Showing posts with label Sick. Show all posts
Showing posts with label Sick. Show all posts

2016-01-15

Cirit Birit & Yakult



Yakult. Semalam subuh kena cirit birit and muntah2. Memang dehydrated habis. Kencing pun warna kuning gelap. Menyusu baby lagi. Tak makan apa pun sbb akan muntah balik. Tengah hari tu suruh hubby belikan Yakult 2pek. Sejak mula minum Yakult tak cirit langsung and muntah sekali je and sikit sangat. Sepanjang hari semalam tak makan apa kecuali minum Yakult and air kosong sampai la pagi ni. Rasa perut sakit mmg ada cuma tak cirit and muntah. Kesian kat baby sebab dia kembung sikit sebab nad tak makan apa2. Hanya minum Yakult and air kosong je. Hari ni dah tak sakit perut apa lagi muntah2 or cirit birit. Cuma demam sekejap malam tadi then pagi ni rasa badan lenguh2 macam flu. Tengah hari ni dah ok sikit. Rasa sakit perut langsung takde. Yakult memang best medicine yang nad pernah guna. Sedap plak tu. 😀 @YakultMalaysia 

#NadsFoodDiary #Yakult #YakultMalaysia #YakultAce #Probiotics #CulturedMilkDrink #MinumanSusuKultur #yesumr #CadanganMakan#eat #makan #food #foodporn #foodology #foods#foodie #FoodHuntMalaysia #sajianlestari #igmy#igersmalaysia #igersnegeri #MY #Malaysia #Malaysian #OnlyInMalaysia #MalaysiaMY #ILoveMalaysia #NadiahJaapar #blogger#BloggerMY


Kalau nak try cara nad boleh cuma nak nasihatkan, kalau masih cirit birit teruk lepas try sebotol dua Yakult, please la jumpa doctor and amik ubat sepatutnya. Jangan bergantung dengan Yakult sahaja. Sebab badan kita semua berlainan. And mungkin bila teruk sangat cirit, garam dalam badan berkurangan. Lagi2 untuk budak2. Bahaya bila jadi macam tu. Tapi memang nad tak gi klinik langsung. Memang hanya Yakult and air yang tersangat banyak. Sebab nad nak elak sangat dari amik apa2 ubat sebab tengah menyusu baby umur 4 bulan.

Nad berani cuba cara ni sebab nad pernah tanya doktor and a few doctors cakap memang bagus amik masa cirit birit. It helps. Kalau masa tak kena cirit birit, minum Yakult memang lagi bagus la. Jangan tunggu sakit baru nak minum. So minum la Yakult setiap hari untuk jaga perut kita. Insyaallah. Amin.





In anticipation of your valued response,

2014-01-11

Al Ain : Kenapa Tidak Boleh Upload/Siarkan Gambar Bayi

Al Ain Bukan Perkara Main-main.



Assalamualaikum..

Perlu kita fahami, bayi yang berumur kurang dari 40 hari berisiko kepada 4 keadaan, 2 keadaan permasalahan rohani, 2 keadaan permasalahan fizikal.

Bagi permasalahan rohani, melibatkan Ain dan Ummu Sibyan.

Sang faqir garistebalkan pada posting kali ini adalah permasalahan rohani, iaitu Ain dan Ummu Sibyan.

Ummu Sibyan adalah dari kalangan kaum jin yang gemar mendengar tangisan anak-anak kecil terutamanya bayi, maka bagi mengelakkan gangguan ummu sibyan ini, maka Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wassalam telah memberi panduan , antaranya: 

"Sesiapa yang mendapat cahaya mata maka diazankan pada telinga kanannya dan diiqamahkan pada telinga kirinya maka akan dijauhkan dari gangguan Ummu Sibyan (sejenis jin yang membawa penyakit)- (Riwayat al-Baihaqi). "

Selain dari itu, boleh jua diikhtiarkan diazankan secara perlahan di telinga kanan bayi tersebut setiap kali masuk waktu solat 5 waktu, hikmah bagi ikhtiar ini sangat bermanfaat, ini antara amalan yang dilakukan oleh Syeikh Wan Abdullah lakukan kepada anakandanya iaitu Al-Alim Allamah al-Arif ar-Rabbani Syeikh Wan Daud bin Syeikh Wan Abdullah sewaktu Tok Syeikh Daud Patani (gelaran kepada Syeikh Daud Al Fatani) masih bayi.

