2012-12-26

Cerpen Pendek : Zuhrah Carmilla minum Wellmex Atomic Enema


Assalamualaikum..
Ni nak cerita ttg sesuatu yg terjadi minggu lepas..
Ianya hampir membuat jantungku & hubbyku terhenti..
Cerita ttg my daughter, Zuhrah Carmilla..

Satu pagi minggu lepas..
Dalam kul 3pagi..
Anak lelakiku kejutkanku dan berkata "Mummy look, Zuhrah drinks this and finished it"
Sambil tangan kecilnya memegang botol plastik kecil bewarna biru dihulurkan ke arah mukaku..
Saya yg sedang tidur masa tu terjaga dan dengan mata cuba utk dibuka saya melihat apa yg mahu ditunjukkan oleh anak sulungku..
Kulihat botol biru yang sebelum ini berisi kini sudah kosong..
Dadaku berdebar..
"Zuhrah drinks this? Are you sure Idlan?" ku bertanya untuk mendapatkan kepastian.
"Yes mummy. She finished it"
Mataku yg semakin segar ku jegilkan ke arah Zuhrah..
Zuhrah mengikih kecil sambil menutup mulut dengan tangan mugilnya..
Ku terus mendekati Zuhrah dan mencium bau mulutnya. Tiada bau langsung. Dada berdegup semakin kencang. Racun & mati adalah perkara bermain-main di mindaku. Nak menangis je rasa pada masa itu.

Ku keluar dr bilik dan menuju ke dapur mengambil secawan air dan memberi Zuhrah minum..
Mata mencari-cari dimana suamiku..
Kelihatan di ruangan tamu lampu masih bernyala..
Ku terus memanggil dari dapur..
"Yang..tengok Zuhrah ni, dia minum ubat cairkan stool ni"
Hubby yg duduk didepan laptop terus ke arah kami dan bertanya
"Dia minum apa?"
"Ni ha..ubat cairkan stool yg beli hari tu" sambil tangan memberikan botol kecil biru yg telah kosong kepada suamiku.
Suamiku membelek botol itu.
"Idlan kata dia minum sampai habis" sambungku lagi.
Nampak perubahan dimuka suami. Risau.
"Macam mana dia bole minum? You buat apa? Kenapa semua tak tido lagi?" bermacam pertanyaan keluar dr mulut suami.
"I dah tido. Idlan yg kejut I ckp Zuhrah minum smpi habis. Pasal mcm mana dia minum tu I mmg X tau mcm mana dia bole sampai"
"So macam mana ni? Nak bawa gi hospital sekarang ke?"
"Ye la. Kita X tau menda tu beracun or X. Baik pergi skrg. nak tgg buat apa?'
"Ok. Siap la cepat"

Ku menuruti arahan. Menukar baju tidurku kpd pakaian keluar dan menyarung je tudung yang mana ku jumpa. Ku sambar juga file yang ku simpan segala kertas & buku kesihatan anak-anakku dan kotak & instruction ubat yg dimunumnya itu. 5minit kemudian kami sekeluarga berada di dalam kereta dengan suami memandu ke PPUM Emergency for Peads.

Suami menurunkan saya & Zuhrah didepan pintu emergency. Saya terus memberitahu situasi kepada jururawat yang bertugas dan dia menyuruhku untuk mendaftarkan Zuhrah dahulu. Selesai pendaftaran kami disuruh duduk dan menunggu.


Dalam 15minit kemudian kami dipanggil utk mengambil berat,suhu badan, degupan jantung dan tekanan darah Zuhrah. Yang saya terkejut disini ialah dengan berat badan Zuhrah yang cuma 8.2kg sahaja untuk budak berusia 2 tahun 3 bulan. Tak cukup makan ke anakku sorang ni? Kemudian kami terpaksa menunggu untuk doktor pula sampai. Sementara itu saya cuba tengok2 perubahan pada Zuhrah, tapi tiada. Dia masih lg bermain dgn aktifnya walaupun jam menunjukkan pukul 3:20am. Berlari & memanjat kesini sana. Saya yang jd pening dan risau.  Suami pulak menelefon setiap 5minit bertanyakan berita.

