2014-06-13

WORLD CUP 2014 JERSEY

WORLD CUP 2014 JERSEY
Semua negara ada!! (Gambar hanya sample)
Bukan Gred AAA tapi Gred ORIGINAL (99.9% sama macam ORIGINAL)
Size = S, M, L, XL
Stok Terhad!! Siapa Cepat Dia Dapat!! PM SEGERA!! NAK BORONG PUN BOLEH!! 
WhatsApp : 011-2880 9417
#jersey #malaysia #malaysian #MY #WorldCup2014 #WorldCup #football #original #borong #pmme #PlaceOrder #TShirt #TshirtDesign #TshirtArt #sayajualmurah #sayajual #SayaJualTshirt #NadiahJaapar #blogger
Jersey World Cup 2014


In anticipation of your valued response,


2014-06-10

Art Of Speed Asia 2014, Tempatan Festival & Burger Festival : I Eat Burger



Assalamualaikum...
On June 7th, nad and family keluar...
With my sister's family..

From after zohor till night..
Saja bawa budak2 berjalan..
Only one week from school started back..

Sebab the 1st week school holiday tu memang tak kemana..
Stay at home je...

Have a lot of work yang perlu dihabiskan..

We decided to go to Citta Mall, hubby said ada auto fest and tempatan fest...
The auto fest name is  Art Of Speed 2014..
Banyak kereta and motorsikal yang bermacam bentuk dan size..

Very interesting to watch...

Kalau nak tau kat Citta Mall ni takde food court ye..
Kalau nak makan murah macam nasi campur memang takde...

Baby room ada..
Memang selesa...
Surau ok la..
Tak besar and tak kecik sangat...
Actually banyak lagi kedai kat Citta Mall ni tak buka lagi..
Ada la kedai2 kosong yang masih tak berpunya walaupun dah lama buka..
We have been here before..
Masa tu awal2 buka...
Memang kosong sangat sebab takde kedai..
But now much better..

















We spend time here until after solat marghrib..
And then kitaorg terus shoot to Burger Fest kat Padang Timur, Petaling Jaya..
Burger festival or I EAT BURGER di organize oleh 
www.friedschillies.com ..
Ada dalam 20 Penjual Burger Paling Popular di Klang Valley kat sini...
And we have to buy ticket booklets (kupon) yg berharga RM20..
Diaorg buat macam sistem masa hari kantin kat sekolah...
Buy the coupon and buy burger and drinks with the coupon...

Nad beli tiket from a winner of a lucky draw yg dibuat pada waktu siang di situ...
Dia dapat banyak giler booklet coupun tu..
So dia jual balik dengan harga RM15/booklet...
And masa dia nak habiskan semua coupun tu dia jua dengan harga RM10 and RM5/booklet..




"Among those participating in the events are Raja Burger from Seksyen 9, Shah Alam; Man Burger Kukus Lava from Damansara Damai; Usop Burger Celop from Shah Alam; MyBurgerLab from Seapark in Petaling Jaya; Smashies Burger from Setapak, and Ayer’s Rock Butcher & Grill from Jalan Ampang.

“Burgers, like nasi lemak, is always the highest viewed on our website,” said Adly Rizal, CEO of FriedChillies, by way of explaining why they are organising the event. Like its precursor, I Eat Nasi Lemak, Adly likens I Eat Burger to a 'Hari Kantin' where people purchase ticket booklets of RM20 containing 10 coupons each to exchange for burger tasting portions or beverages." - Quotes from FriedChillies
















In anticipation of your valued response,





2014-06-09

The Street for Custom Made T-shirt

Birthday Boy T-Shirt!!
More design on our facebook page..
LIKE US ON FACEBOOK!!
https://www.facebook.com/thestreethq
You can place order now!!
Custom made design also available.. Minimum order 1pc..
WhatsApp : 011-2880 9417
Instagram : @NadiahJaapar
HashTag : #business #TheStreetApparel #TheStreet #TShirt #TshirtDesign #TshirtArt #local #lokal #Malaysia #malaysian #MalaysianProduct #MY #LocalProduct #HomeMade #HomeBase #CustomMade #TailorMade #HighQuality #ArtsNCraft #artsandcraft #NadiahJaapar #blogger #LoveIt #love #islam #muslim #muslimin #muslimat #muslimah


