2012-12-31

New Spectacle & Night Circle..



Assalamualaikum..
Yeah!!
Akhirnya my new glasses dah siap..
Takes almost 2 weeks tuk siap..
Lama kan?
Kena buat custom..
Sbb mmg my power X sama mcm kebanyakan org..
Kena plak ngan Esticmatism yang tinggi..
Yang bestnya it's very light..
Tersangat la ringan
Frame mmg dah ringan..
Lepas tu cermin plak kena buat nipis sbb kalau x mmg akan nmpk ketebalan yg melampau..
Harga? Hehe..
This is the most expensive glasses i've spend on..
Almost 1k just for a plain spectacle..


Nad buat ni dekat kedai bakal adik ipar nad..
Insyaallah..
Dekat Carefore Bukit Rimau..
Mmg collection frame2 diaorg mmg best sgt2..
Bnyk sgt choice yg menarik bole dipilih..

Lepas amik my glasses kami jalan2 kejap dlm bangunan tu..
X bnyk kedai menarik..
Bnyk yang X buka lagi especially sebelah atas..
Food court dia kat atas pun kedai yg buka hanya a few..
5 je kedai mkn kat food court tu yg buka..
Rasanya kat dlm tu sebelah bawah je yang hidup..
Yang atas mmg mati semua kedai kecuali Carefour..



But depan food court ada kedai Cool Bubble Bee..
Diaorg jual Bubble Tea..
Hehe..
We try Vanilla Bubble Tea and Blended Strawberry Vanilla..
Both is good..
Diaorg punya menu ada dlm buku yg dibind and they ada FB page juga..
:D


Selepas the kids bermain di arked di situ and selepas solat marghrib..
Kami terus menuju ke Shah Alam untuk makan malam..
We went to Night Circle di Seksyen 11, Shah Alam..
Nak makan nasi bubur hubby said..



We ordered  Nasi Bubur, Udang Goreng Kunyit, Paru Goreng, Daging Masak Merah, Taugeh Hijau Goreng, Cendawan Goreng Taucu, Telur Masin & Ikan Bilis..
Only hubby, the kids and me..
Banyak kot..
Kenyang betul la..

Kalau ikut selera nad, mkn nasi bubur berlauk nad lg suka di Mr Johan Seafood, Kg Baru..
Masakan lagi sedap..
YUMMY!!
:D





P/s : A few pictures of me and the kids..hehe..amik gambar me bnyk sikit sbb baru dpt spec baru kan? :P

2012-12-30

PROMOSI INCHLOSS & PMCVC


Assalamualaikum..
Hi semua..
Iklan sekejap ye..
Sbb promosi nak tamat dah!!

PROMOSI HANYA TINGGAL 2 HARI SAJA LAGI!!
JOM BELI SEBELUM 1 JANUARI 2013..

1 INCHLOSS + 1 PMCVC = RM130
2 INCHLOSS                      = RM130
2 PMCVC                           = RM140

CEPAT2 SEBELUM TERLEPAS!!

SAYA STOKIS SELANGOR FELINNA MARKETING YANG SAH.
 DAPATKAN INCHLOSS ATAU VITAMIN C + COLLAGEN (PMCVC) DR SAYA. 
COD AREA PETALING JAYA ATAU POS SELURUH MALAYSIA.
DEALER/DROPSHIPPER DIALUKAN. 
CALL, SMS OR WHATSAPP DI TALIAN +6011-2880 9417 OR PM SAYA DI --> www.facebook.com/missnadd

New Header AGAIN!!

Assalamualaikum..
Wah!!
Baru sehari dua pakai header ni..



Skrg dah tukar header ni plak..


Ye la..
URL pun dah tukar..
Kena la tukar header juga..
X gitu?
:D

ANNOUNCEMENT!!

Assalamualaikum..
Maaf kepada semua..
Tetapi nad buat penukaran link url dr www.nadspov.blogspot.com kepada link url www.nadiahjaapar.blogspot.com
Tukar untuk senang dicari dan ingat..
So kepada yang nak cari link lama (www.nadspov.blogspot.com) mmg X dpt la..
So pls update ye semua..
TQ


WWW.NADIAHJAAPAR.BLOGSPOT.COM

2012-12-29

Tempat2 Makan & Makanan Yang Best & Sedap Minggu Ini!!