Cuma, berkaitan dengan gambar atau bayi muda (1hari-40hari), ianya lebih kepada Al Ain. Permasalahan Al-Ain ini luas perbincangannya, kerana ia juga terkenal sebagai sihir tanpa jin, malahan masalah ini sebenarnya dilihat lebih serius berbanding permainan sihir lain.

Al Ain ini seperti yang dimaktubkan di dalam hadith :

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْعَيْنُ حَقٌّ وَلَوْ كَانَ شَيْءٌ سَابَقَ الْقَدَرَ سَبَقَتْهُ الْعَيْنُ وَإِذَا اسْتُغْسِلْتُمْ فَاغْسِلُوا
Maksudnya : Dari Ibnu Abbas RodhiyALLAHu Anhu, Nabi SallALLAHu Alaihi Wasallam bersabda : “Ain (mata jahat) itu benar-benar adanya, jika seandainya ada sesuatu yang mendahului qadar,maka akan didahului oleh ain. Apabila kamu diminta untuk mandi maka mandilah." (hadith riwayat Muslim)

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَعِيذُوا بِاللَّهِ فَإِنَّ الْعَيْنَ حَقٌّ
Maksudnya : Dari Aisyah RodhiyALLAHu Anha,RasulULLAH SallALLAHu Alaihi Wasallam bersabda :" Mintalah kalian perlindungan kepada ALLAH dari ain (mata jahat) kerana sesungguhnya ain itu haq (benar)" (HR ibnu Majah).

Ain adalah penyakit atau masalah yang disebabkan oleh pengaruh buruk pandangan mata, iaitu pandangan mata yang disertai rasa takjub atau bahkan iri dan dengki terhadap apa yang dilihatnya.

Terdapat dua jenis ain, iaitu : 

ain insi (‘ain berunsur manusia) dan
‘ain jinni (‘ain berunsur jin).

Malahan ain sering berlaku kepada bayi-bayi kecil, yang mengakibatkan:

1. Tangisan yang tidak munasabah atau tidak bersebab (kecuali masalah cholic atau hernia) yang tidak berhenti, tubuh terkejut-kejut tanpa sebab yang jelas, tidak mahu menyusu kepada ibunya tanpa sebab yang jelas.

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ دَخَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَمِعَ صَوْتَ صَبِيٍّ يَبْكِي فَقَالَ مَا لِصَبِيِّكُمْ هَذَا يَبْكِي فَهَلَّا اسْتَرْقَيْتُمْ لَهُ مِنْ الْعَيْنِ

Aisyah RodhiyALLAHu Anha berkata : “Suatu ketika Nabi (SallALLAHu Alaihi Wasallam) masuk (rumahnya) kemudian mendengar bayi sedang menangis. Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) berkata,”Mengapa bayi kalian menangis? Mengapa tidak kalian bacakan ruqyah-ruqyah (supaya sembuh) dari penyakit ‘ain?) (Shahihul jami’ 988 n0.5662)

2. Keadaan tubuh yang sangat kurus kering (seperti kurang zat)

عَنْ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ رَخَّصَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِآلِ حَزْمٍ فِي رُقْيَةِ الْحَيَّةِ وَقَالَ لِأَسْمَاءَ بِنْتِ عُمَيْسٍ مَا لِي أَرَى أَجْسَامَ بَنِي أَخِي ضَارِعَةً تُصِيبُهُمْ الْحَاجَةُ قَالَتْ لَا وَلَكِنْ الْعَيْنُ تُسْرِعُ إِلَيْهِمْ قَالَ ارْقِيهِمْ

Dari Jabir RodhiyALLAHu Anhu bahawa RasulULLAHi sallALLAHu Alaihi Wasallam memberi rukhsah (keringanan) bagi anak-anak Ja’far menggunakan bacaan ruqyah dari sengatan ular. Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) bersabda kepada Asma’ binti Umais,”Mengapa Aku lihat badan anak-anak saudaraku ini kurus kering? Apakah mereka kelaparan?” Asma’ menjawab : “tidak, akan tetapi mereka tertimpa ‘Ain.” Kata Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) ,”Kalau begitu bacakan ruqyah bagi mereka! (HR Muslim, Ahmad dan Baihaqi)

3. Penyakit kulit yang tidak atau sukar sembuh,contohnya ekzema dan seangkatan dengannya.

Dari hadith dan permasalahan di atas, cukup untuk menghuraikan apakah Ain dan bagaimanakah ianya terjadi?

