2013-07-31

Zuhrah Carmilla wants to go to school..



Assalamualaikum..
Ni anak nad yang kedua..
Umur tak sampai 3 tahun tapi hari2 bila tanya nak kemana lepas hantar abang dia ke sekolah, dia akan cakap dia nak ke sekolah juga..
Tersangat la rajin dia ni..
Hehehe..
Sometimes tu kalau tak bagi ikut akan menangis berguling-guling sambil jerit "Go to school go to school"
Tapi dia tau dia bukannya turun dari kereta pun..
DUk dalam keta je all the way...
Pastu balik...
Masa 1st day of school abang dia memang dia menangis nak ikut abang dia..
Bosan agaknya sbb Xde kawan kat umah...
Ragam anak-anak..
:D




In anticipation of your valued response,

Iklan Raya 2013 JKKN Sabah - Kasut Buruk




Assalamualaikum..
Sebelum ni cerita ni pernah tersebar..
Sekarang dalam bentuk video pula...
Jom tengok..
:)

2013-07-30

Sylyestar Stallone - Saddest Stories Ever Told in Hollywood





This is one of the SADDEST stories ever told in Hollywood. His name is Sylvestar Stallone. One of the BIGGEST and Most famous American Movie superstars. Back in
 the day,Stallone was a
struggling actor in every definition. At some point,he got so broke that he stole his wife's jewellery and sold it. Things got so bad that he even ended up homeless. Yes,he slept at the New York bus station for 3 days. Unable to pay rent or afford food. His lowest point came when he tried to sell his dog at the liquor store to any
stranger. He didnt have money to feed the dog anymore. He sold it at $25 only. He says he walked away crying. 


Lagi Orang Nak Hina Islam?




Tengok dan nilaikan sendiri..
Ni video yang mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan takbir raya..
Tapi main character dia ialah dia & anjing2nya..
Tak tau apa yang dia cuba nak ketengahkan disitu...
Mungkin dia cemburukan Islam kot...
Korang bole tengok dan fikir sendiri..
Macam2 hal la sekarang...
Untuk membaca comment2 keatas video ini sila KLIK SINI
Source : Facebook & YouTube



In anticipation of your valued response,

Doa Jika Berpeluang Berjumpa Lailatul-Qadar


Cannot remember where I got this from..
Posted this because I wanted to share the Ilmu..
:D



In anticipation of your valued response,

Rakyat Malaysia "JUARA" Hutang!!



PADA 5 JULAI 2013, Bank Negara menguatkuasakan peraturan baru menghadkan: 
(i) pinjaman peribadi setakat 10 tahun maksimum (dahulu 25 tahun); 
(ii)pinjaman hartanah dan rumah 35 tahun (dahulu 45 tahun), dan (iii) tidak membenarkan lagi pinjaman pra kelayakan.

Alasan yang diberikan Bank Negara adalah untuk menangani kenaikan hutang isirumah yang meningkat dari RM465.2 bilion pada tahun 2008 kepada RM754.6 bilion pada pertengahan tahun 2013. Dengan harga rumah mahal, harga kereta mahal dan kos hidup yang mahal, rakyat Malaysia adalah ‘juara’ dalam membuat hutang, iaitu hutang isirumah kita adalah 140% berbanding dengan pendapatan, Singapura 105%, Amerika 123%, Korea 101%, Thailand 53% dan Indonesia 38%.

Akibat hutang yang banyak ini, kadar individu yang diisytiharkan bankrap pada tahun 2012 ialah 19,575 ataupun 53 orang sehari dalam setahun, di mana 50% adalah dari golongan berumur 25-44 tahun. Jumlah individu yang bankrap dari tahun 2007 sehingga 2013 adalah 245,000 orang yang mana faktor utamanya adalah disebabkan oleh kegagalan untuk membayar pinjaman (hutang).

Terlewat bangun untuk sahur..


Assalamualaikum semua...
YEAH!!
Nad happy sangat sebab Oreo from KRAFT dah keluarkan produk baru..
Golden Oreo adalah namanya...
Ianya mempunyai biskut sandwich perisa vanilla dengan vanilla cream ditengah..
Nad pernah jawab Q&A from KRAFT a few years back tanya tentang produk mereka..
Untuk soalan perisa baru nad ada suggest perisa ni..
Coz i'm a vanilla freak!!
Akhirnya keluar juga...
Hehehe...
Tak sabar nak rasa malam nanti..
Hehe..
Ok back to cerita sebenar yang nad nak tulis...
Jom tengok bawah...