Assalamualaikum..
Just wanna share this week meals with u guys..
Bermacam-macam tempat dan bermacam makanan..
Jom kita tengok..
Lepas tu nanti korang plak bole try..
:D

Prawn Mee, Wantan Mee & Chicken Rice @ Kapitan, Amcorp Mall.
Specialty here is the chicken rice..Should try them..its good!!
Yang lain2 bukan X sedap..sedap juga..

Red Rubies, Nasi + Ayam Tiga Rasa, Mee Wantan Goreng & Yee Mee Goreng Chili @ Rak Thai , Amcorp Mall..
Kedai ni kira mcm berjiran ngan kapitan tu..berdepan je..mmg semua masakan thailand..good stuff..
Semua yang kami makan diatas mmg sedap!!

Rojak & Cendol Mamak @ Taman Bahagia..
Terletak berdepan dengan LRT Taman Bahagia..
TERBAIK!!
Kalau siapa nak LRT senang la pergi..
But kepada yg bawa kereta mmg nak parking susah sikit..
Sbb ianya terletak dalam kawasan perumahan..

Nasi Goreng USA & Mee Ladna ni daripada  Food Court Seksyen 8 Petaling Jaya
Kedai2 makan depan yang ada stall satay sekali tu..
Kat situ kebanykkan masakan goreng2 dia kami dah try and mmg SUPERB!!
Selalu makan sini sbb tmpt berdekatan dgn rumah..
:D

Glass Noddle Seafood & Steamboat @ Johnny's Restaurant 1Utama..
Kami sekeluarga akan pergi Johnny's every month sekali..
Itu paling sikit la tu kiranya..
Tempat makan fav kami sejak nad suggest makan selepas kawin..
Sblm tu my dad yg perkenalkan tempat ni sejak masih bersekolah menengah lagi..
1st outlet dia masa tu hanya di Bukit Bintang Plaza..

Sotong Goreng Kunyit, Cendawan Goreng, Ikan Bilis Goreng, Telur Masin, Daging Masak Merah & Kailan Ikan Masin @ Mr Johan Seafood, Kg Baru
Believe it or not semua ni dimakan oleh nad & hubby with our 5 years old son & 2 years old daughter yg mmg X makan banyak..
Tempat ni mmg fav kami kalau terasa nak makan nasi bubur..
Lauk2 dia semua sedap!!
Terliur kalau teringat lauk2 dia..
Kedai sentiasa penuh..
So kami kalau nak dtg sana kami akan dtg lewat2 nak kul 11pm-12am mcm tu..
Sbb X ramai org..
Hehe..

Waffle Strawberry, Ice Blended Strawberry, Tempe & Tauhu Goreng, Mee Goreng Singapore, Nasi + Ikan Keli Goreng & Sizzling Mee + Egg @ Food Court Tanjong Village..
Dulu kami selalu kemari masa Arwah Angah (Bob Kuman) masih hidup..
Lepak2, berbual panjang..
RIndunya pada dia..
Skrg bila dtg sini terasa sebak sgt hati sbb teringatkan dia..
Tapi makanan sini mmg best!!
Bawal Power especially..
TERBAIK  BRO!! seperti yang selalu Angah ucapkan..
Al-Fatihah..

Chee Chong Fun + Yong Tau Foo, Mee Sup Fishball for kids, Nasi + Ayam Panggang Cili Hijau, Mee Kari + Yong Tau Foo & Red Velvet Smoothie @ Food Court Tesco Mutiara Damansara..
This is our 1st time makan sini sbb food court ni baru..
Sblm Tesco renovate sini Xde langsung food court..
Apa yg kami mkn diatas mmg sedap..
Yang Smoothis tu kami beli di luar food court..
Berdepan ngan food court je..
Frosty Delight namanya..
Sblm ni kami ingt dia dah tutup..
Sbb sblm renovate kedai dia dibawah. sblh kedai kek King's..
Lepas je renovate rupanya kedai dia di atas..
Kalau X selama ni mmg kami beli smoothies kat sini je..
Chatime mmg kami X endah dah..
Bila dah jumpe balik nmpknya kami akan ke sini la kalau X malas naik turun escalator Tesco semata-mata nak smoothies..
Variety dia mmg banyak giler..
Sampai rambang mata..
Chatime punya pun kalah kot!!
Hahaha..
Memang BEST GILER!!
Smoothies very lemak & pekat and comes in LARGE SIZE ONLY!!


2012-12-28

Header Baru!!