Permasalahan ain ini bukan sahaja berlaku akibat rasa iri hati atau takjub (tanpa kembalikan semula takjub tersebut kepada ALLAH), tetapi juga berlaku apabila pemuji memuji bayi tersebut setelah melakukan dosa-dosa mulut, contohnya mengumpat atau memaki hamun orang lain, maka tarikan dari perbuatan tersebut menjadi warid kepada kalamnya, iaitu apabila dia memuji seseorang itu cantik, maka warid dari keburukan kalam sebelum itu diterbalikkan dari apa yang dipuji sebelum itu(cantik lawannya hodoh), ini berikutan fitrah bayi atau kanak-kanak yang bersih, begitu juga keadaannya jika mata si pemuji sebelum melihat bayi atau kanak-kanak tersebut ada melihat perkara-perkara maksiat, maka ianya akan terjadi hal yang serupa. NauzubILLAHi min Zalik.

Kebanyakan kes yang sang faqir terima di TIAF yang melibatkan bayi menangis tidak berhenti, selain dari masalah cholic(kembung perut) dan hernia(angin pasang), ianya kebanyakan melibatkan Ain, yang sering didakwa oleh perawat-perawat sebelum itu dengan saka, sihir, pedamping dan sebagainya, yang meleret sehingga timbul dakwaan yang pelik wal aneh, padahal ianya Ain semata-mata. (Sabo je le)

Permasalahan dengan Al Ain ini, ada dua cara dalam menghadapinya, sama ada MENGELAK darinya atau merawatnya.

Berkaitan dengan merawat, ianya melibatkan banyak kaedah. Cuma sang faqir kongsikan salah satu darinya di sini, yang paling ringkas.
Iaitu diberi mandi dengan air bekasan wudhuk ibu kepada bayi tersebut (bertabaruk)
Bersabit dengan hadith :

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ بْنِ سَهْلِ بْنِ حُنَيْفٍ أَنَّهُ قَالَ رَأَى عَامِرُ بْنُ رَبِيعَةَ سَهْلَ بْنَ حُنَيْفٍ يَغْتَسِلُ فَقَالَ مَا رَأَيْتُ كَالْيَوْمِ وَلَا جِلْدَ مُخْبَأَةٍ فَلُبِطَ سَهْلٌ فَأُتِيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَامِرًا فَتَغَيَّظَ عَلَيْهِ وَقَالَ عَلَامَ يَقْتُلُ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ أَلَّا بَرَّكْتَ اغْتَسِلْ لَهُ فَغَسَلَ عَامِرٌ وَجْهَهُ وَيَدَيْهِ وَمِرْفَقَيْهِ وَرُكْبَتَيْهِ وَأَطْرَافَ رِجْلَيْهِ وَدَاخِلَةَ إِزَارِهِ فِي قَدَحٍ ثُمَّ صُبَّ عَلَيْهِ فَرَاحَ مَعَ النَّاسِ
Dari Abu Umamah bin Sahl bin Hunaif, dia berkata bahawa Amir bin Robi’ah melihat Sahl bin Hunaif sedang mandi, lalu berkatalah Amir : "Aku tidak pernah melihat (pemandangan) seperti hari ini, dan tidak pernah kulihat kulit yang tersimpan sebagus ini” Maka terpelantinglah Sahl(pengsan). Kemudian RasulULLAH sallALLAHu Alaihi Wasallam mendatangi Amir. Dengan tegas Baginda bersabda :”Atas sebab apa kamu hendak membunuh saudaranya? Mengapa kamu tidak memohonkan keberkahan (kepada hal yang kamu lihat)? Mandilah untuknya!Maka Amir mandi dengan menggunakan suatu bekas air, dia mencuci wajahnya, dua tangan, kedua siku, kedua lutut,hujung-hujung kakinya, dan bahagian dalam sarungnya. Kemudian air bekas mandinya itu dituangkan kepada Sahl, lantas dia (Sahl) sedar dan berlalulah bersama manusia.
(HR Malik dalam Al-Muwaththo 2/938, Ibnu Majah 3509, disohihkan oleh Ibnu Hibban 1424. Sanadnya sohih, para perawinya tsiqah : Zadul Ma’ad tahqiq Syu’aib al-Arnauth dan Abdul Qodir al-Arnauth 4/150 cetakan tahun 1424 H).

