2013-07-25

SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN & SYAITAN



1) Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.

2) Badan terasa berat dan malas.

3) Sukar mendapat jodoh.

4) Badan terasa bisa-bisa.

5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.

6) Sukar tidur malam.

7) Sakit pinggang tanpa sebab.

8 ) Sakit dada bila waktu asar keatas.

9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.

10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.

11) Bermimpi jatuh dari tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.

14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.

15) Bayi kerap menangis.

16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.

17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.

18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.

19) Malas beribadat.

20) Nyanyuk ketika usia lanjut.

21) Panas baran.

22) Sikap berubah secara mendadak.

23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.

24) Suka melakukan tabiat buruk.

25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.

26) Kerap keguguran.

27) Gagal melakukan hubungan kelamin.

28) Mengantuk bila dengar al-quran.

29) Bermimpi seram yang menakutkan.

30) Darah haid turun lebih 15 hari.

31) Batuk yang berpanjangan.

32) Selalu ditindih ketika tidur.

33) Kuat berangan.

34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.

35) Nafsu seksual yang melampau.

36) Selalu melihat kelibat dirumah.

37) Terasa diri selalu diperhatikan.

38) Mandul.

39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.

40) Melihat jin secara terus.

41) Sakit mental atau gila.

nadiahjaapar.blogspot.com

LA ILAHA ILLALLAH WAH DAHU LAA SYARIKALAH,

LAHUL MULKU WA 
LAHUL HAMDU,

WA HUWA ALA KULLI SYAI'IN QADIR. 


Maksudnya :
(tidak ada sembahan kecuali 
Allah, Robb satu-satunya dan tiada sekutu bagi-Nya, hanya milik-Nya-lah segala puji, dan dia adalah maha berkuasa atas segala sesuatu)

Amalkan zikir di atas 100x tiap2 pagi & petang selama sebulan, 
insyaAllah diri anda akan dipagar dan gangguan jin pun akan beransur hilang.



In anticipation of your valued response,

Part 2 - Prince William, Kate Middleton + Son, Princess Diana & Me???

Assalamualaikum..
Selamat pagi...
Mesti semua tertanya-tanya pasal tittle post nad kan?
Sebab last sekali tu ada perkataan "Me"..
Apa lagi..
Jom baca...
Ni sambungan untuk post sebelum ni ye...
(KLIK SINI) untuk baca PART 1..
;D




Princess Diana yang Awet Muda.
Nak awet muda? (KLIK SINI)
Princess Diana + Prince William + Prince Henry

Semasa Diana masih hidup dulu nad memang suka sangat dengan dia..
Kagum dengan dia & admire dia sangat...
Tengok orangnya tersangat la lemah lembut & bersopan santun..
Dan suka buat kerja-kerja amal..
Tu X masuk lagi bercakap tentang rupa dia..
Rupa dia sangat klasik..
Tak mati ditelan zaman...
Memang sangat la lawa..
Terasa sangat la tak padan dengan Prince Charles..
Sebab pada nad rupa Prince Charles tu biasa-biasa saja..
Tapi dah nama JODOH..
ALLAH dah tetapkan semuanya...
Dan juga CINTA tak kenal RUPA...
Kalau dia masih hidup mesti dia la orang yang paling gembira sekali untuk anak sulung & cucu sulung dia..
Al-Fatihah..
(Silence for a while for reading doa)
AMIN..

Ok, now nak masuk cerita tentang "me" yang dalam tittle atas tu...
Dulu masa kecik2 memang nad ada perasaan PUPPY LOVE/CRUSH sekejap la kat Prince William ni..
Huahahua..
Masa tu dia masih budak/remaja lagi..
Memang handsome la..
Cair I..
Hikhik..

Pastu berangan-angan nak kawin dengan dia ntah berapa banyak kali ntah..
Kelakar plak rasa terkenangkan kisah masa berangan-angan tu...
Nad siap buat cerita lagi bagaimana kami berjumpe, berkenalan sehinggalah kami berkahwin..
Bermacam-macam cerita dengan berbagai-bagai jalan cerita nad buat..
Kena la plak nad memang suka menulis karangan..
Lagi la suka nad menulis...
Walawei..
Gila benar nad nak jadi PRINCESS ni..
Hehehe...
Sabar je la...
*MALU*
:P




Kedua gambar diatas adalah gambar Prince William masa muda remaja..
Handsome kan?
:P
Jom tengok gambar dia sekarang di bawah ni..