Assalamualaikum..
Yeah!!
Today dah tukar header baru..
From header yang ni..


Kepada header yang ni..


The model is my son Idlan Shafy & my daughter Zuhrah Carmilla..
Mcm mana?
Ok X?
:D


Happy Birthday Aisyah!!



Assalamualaikum..
Just wanna wish my sister Aisyah Jaapar a very Happy Birthday!!
Stay cute fashionista!!
:D

p/s: She's with my daughter Zuhrah Carmilla..

2012-12-27

Parking Space Siapakah Itu?



Assalamulaikum..
Nad perlukan pendapat korang semua..
Tentang parking space..
Nad akan ceritakan tentang situasi A dan situasi B yang berebut parking..
Nak tau siapa sebenarnya berhak dapat parking space tu?
Comment ikut dr pandangan korang ttg situasi ini..
Jom kita mulakan..

Tempat : Mall Parking Space yg sesak & penuh
Pelakon : A & B (Berebut tempat parking) Z (org yang parking di tempat yg direbutkan oleh A & B)

Z keluar dr pintu mall menuju ke tempat parking keretanya..
A sedang menunggu di pintu mall mula mengikuti Z berharap untuk memdapatkan parking space Z..
Disebabkan jalan kat tmpt parking mmg selalunya one way A terpaksa ikut jalan jauh..
Sebaik sahaja smpi ke tmpt parking Z, A memberi signal utk masuk ke parking space tersebut..
Tiba2 B yang mmg menunggu disitu juga memberi signal untuk masuk ke tempat parking Z..

Bila A & B berbincang :
A : Saya dah ikut Z sejak dia keluar dr pintu mall untuk mendapatkan parking space dia
B : Saya dah tunggu disini lama untuk mendapatkan parking di kawasan ini

So parking space siapakah itu?
Anda ada jawapannya?
Bayangkan anda berada dikedua belah pihak (A & B)..

"CEITA KAMI" in Ipoh



Assalamualaikum..
Alhamdullilah akhirnya ianya siap juga..
Ni ialah video "Cerita Kami" semasa kami berada di Ipoh last week..
Enjoy guys!!

2012-12-26

Cerpen Pendek : Zuhrah Carmilla minum Wellmex Atomic Enema


Assalamualaikum..
Ni nak cerita ttg sesuatu yg terjadi minggu lepas..
Ianya hampir membuat jantungku & hubbyku terhenti..
Cerita ttg my daughter, Zuhrah Carmilla..

Satu pagi minggu lepas..
Dalam kul 3pagi..
Anak lelakiku kejutkanku dan berkata "Mummy look, Zuhrah drinks this and finished it"
Sambil tangan kecilnya memegang botol plastik kecil bewarna biru dihulurkan ke arah mukaku..
Saya yg sedang tidur masa tu terjaga dan dengan mata cuba utk dibuka saya melihat apa yg mahu ditunjukkan oleh anak sulungku..
Kulihat botol biru yang sebelum ini berisi kini sudah kosong..
Dadaku berdebar..
"Zuhrah drinks this? Are you sure Idlan?" ku bertanya untuk mendapatkan kepastian.
"Yes mummy. She finished it"
Mataku yg semakin segar ku jegilkan ke arah Zuhrah..
Zuhrah mengikih kecil sambil menutup mulut dengan tangan mugilnya..
Ku terus mendekati Zuhrah dan mencium bau mulutnya. Tiada bau langsung. Dada berdegup semakin kencang. Racun & mati adalah perkara bermain-main di mindaku. Nak menangis je rasa pada masa itu.

Ku keluar dr bilik dan menuju ke dapur mengambil secawan air dan memberi Zuhrah minum..
Mata mencari-cari dimana suamiku..
Kelihatan di ruangan tamu lampu masih bernyala..
Ku terus memanggil dari dapur..
"Yang..tengok Zuhrah ni, dia minum ubat cairkan stool ni"
Hubby yg duduk didepan laptop terus ke arah kami dan bertanya
"Dia minum apa?"
"Ni ha..ubat cairkan stool yg beli hari tu" sambil tangan memberikan botol kecil biru yg telah kosong kepada suamiku.
Suamiku membelek botol itu.
"Idlan kata dia minum sampai habis" sambungku lagi.
Nampak perubahan dimuka suami. Risau.
"Macam mana dia bole minum? You buat apa? Kenapa semua tak tido lagi?" bermacam pertanyaan keluar dr mulut suami.
"I dah tido. Idlan yg kejut I ckp Zuhrah minum smpi habis. Pasal mcm mana dia minum tu I mmg X tau mcm mana dia bole sampai"
"So macam mana ni? Nak bawa gi hospital sekarang ke?"
"Ye la. Kita X tau menda tu beracun or X. Baik pergi skrg. nak tgg buat apa?'
"Ok. Siap la cepat"