Merujuk kepada hadith tersebut, tentu menjadi kesukaran untuk mencari siapa yang memberi Ain, malahan jika tahu siapa yang mengAinkan anak kita, bagaimana mungkin untuk kita jelaskan kepadanya, maka diqiaskan dengan tabaruk air wudhuk ibu(berserta doa), ditadahkan di dalam bekas atau besen, seterusnya, diberi mandi kepada bayi atau anak yang terkena ain. Untuk kaedah ini, tidak tertakluk kepada Ain sahaja, boleh juga ikhtiar bagi permasalahan anak yang degil atau bermasalah dengan pelajaran.

Antara kaedah mengelakkan Ain dari berlaku:

Setiap kali anak menerima pujian dari sesiapa sahaja, letakkan tangan kanan di atas kepalanya, dan ucapkan Taawudz (di dalam hati, kemudian mohon perlindungan ALLAH dari segala mara bahaya).

Pada malam hari sebelum ibubapa tidur, bacakan Al Ikhlas 3x, dan tiupkan di ubun-ubun bayi perlahan-lahan(sambil dalam hati berdoa mohon perlindungan ALLAH) sehingga habis nafas, nafas yang akhir ditiup sehingga ke kaki dengan kadar menghembus.

Kepada ibubapa, terpulang di atas perkiraan kalian untuk ikhtiar perlindungan anak-anak kalian, terutama yang memperolehi 'new baby' atau yang anak mereka sedang sakit, pertimbangkanlah keputusan untuk upload gambar anak-anak anda.

Kebanyakan kes Ain yang sang faqir terima di klinik TIAF, 98% daripadanya adalah asbab meng'upload' gambar bayi mereka di facebook atau laman sosial yang lain, tambahan pula bayi mereka sedang bermasalah sewaktu itu. NauzubILLAHi min zalik.

Semoga perlindungan ALLAH beserta sekalian yang ikhlas dan faham dengan setiap amal perbuatan mereka.

Wassalam.


SOURCE: Wan Asrul Al-Aydrus (FB)




In anticipation of your valued response,

2013-07-26

Al-Kisah Setengah Ramadhan Pertama Idlan Shafy..

Muka toya je sbb baru lepas muntah..


Assalamualaikum...
Hari ni dah masuk hari ke 18 Ramadhan..
Bermaksud dah 18 hari kita berpuasa..
Cepatnya rasa masa berlalu...
Pejam celik dah lebih dari setengah bulan berpuasa...
Ya Allah..
Bulan yang mulia & penuh ganjaran ni cepat je berlalu pergi...
:(

Ok..
Post kali ni nak cerita sikit tentang my 1st born..
We named him Idlan Shafy bermaksud "Keadilan Yang Suci"..
Tahun ni Idlan Shafy berumur 6 tahun..
Jadi nad & hubby nak train dia untuk berpuasa..
1st day of Ramadhan memang Idlan Shafy tidak  berpuasa..
Kerana dia tak dapat nak bangun sahur sebab tak biasa so agak susah sikit kot untuk dia menahan lapar..

On the second day of Ramadhan Idlan Shafy memang bersahur & berpuasa..
Tapi dia berpuasa sehingga lagi 5minit nak masuk waktu marghrib (azan marghrib)..
Masa tu dia memang dah tak tahan sangat kot..
Kami sekeluarga sibuk siap2kan juadah berbuka..
Tak siapa sedar yang dia telah mengambil cawan & mengisi air dan minum terus..
Yang kelakarnya dia siap bole sebut "Ahhhh.." lepas minum air tu..
Masa tu la baru orang semua perasan dia dah minum air...
Mesti dia rasa lega yang teramat...
LOL..

Actually rasa sayang sangat sebab 5minit lepas tu dah azan..
But on the bright side nad tau yang dia boleh berpuasa sebenarnya..
Insyaallah...
Cuma kena kuatkan sikit iman dia..
Dugaan banyak...
Agaknya dia dok tengok berjenis makanan & minuman atas meja tu yang dia tak tahan tu..
Hehehe..
Takpe la..
Nama pun belajar berpuasa..ye tak?