 

Dua gambar diatas adalah gambar Prince William tahun ni (2013)..
Pada nad nampak perbezaan yang ketara disitu..
U all X rasa macam tu ke?

Tapi kalau tengok dua2 gambar di atas memang lagi handsome dia dulu dari sekarang..
Betul X?
Or nad sorang je yang nampak macam tu?
Hehehe...

Nampak macam rupa dia semasa remaja/budak memang ikut rupa Princess Diana..
Tapi bila dia dah berumur ni rupa dia macam mengikut rupa Prince Charles (Bapa William) pula..
X gitu?
Or maybe sekali lagi nad sorang je kot yang perasan macam tu...
:P

Bagaimana pun rupa dia nad tetap suka pada personality dia..
Very down to earth & humble..
And love charity...
Just like his mom, Princess Diana..
Princess Diana raised him right!!
Alhamdullilah...

Well tu yang nad nak cerita sebenarnya..
Tentang nad pernah gila nak kawin ngan anak Princess Diana, Prince William...
Hohohoho..
Ok la...
Sampai sini je post kali ni..
Insyaallah umur panjang kita berjumpa lagi di post seterusnya..
AMIN..

In anticipation of your valued response,

2013-07-24

Part 1 - Prince William, Kate Middleton + Son, Princess Diana & ME???

Assalamualaikum semua..
Hear ye Hear ye rakyat sekalian...
LOL.

Seperti yang diketahui ramai, Prince William & Kate Middleton, telah menjadi parents dengan secara rasminya semalam..
Kate Middleton telah melahirkan anak lelaki, pewaris ketiga kepada takhta Britian..
Bayi lelaki yang sihat itu mempunyai berat 3.8kg itu telah keluar semalam (Selasa), 4:24pm waktu tempatan..
Prince William juga turut bersama semasa proses kelahiran anaknya di Hospital St Mary..
I'm so happy for them..
Bila dah besar nnt mesti ada rupa..
Jom nak tgk gambar2 mereka?


 


 


 

 


 










Gambar2 diambil dr album --> HRH Prince of Cambridge from Prince Henry FanPage


"Speaking for the first time since giving birth, an obviously moved Duchess of Cambridge said: 'It's been very emotional. Any parent will know what this feeling is like.'"


Done PART 1..
Jom tunggu PART 2 plak..
:D

P/S : Kate Middleton X nampak macam orang baru lepas bersalin..berseri je muka dia..seingat Nad, Nad sendiri X berseri macam dia lepas bersalin..muka nampak letih lesu ada la..hehe.. :P


In anticipation of your valued response,



2013-07-23

Memang Berbeza - Testimoni Beauty Spell Eye Serum

Beauty Spell
Testimoni Beauty Spell Eye Serum


Assalamualaikum..
Selamat petang semua..
Semalam nad buat post tentang eye serum & apa itu eye serum.. (klik sini untuk baca)
Termasuk juga tentang nad punya beauty produk yang ke-2 dah masuk pasaran..
Hari ni nad upload plak gambar testimoni menggunakan Beauty Spell Eye Serum tu.
Kalau tengok gambar tu nmpk berbeza tak?

Jom tengok gambar sebelah kiri dulu..
Atas dan bawah mata gelap (dark circle) dan bawah mata tu mcm kulit terlebih dan kembung (eye bag & sagging) and boleh nampak line2 bawah mata (wrinkle)..
Nampak mata tu macam letih sangat2...

Untuk gambar sebelah kanan plak..
Mata nampak lebih sihat dan bermaya..
Kulit nampak tegang, tiada dark circle & wrinkle makin pudar..
Betul X?

Alhamdullilah nad rasa sangat proud dengan produk ni..
Sebab ianya memang betul2 berkesan..
Kalau X percaya cuba la...