RockStar T-Shirt by The Street


In anticipation of your valued response,


2014-06-01

Minyak - Jangan Isi Full Tank

INFO: JANGAN ISI MINYAK FULL TANK, ANDA SEBENARNYA MENDERMA KEPADA TAUKE MINYAK


Di dalam tangki minyak kereta telah direka untuk supaya ada ruangan minyak dan udara, jadi mengapa perlu kita isi minyak sampai penuh tangki.
Ramai yang tidak sedar atau tidak tahu langsung, bahawa pam di stesen minyak ada sistem return pipe-line, di mana ia mengalirkan balik minyak kedalam tangki simpanan stesen minyak.
Apabila tangki minyak kereta sudah penuh, mekanisme pam akan selak injap masuk pam dan injap sistem return pipi-line dibuka, untuk membolehkan petrol berlebihan mengalir masuk balik ke tangki simpanan stesen minyak.
Ini bermakna ada telah MENDERMA MINYAK KEPADA TAUKE STESEN MINYAK.
Kalau boleh isilah petrol anda pada awal pagi semasa suhu tanah masih lagi sejuk. Kerana semua stesen minyak menanam tangki simpanan minyak mereka di bawah tanah.
Lebih sejuk tanah, lebih pada petrol. Dan apabila panas, petrol akan mengembang.
Jadi jika kita mengisi minyak di siang hari, seliter itu bukannya betul-betul seliter petrol yang anda bayar.
Apabila anda mengisi minyak, jangan tarik picu pam ke mod High ( iaitu mengisi dengan laju). Jika kita perhatikan picu pam, ia mempunyai tiga peringkat : Low, Middle dan High.
Anda perlu tarik picu pam pada mod Low, bagi mengurangkan wap yang dicipta semasa proses mengepam minyak.
Semua hos di pam mempunyai saluran pulangan wap. Jika ada mengepam pada kadar yang cepat, ada cecair yang masuk ke dalam tangki anda akan menjadi wap. Wap itu akan disedut balik kembali ke dalam tangki simpanan bawah tanah.
Satu lagi tips yang penting adalah anda pelu mengisi apabila tangki petrol anda SEPARUH PENUH.
Sebabnya adalah apabila lebih petrol ada di dalam tangki maka makin kurang udara mengisi ruang yang kosong.
Petrol sebenarnya menyejat lebih cepat daripada apa yang kita bayangkan. Tangki minyak kereta mempunyai bumbung terapung di dalamnya. Bumbung ini berfungsi sebagai pelepasan sifar di antara petrol dan atmosfera. Bagi mengurangkan penyejatan.
Peringatan yang terakhir, jika anda terlihat ada trak petrol sedang pam minyak ke tangki simpanan bawah tanah di stesen petrol, JANGAN ISI MINYAK, kerana anda mungkin akan mengisi kotoran ke dalam tangki minyak kereta anda.

Sumber : Can't remember where did I found this!!



In anticipation of your valued response,


2014-05-28

Sakit Ketika Bersalin Lelaki Tidak Mampu Bertahan

Assalamualaikum..
Memang nak cerita tentang sakit bersalin ni memang tak akan tercakap macam mana sakitnya...
Tak tau nak terangkan sakit tu macam mana..
And memang ianya sakit yang paling sakit nad pernah rasa selama nad hidup ni..
Tapi lepas je baby keluar..
Rasa kesakitan tu macam hilang terus..
Rasa lega yang teramat...
Lagi2 bila dapat pegang baby..
What a very wonderful feeling...

Pada nad kesakitan masa nak bersalin memang kesakitan paling kuat didunia..

And kalau anda ialah lelaki anda tidak mungkin dapat merasakannya..
Tapi dengan teknologi sekarang, mesin yang boleh mereplika sakit bersalin telah dibuat dan kaum lelaki boleh rasa juga bagaimana rasa sakitnya wanita semasa hendak bersalin..
Dan mengikut kajian dibawah kaum lelaki hanya boleh bertahan selama 30saat sahaja...
Sedangkan kaum wanita yg mahu bersalin terpaksa menahan sakit itu boleh ranging dari sejam sehingga beberapa hari..

Ada juga wanita yang tidak tahan sakit bersalin kerana daya ketahanan sakit pada mereka sangat rendah..

Sebab tu ada wanita yang tidak mahu bersalin langsung atau selepas bersalin anak pertama je mereka rasa mereka tidak mahu bersalin lagi kerana tidak dapat tahan kesakitan yang teramat..

Pengorbanan seorang wanita memang besar dalam keluarga..
Boleh menahan sakit yang paling sakit didunia..
Dan menjaga bayi yang dilahirkan sehingga besar..
Kepada kaum lelaki, ingat la pengorbanan ibu dan isteri anda..
Jaga dan hargai mereka kerana pengorbanan mereka tidak boleh ditukar ganti..

Jom baca artikel di bawah!!
Menunjukkan eksperimen yang lelaki tidak dapat menahan sakit bersalin..
;)

Sakit Ketika Bersalin Lelaki Tidak Mampu Bertahan
Tiada siapa yang memahami sakit ketika mengandung dan bersalin kecuali wanita itulah hakikatnya
Malah ada yang terpaksa melalui ujian kepayahan ketika bersalin, ada yang bersalin mudah tetapi ramai juga yang melalui pengalaman menakutkan sewaktu bersalin
Bagi membuktikan kesakitan yang dialami oleh kaum wanita semasa bersalin, satu acara bersempena dengan hari ibu telah diadakan di Nanchang, China dan dalam program itu golongan lelaki diberi peluang untuk merasai sendiri bagaimana kaum wanita menghadapi saat-saat kesakitan ketika bersalin
Mengenai program itu, menurut laporan Chinanews, sebuah mesin yang dicipta khas dan kesannya seakan sama seperti kesakitan ketika bersalin membolehkan kaum lelaki merasai sendiri pengalaman bersalin
Hasil daripada ujian yang menggunakan mesin itu, dari jumlah keseluruhan lelaki yang diuji, tempoh yang paling lama bertahan hanyalah 30 saat sahaja
Rata-ratanya lelaki yang mencuba mesin itu seakan tidak percaya bagaimana wanita boleh menghadapi kesakitan ketika bersalin dalam tempoh yang lama, sedangkan mereka sebagai seorang lelaki tidak mampu untuk menahan kesakitan itu
Menariknya, selepas menggunakan mesin itu, salah seorang daripada peserta baru menyedari pengorbanan seorang wanita dalam melahirkan anak dan pengalaman yang dirasai itu membuatkan dia akan lebih menghargai isterinya