But start from 3rd Ramadhan Idlan Shafy berpuasa non stop..
Dia enjoy bangun tuk bersahur..
Dan dia enjoy gi jalan2 cari makan dia PARAM..
Fav kuih dia ialah Tepung Pelita yang dia beri nama "Green & White" in English & in Malay dia sebut "Epung Ita"
Dia sorang je boleh habiskan 2 styrofoam/ 10biji terpung pelita tu..
But nad & hubby suruh dia share with his sister, Zuhrah Carmilla..
Berapa banyak pun la Zuhrah Carmilla tu makan..
Sebiji dua je..
Itu pun tak habis kadang2..
Nad suruh la Idlan Shafy yang habiskan..

Cara untuk bagi Idlan Shafy lupakan tentang makan is nad or hubby kena sentiasa layan dia..
Kena sentiasa isi masa lapang dia..
Kalau dia bosan and tak tahu nak buat apa memang dia akan minta makan..
So mummy & daddy ni terpaksa la fikir cara macam mana nak sibukkan Idlan Shafy so dia tak terasa nak makan sangat..

Idlan Shafy loves to draw..
So temankan dia draw..
Puji2..
So dia nak buat lebih banyak lagi drawing..
Selang a few days bawa dia keluar jalan2 kat mall..
Sambil2 tu cari baju raya anak2..
Or paling senang suruh dia tidur je..
Memang jarang sangat dia cakap dia lapar..
Sebab busy buat menda lain..

By the way, hari ni nad terlajak tidur sampai tak bangun sahur..
Sebabnya sebelum tidur semalam nad makan ubat batuk..
Nad telan pil tu and tak sampai 10 minutes nad dah tidur mati..
Memang jam bunyi kuat mana pun memang tak terjaga langsung..
Sampaikan bb & tab habis battery sebab bunyi X berhenti..
LOL..

2012-12-26

Cerpen Pendek : Zuhrah Carmilla minum Wellmex Atomic Enema


Assalamualaikum..
Ni nak cerita ttg sesuatu yg terjadi minggu lepas..
Ianya hampir membuat jantungku & hubbyku terhenti..
Cerita ttg my daughter, Zuhrah Carmilla..

Satu pagi minggu lepas..
Dalam kul 3pagi..
Anak lelakiku kejutkanku dan berkata "Mummy look, Zuhrah drinks this and finished it"
Sambil tangan kecilnya memegang botol plastik kecil bewarna biru dihulurkan ke arah mukaku..
Saya yg sedang tidur masa tu terjaga dan dengan mata cuba utk dibuka saya melihat apa yg mahu ditunjukkan oleh anak sulungku..
Kulihat botol biru yang sebelum ini berisi kini sudah kosong..
Dadaku berdebar..
"Zuhrah drinks this? Are you sure Idlan?" ku bertanya untuk mendapatkan kepastian.
"Yes mummy. She finished it"
Mataku yg semakin segar ku jegilkan ke arah Zuhrah..
Zuhrah mengikih kecil sambil menutup mulut dengan tangan mugilnya..
Ku terus mendekati Zuhrah dan mencium bau mulutnya. Tiada bau langsung. Dada berdegup semakin kencang. Racun & mati adalah perkara bermain-main di mindaku. Nak menangis je rasa pada masa itu.

Ku keluar dr bilik dan menuju ke dapur mengambil secawan air dan memberi Zuhrah minum..
Mata mencari-cari dimana suamiku..
Kelihatan di ruangan tamu lampu masih bernyala..
Ku terus memanggil dari dapur..
"Yang..tengok Zuhrah ni, dia minum ubat cairkan stool ni"
Hubby yg duduk didepan laptop terus ke arah kami dan bertanya
"Dia minum apa?"
"Ni ha..ubat cairkan stool yg beli hari tu" sambil tangan memberikan botol kecil biru yg telah kosong kepada suamiku.
Suamiku membelek botol itu.
"Idlan kata dia minum sampai habis" sambungku lagi.
Nampak perubahan dimuka suami. Risau.
"Macam mana dia bole minum? You buat apa? Kenapa semua tak tido lagi?" bermacam pertanyaan keluar dr mulut suami.
"I dah tido. Idlan yg kejut I ckp Zuhrah minum smpi habis. Pasal mcm mana dia minum tu I mmg X tau mcm mana dia bole sampai"
"So macam mana ni? Nak bawa gi hospital sekarang ke?"
"Ye la. Kita X tau menda tu beracun or X. Baik pergi skrg. nak tgg buat apa?'
"Ok. Siap la cepat"

Ku menuruti arahan. Menukar baju tidurku kpd pakaian keluar dan menyarung je tudung yang mana ku jumpa. Ku sambar juga file yang ku simpan segala kertas & buku kesihatan anak-anakku dan kotak & instruction ubat yg dimunumnya itu. 5minit kemudian kami sekeluarga berada di dalam kereta dengan suami memandu ke PPUM Emergency for Peads.

