2014-07-06

HARGA PROMOTION DI BULAN RAMADHAN SAHAJA!! (SHAPING LOTION)



Beauty Spell Shaping Lotion


* Mempunyai vitamin e, aloe vera, gamat & kolagen untuk memperbaiki kulit..

* Memberi rasa yang sejuk & nyaman setelah disapu
* Mempunyai biji-biji halus (scrubs) bagi membantu melicinkan & menghilangkan daki2-daki kotor.
* Mempunyai bau yang wangi.
* Senang diserap oleh kulit & tidak berminyak (water base)
* Membantu untuk membentuk badan.
* Membantu menghilangkan selulit.



HARGA PROMOTION BULAN RAMADHAN SAHAJA!!
2 botol = RM50 (FREE POS)

NAK BORONG DENGAN MINIMUM ORDER YANG RENDAH DAN HARGA YANG RENDAH??

BOLEH JE!!

WhatsApp : 011-2880 9417

PM SEGERA!!

FACEBOOK : Beauty Spell HQ



Cara Guna :

Sapukan pada bahagian badan yang hendak dibuang lemak dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan waktu malam. Buat urutan pusingan sehingga diserap sepenuhnya. Bole disapu pada pipi dan dagu dengan sapuan nipis untuk menjadikan dagu lebih runcing dan menegangkan kulit.


p/s : Untuk pembentukan badan yang lebih cepat, sapu lotion sehingga kering setiap kali selepas makan dan minum air sekurangnya 3liter sehari.


#beautyspell #bssl #shaping #lotion #malaysia#malaysian #MY #new #newproduct #business#placeorder #order #beauty #proud #beautiful#healthnbeauty #pmme #ownproduct #nadiahjaapar#blogger #tumblr #instagram




In anticipation of your valued response,



26 Makanan Ringan (Jajan) Pelajar Sekolah Rendah pada 90-an Beli Selepas Sekolah di Malaysi

23 Junk Food Malaysian Primary School Students in the 90s Used To Buy After School

1. Ice Pop - Banyak perisa ada..Milo, Sirap, Grape, Oren..Tapi yang paling popular ialah asam boi..nad mmg kurang sikit beli ais krim ni kecuali bebetul panas..nad suka grape..

ice pop malaysia


2. Mi-Mi - Snek ni memang sedap..suka sangat2.. :D


mimi snack


3. Roti Ice-Cream - Yang ni nak beli memang mahal sikit dari junk food yang lain..tapi kalau ada duit memang beli...perisa dia tak menentu..bercampur-campur..but ada juga yg boleh diberi pilihan untuk pilih perasa apa dia nak..but selalunya mesti takde sbb kalau nad minta mesti vanilla..vanilla mmg susah nak dapat...
roti ais krim


4. Satay Ikan - yang ni memang sedap..Selalu dijual sebatang-sebatang...memang favorite sangat2..sampai la sekarang!!

satay ikan


5. “Fried Fish Fillet” – (Famous among the Chinese) - pada nad takde la famous among chinese je..coz nad and the whole family gilakan menda ni sejak dulu lagi..sampai sekarang pun we all still buy it..

fried fish fillet


6. Bika -  I know this one but nad tak berapa minat..boleh dikira la beli berapa kali je..not to my taste bud..

bika perisa ayam


7. “Pop Corn” Durian Flavor - Yang ni memang famous..memang antara keropok yang nad pasti beli...even though nad tak sangat makan durian but I love this one..sampai sekarang pun still beli lagi..

pop corn perisa durian


8. Toki - Know this one but not to my taste but.. i know one of my friends yang giler keropok ni..she will buy it everyday.. :D

toki


9. WhiteRabbit sweet – (The wrapper on the inside can also be eaten) - yang ni tak perlu disebut-sebut lagi..memang one of my fav..sampai sekarang pun beli juga..selalu kalau gi supermarket beli groceries mesti cari gula2 ni..

white rabbit


10. Black & White Bubblegum – (It’s called Black & White, but it taste like grape) - this one memang sedap..but mom memang tak benarkan anak2 dia makan chewing gum..but nad dapat rasa sebab kawan selalu bagi..masa kecik bila orang bagi je kena amik.. :P

black and white bubble gum

11. Yupi Mini Burger – (The pizza version wasn’t that happening) -  Nad suka mini burger ni but not as much as yang diatas..memang kadang-2 je beli..now my 2 kids is crazy about the pizza version..coz the place that we go always doesn't have the burger version..

yupi mini burger


12. Big Foot - Love this one..you have to dip the lollipop foot inside the powder..the powder is so sour...


???