Source : sakit ketika bersalin lelaki tidak mampu bertahan http://www.mysumber.com/sakit-ketika-bersalin-lelaki-tidak-mampu-bertahan.html#ixzz32vINSWgk


In anticipation of your valued response,

2014-05-27

Food for Thought - Keburukan Maggi atau Mee Segera

Keburukan Maggi atau Mee Segera - Cancer

Maggi atau mee segera mengandungi lapisan lilin yang juga digunakan di dalam bekas styrofoam. Sebab itulah mee segera tidak melekat antara satu sama lain semasa memasak. Badan kita memerlukan dua hari untuk membersihkan lilin tersebut. Pastikan anda berhenti makan mee segera untuk sekurang-kurangnya tiga hari selepas satu sessi pek mee. Lilin ini boleh menyebabkan KANSER.  Kongsi jika anda mengambil berat.



In anticipation of your valued response,

Lets loose some weight!! Jom kurangkan berat badan!!

Overweight Population in SouthEast Asia


Morning Malaysia! Look like we are the champion huh? Are you one of contributors to this serious problem in our country? Lets loose some weight!


Selamat Pagi Malaysia! Nampak sepeti kita pemenang huh? Adakah anda salah seorang daripada penyumbang kepada masalah serious ini dalam negara kita? Jom kurangkan berat badan!!



In anticipation of your valued response,

2014-05-26

My Sister Kena Ragut!!


Assalamualaikum...
Petang tadi (23/5/2014) lepas amik my son from school around 5:30pm, tergerak hati nak tengok family WhatsApp sbb sebelum tu asyik berbunyi je...
And memang terkejut sangat dengar berita...
My sister kena ragut!!
Dia kena ragut dalam kul 5pm macam tu...
5 Indians in a Proton Saga car...
Dengan parang plak tu...
Masa tu nak hampir sampai rumah dah..
Masa dia berjalan dari LRT nak balik ke rumah..
Dia perasan kereta yang datang dari hadapan berhenti di belakang dia and kedengaran bunyi tapak kaki berlari ke arah dia..
Dia pandang belakang je that Indian dah grab handbag dia and sentap..
Tali putus and handbag jatuh...
So my sis terus melutut untuk try ambil handbag and dah bersedia nak lari but that indian terkam dia sebelum dia sempat bangun and berlaku tarik menarik sekejap...
Masa itu juga my sis nampak clear that indian's face..
Bila my sis tak nak lepas that indian terus mengetuk parang yang dia pegang di lengan my sis a few times supaya dia melepaskan handbag itu..
But at that time my sis didn't notice parang tu..
Maybe sbb adrenalin rush..
My sis siap sempat cakap lagi ngan that indian..
"Please la bagi my IC je..yg lain nak amik, amik je la"
Indian tu geleng2 kepala..
And then one indian ffrom inside the car keluar kereta and cakap dekat my sis..
"Dik..ada parang tu, jaga-jaga, ada parang tu"
Sambil tunjuk2 kat parang yg diketuk oleh that 1st indian kat lengan dia..
Masa tu la baru my sis perasan parang tu and terus lepaskan handbag..
Terus my sis lari sekuat hati..
But suddenly dia dengar footsteps behind her..
And her backpack is grabbed by someone..
She turn and saw the men with the parang grab her bag..
My sis said "Please, ada baju je inside, takde menda lain"
But the indian refuse to let it go..
And my sis terpaksa lepaskan juga sebab dia ada parang...
Bila backpack dilepaskan terus that indian guy libas2 parang dia and said "Lari cepat lari"
Sambil dia kejar my sis..
My sis lari la sekuat hati..
Cuak kot..
Siapa tak cuak..
Sampai je rumah nangis2 my sis kata dia kena ragut..
Sian dia..
Lengan dia lebam sbb kena kutuk ngan parang a few times..
And thank god yg my sis pakai baju 2 lapis yg tebal di lengan..
So takde apa2 selain lebam je la..
And to the 5 indians in the white proton saga car didn't get anything..
Coz my sis don't have anything in her handbag except her wallet that doesn't have money at all..
Her IC and a bank card for an empty account bank..
Her backpack only have her new bought top a day before..
Actually my sis tak rugi apa2 sangat pun...
Except for her new top..
Coz handbag yg dia bawa tu bukan dia punya..
It's my other sister's, Nieza..
And the backpack tu pun my other sister's, Inara..
The important thing my sis is all alright..
The police that she reported to said they have a suspect and in a few days my sis have to go for a face recognition coz she clearly remembered that Indian face..
I really hope they catch that group of Indian thief for other people sake...
My sis kata dia tak sempat tengok no plat kereta tu sebab terlupa and takut at that time..
Please be alert of your surrounding when your are outside!!
Coz masa kejadian ni berlaku memang my sis tak alert ngan kawasan sekeliling dia..
Sebab di berjalan pun tundukkan kepala dia..
Tak tengok depan, belakang, kiri or kanan...
Next time she know what to do, I hope..
Insyaallah..
Amin..