2013-07-29

Kyle Gallner VS Robert Pattinson



 


Assalamualaikum..
Post sebelum ni nad update tentang actor yang bernama Kyle Gallner..
(klik sini untuk cerita penuh tentang kyle)
Nad ada cakap yang nad nampak Kyle Gallner dan Robbert Pattinson mempunyai rupa yang serupa..
Jadi apa kata dalam post ni kita tengok betul ke rupa mereka sama?
Nad ada beberapa gambar Robbert & Kyle sebelah menyebelah untuk perbandingan di bawah ni..
Lepas korang tengok korang rasa mcm mana?
Ada persamaan atau tiada persamaan langsung?
Jom tengok gambar2 mereka...

2013-07-28

Kyle Gallner





Nama : Kyle Steven Gallner
Born : October 22, 1986 (age 26) West Chester, Pennsylvania, U.S.Occupation : Actor
Years active : 2000–present

Doa Yang Tidak Terhijab

Sumber : Majalah Solusi, Isu 22
Doa itu mendekatkan manusia dengan Tuhan. Doa juga menunjukkan pergantungan manusia kepada Tuhan. Doa itu menjadi satu medium untuk manusia berinteraksi dengan ALLAh SWT. Doa, manusia tidak akan hidup tanpa berdoa.
ALLAh telah menjanjikan, bahawa doa itu adalah senjata bagi orang Mukmin.
Dan doa itu, ALLAh akan makbulkan dengan pelbagai cara sesuai dengan apa yang manusia perlukan. Doa yang ALLAh makbulkan dengan cara yang hebat adalah doa dari hamba-Nya yang hebat.
ALLAh memberikan hak istimewa kepada golongan tertentu. Doa mereka takkan terhijab malah mustajab. Siapakah mereka?

10 Sebab Doa Terhijab


"Wahai Ibrahim Adham, kami telah berdoa kepada Allah tetapi masih tidak diperkenankannya. Beritahu kami, apakah sebabnya?" Ibrahim Adham menjawap, "Terhijab doa disebabkan sepuluh perkara..."

Marshmallow - Hadiah, Hampers, Door Gift, Wedding Favors

My Little Oven


Assalamualaikum..
Hari ni nak cakap pasal product My Little Oven..
Kepada sesiapa yang nak beli marshmallow utuk dibuat hadiah, hampers, door gift,wedding favors dan lain2..
Marshmallow & Gummies yang nad jual semuanya mempunyai sijil Halal dari Jakim Malaysia...
Bukan import dari China or Filipina..
Marshmallow & Gummies semuanya dibuat di kilang di Malaysia..
Boleh contact nad terus ye..
FB Personal, FB My Little Oven, Twitter, SMS, WhatsApp, WeChat..
Jom tengok gambar contoh di bawah..

KFC ORIGINAL SECRET CHICKEN RECIPE - 12 Herbs and spices.



Assalamualaikum semua...
Siapa kat sini suka makan KFC?
Rasanya kebanyakkan org semua suka ye tak?
Susah la nak dapat orang yang cakap dia tak suka KFC..
Macam mana plak nad cakap nad ada recipe KFC ORIGINAL?
Siapa NAK???
Angkat tangan....
Bole makan KFC hari2...
Makan sampai muak..
Or sampai nampak je sign KFC tu rasa nak termuntah dah sbb hari2 makan menda sama..
Hikhik..
:P

Ok tanpa membuang masa meh nad sharekan rahsia resepi KFC Original yang selama ni rahsia!!!
Jom tengok apa resepinya...

