2015-07-05

Shopping Raya @ Vendeur Festival 5.0 Mega Sale Lebaran (Day 18 Ramadhan 2015)


Duduk kejap sebab penat berjalan

Assalamualaikum...
Selepas amik anak2 dari kelas tambahan islamik, (klik sini untuk baca post ini) kami ke Vendeur Festival 5.0 di Matrade...
Nak cari baju raya budak2..
Kami ke Masjid Wilayah untuk bersolat Zohor dulu..
Mak aiii..
Memang kami pernah ke masjid wilayah..
Tapi bila perut dah besar and berat macam nad ni memang terasa jauh sangat untuk sampai ke tempat solat..
Dari tempat wuduk ke tempat solat pun dah mengah..
Hahaha..
Maybe juga sebab berjalan laju..
Ye la jalan berlenggang kat masjid nak buat apa..
Nanti orang kata buang tebiat plak..
Bukannya jalan2 tengok barang kan?
Lepas solat tu terus la ke Bangunan Matrade...

Dari luar bangunan Matrade tu tengok "MasyaAllah, sampai ke luar diaorang parking kereta, berderet"
Hubby cakap "Tengah gawat2 macam ni pun orang berduyun datang membeli"
Nak parking kat luar tu memang masak la..
Nak jalan punya la jauh..
So hubby terus ke dalam..
Masuk indoor parking..
Kena bayar plak parking dalam tu..
Sekali masuk RM5..
Tak tau la siapa yang kutip tu..
Matrade or Vendeur Festival?
Untung wooo...
Hehehe..

Kami bermula dengan Hall B..
Then baru masuk Hall A..
Memang orang ramai..
But takde la sesak sangat...
Still boleh berjalan tanpa perlu berlaga-laga dengan orang berjalan yang lain...
Hubby met a few of his friends here...
Berhenti gak la beberapa kali tuk diaorang berborak..

Baju perempuan me-monopoli tempat tu..
Semua la, tudung, skirt, jubah, blouse, baju kurung, kebaya, makeup and accessories...
Kedai tuk barang2 / baju lelaki memang limited..
Termasuk la untuk kanak2..
Kedai kasut pun ada tapi lagi sikit bilangannya..

Harga semuanya almost the same..
Kebanyakkan harga RM100 keatas...
Tapi nak dapat bawah RM150 agak susah juga..
Yang banyaknya harga RM150 keatas...
But ada juga jumpa jubah berharga bawah RM100..
Paling murah jumpa dalam harga RM90..
Jubah yang diaorang nak clearkan stok ada la dalam RM80 mcm tu..
Skirt plak paling murah boleh jumpe RM30..
Itu pun sebab diaorang nak clearkan stok..
Kalau tak harga sebenar RM50-RM60..
Blouse pun harga dalam RM50-RM60..

Kebaya yang daddy dia berminat sangat nak pakaikan kat Zuhrah Carmilla
Kalau tak besar and ada size kecik sikit memang kami dah amik baju ni 
Suka la dia dapat tukar baju berkali-kali
Zuhrah Carmilla happy dapat baju baru

Masa kami ada di satu kedai ni kami berborak dengan seller dia..
Sebab Zuhrah Carmilla nak try a few baju..
Memang paling lama kat kedai dia la...
Dia bercerita..
Kata semalam (Sabtu) selepas berbuka memang paling ramai...
Dan juga selepas terawikh..
Penuh sampai nak jalan pun sempit..
Hari ni tak ramai macam semalam walaupun tengah hari katanya..

Banner Jom Solat




Masuk waktu asar je kami terus ke surau and solat je kat situ..
And I love their banner that they put there..
Very inpiring...
Depan surau tu ada plak orang jual makanan tuk berbuka..
The kids bila nampak makanan memang melekat la kat situ...
Then diaorang minta nak beli something from there..
So each of them can choose only 1 food..
ZUhrah Carmilla dengan cepat pilih hot dog..
Idlan Shafy has to take a few minutes before he chooses the fried chicken..
Sebab dia kalau boleh nak amik nuggets juga..
But sebab nad kata "Choose one" dia kena amik masa tuk fikir...
They wanted to eat time tu gak..
But nad bagitau "Just because you are not fasting, doesn't mean that everyone is not fasting too. We have to respect them by not eating in front of them. You better wait until nobody can see you eat. Maybe in the car or at home"
Alhamdullilah diaorang faham..
Masa tu kami tak habis jalan pun semua tempat..
But masa tak mengizinkan..
Kami perlu pulang ke PJ untuk berbuka puasa...




Apa yang kami dapat pancing disana?
Dapat la 2 pasang baju tuk Zuhrah Carmilla...
And 1 pasang tuk mummy...
Ada sepasang tu memang jubah yang sama warna and sama patern..
Kira macam jubah ibu dan anak la...
For me & Zuhrah Carmilla...
Yang sehelai lagi amik baju kebaya for her..
Dia belum pernah ada baju kebaya..
So try la kebaya tahun ni...
Pssttt..actually daddy dia yang berkenan sangat dengan kebaya tu..
Hehehe..

Untuk Idlan Shafy memang tak dapat lagi..
Tengok pun takde yang berkenan..
Warna pun tak berapa minat...
Actually kami takde theme colour tahun ni..
Main beli je..
But sebab baju Zuhrah Carmilla dah selesai kami just setkan warna ikut warna baju dia je..
Light Blue and Burn Pink...
Sebab nad pun dah ada jubah sama ngan Zuhrah Carmilla colour light blue tu, so maybe we will find him a light blue baju melayu..
Shopping akan disambung minggu depan di PWTC, Mood Republic punya event plak...
My sis buka gerai di situ...


In anticipation of your valued response,

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...