13. Push Pop - Love this one..always pretending that this was a lipstick with flavour..to to play dress-up wth my friends if we have this..A hit for my 2-kids as well nowdays..

push pop candy


14. Fancy Gems - In malay we called in Biskut Aiskrim..memang untill now I still buy it!! The kids love it so much..

fancy gems

15. Pepsi Blue – (We looked like idiots with blue tongue after drinking this) - Nowdays there is no more Pepsi Blue..But there is Lemon Blue only at the Bazaar Ramadhan.. :D

pepsi blue


16. Choki Choki - Love it then but not so much now... It was my kids turn to love it..What kids doesn't love chocolate in a tube? hehe..still teringat iklan dia..Choki-Choki enak sekali... :D

choki choki


17. Eye Glass with Candy - Nad tak berapa minat sangat yang ni..but seems like my daughter likes it..maybe because of colours..


eye glass candy


18. Haw Flakes - This is my fav until now..my grandma taught us to eat this...everytime I see this it will remind me of my grandma.. 

haw flakes


19. Ais Krim Potong - love this one too...the popular one is the read beans..but I love the corn one much better...sorry nad punya taste but memang sedikit lain..perasa yg popular memang nad tak akan minat...

ais krim potong


20. Don’t really know what is this called but it’s the best alternative for Sugus back then - yes...pengganti sugus.. :Di like the grape and strawberry... :D

sugus stick


21. Apollo’s Layer Cakes – (They always play this advertisement before and after the cartoons we used to watch back then. But mainly Dragon Ball cartoon) - Apollo Layer Cake is not really a fav for me..but I did see all my other friends love this a lot..siap bawa sebagai bekal ke sekolah.. :D

apollo layer cake

22. Hiro Chocolate Cake - This one my my fav..memang kena beli la..but sekarang memang susah sangat nak jumpe...

hiro choc cake


23. This Asam – (We are not sure what is this called but apparently it’s to cure dizziness and drowsiness) - part asam2 ni nad kurang minat..but sister suka gila..hehe.. :P

asam botol malaysia
SOURCE : Funny Malaysia



Below this nad tambah sikit jajan yang nad ingat nad selalu makan masa dulu2 yang takde dlm list datas...

24. Super Ring - Memang my fav Cheese Ring sampai la sekarang (WAJIB BELI) ternampak..bila melekat-lekat cheese kat jari last2 tu jilat habis...sedap!!! My daughter pun terikut-ikut nad suka super ring ni..my son memang tak makan jajan keropok...so ggod for him.. :D



25. Tam-Tam - seperti jajan keropok Mi-Mi kat atas tu ni adalah version lain..bentuk dia macam bentul bantal..the malays called it Keropok Bantal selalunya...if i have to choose between Tam-Tam and Mi-Mi..I will choose Tam-Tam until now!! :D




26. Pop Rocks - I love to eat this..It pops in your mouth..the popping sound is addictive..Adik lelaki Nad pernah ajak Nad buat eksperiment..dia campurkan pop rocks ni dalam air..but the taste is not that good walaupun gula semua dah larut..hehe...



Ada lagi jajan yang nad tertinggal tak?
SIapa ada sila la komen..
:D



In anticipation of your valued response,

AWAS JIKA ANDA SERING MEMUKUL ANAK !!


Satu soalan telah diajukan; 
 
Degil ke anak saya yang baru 1 tahun 6 bulan yang tidak mahu mendengar kata bila dilarang? Orang keliling mengatakan dia degil. Dia juga suka merampas mainan kanak-kanak lain. Ibu kata tidak boleh garang dan marah anak. Namun, jika tidak marah, dia menjadi-jadi perangainya. Bolehkah dia dihukum dan bagaimana?

Anak baru satu tahun 6 bulan. Usia ini masih kecil dan yang paling ketara pada usia ini ialah anak-anak kecil dijadikan oleh Allah kuat ego centric. Maksudnya bukan dia ego, tetapi dia lebih fokus kepada dirinya. Mekanisma ini ada pada setiap manusia pada usia ini. Inilah cara Allah memastikan kemandirian manusia di dunia ini.