2013-07-27

Tips Dan Langkah Jika Anda Ditipu Di Alam Cyber

SILA LAPOR KEPADA PIHAK POLIS SEKIRANYA ANDA MENJADI MANGSA PENIPU DIALAM SIBER WALAUPUN SEBANYAK RM50.
Bawa semua perkara di bawah ke Balai Polis dan buat laporan secepat yang mungkin :
1.Cetak segala komunikasi dengan penjual seperti komunikasi di ‘Wall’, ‘Private Message’ Facebook, Email, SMS,Telefon dan sebagainya.
2.Cetak Maklumat-maklumat penjual / suspek yang terdapat di akaun Facebook tersebut.
3.Cetak gambar-gambar Iklan Produk yang ingin dibeli.
4.Simpan Resit Pembayaran/ Slip Bank bagi urusan jual beli barangan tersebut.
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai penipu siber, Sila salurkan maklumat ke:mcc@rmp.gov.my 

untuk tindakan dan siasatan pihak polis.


Anda juga boleh membuat laporan di: 
Unit Penyiasatan Khas
Bank Negara Malaysia

Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur
Faksimili: 03-26987467

E-mel: upkinfo@bnm.gov.my
Dan anda juga boleh hubungi di nombor talian yang berikut:

03-2691 5090 
03-2698 4163
03-2691 0824
03-2692 6482 
03-2694 2143
Repost from --> Khidmat Masyarakat



In anticipation of your valued response,

SENARAI PENIPU-PENIPU ONLINE / PENCURI / FROUD / SCAMMER / SPAMMER / PHISHING / PENCOLEK / PERAGUT / PEROGOL / PELIWAT / SAMPAH MASYARAKAT DAN SEANGKATAN DENGANNYA..



Assalamualaikum...
Kat sini nad nak share web yang berkongsi nama, no phone & no account bank orang2 yang buat kerja2 dilarang agama Islam..

* Penipu Online
* Pencuri
* Froud
* Scammer
* Spammer
* Phishing
* Pencolek/Penculik
* Peragut
* Perogol
* Peliwat
* Sampah Masyarakat
* dan yang seangkatan dengannya

So lepas ni rajin2 la masuk web ni untuk check dengan siapa kita berhubung..
Especially sekarang ni semuanya guna online je..
Nak transfer duit, nak beli barang, nak shopping barang2 dapur pun dah bole select dari rumah je sekarang..
Pastu tunggu je diaorg hantar sampai depan rumah..

Dalam web tu boleh dapat banyak lagi info2 yang bagus untuk kita supaya jangan terperangkap..
Dan sesiapa ada info tentang orang2 seperti disebut diatas boleh juga submit aduan anda web sama..
Jom kita tengok..


SILA KLIK SINI --> http://1penipuan.blogspot.com/

                                                                                                                                                   


Ni pula satu lagi web yg berkongsi tentang penipuan2 begini...

BLOG INI DIBANGUNKAN UNTUK
1. Mengumpul maklumat tentang TIPU,TIPU,TIPU....
2. Memberi info dan panduan agar orang lain tidak tertipU

3. Panduan

4. Berkongsi pendapat dan pengalaman

5.Mencari jalan penyelesaian dan tindakan kepada permasalahan berkaitan.


SUARAKAN HAK DAN KONGSI PENGALAMAN ANDA DI SINI !!!

SILA KLIK SINI --> http://forumsemak.blogspot.com/



Insyaallah selepas ni kita akan lebih berhati-hati..
AMIN..




In anticipation of your valued response,

2013-07-26

Al-Kisah Setengah Ramadhan Pertama Idlan Shafy..

Muka toya je sbb baru lepas muntah..


Assalamualaikum...
Hari ni dah masuk hari ke 18 Ramadhan..
Bermaksud dah 18 hari kita berpuasa..
Cepatnya rasa masa berlalu...
Pejam celik dah lebih dari setengah bulan berpuasa...
Ya Allah..
Bulan yang mulia & penuh ganjaran ni cepat je berlalu pergi...
:(

Ok..
Post kali ni nak cerita sikit tentang my 1st born..
We named him Idlan Shafy bermaksud "Keadilan Yang Suci"..
Tahun ni Idlan Shafy berumur 6 tahun..
Jadi nad & hubby nak train dia untuk berpuasa..
1st day of Ramadhan memang Idlan Shafy tidak  berpuasa..
Kerana dia tak dapat nak bangun sahur sebab tak biasa so agak susah sikit kot untuk dia menahan lapar..