Suami menurunkan saya & Zuhrah didepan pintu emergency. Saya terus memberitahu situasi kepada jururawat yang bertugas dan dia menyuruhku untuk mendaftarkan Zuhrah dahulu. Selesai pendaftaran kami disuruh duduk dan menunggu.


Dalam 15minit kemudian kami dipanggil utk mengambil berat,suhu badan, degupan jantung dan tekanan darah Zuhrah. Yang saya terkejut disini ialah dengan berat badan Zuhrah yang cuma 8.2kg sahaja untuk budak berusia 2 tahun 3 bulan. Tak cukup makan ke anakku sorang ni? Kemudian kami terpaksa menunggu untuk doktor pula sampai. Sementara itu saya cuba tengok2 perubahan pada Zuhrah, tapi tiada. Dia masih lg bermain dgn aktifnya walaupun jam menunjukkan pukul 3:20am. Berlari & memanjat kesini sana. Saya yang jd pening dan risau.  Suami pulak menelefon setiap 5minit bertanyakan berita.

10minit berlalu masih tiada doktor. Hati naik geram & risau bertambah. Zuhrah masih lagi aktif yang amat. Kalau dia aktif sorang tak apa juga. Diajak juga saya meneroka kawasan klinik kerana di setiap bilik ada lukisan kartun yang berbeza-beza. Mulutnya petah bertanya bermacam perkara. Layan kan saja kerenah Zuhrah. Agak lama juga kami menunggu dan sebaik saja saya mengambil keputusan untuk bertanyakan dimana doktor, doktor pun tiba dan meanggil nama Zuhrah Carmilla. Kami mengikuti doktor masuk ke dalam bilik pemeriksaan. Saya memberikan arahan ubat yang saya bawa untuk rujukan doktor sambil menceritakan bagaimana ianya mungkin terjadi semasa saya tidur.

Anak sulungku Idlan memang suka mengumpul barang berbentuk pelik. Mungkin dia memanjat untuk melihat keatas kabinet dia ternampak botol biru itu dan menyimpan botol tersebut. Apabila Zuhrah bermain dengan mainan abangnya dia pula terjumpe dan melihat ada cecair didalamnya dia terus buka penutup kecil botol itu dan terus meminumnya. Mungkin pada masa itu Idlan nampak perbuatannya dan mengambil botol tersebut dari Zuhrah kemudian terus mengejutkan saya yang telah tertido dahulu sebelum mereka.

Doktor memberitahu saya bahawa ubat itu tidak beracun atau merbahaya. Tetapi rasanya memang manis. Mungkin kerana itu Zuhrah boleh minum sampai habis. Dos pengambilan Zuhrah pun tidak banyak jadi saya tak perlu risau doktor memberitahu. Kemungkinan untuk dia mendapat cirit birit itu ada. Tapi selagi dia gembira & aktif saya tak perlu risau tambah doktor.

Setelah mendengar sendiri dari mulut doktor baru la tiada debaran dihatiku. Doktor memberi sedikit sebanyak pandangan & nasihat. Selepas mengucapkan terima kasih dan mengundur diri saya terus menelefon suami untuk mengambil kami diluar. Tidak sampai seminit kereta suami sudah terpacak didepan pintu emergency. Rupanya suamiku tidak pulang kerumah, tapi dia dan Idlan menunggu kami di dalam kereta. Idlan telah pun melelapkan matanya di seat belakang.

Setibanya kami dirumah memang Idlan & Zuhrah kena leteranku. Walaupun ku tahu tidak semua mereka faham tetapi ku rasa lega dapat berleter dengan mereka. Supaya mereka boleh ingat yang tidak semua benda boleh dimakan dan untuk Idlan supaya dia tengokkan aktiviti Zuhrah selepas ini. Saya berharap sangat kejadian seperti ini tidak berlaku lagi. Insyaallah. Amin. Doaku.


p/s: Selepas kejadian, Zuhrah tidak pernah cirit pun walau sekali. Alhamdullilah.