Anak-anak pada usia ini hanya memikirkan dirinya kerana pada usia ini bahagian lapisan kedua daripada bahagian ketiga lapisan otak - triune belum begitu berkembang.

Otak ada tiga lapis. Bahagian paling bawah mengawal keselamatan, berkembang pada masa lahir hingga 3 tahun. Pada usia ini anak-anak hanya memberi respons kepada stimulus, ransangan dan belum boleh berfikir.

Pada usia 3 tahun barulah lapisan kedua atau otak tengah anak berkembang. Bahagian otak ini menjaga emosi dan kesihatan. Pada ketika ini barulah anak-anak memikirkan orang lain dan sedar lebih mengenai kewujudan orang lain. Pada masa ini juga barulah EQ anak mula berkembang dan dia mula faham untuk bertolak ansur.

Anda akan lihat anak yang merasakan dia dijaga dengan baik dan berasa selamat, bahagian otak tengah ini mungkin sudah mula berkembang pada usia lebih awal. Maka anda melihat situasi anak-anak itu baru menjangkau 2 tahun, tapi sudah boleh memikirkan perasaan orang lain. Pucuk pangkalnya, bila anak itu rasa selamat, perkembangannya cepat.

Pada usia 4 tahun keatas barulah bahagian otak paling atas iaitu neokorteks atau otak berfikir anak mula-mula develop. Barulah mereka boleh faham penerangan yang kita beri dengan lebih lagi. Namun, mereka masih belum boleh membezakan yang baik dari yang buruk kerana mereka belum mumayiz. Frontal lobe mereka belum develop penuh.

Oleh kerana ibu bapa dan ramai orang dewasa termasuk datuk nenek tak faham, cepat saja mereka menamakan anak-anak kecil seperti yang nampak tidak mendengar penerangan dan larangan sebagai degil dan ego.

Setiap kali Ibu mendengar perkara seperti ini, terhiris sungguh hati Ibu kerana sampai hati orang dewasa melakukan perkara begini kepada anak-anak kecil yang masih suci seperti kain putih.

Jika anak itu salah berperangai, merebut barang, atau bermain dengan benda yang merbahaya, untuk dia tidak terus melakukan perkara itu, anda boleh mengambil dia dari situ dan boleh katakan kepadanya No, ini tak boleh, dengan tegas tapi penuh kasih-sayang. Kemudian bawa dan ajak dengan baik dia ke tempat yang ada benda yang boleh dia bermain dan katakan, Yes, yang ini boleh. Dan katakan lebih dari 3 kali untuk menguat stimulus positif yang akan membina diri yang positif. Supaya, terakam diminda bawah sedarnya akan stimulus positif ini. Dia tidak boleh terus ingat, kerana tempat memori adalah pada bahagian otak tengah. Masa ini bahagian itu belum lagi develop.

Ya, memang kononnya jalan paling senang dan cepat bagi menangani anak-anak kecil yang kuat kehendaknya ini ialah dengan memarahinya dan menghukumnya dengan kasar. Tapi ini menyebabkan anak ini berasa tidak selamat. Ingat pada usia ini, bahagian otak paling bawah yang sedang develop. Anak ini akan berasa tidak selamat. Bila seorang itu berasa tidak selamat, dia akan lari atau melawan. Maka itulah yang menyebabkan bila dia besar sikit dan kerana keadaan marah-marah dan melarang dengan kasar ini berteus, anak itu akan selalu mengamuk dan bertambah kuat mengamuk. Atau menjadi anak-anak yang senyap kerana TAKUT dan tiada keyakinan diri.

Bila terjadi begini, apakah yang ramai orang dewasa lakukan? kuatkan lagi marah dan kuatkan lagi hukuman. Lama-lama, menjangkau 3 tahun, emosi anak penuh dengan kemarahan dan kesedihan. Anak begini membesar menjadi anak-anak yang memendam rasa, nampak diam, tapi bom jengka sedang berdetik, menunggu masa saja untuk meletup. Tiba usia yang lebih tua, seperti remaja, anak yang sama ini akan menjadi sangat degil, pemarah dan tidak hormat orang tua. Ada yang menerajang ibu bapa!

