2015-07-11

Tak tidur & Bersahur Pukul 430am @ Uptown Damansara (Day 24 Ramadhan 2015)

Assalamualaikum...
Memang semalam nad tak tidur langsung sehingga la selepas bersahur & solat subuh..
Lepas tu baru la nad lelapkan mata...
Sebabnya takde siapa jaga anak2 adik nad yang bermula berniaga di Mood Republik, PWTC hari ini..

Semalam is their setup day...
So anak2 memang dia tinggalkan dirumah..

Lagipun hubby nad gi main futsal awal pagi tadi sampai 3am...
So nad pun memang duduk rumah PJ la pagi tadi...
Inara plak sampai rumah dalam kul 3:45am macam tu lepas habis setup booth dia...

Semua kepenatan masa tu...

Mencabar oii jaga anak2 yang berumur 8 tahun, 7 tahun, 5 tahun , 4 tahun dan 1 tahun bila anda sedang sendiri tengah pregnant 7 bulan...

Sebab diaorang jenis yang aktif..
Dah lewat pagi pun masih berteriak & berlari-lari dalam rumah tu sedangkan semua orang dah tidur..
Yang nak makan, minum..
Berulang alik la ke dapur & ruang tamu beberapa kali...
Budak bila dah penat asyik nak makan & minum je...
Biasa la nak tambah tenaga kan..
Lepas tu sambung balik main..




Nasib baik la si Erryna tu tak meragam sangat...
Meragam masa cari mak dia kat bilik..
Then masa lapar...
Sebab dia masih menyusu..
Memang la dia nak cari mak dia je...
Hehehe..
But nad bagi dia biskut cream cheese and air kosong...
Ok la lepas tu...


Cuma masa dia nak tidur je penat sikit..
Sebab kena dukung, berdiri & berbuai ke kiri kanan..
Sambil tu nad nyanyi zikir untuk dia senang tertidur...
Alhamdullilah la dia memang senang kalau nad tidurkan dia..
Cuma letih sebab kena dukung, berdiri and berbuai...
Masa tak preggy dulu hari2 boleh je tidur kan dia..

:D

My kids kul 4am tu still berjaga..
Danial dah lama tumbang..
Rasanya around 2:30am dah tumbang dah..
Hannah tumbang lepas nad tidurkan erryna..
Tapi itu pun erryna tidur kul 3:30am..
Hannah a few minutes after that...


Sebab my kids semuanya tak tidur lagi hubby ajak gi sahur terus...
Memang tak boleh nak fikir kedai makan apa yang buka kul 4am ni...

Last2 nad cadangkan Uptown Damansara...
Maybe ada some kedai yang masih buka...

So terus hubby drive ke sana...

Hubby (Lanun Sauce) & mine (Mushroom Sauce) Chicken Grill

Bila sampai memang tak banyak kedai buka but ada la...
Memula tengok kedai Bintang Henry still buka...
Nad orderkan Cantonese Yee Mee untuk Idlan Shafy...
But they said "Takde la, sudah close kitchen"

So hubby, Idlan Shafy & nad terus order Chicken Grill kat Lanun...
Hubby amik kuah Lanun (campuran kuah bbq & mushroom)..
Nad amik kuah mushroom...

Idlan Shafy amik kuah Lanun but makan dalam pinggan..
Dia tak nak ayam dia diliputi uah..
Dia nak cicah sendiri...


Masa tengah makan tu nampak pekerja Bintang Henry gorengkan something untuk orang lain...
Hubby pelik la sebab nad kata orang tu cakap "Kitchen dah close"

Hubby panggil pekerja dia and tanya "Ada lagi ke dah tutup?"
Terus pekerja dia bagitau, "Ada nasi goreng & mee goreng je. Yang lain takde"
Cehhh...
Kenapa tak cakap awal2 tadi...
Boleh gak tukar order...
Ni terus cakap "Kitchen close"

Kitchen close bermaksud dah tak masak lagi...
Apa la masalah korang ni...
Orang nak order dari kedai dia tapi dia tak nak...
Pelik tul...


Idlan Shafy with his Chicken Grill in a plate sebab nak kuah lanun asing

Kali ni Zuhrah Carmilla plak yang tidur...
Dia memang tak larat sangat nak bangun...
Masa kitaorang almost habis makan, dia terjaga, nangis2 & bebel sorang2...
Macam mengigau..
Last2 hubby dukung dia terus..
Baru la dia senyap...
Then tunggu Idlan Shafy habiskan sahur dia and kami terus gerak balik..

Sampai rumah about 5am lebih sikit macam tu...
The kids memang dah tertidur la masa sampai tu...
Sampai rumah je terus sambung tidur...
Tak ingat apa2 dah..
Hubby and nad yang bersengkang mata tuk tunggu subuh..

Dah nak azan tu memang nad terlelap kejap...
Nasib baik la hubby kejutkan sebelum dia keluar ke masjid tuk solat subuh tu...

Kalau hubby tak perasan nad tertidur memang terlajak la nad..
:)


In anticipation of your valued response,

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...