In anticipation of your valued response,

2014-05-22

INISIATIF & KREATIF Untuk BERSEDEKAH

Jom bersedekah!!
1. Belilah beberapa buah kerusi/bangku, dan letakkan d dalam masjid. Supaya dapat diguna orang yg ingin memakainya disaat solat (amalan biasa d masjid2 arab mekah n madinah).
2. Inisiatif - sedekah:
letakkanlah d jendela bilikmu segelas air atau makanan untuk burung2 kecil yg datang hinggap ke sana.
3.Inisiatif - sedekah:
sisihkanlah dri hasil upah jerih payahmu, sedikit untuk d sumbangkan kpd anak yatim.
4.Inisiatif - sedekah:
belilah sekantong plastik sarung tangan n kaki, agar bisa d berikan kepada para pekerja.
5. Inisiatif- sedekah:
letakkanlah d kamarmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukan wang kecil ke dalamnya.
Genap 1 bulan, buka kotak itu n besedekahlah dengan wang tersebut. Lakukanlah ini pada setiap bulan.
6. Inisiatif- sedekah:
jika engkau hadir dlm acara keramaian (keluarga n kerabat atau sahabat), belilah 1/2 buah karton air mineral, niatkan utk sedekah kpd orang2 yg memerlukannya (orang tua, sakit, kanak2 dsb).
7. Inisiatif- sedekah:
jika kamu mengisi petrol, kmudian datang petugasnya ingin mengembalikan wang berbaki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah)
8. Inisiatif - sedekah:
berikanlah perasaan gembira kpd setiap orang, terkhusus kpd mereka2 yg sedang d timpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yg tulus.
9. Inisiatif - sedekah:
jngan biarkan engkau tertidur, melainkan telah engkau ampuni setiap orang yg telah berbuat kjhatan kpdmu dri menggibahi, mengadu domba, n mendzalimimu.


In anticipation of your valued response,

2014-04-30

Crispy Chocolate Bubble (CCB) by My Little Oven

Crispy Chocolate Bubble (CCB) by My Little Oven

Saya pembekal yang mencari agen untuk mengedarkan produk Crispy Chocolate Bubble by My Little Oven..
Harga jual..
Size small : RM3-RM4
Size big : RM5-RM7
Milk Choc and White Choc..
Nak harga borong?
PM segera!!

WhatsApp 011-2880 9417
Facebook Page : www.facebook.com/mylittleoven
Instagram : @NadiahJaapar
HashTag : #CCB #CrispyChocBubble #MLO #MyLittleOven #NadiahJaapar #blogger




In anticipation of your valued response,

2014-04-29

Hakikat SIJIL dan KERJA


Seringkali sang faqir diajukan dengan soalan sebegini :

1) 'Ustaz, anak tak hantar pergi sekolah, nanti macam mana dia nak dapat sijil?'

2) 'Nanti macam mana dia nak kerja, kalau takde sijil, sekarang semuanya nak sijil, fikir habis-habis ustaz..'

Adapun ini jawapan sang faqir.

1) Pastikan anak-anak lengkap dengan SIJIL AKHIRAT dan MENGAMAL akannya dahulu, insyaALLAH SIJIL-SIJIL DUNIA akan mengejar mereka.

2) Tetapkan dan istiqomah bekerja dengan ALLAH, bersama ALLAH, untuk ALLAH, kerana ALLAH beserta ILMU. Pasti pekerjaan dunia akan menyusurinya.
SOURCE : Wan Asrul Al-Aydrus (FB)

In anticipation of your valued response,

2014-02-23

Idlan Shafy kena pukul di sekolah


Assalamualaikum...
Lama tak update news about my family in this blog...
Asyik sharing things je...
Today nad nak tell a story berkenaan dengan title seperti diatas...
If you are asking me that question
"Betul ke your son  kena pukul di sekolah?"
My answer is "Yes"

Let me tell you the whole story from the start...
Idlan Shafy start standard 1 in an Islamic Integration school in Shah Alam..
Why did we send him there sedangkan we are staying in Kota Damansara?
Sebab sekolah Integrasi di Kota Damansara dah penuh sejak bulan 4 tahun 2013 lagi...
Yang still available hanya Sekolah Integrasi Islam, in English Medium..
Memang kalau masukkan Idlan Shafy ke situ lagi dekat and senang sebab Idlan Shafy memang tak bercakap dalam bahasa melayu...
Dia faham Bahasa Melayu but dia akan converse in English only...
Tapi yang buat kami tak masukkan dia ke situ sebabnya yuran and bulanannya terlalu mahal...
Yuran nak almost 7k and bulanannya almost 1k...
WOW!!

Kami masih tak mampu nak bayar untuk sekolah Idlan sahaja banyak tu...
So kami masukkan dia di Shah Alam..
Kalau ikut NKVE hanya 15-20minit je tuk smpi sekolah dia dr rumah kami..
And this school is Bahasa Melayu base..
And kami pun berharap supaya dia boleh belajar bahasa melayu and converse in bahasa melayu kalau masuk sekolah ni...
Insyaallah...