Bukankah telah diingatkan oleh Nabi s.a.w, bahawa pada akhir zaman, akan ramai anak-anak yang menjadi tuan pada ibu bapa mereka. Bukan kerana ibu bapa mereka melayan mereka dengan kasih-sayang tetapi kerana ramai ibu bapa yang tidak memahami bagaimana untuk mendidik anak-anak sehingga mereka tersilap cara lalu merosakkan diri anak-anak itu sendiri.

Anak yang dibesarkan dengan kasih-sayang, hormat dan kefahaman psikologi kanak-kanak, akan membesar mengasihi ibu bapa mereka.

Bila kita berlembut dengan anak sekecil 1 tahun 6 bulan itu,bukan bermaksud kita memanjakan atau membiar dan kita lemah. Sebenarnya, kita sedang membina rasa selamat yang kukuh, untuk mudah otak tengahnya pula develop cepat. Kita tetap tegas, tapi kita juga penuh kasih-sayang.

Cuba tengok betul-betul, anak-anak yang dididik penuh kasih-sayang, dihormati perasaaan mereka dan berasa selamat, meningkat cepat kepandaian mereka berbanding dengan anak-anak yang selalu dimarah dan dihukum kasar.

Bila anak-anak sekecil itu merampas mainan kawan, bukan dia perampas, tapi dia belum lagi tahu maksud ini barang orang dan dia perlu meminta izin atau bermain bersama. Anak pada usia ini, kalau dia hendakkan sesuautu, dia mengambilnya sahaja. Bila tidak dapat dia akan meraung. Kerana itulah yang dimaksudkan ego centric. Centre pada dirinya sahaja.

Janganlah kita orang dewasa cepat melatah dan menghukum anak-anak kecil ini dengan perkataan seperti jahat, degil, perampas… dan dipukul dan sepertinya yang akan masuk ke unconscious mindnya dan menjadi belief atau kepercayaan yang merosakkan diri anak itu.

Ibu tahu yang membaca penulisan ibu ini adalah ibu bapa yang prihatin dan mahukan kebaikan untuk dirinya dan anak-anaknya. Ibu pernah menjadi ibu muda dan sekarang nenek pula. Ibu tahu perlunya membesarkan kesabaran. Oleh itu, janganlah risau sayang.

Kita perlu sedar, anak-anak ini didatangkan kepada kita untuk memberi kita rasa seronok dan juga membina diri kita. Membina kesabaran itu adalah salah satu daripada membina diri kita ini.

Untuk kali ini Ibu tinggalkan kepada anda dengan satu azimat. pegang dengan kemas. Azimatnya ialah SENANTIASA, SENANTIASA BERSANGKA BAIK DENGAN ANAK-ANAK TERUTAMANYA ANAK-ANAK KECIL. KEMASKAN KEYAKINAN BAHAWA ANAK-ANAK KECIL INI SUNGGUH SUCI.

Sesungguhnya sayang, anda layak bahagia dan menjadi ibu bapa berjaya.

Salam kasih - Credit to Prof Dr Rozieta Shaary



In anticipation of your valued response,

2014-07-01

Idlan Shafy's Journey For 3rd Day Ramadhan 2014

Assalamualaikum semua..
Hari ke-3 Ramadhan dah selesai..
Macam mana puasa dan amalan anda semua?
Harap semuanya bagus2 belaka..
Insyaallah...

Hari ni adalah hari pertama Idlan Shafy bersekolah dan berpuasa..
Sekolah dia start from 8am - 4:30pm hanya untuk bulan Ramadhan..

Selalu waktu sekolah biasa amik dia selepas solat asar..
But bulan Ramadhan ni terpaksa ambil dia sebelum Solat Asar...


Masa sebelum hantar dia ke sekolah pagi tadi memang sibuk ingatkan dia..

"You are fasting. You cannot put anything in your mouth, nose and ears. No eating and drinking until Azan Marghrib. So don't play too hard until your are so thirsty like yesterday"
"Ok mummy. But how about my friends? Are they fasting too?"
"Yes. They all are fasting too"
"So no water bottle and no money for school?"

"Yes. I will buy what you want to eat after your school is over."
"Ok"

I'm so suprised sbb masa amik dia balik dari sekolah dia tak nampak letih pun..