10minit berlalu masih tiada doktor. Hati naik geram & risau bertambah. Zuhrah masih lagi aktif yang amat. Kalau dia aktif sorang tak apa juga. Diajak juga saya meneroka kawasan klinik kerana di setiap bilik ada lukisan kartun yang berbeza-beza. Mulutnya petah bertanya bermacam perkara. Layan kan saja kerenah Zuhrah. Agak lama juga kami menunggu dan sebaik saja saya mengambil keputusan untuk bertanyakan dimana doktor, doktor pun tiba dan meanggil nama Zuhrah Carmilla. Kami mengikuti doktor masuk ke dalam bilik pemeriksaan. Saya memberikan arahan ubat yang saya bawa untuk rujukan doktor sambil menceritakan bagaimana ianya mungkin terjadi semasa saya tidur.

Anak sulungku Idlan memang suka mengumpul barang berbentuk pelik. Mungkin dia memanjat untuk melihat keatas kabinet dia ternampak botol biru itu dan menyimpan botol tersebut. Apabila Zuhrah bermain dengan mainan abangnya dia pula terjumpe dan melihat ada cecair didalamnya dia terus buka penutup kecil botol itu dan terus meminumnya. Mungkin pada masa itu Idlan nampak perbuatannya dan mengambil botol tersebut dari Zuhrah kemudian terus mengejutkan saya yang telah tertido dahulu sebelum mereka.

Doktor memberitahu saya bahawa ubat itu tidak beracun atau merbahaya. Tetapi rasanya memang manis. Mungkin kerana itu Zuhrah boleh minum sampai habis. Dos pengambilan Zuhrah pun tidak banyak jadi saya tak perlu risau doktor memberitahu. Kemungkinan untuk dia mendapat cirit birit itu ada. Tapi selagi dia gembira & aktif saya tak perlu risau tambah doktor.

Setelah mendengar sendiri dari mulut doktor baru la tiada debaran dihatiku. Doktor memberi sedikit sebanyak pandangan & nasihat. Selepas mengucapkan terima kasih dan mengundur diri saya terus menelefon suami untuk mengambil kami diluar. Tidak sampai seminit kereta suami sudah terpacak didepan pintu emergency. Rupanya suamiku tidak pulang kerumah, tapi dia dan Idlan menunggu kami di dalam kereta. Idlan telah pun melelapkan matanya di seat belakang.

Setibanya kami dirumah memang Idlan & Zuhrah kena leteranku. Walaupun ku tahu tidak semua mereka faham tetapi ku rasa lega dapat berleter dengan mereka. Supaya mereka boleh ingat yang tidak semua benda boleh dimakan dan untuk Idlan supaya dia tengokkan aktiviti Zuhrah selepas ini. Saya berharap sangat kejadian seperti ini tidak berlaku lagi. Insyaallah. Amin. Doaku.


p/s: Selepas kejadian, Zuhrah tidak pernah cirit pun walau sekali. Alhamdullilah.

5 comments:

HidayahYassin said...

kenapa merah2 muka ZC tu? ingatkan effect dari enema tu...tp bukan ye?

Nadiah Jaapar said...

Dia ada eczema..
Family nad kan mmg semua ada eczema..
Hehe..
Tgg besar sikit insyaallah hilang la tu..
Sbb idlan dulu kecik2 mmg teruk..
Dah besar ni licin bersih kulit dia..

Unknown said...

Utk budak xleh nk membuangkan?

Nadiah Jaapar said...

yes..ubat ni sebenarnya utk budak tak boleh membuang..
:)

Anonymous said...

Dear Sir. I dont wish to be a busybody but i think as a muslim is shud share some info with you. I think your daughter has got worm and parasite infestation big time. I am sure you are feeding her well, but she is only 8 kg..think sir where did the food go?..the worms and parasites got to her food first and only left the baki2 for your child. Kill the parasites and flush them out with enemas.
Thank you for your kind attention. Good luck

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...