Ada sesiapa ke yang nak bertanya kenapa tak masukkan Idlan Shafy ke sekolah rendah biasa?
Sebabnya ialah Idlan Shafy ialah seorang penghidap penyakit 'mild autism'..
Concentration untuk dia hanya 2-5minit pertama sahaja..
Selepas itu kepala dia akan mula berfikir tentang menda lain..
And dia memerlukan cikgu yang boleh guide dia 1 on 1 in every subject...
Itu tak masuk lagi yang dia lack of comunication skills..
Nak buat kawan sangat la susah...
Masa tadika, cikgu dia kata lepas 6bulan mula tadika baru dia mula bercakap dengan kawan dia..
Ok..
Nak masuk perkiraan dah masuk 2 bulan Idlan Shafy bersekolah disekolah tu..
Tapi bila ditanya, dia masih belum tau nama kawan2 disekolahnya...
Bila ditanya adakah dia bercakap dengan kawannya, dia kata "No, because friend don't want to talk to me"
But bila ditanya adakah dia bermain dengan kawannya, dia kata "Yes"..
Hehe..
Agak kelakar bila difikirkan...
Bermain bersama tanpa apa2 percakapan..
But pada nad itu adalah biasa...
Kalau ada kawan bertanya sesuatu pada dia pun dia hanya mengangguk atau menggeleng sahaja..
Suara tak keluar pun...
Takpe tunggu dan tengok perkembangannya selepas 6bulan nanti...
Berharap sangat yang perkembangannya positif...

2 minggu lepas Idlan Shafy balik dengan lebam di kaki...
Nampak lebam masa nak mandikan dia...
Nad tanya dia "What happen here?" Sambil tunjuk kawasan lebam..
Dia tengok, usap2 lebam and said "I don't know mummy, nothing happen"
"Did you fell down or bump into something" I asked again
"Ermmm.." he said and terus lari masuk bilik air...
Ok la, it's normal la kalau jatuh or terhantuk ke..
So nad diamkan je...

Then the last day of the week, on friday, he came back with a small bruise on his right cheek plak...
Memula nad perasan tapi nad diamkan dulu..
Pastu hubby perasan and tanya nad "Apsal pipi Idlan tu?"
Nad cakap la "Ntah la, tak tanya lagi! Main ngan kawan kot. You try la tanya dia kenapa?"
So hubby tanya Idlan and he said "I play with my friend"
So we stop there..

But the next week on monday after school, we are having our dinner at U8..
While I went to order and pay for the foods and drinks, Idlan Shafy have a heart to heart with daddy I guess...
Sebab bila nad duduk je hubby terus cerita apa yang Idlan cerita pada dia..
Ceritanya begini..
Kawan Idlan tumbuk dia and sometimes tolak2 kepala dia..
Kenapa tumbuk?
Katanya semua kawan2 lelaki dia main mcm tu..
So nad agak mmg itu cara budak2 lelaki main..
Ye la bergulik-gulik pastu tumbuk2 mcm wrestling...
Normal kan untuk budak2 lelaki main mcm tu?
Yang pasal tolak kepala plak sebab Idlan amik/teramik barang kawan dia..
And kawan dia marah and tolak2 kepala dia..

Rasanya salah siapa tu?
Boleh dikatakan salah parents la..
Dari siapa lagi diaorg ikut ye tak?
Kalau diaorg tak pernah tengok wrestling takkan diaorg tau nak buat macam tu?
Yang tolak2 kepala tu?
Nad sendiri pernah nampak parents yg buat macam tu kat anak mereka..
Depan2 orang parent tu tolak/tunjal kepala anak mereka sambil marah2..

Kesimpulannya?
Parents kena jaga sikit apa anak tengok..
What parents do the child will follow..
Tolong la jangan bagi anak2 tengok cerita ganas2 ni..
And please jangan la malukan anak depan orang lain..
Kalau dia nakal and perli dipukul, guna la rotan...
Kan sunnah menggunakan rotan tu...
Jangan main tunjal or lempang anak tu..
And marah dia di tempat tersembunyi..
Bukan depan orang ramai...
Budak pun tau malu..

Please all parents out there..
Your kids tak kan buat menda tu dekat u all balik..
But dia akan tiru and buat dekat kawan2 or budak2 lain..
So think before you do it!!
Try bayangkan your kids yang kena pukul..
Takkan you all tak rasa marah kot?


In anticipation of your valued response,




2014-01-16

RENUNGLAH WAHAI IBUBAPA SEKALIAN


"Anak saya nie degil, takmau dengar cakap, pelajaran pun lembap, macam-macam dah cuba, tapi masih tak menjadi, saya jumpa dengan ramai USTAZ, perubatan Islam, ada yang kata saka dari saya, ada yang kata saka dari suami saya, saya pun kadang-kadang selalu bergaduh dengan suami saya, tolong buang saka saya ustaz."

Persoalan di atas adalah antara bermacam-macam soalan yang tampil menerjah sang faqir dalam ikhtiar berkaitan masalah anak atau rumahtangga.

Sebagai renungan bersama, berikut adalah persoalan yang sang faqir ajukan kembali kepada penanya, semoga menjadi panduan kepada kita semua jua.

1) Sejauh manakah anak-anak mengenali ALLAH dan RasulNYA?

2) Seakrab manakah anak-anak dengan Al Quran?