Ku menuruti arahan. Menukar baju tidurku kpd pakaian keluar dan menyarung je tudung yang mana ku jumpa. Ku sambar juga file yang ku simpan segala kertas & buku kesihatan anak-anakku dan kotak & instruction ubat yg dimunumnya itu. 5minit kemudian kami sekeluarga berada di dalam kereta dengan suami memandu ke PPUM Emergency for Peads.

Suami menurunkan saya & Zuhrah didepan pintu emergency. Saya terus memberitahu situasi kepada jururawat yang bertugas dan dia menyuruhku untuk mendaftarkan Zuhrah dahulu. Selesai pendaftaran kami disuruh duduk dan menunggu.


Dalam 15minit kemudian kami dipanggil utk mengambil berat,suhu badan, degupan jantung dan tekanan darah Zuhrah. Yang saya terkejut disini ialah dengan berat badan Zuhrah yang cuma 8.2kg sahaja untuk budak berusia 2 tahun 3 bulan. Tak cukup makan ke anakku sorang ni? Kemudian kami terpaksa menunggu untuk doktor pula sampai. Sementara itu saya cuba tengok2 perubahan pada Zuhrah, tapi tiada. Dia masih lg bermain dgn aktifnya walaupun jam menunjukkan pukul 3:20am. Berlari & memanjat kesini sana. Saya yang jd pening dan risau.  Suami pulak menelefon setiap 5minit bertanyakan berita.

10minit berlalu masih tiada doktor. Hati naik geram & risau bertambah. Zuhrah masih lagi aktif yang amat. Kalau dia aktif sorang tak apa juga. Diajak juga saya meneroka kawasan klinik kerana di setiap bilik ada lukisan kartun yang berbeza-beza. Mulutnya petah bertanya bermacam perkara. Layan kan saja kerenah Zuhrah. Agak lama juga kami menunggu dan sebaik saja saya mengambil keputusan untuk bertanyakan dimana doktor, doktor pun tiba dan meanggil nama Zuhrah Carmilla. Kami mengikuti doktor masuk ke dalam bilik pemeriksaan. Saya memberikan arahan ubat yang saya bawa untuk rujukan doktor sambil menceritakan bagaimana ianya mungkin terjadi semasa saya tidur.

Anak sulungku Idlan memang suka mengumpul barang berbentuk pelik. Mungkin dia memanjat untuk melihat keatas kabinet dia ternampak botol biru itu dan menyimpan botol tersebut. Apabila Zuhrah bermain dengan mainan abangnya dia pula terjumpe dan melihat ada cecair didalamnya dia terus buka penutup kecil botol itu dan terus meminumnya. Mungkin pada masa itu Idlan nampak perbuatannya dan mengambil botol tersebut dari Zuhrah kemudian terus mengejutkan saya yang telah tertido dahulu sebelum mereka.

Doktor memberitahu saya bahawa ubat itu tidak beracun atau merbahaya. Tetapi rasanya memang manis. Mungkin kerana itu Zuhrah boleh minum sampai habis. Dos pengambilan Zuhrah pun tidak banyak jadi saya tak perlu risau doktor memberitahu. Kemungkinan untuk dia mendapat cirit birit itu ada. Tapi selagi dia gembira & aktif saya tak perlu risau tambah doktor.

Setelah mendengar sendiri dari mulut doktor baru la tiada debaran dihatiku. Doktor memberi sedikit sebanyak pandangan & nasihat. Selepas mengucapkan terima kasih dan mengundur diri saya terus menelefon suami untuk mengambil kami diluar. Tidak sampai seminit kereta suami sudah terpacak didepan pintu emergency. Rupanya suamiku tidak pulang kerumah, tapi dia dan Idlan menunggu kami di dalam kereta. Idlan telah pun melelapkan matanya di seat belakang.