So kepada sesiapa yang nak mencuba Beauty Spell Eye Serum ni bole terus contact nad..
Terpulang la nak guna cara apa pun..
Call, SMS, WhatsApp, WeChat, E-mail, Facebook, Twitter, Instagram, Keek, Blogger, Tumblr..
Semua pun boleh..
:D


In anticipation of your valued response,





HashTag :
#‎beautyspell‬ ‪#‎eyeserum‬ ‪#‎newproduct‬ ‪#‎new‬ ‪#‎malaysian‬ ‪#‎malaysia‬‪#‎malaysianproduct‬ ‪#‎MY‬ ‪#‎beauty‬ ‪#‎beautiful‬ ‪#‎healthnbeauty‬‪#‎shaping‬ ‪#‎lotion‬ ‪#‎ownproduct‬ ‪#‎nadiahjaapar‬ ‪#‎blogger‬ ‪#‎tumblr‬‪#‎instagram‬ ‪#‎product‬ ‪#‎proud‬ ‪#‎testimony‬


2013-07-22

Beauty Spell Eye Serum - Anti Wrinkle & Firming

nadiahjaapar.blogspot.com
Beauty Spell Eye Serum


Assalamualaikum...
Nad punya 2nd beauty product dah sampai!!
Alhamdullilah..
Nad akan buat post ttg Eye Serum ni dulu ye..
Untuk beauty product nad yg 1st (Beauty Spell Shaping Lotion) nad akan buat post di lain hari ye..
Jom kita mulakan..


Apa itu SERUM?

Serum adalah sejenis cairan yang size molekulnya lebih kecil daripada mousturizer, sehingga mudah menyerap ke dalam kulit dan memberi tindakan serta merta.Dalam dunia kecantikan serum bermaksud cairan yang mengandung formula zat aktif yang berguna untuk memperbaiki struktur kulit


Cara menggunakannya :

- Buka penutup botol
- Letakkan jari tengah meliputi ruangan terbuka botol
- Terbalikkan botol
- Serum yang terkena dijari tengah itu yg disapu dikeliling mata & kelopak mata menggunakan jari tengah (kerana jari tengah tekanannya lembut dr jari telunjuk)
- Satu tuangan saja bole digunakan dikedua belah mata
- Sapu dan urut perlahan serum sehingga betul-betul kering


Keistimewaannya :

- Cepat meresap dan membantu pertumbuhan sel-sel kulit mata yang sihat (moist, glow, rejuvenate)
- Menghilangkan/memudarkan garis2 halus di kawasan mata
- Mengurangkan eye bag yang teruk dengan segera
- Menghilang/memudarkan kawasan hitam/lebam di mata
- Melembapkan kawasan mata yang kering dari hidrasi penghawa dingin
- Melindungi mata dari kesan sinaran matahari
- Menyegar & menyejukkan kawasan mata yg letih

Well itu je la tentang Beauty Spell Eye Serum..
Testimoni memang dah ada..
Nad akan postkan kat blog secepat mungkin..
Insyaallah...


P/S : Sesiapa yang berminat nak dapatkan Beauty Spell Eye Serum, sila PM/SMS/Whatsapp/WeChat ye.. borong or dropship pun bole.. :D



In anticipation of your valued response,







HashTag :
‪‪#‎beautyspell‬ ‪#‎bses‬ ‪#‎eye‬ ‪#‎eyeserum‬ ‪#‎firming‬ ‪#‎antiwrinkle‬‪#‎bssl‬ ‪#‎shaping‬ ‪#‎lotion‬ ‪#‎malaysia‬ ‪#‎malaysian‬ ‪#‎MY‬ ‪#‎new‬‪#‎newproduct‬ ‪#‎business‬ ‪#‎placeorder‬ ‪#‎order‬ ‪#‎beauty‬‪#‎proud‬ ‪#‎beautiful‬ ‪#‎healthnbeauty‬ ‪#‎pmme‬ ‪#‎ownproduct‬‪#‎nadiahjaapar‬ ‪#‎blogger‬ ‪#‎tumblr‬ ‪#‎instagram‬  


Petua & Rahsia Untuk Awet Muda Mengikut Cara Islam

ShutterClick Photography
Gambar Hiasan From ShutterClick Photography


Assalamualaikum..
Sapa yang X nak awet muda ye X?
Umur dah lanjut tp rupa seperti budak baru lepas sekolah...
Hehe...
Jom kita tengok amalan yang bole kita praktikkan kalau nak awet muda mengikut Islam...
:D


Petua 1 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah kalian tu dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Petua 2 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air Liur ada enzim yang boleh jadi ubat.