2012-08-30

Muaz Terseliuh Pergelangan Kaki



Assalamualaikum..
Hari ni adalah hari kedua my brother terseliuh pergelangan kaki dia..

Dia terseliuh semasa disekolah..
Terjatuh ke dalam longkang..

Kerana sebatang pensel 80sen..



Doktor bagi nasihat supaya kakinya dioperate untuk memasukkan wayar..
Dia masih lagi membesar sbb takut kakinya akan membesar senget & juga tulang2nya akan bergesel jika tidak ada guidance dalam kakinya..

So wayar tu akan bertindak sebagai guide utk kakinya membesar..



Hope he will recover soon..
X tau bila dia nak kena operate..

X dapat tarikh lagi..
So kita tunggu je la mcm mana nnt ye..
Please pray for my youngest brother..
:D

2011-01-11

Running nose & Foursquare..



Assalamualaikum
..
Arghhhh!!
I HATE RUNNING NOSE!!
X tau kenapa but sejak malam tadi kena..
Asyik bersin je X berhenti..
Its tiring if u sneeze unstoppable..
Badan pun rasa penat je..
:(



Well..
The last few days I've been participating actively in Foursquare..
Early last year masa baru daftar X minat sgt nak active..
Just the 1st week je active..
Then i stop..
But now bila semua member2 dah mula join & active kat 4square..
Nad pun terasa gak nak active balik..
Huhu..
To all of u who wanted to join come on and join us at --> CLICK HERE
Or cllick je kat logo Foursquare kat atas tu..
Dont forget to add me on the name of Nadiah Jaapar
;P


Daisypath Anniversary Years PicDaisypathAnniversary Years Ticker
Daisypath Next Anniversary PicDaisypathNext Anniversary Ticker


2009-06-05

Feels like to throw up..

Current mood : NOT THAT GOOD!!!

Assalamualaikum...
Its been a long time since i update this blog..
I've been really busy and i dont have the time..

A few days ago did a pregnancy test..
And it tested negative..
Hubby a bit dissapointed..
Well..
Although im tested negative..
But i still have the urge to throw up..
And the urge is getting stronger by the day..
Tu X masuk lg pening kepala..
And that makes my mood is not at the best this few days..
Asyik marah semua org je..

Im not pregnant but im getting this weird morning sickness symtom...
WHY??
:(



Daisypath Anniversary Years PicDaisypathAnniversary Years Ticker
Daisypath Next Anniversary PicDaisypathNext Anniversary Ticker



Lilypie Breastfeeding Ticker

2009-02-17

My FIL is in UH..


Current mood : SHOCKED!!!

Assalamualaikum...
Yesterday my FIL kena langgar..
Depan OU..
Masa tu dia baru nak balik dr kerja..
Dia naik motor..
And kena langgar dgn motor..
Salah org tu..
Masa lampu merah dia X stop..

My FIL mmg teruk la..
Kaki kanan dr bawah lutut sampai atas peha..
Koyak..
Nmpk sampai tulang..
Pastu tangan kiri plak tercabut..
Yup..
Tangan tu tercabut dr soket bahu dia..
Pompuan yang langgar dia tu Xde kena pape pun..

Well..
Memula ambulance bawa dia ke HKL..
But then diaorg tukarkan ke UH..
Still until now doc belum jahit lagi luka or masukkan balik tangan ke soket dia..
X tau doc tunggu apa..
My FIL kata luka yang terbuka tu X sakit..
But tangan dia mmg terasa sakit sgt..
Tadi masa kitaorg melawat hubby ada suruh nurse bgkan ubat tahan sakit..
X tau la diaorg dah bagi belum..
Nurse gak kata dlm kul 12am ni baru doc decide bila nak operate..
Lambat gak diaorg buat kerja ye..
Hmm...
:(

Insyaallah esok kitaorg akan visit lagi..
Just to see how he's doing..
And wether doc dah jahit luka tu or not..
Hope tomorrow he is feeling much better..
:D


Daisypath Anniversary Years PicDaisypathAnniversary Years Ticker
Daisypath Next Anniversary PicDaisypathNext Anniversary Ticker



Lilypie Breastfeeding Ticker

2008-09-08

Demam Campak..

Shopping Spree

Current mood : GOOD!!!

