2013-01-16

Sedap ke sampai kucing pun nak dimakan?


Aktivis haiwan selamatkan lebih 1,000 ekor kucing

CHANGSA, China - Sebuah trak yang membawa lebih 1,000 ekor kucing terlibat dalam nahas di sebatang jalan raya di sini kelmarin.
Kucing itu yang diletakkan dalam sejumlah kurungan kayu akan dijual di restoran-restoran di Guangdong untuk dijadikan makanan.
Kira-kira 50 aktivis haiwan dan sukarelawan kemudian bertindak menyelamatkan kucing tersebut daripada disembelih untuk dijadikan makanan.
Kucing-kucing itu kelihatan lapar semasa para aktivis tersebut melihat haiwan berkenaan.
Para aktivis itu kemudian menghantar kucing tersebut ke sebuah klinik haiwan untuk dirawat. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0116&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2I6uFdOPS 
Hakcipta terpelihara 




Assalamualaikum..
Just nak share citer dlm kosmo ni..
Apa kejadah la nak mkn kucing?
Apa X cukup ke ayam, lembu or kambing ke kat sana smpi kucing pun nak makan?
Diaorg ni dah gile apa?
Sedap ke daging kucing tu?
Ya Allah..
Geli geleman satu badan bila fikirkan ttg ada org mkn daging kucing ni..
:(

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...