3) Adakah 1-2 jam dalam sehari diperuntukkan untuk membaca hadis atau sirah kepada anak-anak?

4) Adakah 2-3 jam dalam sehari diperuntukkan untuk membelai dan bermain dengan anak-anak yang masih kanak-kanak?

5) Berapa kerapkah dalam seminggu memeluk dan mencium ubun-ubun anak-anak yang masih kanak-kanak terutama sebelum mereka tidur?

6) Berapa kerapkah menyuap anak-anak makan dalam seminggu?

7) Adakah 1-2 jam dalam sehari diperuntukkan untuk berbual dengan anak-anak yang sedang meningkat umur(remaja)?

8) Berapa kerap dalam seminggu menunaikan solat 5 waktu berjemaah dengan anak-anak?

9) Berapa kerap mendengar anak-anak mendoakan ibubapa mereka dalam seminggu?

10) Pernahkah memandang wajah anak, sambil memegang tangan mereka dan berkata, "nanti pegang tangan papa & mama/ abi& umi/ walid &umi, macam nie tau masa masuk syurga."

Masing-masing kita boleh melihat persoalan-persoalan asas dalam mengharungi lautan keibubapaan ini.

Oleh kerana cenderungnya jiwa kepada perkara yang magikal, membuatkan hati terlupa kepada hal yang lebih logikal, mata tertutup kepada penyelesaian yang lebih rasional

SOURCE : 
Wan Asrul Al-Aydrus (FB)


In anticipation of your valued response,

2014-01-14

Power Bank MOMAX 2600MAH Murah!!



 MOMAX - I POWER MILK (2600 MAH) 

COLOUR : WHITE, PINK, BLUE
2 MONTH WARRANTY
HARGA KEDAI RM70
HARGA SAYA RM60 (FREE POSTAGE)

☞ RM60 SAHAJA ☜
☞ RM60 SAHAJA ☜
☞ RM60 SAHAJA ☜


BERMINAT?
Tunggu apa lagi?
Nanti anda yang rugi!!
Kerana barang sangat HOT dan MURAH!!
STOK ADALAH TERHAD!!

1 - SHARE GAMBAR INI JIKA BERMINAT NAK DAPATKAN PROMOSI INI!!
2 - SMS/WHATSAPP "PB MILK-BLOG" TO 011-2880 9417 UNTUK ARAHAN SELANJUTNYA



In anticipation of your valued response,

Power Bank 5600MAH Murah!




 POWER BANK 5600 MAH 

COLOUR : WHITE, BLACK, PINK, GREEN, ORANGE
1 MONTH WARRANTY

HARGA KEDAI RM99
HARGA SAYA HANYA RM70 (FREE POSTAGE)
☞ RM70 SAHAJA ☜
☞ RM70 SAHAJA ☜
☞ RM70 SAHAJA ☜


BERMINAT?
Tunggu apa lagi?
Nanti anda yang rugi!!
Kerana barang sangat HOT dan MURAH!!
STOK ADALAH TERHAD!!

1 - SHARE GAMBAR INI JIKA BERMINAT NAK DAPATKAN PROMOSI INI!!
2 - SMS/WHATSAPP "PB-BLOG" TO 011-2880 9417 UNTUK ARAHAN SELANJUTNYA



In anticipation of your valued response,

2014-01-11

Al Ain : Kenapa Tidak Boleh Upload/Siarkan Gambar Bayi

Al Ain Bukan Perkara Main-main.



Assalamualaikum..

Perlu kita fahami, bayi yang berumur kurang dari 40 hari berisiko kepada 4 keadaan, 2 keadaan permasalahan rohani, 2 keadaan permasalahan fizikal.

Bagi permasalahan rohani, melibatkan Ain dan Ummu Sibyan.

Sang faqir garistebalkan pada posting kali ini adalah permasalahan rohani, iaitu Ain dan Ummu Sibyan.

Ummu Sibyan adalah dari kalangan kaum jin yang gemar mendengar tangisan anak-anak kecil terutamanya bayi, maka bagi mengelakkan gangguan ummu sibyan ini, maka Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wassalam telah memberi panduan , antaranya: 

"Sesiapa yang mendapat cahaya mata maka diazankan pada telinga kanannya dan diiqamahkan pada telinga kirinya maka akan dijauhkan dari gangguan Ummu Sibyan (sejenis jin yang membawa penyakit)- (Riwayat al-Baihaqi). "

Selain dari itu, boleh jua diikhtiarkan diazankan secara perlahan di telinga kanan bayi tersebut setiap kali masuk waktu solat 5 waktu, hikmah bagi ikhtiar ini sangat bermanfaat, ini antara amalan yang dilakukan oleh Syeikh Wan Abdullah lakukan kepada anakandanya iaitu Al-Alim Allamah al-Arif ar-Rabbani Syeikh Wan Daud bin Syeikh Wan Abdullah sewaktu Tok Syeikh Daud Patani (gelaran kepada Syeikh Daud Al Fatani) masih bayi.

Cuma, berkaitan dengan gambar atau bayi muda (1hari-40hari), ianya lebih kepada Al Ain. Permasalahan Al-Ain ini luas perbincangannya, kerana ia juga terkenal sebagai sihir tanpa jin, malahan masalah ini sebenarnya dilihat lebih serius berbanding permainan sihir lain.