Assalamualaikum..
Hai all..
Just wanna update sikit..
:D

Rupanya idlan demam lama & tinggi sangat tu sbb dia kena demam campak..
Bintik² kat bdn dia baru tumbuh 2 days ago..
Pagi tu tengok idlan punya bdn bintik² bnyk sgt..
Memula nad ingat dia kena ruam ke apa..
Tapi mama kata ni mcm campak..
X pun chicken pox..

So lepas je berbuka nad terus bawa idlan gi klinik..
And yes..
Mmg doc kata idlan kena campak..
Doc kata lagi patut la dia demam tinggi je suhu..
Bintik² mmg tumbuh after demam dah reda..

So doc bagi idlan ubat tahan gatal and sapu..
Nad takut nak guna ubat sapu tu..
I know that idlan akan garu bdn dia & hisap jari..
Dah tau sgt perangai dia..
So nad mmg X pakaikan ubat sapu...
Just bagi ubat yahan gatal je..
:D

Hari ni bintik dia dah X bnyk dah lagi..
Dah makin kurang..
Demam pun dah Xde..
Alhamdullilah..
Dia dah aktif balik..

Merangkak all over the house..
Kalau X kejar kucing..
Semua ceruk umah dia nak pergi..
Habis semua menda dia capai masuk mulut..
And yes..
Including the cat..
Dia suka nak masukkan telinga kucing tu dlm mulut dia..
It's yuckie idlan shafy..
:(


More stories on this pictures -->
Daisypath Anniversary Years PicDaisypathAnniversary Years Ticker
Daisypath Next Anniversary PicDaisypathNext Anniversary Ticker



Lilypie Breastfeeding Ticker


2008-07-02

Sick..sick..sick..

Vomit

Current mood : SICK!!!

Assalamualaikum..
Aduh...
Nad dah 2 hari X sihat..
Sakit tekak, batuk. selsema, sakit sendi & light fever..
Tapi makin hari makin worse..
:(

Nad harap before this friday nad dah ok..
Ada order cupcake nak kena buat mlm tu..
Kalau X sihat gak nmpknya kena minta tolong hubby or adik buatkan la..
Nad supervise je..
:)

Doakan nad cepat sihat ye..
Sbb nad tengok Idlan dah mula batuk²..
And selsema..
Nad X nak bila Idlan X sihat nad pun X sihat..
Susah la mcm tu..
:(

Well..
For your info..
Idlan dah bole duduk..
But kekadang bila dia nak pusing bdn dia akan jatuh..
Hehe..
:D

Idlan pun kerap pusing bdn dah..
Dia suka sgt mandi..
Kena tunggu dia main air puas² baru bilaskan dia..
Kalau dia X puas main air nad dah bilas..
Dia akan mengamuk..
;D

Ok la..
Nad pun X nak lelama depan pc..
mmg bdn ni rasa penat sgt..
Doakan nad cepat sihat ya..
Thanks..
:D




Daisypath Anniversary Years PicDaisypathAnniversary Years Ticker
Daisypath Next Anniversary PicDaisypathNext Anniversary Ticker


Lilypie Breastfeeding Ticker

2008-05-13

Me?? Jaundice??

Scared 2

Current mood : SCARED!!!

Assalamualaikum..
Hmm..
Today nad ke clinic..
What else..
Check nad la..
SContraction tu ada lagi..
Dah lama sgt dah ni..
Risau plak kalau biarkan..
:(

Nad cerita la kat doc..
Nad dah 6 bulan bersalin..
Period dtg every month sejak lepas pantang..
And X pernah rasa sakit mcm ni..
Pastu nad kena diarrhea juga..
Rasa X lalu makan & loya²..

Guess what the doc said??
Dia kata nad ada kemungkinan utk dpt jaundice..
Berapa kali dia tengok dlm mata and mulut nad..
Tengok ada kuning ke X..
Nasib baik Xde..
Dia kata X teruk lagi..
Dia suruh nad makan bubur je beberapa hari ni..
:(

Oh yes..
Dia gak kata perut nad bnyk angin..
Maybe sbb nad X lalu makan..
Sbb tu kosong and bnyk angin..
:P


p/s: hope i'll be better in a few days time.. :(


Daisypath Anniversary Years PicDaisypathAnniversary Years Ticker
Daisypath Next Anniversary PicDaisypathNext Anniversary Ticker


Lilypie Breastfeeding Ticker

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...