Setibanya kami dirumah memang Idlan & Zuhrah kena leteranku. Walaupun ku tahu tidak semua mereka faham tetapi ku rasa lega dapat berleter dengan mereka. Supaya mereka boleh ingat yang tidak semua benda boleh dimakan dan untuk Idlan supaya dia tengokkan aktiviti Zuhrah selepas ini. Saya berharap sangat kejadian seperti ini tidak berlaku lagi. Insyaallah. Amin. Doaku.


p/s: Selepas kejadian, Zuhrah tidak pernah cirit pun walau sekali. Alhamdullilah.

2012-12-25

Rainbow Cheesecake



Assalamualaikum..
Minggu lepas bnyk cake order..
Tapi ramai yg order Rainbow Cheesecake..
X tau knp..
Skrg tgh Rainbow Cheesecake Fever kot..
Hehe..

Well dalam banyak2 kek yg nad buat pun mmg Rainbow Cheesecake is my fav..
Nad mmg gile cheese..
So mmg sesuai sgt la..
Warna pun banyak so sedap mata memandang..

Nak cakap pasal rasa dia?
Hmmm..
Rasa cheese la..
Huhu...
Cake dia mmg dibuat drpd cream cheese..
Very2 soft and melts in your mouth..
Cream pun cream cheese..
Mmg terangkat la utk org yg mmg suka cheesecake..
Berat cake almost 2kg..

Kepada yang nak order sila simpan details saya ye..
FB : facebook.com/missnadd
Twitter : @NadiahJaapar
Email : nadiahjaapar@gmail.com

2012-12-24

3rd Day Vacation: From Ipoh To PJ

 


Assalamualaikum..
Ok our last day in Ipoh..
Pagi tadi tiba2 pintu bilik diketuk bertalu-talu..
Dgr suara adik memanggil dr luar bilik cemas..
"Kaklong!! Bangun wei..kita dah lewat..dah kul 11 ni..nak kena check out kul 12"
Wahhh!! Rupanya kami semua terlajak tido..
Sedap sgt tido dlm suite tu..
Sampai x terjaga semuanya..

Pagi tu pun balik lewat sikit..
Kul 3am bary balik suite sbb keluar supper..
Makan sup di MBI (Majlis Bandaraya Ipoh)..
Sup dia mmg best!!
Tapi usually kalau tido kul 4am pun kul 7-8am tu mmg dah bole bangun terus dah..
Ni mmg terlajak habis..

Lepas tu satu suite tu kelam kabut..
Anak2 semua masukkan terus dlm tub..
Senang..
Mandikan sama2 semua..
Sambil2 tgk diaorg bole kemas2 sedikit sebanyak..
Pastu mandi pun semua mandi xde lengah2..
Keadaan dlm masa sejam tu semuanya fast foward..
Huhuhu..
Alhamdullilah kul 12:05 tu kami dah keluar dah dr suite dan check out terus..




Disebabkan semua X breakfast lg dan masa nak masuk lunch perut semua berkeroncongan..
Jadi lepas bincang2 kami ke semua amik keputusan utk ke Ipoh Parade..
Smpi sana terus ke food court dia..
Apa lagi..
Soru la..

On the way nak ke taman bole tido sambil mkn popcorn..


Lepas tu kami x berjalan pun dlm tu..
Terus keluar dr mall and terus ke Taman D. R . Seenivasagam..
Amik2 gambar and video..
Pastu budak2 nak main di playground..
So after asar baru bertolak utk balik ke PJ..


 

We only make stop at RnR Tapah for toilet break and RnR Sg Buloh (Restoran Jejantas) for solat..
Tapi bila sambung perjalanan mmg jam giler..
Lama gak stuck in jam sbb smpi umah PJ dlm kul 9pm mcm tu..
Alhamdullilah kami selamat smpi..
Amin..



Apa2 pun smpi je rumah x siap unpacking lagi..
Order dah masuk..
Bukan x siap unpacking je..
Nak buka tudung and tukar baju pun X sempat..
Bertalu msg masuk..
Masa 3 hari holiday tu sale mmg X bnyk seperti selalu..
Habis je holiday, jejak je kaki di PJ terus msg order masuk bnyk..
Huhu..
Rezeki rezeki..
Seronok sbb bila order masuk income extra la sikit..
Lepas bercuti kan bnyk guna duit..
So ada la penggantinya..
Hehehe..
Alhamdullilah..

Lets's enjoy some more pictures from Inara's & Kimi's compact camera..
A lot of candid masa sessi photography for the kids..
:D



































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...