Petah bercakap and bertanya ada la..
"Mummy, did you buy food for me? What did you buy? All my friends is fasting. They don't eat and drink. Teacher did not give food. We cannot buy anything. They close the place to buy food"
Memang bercakap tak berhenti la..
"Teacher dis not give food" tu refer pada waktu lunch yg biasanya cikgu dia bagi makan tengah hari..
"We cannot buy anything. They close the place to buy food" means kantin tutup and budak2 yang ada duit pun tak boleh beli apa2..

And masa dalam kereta pun dia tak nampak macam lapar sangat..
Bercerita and bertanya soalan je..
We all bertolak balik dalam kul 5:20pm..
Sebab we went for solat asar kat masjid dulu lepas pick up Idlan Shafy..
But disebabkan we all sangkut dalam jam and hujan..
So masa yang sepatutnya 20minit jadi sejam lebih untuk sampai rumah...

Around 6:30pm kami sampai di Kota Damansara..
Masa tu dah kelam kabut sebab hujan lebat melanda and 2 Pasar Ramadhan yg kami pergi semuanya kena redah jam yang teruk..
Last2 kami ke Pasar Ramadhan di seksyen 7..
Masa tu hujan dah mula renyai2..
Nad je turun la untuk beli makanan berbuka..
Redah je hujan sebab payung semua tertinggal di rumah..

Tengok2 masa tengah jalan dari kedai ke kedai tiba2 lebat plak hujan...
Lebat selebat lebatnya..
Memng nad berlari-lari anak tumpang payung ke payung orang yg bawa payung and khemah org2 berniaga...
Tapi apa nak buat..
Sebab teelalu lebat memang basah kuyup..
Masa tu beli je apa ada depan mata masa stop kat khemah2 org berniaga tu..
Tak boleh nak memilih sangat dah..

Gerai2 nad singgah tu hanya 3 gerai je..
Nasi Lemak Bungkus sambal asing for Idlan Shafy's sahur, Maggi Goreng tak bercili or pedas, Pulut Kuning + Ayam Masak Merah and Nasi Ayam, Air Tembikai Laici, Onde2 and Lopez..
Lepas tu terus ke kereta balik..
Masa tu tak boleh nak buat apa..
Just masuk je kereta..
Basah pun nak buat mcm mana sbb diluar masih lagi hujan lebat...

Sampai je rumah memang terus tukar baju..
Budak2 terus mandikan...
Sebab kena juga hujan sikit masa dari kereta nak ke bangunan apartment..
Cuma tak basah habis la mcm nad..

Alhamdullilah..
Sebab dah seminggu dua tak hujan and panas je..
Bila hujan ni lega sikit...
Sejuk je...
Angin pun sedap je bila bertiup...

Lagi 15minit nak berbuka Idlan Shafy dah mula bertanya pasal bila dia boleh makan..
Dah tak tahan agaknya..
Zuhrah Carmilla pun asyik cakap dia nak makan je...
Sebab nad dah siapkan makanan atas meja...
Tu yg diaorg tak tahan tengok tu...
Suruh diaorg sabar je la..
But nad tengok Zuhrah Carmilla dah curi2 makan sikit2..
Cubit sikit makanan masuk mulut...
Berkali-kali dia buat...

Bukan tak nak bagi Zuhrah Carmilla makan..
But nak dia hormat abang dia yang tengah berpuasa..
Takut Idlan Shafy tengok adik dia makan dia pun tak tahan...
Nanti jadi mcm semalam...
Dia tak tahan tengok adik and sepupu dia minum, dia pun join minum...
Itu yang nak elakkan tu...

Alhamdullilah...
Merengek2 Idlan Shafy tu dia tunggu juga azan marghrib and berbuka...
Alhamdullilah...
So 2 - 1...
Macam score bola plak..
Hehe...
I'm proud of him...
:D



In anticipation of your valued response,

2014-06-30

Idlan Shafy's Journey For 2nd Day Ramadhan 2014

The Kids By Shutterclick Photography
Assalamualaikum...
Hari kedua Ramadhan berlalu..
Hari ni Idlan Shafy still macam biasa..
Soalan still mcm semalam..
Sahur - No problem..
Subuh - No problem..
Zohor - No problem..
Asar - No problem..
Selepas Asar - Problem..