Al Ain ini seperti yang dimaktubkan di dalam hadith :

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْعَيْنُ حَقٌّ وَلَوْ كَانَ شَيْءٌ سَابَقَ الْقَدَرَ سَبَقَتْهُ الْعَيْنُ وَإِذَا اسْتُغْسِلْتُمْ فَاغْسِلُوا
Maksudnya : Dari Ibnu Abbas RodhiyALLAHu Anhu, Nabi SallALLAHu Alaihi Wasallam bersabda : “Ain (mata jahat) itu benar-benar adanya, jika seandainya ada sesuatu yang mendahului qadar,maka akan didahului oleh ain. Apabila kamu diminta untuk mandi maka mandilah." (hadith riwayat Muslim)

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَعِيذُوا بِاللَّهِ فَإِنَّ الْعَيْنَ حَقٌّ
Maksudnya : Dari Aisyah RodhiyALLAHu Anha,RasulULLAH SallALLAHu Alaihi Wasallam bersabda :" Mintalah kalian perlindungan kepada ALLAH dari ain (mata jahat) kerana sesungguhnya ain itu haq (benar)" (HR ibnu Majah).

Ain adalah penyakit atau masalah yang disebabkan oleh pengaruh buruk pandangan mata, iaitu pandangan mata yang disertai rasa takjub atau bahkan iri dan dengki terhadap apa yang dilihatnya.

Terdapat dua jenis ain, iaitu : 

ain insi (‘ain berunsur manusia) dan
‘ain jinni (‘ain berunsur jin).

Malahan ain sering berlaku kepada bayi-bayi kecil, yang mengakibatkan:

1. Tangisan yang tidak munasabah atau tidak bersebab (kecuali masalah cholic atau hernia) yang tidak berhenti, tubuh terkejut-kejut tanpa sebab yang jelas, tidak mahu menyusu kepada ibunya tanpa sebab yang jelas.

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ دَخَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَمِعَ صَوْتَ صَبِيٍّ يَبْكِي فَقَالَ مَا لِصَبِيِّكُمْ هَذَا يَبْكِي فَهَلَّا اسْتَرْقَيْتُمْ لَهُ مِنْ الْعَيْنِ

Aisyah RodhiyALLAHu Anha berkata : “Suatu ketika Nabi (SallALLAHu Alaihi Wasallam) masuk (rumahnya) kemudian mendengar bayi sedang menangis. Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) berkata,”Mengapa bayi kalian menangis? Mengapa tidak kalian bacakan ruqyah-ruqyah (supaya sembuh) dari penyakit ‘ain?) (Shahihul jami’ 988 n0.5662)

2. Keadaan tubuh yang sangat kurus kering (seperti kurang zat)

عَنْ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ رَخَّصَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِآلِ حَزْمٍ فِي رُقْيَةِ الْحَيَّةِ وَقَالَ لِأَسْمَاءَ بِنْتِ عُمَيْسٍ مَا لِي أَرَى أَجْسَامَ بَنِي أَخِي ضَارِعَةً تُصِيبُهُمْ الْحَاجَةُ قَالَتْ لَا وَلَكِنْ الْعَيْنُ تُسْرِعُ إِلَيْهِمْ قَالَ ارْقِيهِمْ

Dari Jabir RodhiyALLAHu Anhu bahawa RasulULLAHi sallALLAHu Alaihi Wasallam memberi rukhsah (keringanan) bagi anak-anak Ja’far menggunakan bacaan ruqyah dari sengatan ular. Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) bersabda kepada Asma’ binti Umais,”Mengapa Aku lihat badan anak-anak saudaraku ini kurus kering? Apakah mereka kelaparan?” Asma’ menjawab : “tidak, akan tetapi mereka tertimpa ‘Ain.” Kata Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) ,”Kalau begitu bacakan ruqyah bagi mereka! (HR Muslim, Ahmad dan Baihaqi)

3. Penyakit kulit yang tidak atau sukar sembuh,contohnya ekzema dan seangkatan dengannya.

Dari hadith dan permasalahan di atas, cukup untuk menghuraikan apakah Ain dan bagaimanakah ianya terjadi?

Permasalahan ain ini bukan sahaja berlaku akibat rasa iri hati atau takjub (tanpa kembalikan semula takjub tersebut kepada ALLAH), tetapi juga berlaku apabila pemuji memuji bayi tersebut setelah melakukan dosa-dosa mulut, contohnya mengumpat atau memaki hamun orang lain, maka tarikan dari perbuatan tersebut menjadi warid kepada kalamnya, iaitu apabila dia memuji seseorang itu cantik, maka warid dari keburukan kalam sebelum itu diterbalikkan dari apa yang dipuji sebelum itu(cantik lawannya hodoh), ini berikutan fitrah bayi atau kanak-kanak yang bersih, begitu juga keadaannya jika mata si pemuji sebelum melihat bayi atau kanak-kanak tersebut ada melihat perkara-perkara maksiat, maka ianya akan terjadi hal yang serupa. NauzubILLAHi min Zalik.

