregnancy sebelum ni..
Mama & adik2 nad yang mengandung pun tak pernah kena...
Sebab diaorang maybe kena di kaki but nad kena di vagina...
Yes..jangan terkejut...
And nad dapat tau ianya sangat yang jarang sekali berlaku...
Tapi memang ada kes yang berlaku semasa pregnant..
Yang peliknya adik beradik and my mom tak kena plak..
Kena di kaki tu biasa la..
But takde la sampai urat2 timbul macam nad kena sekarang..
Yang ni memang kes paling teruk antara 3 pregnancy nad...
And kena plak kat bawah tu...
Ya Allah..
Hanya Allah je tau betapa lenguhnya bila urat mula membengkak...
Nak jalan sakit, nak berdiri sakit, nak duduk sakit, baring pun sakit..
Boleh kata buat apa pun sakit la..
Lenguh sangat rasa...
Nasib baik la bukan setiap masa...
Tapi sometimes ianya mengambil masa berjam-jam untuk surut...
Memang mencabar betul pregnancy kali ni...
Selalunya nad akan kena semasa perut mengeras..
Dah la bila perut mengeras tu memenatkan..
Bila vagina bengkak sekali pada masa yang sama memang ianya lagi menambah kepenatan tu 2 kali ganda...
Masa kandungan 6 bulan pun, berjalan laju sikit dah mengah..
Sedangkan nad memang seorang yang aktif..
Nad ada terbaca yang ada orang preggy ni kena sampai dia tak boleh bangun dari duduk..
So kena didukung untuk bangun sebab bengkak sangat...
Isyk...harap nad tak kena la sampai macam tu sekali...
Nad pernah tanya nurse yang nad buat checkup..
Dia cakap nanti masa baby dah keluar dia akan ok balik sebab tekanan dah takde..
Mak oii...
Kena tunggu lagi 2-3 bulan la nampaknya ni...
Lamanya...
Nak nangis je bila fikir...
Waaaaa.....
Kat bawah ni nad ada copy dari satu site tentang Vena Varikos ni..
Kalau sesiapa nak lebih lanjut sila la baca..
oleh Bintu Rasyada A. Rahman
Pernahkah anda melihat wanita yang memiliki urat-urat timbul di bahagian kaki yang kadangkala kelihatan bersimpul-simpul dan berwarna biru? Atau mungkin anda sendiri mengalaminya namun sehingga kini tidak tahu rawatan sesuai yang mampu menangani masalah itu?
Jika anda penderita masalah urat simpul, setuju andai dikatakan urat-urat itu sangat merunsingkan fikiran anda sekali pun kaki bagi sesetengah daripada kita merupakan bahagian yang sering ditutup. Dan sekali pun ada sesetengah penghidap tidak berasa sakit, urat simpul tetap dianggap beban kerana ia melibatkan masalah kosmetik kekal pada individu terbabit yang semestinya tidak boleh dirawat dengan cara biasa.
Urat Membiru
Urat simpul atau vena varikos berlaku apabila vena (salur darah yang membawa balik darah kurang beroksigen dari bahagian badan yang lain ke jantung dan paru-paru) menjadi tebal dan membesar. Disebabkan pembesaran tersebut, ia kelihatan membiru atau ungu serta berpintal dan akan terkeluar sedikit dari bahagian kulit seakan menggelembung.
Memudahkan pemahaman, vena mempunyai pintu injap kecil untuk mengelak darah daripada mengalir secara terbalik. Otot kaki akan mengepam vena untuk menghantar darah ke jantung, melawan kesan graviti.
Apabila vena menjadi varikos, pintu injap tidak lagi berfungsi dengan betul dan injap tidak berkerja. Ini menyebabkan darah bergerak pada arah yang songsang dan vena membesar lebih daripada biasa.
Vena varikos biasa berlaku pada vena bahagian kaki disebabkan tekanan ketika berdiri. Terdapat juga di bahagian lain seperti vagina namun ia jarang berlaku.
Sering Dialami Wanita
Urat simpul adalah masalah yang sering dialami oleh golongan wanita tetapi lelaki juga tidak terkecuali. Sebanyak 20% wanita mempunyai vena varikos dan 50% daripadanya disebabkan keturunan dan mengandung.
Ia mula berlaku ketika mereka berumur antara 20 dan 30 tahun atau selepas mengandung. Terdapat juga individu yang mengalami vena varikos sejak dari usia belasan tahun lagi.
Ketika mengandung, pertambahan hormon progestron menjadikan vena berkeadaan lega (injap terbuka) mengundang masalah vena varikos selain pembesaran uterus secara semula jadi menekan vena. Pengambilan pil cegah hamil (mengandungi testosteron) memburukkan lagi masalah urat simpul.
Lelaki tidak terkecuali mengalami masalah urat simpul iaitu 10% yang mengalaminya disebabkan keturunan.
Mereka yang berdiri terlalu lama (pekerjaan yang memerlukan berbuat demikian seperti jururawat, pelayan restoran, guru dan sebagainya) serta mereka yang mengalami obesiti juga terdedah menderita urat simpul akibat kaki terpaksa menampung berat badan yang berlebihan.
Kesan Urat Simpul
Mereka yang mengalami masalah urat simpul akan berasa sakit dan tidak selesa di bahagian kaki dan tidak boleh berjalan jauh. Pesakit katanya berkemungkinan mengalami kekajangan pada waktu malam dan lebih teruk lagi, ada juga pesakit yang mengalami gatal-gatal pada kulit. Disebabkan masalah tersebut, pesakit akan mula menggaru hingga terjadi ulser, dermatitis dan ekzema.
Pesakit urat simpul juga akan terasa seperti urat mereka akan pecah sekiranya berdiri terlalu lama.
SOURCE

Vena Varikos / Varicose Vein

In anticipation of your valued response,
No comments:
Post a Comment