Sebab petang tu kitaorg balik PJ..
My sis Inara is back from Semenyih..
So that means Nik Danial Al-Hakeem & Hannah Melati is waiting for Idlan Shafy and Zuhrah Carmilla..
Apa lagi kalau tak bermain sama2...
Sepupu paling rapat sekali la katakan..
Bila dah main of coz la penat..
Main plak jenis berlari-lari kat halaman depan..
Danial, Hannah and Zuhrah Carmilla dah sure2 tak puasa...
So when mummy and daddy is out to Bazzar Ramadhan...
The kids went inside the house to have some drinks..
Ye la penat bermain...
Last2 Idlan Shafy pun join sekali minum..
Tak tahan agaknya tengok adik and sepupu semua minum air sejuk...
And dia tengok je..

Oh...ruginya..
Sebab tinggal around 40 minutes je sebelum berbuka..
My sister, Inara yang nampak Idlan Shafy minum..
Bila tanya puasa or not..
Dia terus senyap and tersipu malu...

When mummy and daddy asked Idlan Shafy terus dia kata
"But I'm so thirsty mummy. I'm so tired because I played with everyone outside"
Huhu..
Alasan yang sangat la common among kids...
But dah terjadi..
Nak buat macam mana..
Nasib baik la dia minum je..
Takde dia minta nak makan ke...
Hehe..
Ok..
Tomorrow we can try again..
Rasanya lagi mencabar kot sbb esok 1st day dia akan bersekolah..
Hari ni dia tak sekolah sbb sekolah dia cuti untuk sambut 1st Ramadhan..
So I pray for the best tomorrow..
So by today 1-1..
1 hari puasa and 1 hari tak puasa..
:D


In anticipation of your valued response,



2014-06-29

Idlan Shafy's Journey For 1st Day Ramadhan 2014

Idlan Shafy
Assalamualaikum...
Alhamdullilah telah selesai puasa pada hari pertama Ramadhan tahun 2014..
Tahun ni kira the 2nd year Idlan Shafy belajar berpuasa..
Tahun lepas dia tak puasa hanya 2hari sahaja daripada 30hari..
Itu pun sebab terlepas untuk bersahur..
Sehari tu nad and hubby terjaga masa azan subuh dilaungkan..
Sehari lagi terjaga lagi 10 minit je nak azan..
Memang tak sempat..
Kami pun kelam kabut minum air and makan apa yang boleh dicapai tanpa perlu pemanasan makanan..
Memang kami as an adult boleh la berpuasa kalau tak sempat sahur pun..
Tapi budak 5 tahun lebih nak suruh puasa tapi tak bersahur..
Memang kesian..
Harap tahun ni dia boleh berpuasa penuh..
And mummy and daddy tak terlewat bangun untuk sahur tahun ini..
Insyaallah...
Amin...

Waktu sahur nad kejutkan Idlan Shafy kul 5am..
Memula susah nak bangun..
I have to carry him out from his room and put him on the chair..
Put the rice in front of him and asked him to eat..
Dia masih mamai lagi masa tu..
Dua tiga kali bercakap ngan dia terus dia segar...
Ajar Idlan Shafy baca doa puasa untuk sebulan dan berpuasa ke esokkan hari..
Then terus dia makan...

Dia minta nak makan nasi lemak untuk sahur sebelum dia masuk tidur..
Sambal dia memang pedas...
But dia nak makan juga..
Selalunya minta sambal asing tapi yg ni jenis nasi lemak yg dah siap dibungkus..
So sambal memang pack sekali..
But still pedas sbb dah bercampur kan..
Cuma nasib baik sambal dia jenis pekat and kering..
So senang nak asingkan..
Lepas habis nasi dia makan pula ikan bilis and cicah sambal..
Memang pedas but dia memang suka..
So dia minum banyak air yang banyak..

Masa sahur tu nad banyak kali ingatkan Idlan Shafy..
"You are fasting today, you cannot eat, drink and pick your nose or ears until after azan marghrib"
He just nodded his head everytime I reminded him about fasting..
I really hope he remember everything I said..
Habis bersahur suruh dia brush his teeth and ambil wuduk..
And then terus solat subuh..

