2015-07-08

Jual Air Basi Di Bazaar Ramadhan (Day 21 Ramadhan 2015)

Assalamualaikum..
Semalam nad & hubby tak ke bazaar..
Hubby hanya pesan pada my sister punya husband (Qimi) kirim belikan air..
Teringin nak minum air soursop (durian belanda)..
Dia beli di Bazaar Ramadhan di Sentosa katanya...
Dia kata harga kat sana RM4/bungkus untuk air tu..
Dia tahu sebab dia pernah beli di sana sebelum ni..
Dan air dia memang ok la rasanya...

Hubby pesan la beli 2 bungkus..
Maknanya harga dah RM8..
Ok la kalau memang sedap...
Ingat nak buka satu bungkus masa berbuka di rumah PJ and satu bungkus lagi nak bawa balik ke rumah untuk sahur nanti...
Tapi sebab hari tu ramai plak yang beli air so kami tak terbuka air soursop tu..
Selalunya buka masa selepas terawikh pun tak terbuka sebab banyak lagi air lain yang dibuka dahulu..
Jadi kami bawa balik je dua bungkus air soursop ke rumah..
Just a note that, semasa di rumah PJ memang dah masukkan ke dalam fridge air soursop tu...

Sampai rumah nad terus transfer air tu ke jug air..
And hidangkan secawan kepada hubby...
Hubby minum and said "Yang..kenapa air dia rasa rasa macam masam?"
"Masam? Tak kot..memang rasa dia macam tu kot" nad cakap tuk sedapkan hati hubby.
Hubby senyap je..
Then dia minum lagi "Serious la masam, macam minum air tapai plak rasa" hubby cakap lagi.

Nad gi la dapur and rasa sikit..
Hmmm..memang masam..
Geram je rasa..
Beli dah la mahal...
Lepas tu bila minum rasa masam macam basi..
Hubby ada cakap "Boleh rasa macam ada gas dari air tu"
Memang nad buang je la semua air tu...

Apa kena la orang melayu ni?
Air yang dah basi pun nak jual..
Berkat sangat ke duit ko dapat tu sebab tipu orang jual air yang dah basi?
Dia tak akan basi kalau dia tak recycle air semalam or kelmarin..
Sebab beli air sebelum berbuka, and masukkan dalam fridge lagi, takkan kul 11pm tu nad buka dah basi?
Nak jual tu jual la barang yang fresh..
Ini makanan/minuman kot..
masuk perut jadi darah daging..
Kalau orang tak dapat sakit takpe..
Kalau orang dapat sakit dari barang makanan yang kau jual pada mereka?
Kau tak rasa serba salah or berdosa ke menjadi penyebab orang tu sakit?
Cuba kena kat anak bini or saudara mara kau sendiri..
Kau tak marah?

Nak cari rezeki yang halal tu buat la betul2...
Jangan ambil jalan mudah...
Macam mana nak maju kalau asyik jual barang yang dah expired?
Kau tak rasa masa akhirat nanti kau akan ditanya pasal kenapa kau jual barang yang tak elok pada pelanggan?
Duit yang kau guna sebab tipu orang jual air basi tu jadi darah daging kau and anak bini..

Please la..
Orang2 yang berniaga diluar sana..
Jangan la jual barang2 yang dah expired or basi..
Jaga la pintu rezeki anda sendiri..
Jaga la berkat yang datang dengan rezeki anda..
Insyaallah selamat dunia akhirat..



In anticipation of your valued response,

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...