Petua 3 : Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.

Petua 4 : Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

Petua 5 : Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. Wajah kalian akan kelihatan muda daripada umur sebenar kalian.

Petua 6 : Hafalkan ayat 35 ~38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

Petua 7 : Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. Wajah kalian akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda.

Petua 8 : Amalkan mandi air telaga sulung iaitu air telaga yang diambil pada waktu pagi sebelum ada orang lain mengambilnya terlebih dahulu daripada kita. Mandilah sebelum air telaga itu ditimba orang. InsyaAllah wajah akan berseri dan badan sentiasa ramping. *ni kalau kalian ada air telaga la yer.

Petua 9: Muka kita biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan di letakkan di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari kalian ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi di susuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah kalian dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.



Jom ramai2 kita manfaatkan ilmu ni..
Insyaallah awet muda la kita nnt..
;)




In anticipation of your valued response,

2013-07-21

Hospital & Shopping Raya..

Pic From : http://instagram.com/nadiahjaapar


Assalamualaikum semua...
Semalam hubby gi melawat adiknya di Hospital Sg Buloh..
Alhamdullilah sbb doc kata tgk ada perubahan yg positif..
Jadi mari kita doakan lg kesihatan dia..
Supaya dia bole keluar dr ICU dan tidak terus berada di dalam keadaan bahaya..

Kepada sesiapa yang tidak tahu lg cerita here goes..
Adik ipar nad tu baru je tingkatan 5 tahun ni..
Dia accident motor almost 1months ago masa nak balik dr main skate kat shah alam..
Dia membonceng motor yg ditunggang oleh kwn dia..
Accident sbb nak elak anjing..
Kepala dia terhentak ke atas bucu batu simen membuatkan tengkoraknya pecah dan otaknya bengkak..
Dia dikomakan oleh doc sbb takut otak dia masih trauma lg..
Dan untuk memory lost & lumpuh bahagian kanan badan sangat la tinggi..



Pic From : http://instagram.com/nadiahjaapar


Disebabkan ada Idlan Shafy & Zuhrah Carmilla nad X dpt nak naik ke ICU..
Sbb kids bawah 12 dilarang masuk ke kawasan wad..
So nad & the kids tunggu dalam kereta je..
#idlanshafy tido le apa lg..
Tinggal la #zuhrahcarmilla menemani mummy berbual..
Pastu #zuhrahcarmilla minta nak amik gambar..
So nad pun keluarkan camera and snap snap..
Gambar diatas adalah a few dr yang kami snap..
Nak menghabiskan masa la katakan..
;)



#zuhrahcarmilla with her raya dress yg dipakai straight lepas try masa kat kedai



After that sepatutnya kami with my hubby's family (mak, abah, mirul & tiqa) gi PWTC Shah Alam..
Hubby wanted to buy his sister (tiqa) baju kurung..
But in the end only our family je going to PWTC..
Coz abah's car tiba2 rosak tgh jalan and take a long time at the bengkel..
So sbb kami dah smpi Xmo la buang masa..
We start laa cari2 baju tuk anak2..
Found 1 for #zuhrahcarmilla..
She loves it so much smpi sejak try baju tu dikedai dia nak pakai terus...
Xmo buka and simpan till raya..
She said "Mummy, I'm like a princess right? right?"
Aiyooo...
Mesti la princess..
Pakai apa pun you are still my princess..
:D

Ok guys..
Signing off for now..
C u in my next post...
Salam Ramadhan...