Kebanyakan kes yang sang faqir terima di TIAF yang melibatkan bayi menangis tidak berhenti, selain dari masalah cholic(kembung perut) dan hernia(angin pasang), ianya kebanyakan melibatkan Ain, yang sering didakwa oleh perawat-perawat sebelum itu dengan saka, sihir, pedamping dan sebagainya, yang meleret sehingga timbul dakwaan yang pelik wal aneh, padahal ianya Ain semata-mata. (Sabo je le)

Permasalahan dengan Al Ain ini, ada dua cara dalam menghadapinya, sama ada MENGELAK darinya atau merawatnya.

Berkaitan dengan merawat, ianya melibatkan banyak kaedah. Cuma sang faqir kongsikan salah satu darinya di sini, yang paling ringkas.
Iaitu diberi mandi dengan air bekasan wudhuk ibu kepada bayi tersebut (bertabaruk)
Bersabit dengan hadith :

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ بْنِ سَهْلِ بْنِ حُنَيْفٍ أَنَّهُ قَالَ رَأَى عَامِرُ بْنُ رَبِيعَةَ سَهْلَ بْنَ حُنَيْفٍ يَغْتَسِلُ فَقَالَ مَا رَأَيْتُ كَالْيَوْمِ وَلَا جِلْدَ مُخْبَأَةٍ فَلُبِطَ سَهْلٌ فَأُتِيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَامِرًا فَتَغَيَّظَ عَلَيْهِ وَقَالَ عَلَامَ يَقْتُلُ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ أَلَّا بَرَّكْتَ اغْتَسِلْ لَهُ فَغَسَلَ عَامِرٌ وَجْهَهُ وَيَدَيْهِ وَمِرْفَقَيْهِ وَرُكْبَتَيْهِ وَأَطْرَافَ رِجْلَيْهِ وَدَاخِلَةَ إِزَارِهِ فِي قَدَحٍ ثُمَّ صُبَّ عَلَيْهِ فَرَاحَ مَعَ النَّاسِ
Dari Abu Umamah bin Sahl bin Hunaif, dia berkata bahawa Amir bin Robi’ah melihat Sahl bin Hunaif sedang mandi, lalu berkatalah Amir : "Aku tidak pernah melihat (pemandangan) seperti hari ini, dan tidak pernah kulihat kulit yang tersimpan sebagus ini” Maka terpelantinglah Sahl(pengsan). Kemudian RasulULLAH sallALLAHu Alaihi Wasallam mendatangi Amir. Dengan tegas Baginda bersabda :”Atas sebab apa kamu hendak membunuh saudaranya? Mengapa kamu tidak memohonkan keberkahan (kepada hal yang kamu lihat)? Mandilah untuknya!Maka Amir mandi dengan menggunakan suatu bekas air, dia mencuci wajahnya, dua tangan, kedua siku, kedua lutut,hujung-hujung kakinya, dan bahagian dalam sarungnya. Kemudian air bekas mandinya itu dituangkan kepada Sahl, lantas dia (Sahl) sedar dan berlalulah bersama manusia.
(HR Malik dalam Al-Muwaththo 2/938, Ibnu Majah 3509, disohihkan oleh Ibnu Hibban 1424. Sanadnya sohih, para perawinya tsiqah : Zadul Ma’ad tahqiq Syu’aib al-Arnauth dan Abdul Qodir al-Arnauth 4/150 cetakan tahun 1424 H).

Merujuk kepada hadith tersebut, tentu menjadi kesukaran untuk mencari siapa yang memberi Ain, malahan jika tahu siapa yang mengAinkan anak kita, bagaimana mungkin untuk kita jelaskan kepadanya, maka diqiaskan dengan tabaruk air wudhuk ibu(berserta doa), ditadahkan di dalam bekas atau besen, seterusnya, diberi mandi kepada bayi atau anak yang terkena ain. Untuk kaedah ini, tidak tertakluk kepada Ain sahaja, boleh juga ikhtiar bagi permasalahan anak yang degil atau bermasalah dengan pelajaran.

Antara kaedah mengelakkan Ain dari berlaku:

Setiap kali anak menerima pujian dari sesiapa sahaja, letakkan tangan kanan di atas kepalanya, dan ucapkan Taawudz (di dalam hati, kemudian mohon perlindungan ALLAH dari segala mara bahaya).

Pada malam hari sebelum ibubapa tidur, bacakan Al Ikhlas 3x, dan tiupkan di ubun-ubun bayi perlahan-lahan(sambil dalam hati berdoa mohon perlindungan ALLAH) sehingga habis nafas, nafas yang akhir ditiup sehingga ke kaki dengan kadar menghembus.

Kepada ibubapa, terpulang di atas perkiraan kalian untuk ikhtiar perlindungan anak-anak kalian, terutama yang memperolehi 'new baby' atau yang anak mereka sedang sakit, pertimbangkanlah keputusan untuk upload gambar anak-anak anda.

Kebanyakan kes Ain yang sang faqir terima di klinik TIAF, 98% daripadanya adalah asbab meng'upload' gambar bayi mereka di facebook atau laman sosial yang lain, tambahan pula bayi mereka sedang bermasalah sewaktu itu. NauzubILLAHi min zalik.

Semoga perlindungan ALLAH beserta sekalian yang ikhlas dan faham dengan setiap amal perbuatan mereka.

Wassalam.


SOURCE: Wan Asrul Al-Aydrus (FB)




In anticipation of your valued response,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...