After that nad cakap dia boleh tidur balik kalau dia nak..
And terus dia kata "Ok mummy I want to sleep, come sleep with me"
I told him that I want to read Al-Quran..
He said "Mummy come and read Quran in my room, I want to hear you read when I sleep"
Of coz I did just that..
:D

Masa tengah mengaji, Idlan Shafy tiba2 bangun dr katil..
"Mummy, I'm fasting right, can I wee wee or poop? I still fast right?"
"Of coz you can wee wee and poop and yes you are still fasting after that"
"Ok, I want to wee wee now"
I just laugh and bring him to the toilet..
And explained it to him that wee wee and poop tak akan buat dia batal puasa..
Sebab masa sahur minum air banyak..
So memang a few times juga la dia ke toilet je..
Sampai la dia tertidur dengan sendiri..

Sejak dia bangun tidur dia asyik tanya je..
"Mummy, I cannot eat, drink and pick my nose and ears?"
Every hour or two he will ask..
At 3pm he told me he was hungry..
Nad suruh dia tidur..
Supaya takde la terasa sangat lapar tu..

Daddy, Zuhrah Carmilla, Idlan Shafy and Mummy

Masa dia cuba nak tidur, I just realize that he was sucking his thumb..
Memang nad terlupa nak bgtau yang hisap jari memang batal puasa..
So nad bagitau dia..
"Idlan Shafy, you are fasting, you cannot suck your thumb. You cannot put anything in your mouth, nose and ears"
"But mummy, you did not tell me cannot suck thumb. How to sleep?"
I really forgot that Idlan Shafy still suck his thumb when he wants to sleep..

Well as last year, I have to remind him everytime he start to suck his thumb when fasting..
"No thumb, Idlan Shafy"
Then dia akan merengus sikit2 or cakap "Oh, sorry mummy. I forgot" and keluarkan jari..
Well what to do..
Nak puasa mana boleh hisap jari...
But sometimes mmg dia terhisap jari juga..
Apa nad boleh buat hanya ingatkan dia..
Selalunya bila dia nak tidur or tengah baring2 berehat..
Kena perhati selalu..

Petang at 4pm mcm tu we are heading to PJ..
We were going to send the t-shirt that we have done for a client..
Check this page out--> www.facebook.com/thestreethq
Before we went in the car Idlan Shafy asked me
"Are we going to eat at the shop?"
"No dear, not yet. We have to wait for azan marghrib first."
"Ohh" he sounded sad

Because hubby had to meet his friends tonight in PJ, we will break our fast at my mom's house..
After azan asar Idlan Shafy and Zuhrah Carmilla was playing in the kitchen..
They watch my sis, my mom and me cooked for break fast and sahur..
He saw my mom frying some chicken for sahur..
He was like "Oh..is this chicken? Can we eat now?"
Muka dia dah berseri-seri dah..
Sebab dia ingatkan dah boleh makan...
My mom said "No not yet, Idlan please go and play inside. Bring your sister with you"
And Idlan Shafy was like "Ohhh" and he went inside with his sister..

Kesian dia..
Mesti dah rasa lapar teramat..
Sebab dah petang..
Masa ni la paling mencabar..
Sebab masa ni dah boleh rasa lapar teramat, nampak and bau makanan yang banyak sedang dimasak or dihidang..
Ter-Uji betul keimanan masa ni..
Kalau kita yang dewasa pun boleh terliur..
Apa lagi budak2 yang masih belajar berpuasa...

Tapi alhamdullilah...
Idlan Shafy menghabiskan puasanya dengan cemerlang sekali..
I'm very proud of him..
Memang masa berbuka tu dia makan banyak sangat..
Bertambah-tambah..
Sampai nad sendiri kena stop kan dia..
Sebab nad rasa dah terlalu banyak sangat dia makan..

Alhamdullilah hari ini sudah selesai..
Tomorrow is another day to battle...
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak & Selamat Berpuasa to all muslim in the world..
Semoga amalan kita di bulan mulia ini diterima oleh Allah..
Insyaallah..
Amin...



In anticipation of your valued response,



Mee Tarik (28 June 2014)

First time makan Mee Tarik Warisan Asli..
Kedai ni dekat KL..
Dekat Jalan Dang Wangi..
Mee diaorang memang sedap..
Mee semuanya dibuat di gerai..
Boleh tengok diaorang tebar2 doh and tarik2 doh jadi mee...
Memang nak datang lagi next time...
Boleh tengok harga pada gambar dibawah sekali...
:D



















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...