P/S :

Yesterday's FB Status Update

Semalam mmg sehari suntuk X pakai cermin mata..
Sebab tertinggal sblm keluar rumah..
Kelam kabut sgt nak keluar..
Lepas pakai tudung lupa terus amik spec yg ditinggalkan atas meja..
Terus dash out from the house..
So semalam mmg rabun sepanjang masa..
Hehe..
Ada ke sapa2 yg nad kenal tp X tegur smlm?
:P



In anticipation of your valued response,

2013-07-20

TIPS IBU BAPA GENIUS

Pic from --> ShutterClick Photography

1. Jangan pukul anak dari lutut ke atas.

2. Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.

3. Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

Sabda Rasulullah SAW

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5. Berikan anak anda pelukan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk).

6. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran).

7. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri




In anticipation of your valued response,


2013-07-19

Hubby's Birthday, Beauty Spell & My Little Oven..

Assalamualaikum semua..
Tiba2 hari ni terasa nak tulis blog plak..
Bersarag dah blog ni..
Kejap ada..
Kejap Xde..
Hehe..
But for now..
I'm back!!
Hubby & Daughter ( #zuhrahcarmilla )

Sementara saya masih ingat semalam ialah harijadi hubby nad..
Gambar diatas adalah recent pic daripada Insta hubby ( mrshutterclick )..
Tahun ni saya memang X beli apa2 untuk hubby..
Sbb mmg X tau nak beli apa..
Last sekali belikan dia Note2..
Kira cover birthday present la tu ye..
Bole la ye..
Hehe..
:P

"terima kasih kepada semua yg mendoakan saya.. semakin meningkat umur semakin dekat pada kematian yang kita sendiri pun tidak tahu bila waktunya... doakan yang terbaik untuk dunia dan akhirat saya dan keluarga...saya doakan kepada rakan2 FB semua semoga allah panjangkan umur kalian supaya kita dapat meningkatkan lagi amalan2 supaya kita lebih bertaqwa.. Dan ingat kejayaan yang sebenar adalah sejauh mana kita dapat mentaatkan diri kita pada perintah2 allah dan rasulullah saw dan bila kita taat, allah akan beri apa sahaja yang kita mahukan... yakinlah.........." - Mohd Ezzaidy Mohd Rudy

This is hubby's status to all his FB friends who wished him "Happy Birthday"..
Happy Birthday Sayang!!
I LOVE YOU SO MUCH!!!



Beauty Spell

Actually sebulan dua ni mmg nad terlalu busy..
Semuanya baru nak bermula..
Nad mulakan syarikat baru...
Menjual produk beauty nad sendiri..
Atas nama Beauty Spell..

Sekarang memang hanya ada satu produk saja iaitu Beauty Spell Shaping Lotion (BSSL)..
Losyen ini ialah losyen membentuk & menguruskan badan...
Sangat effektif...
Sbb nad sendiri guna selama sebulan dan hilang 10kg...

Produk kedua akan keluar bila2 masa saja dari sekarang..
Memang akan dijangka keluar pada bulan Ramadhan ni...
Insyaallah...

My Little Oven

Lepas tu nad nak mula aktifkan balik nad punya company MyLittleOven..
Nad mula menjual Marshmallow & Gummies..
And marshmallow & gummies ni mg dijamin HALAL oleh JAKIM
Bukan mcm marshmallow & gummies yg diambil borong dari Filipina or China..
Halal mereka tidak diiktiraf oleh JAKIM Malaysia..
Dan selalunya harga mereka memang murah...

Walaupun nad punya marshmallow & gummies tidak semurah mereka tetapi nad berani jual..
Sebabnya semua marshmallow & gummies dijual oleh nad dijamin HALAL oleh Jakim Malaysia..
Tak perlu ragu2 pasal halal kalau beli dari nad..
Kilang yang buat marshmallow & gummies ni pun kilang dalam Malaysia..
Bukan dibuat di kilang luar dr Malaysia ya...
Marshmallow & Gummies nad ni HALALAN TOYYIBAN..

Ok la..
Till here for today..
Insyaallah tomorrow nad update lg blog..
Insyaallah...
Amin..



In anticipation of your valued response,



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...