On the second day of Ramadhan Idlan Shafy memang bersahur & berpuasa..
Tapi dia berpuasa sehingga lagi 5minit nak masuk waktu marghrib (azan marghrib)..
Masa tu dia memang dah tak tahan sangat kot..
Kami sekeluarga sibuk siap2kan juadah berbuka..
Tak siapa sedar yang dia telah mengambil cawan & mengisi air dan minum terus..
Yang kelakarnya dia siap bole sebut "Ahhhh.." lepas minum air tu..
Masa tu la baru orang semua perasan dia dah minum air...
Mesti dia rasa lega yang teramat...
LOL..

Actually rasa sayang sangat sebab 5minit lepas tu dah azan..
But on the bright side nad tau yang dia boleh berpuasa sebenarnya..
Insyaallah...
Cuma kena kuatkan sikit iman dia..
Dugaan banyak...
Agaknya dia dok tengok berjenis makanan & minuman atas meja tu yang dia tak tahan tu..
Hehehe..
Takpe la..
Nama pun belajar berpuasa..ye tak?

But start from 3rd Ramadhan Idlan Shafy berpuasa non stop..
Dia enjoy bangun tuk bersahur..
Dan dia enjoy gi jalan2 cari makan dia PARAM..
Fav kuih dia ialah Tepung Pelita yang dia beri nama "Green & White" in English & in Malay dia sebut "Epung Ita"
Dia sorang je boleh habiskan 2 styrofoam/ 10biji terpung pelita tu..
But nad & hubby suruh dia share with his sister, Zuhrah Carmilla..
Berapa banyak pun la Zuhrah Carmilla tu makan..
Sebiji dua je..
Itu pun tak habis kadang2..
Nad suruh la Idlan Shafy yang habiskan..

Cara untuk bagi Idlan Shafy lupakan tentang makan is nad or hubby kena sentiasa layan dia..
Kena sentiasa isi masa lapang dia..
Kalau dia bosan and tak tahu nak buat apa memang dia akan minta makan..
So mummy & daddy ni terpaksa la fikir cara macam mana nak sibukkan Idlan Shafy so dia tak terasa nak makan sangat..

Idlan Shafy loves to draw..
So temankan dia draw..
Puji2..
So dia nak buat lebih banyak lagi drawing..
Selang a few days bawa dia keluar jalan2 kat mall..
Sambil2 tu cari baju raya anak2..
Or paling senang suruh dia tidur je..
Memang jarang sangat dia cakap dia lapar..
Sebab busy buat menda lain..

By the way, hari ni nad terlajak tidur sampai tak bangun sahur..
Sebabnya sebelum tidur semalam nad makan ubat batuk..
Nad telan pil tu and tak sampai 10 minutes nad dah tidur mati..
Memang jam bunyi kuat mana pun memang tak terjaga langsung..
Sampaikan bb & tab habis battery sebab bunyi X berhenti..
LOL..

Iklan Raya Petronas 2013


Jom tengok Iklan Raya 2013 dari PETRONAS




In anticipation of your valued response,

Jangan Nangis - Iklan Hari Raya Samsung 2013



Jom tengok Iklan Raya 2013 dari SAMSUNG




In anticipation of your valued response,

Iklan Raya Aidilfitri TM - 2013



Jom tengok Iklan Raya 2013 dari TM


In anticipation of your valued response,

2013-07-25

Happy Birthday MAMA!!

www.nadiahjaapar.blogspot.com
Chocolate, Banana & Blueberry Cake

"HAPPY BIRTHDAY TO YOU,
HAPPY BIRTHDAY TO YOU,
HAPPY BIRTHDAY TO MAMA,
HAPPY BIRTHDAY TO YOU"

www.nadiahjaapar.blogspot.com
"Keep on rocking mama" & "You still rock mama"

Alhamdullilah..
Hari ni umur mama nad meningkat lagi..
Umur mama dah masuk ...
Hmmm..
Should I tell everyone?
Hehe..
Nanti mama marah plak..
Xpe la..
Biar yang family2 je tau cukup la kan..
:D

www.nadiahjaapar.blogspot.com
Mama to 7 kids.. 5girls & 2 boys..

Nadiah doakan mama supaya panjang lagi umur dan semakin dimurahkan rezeki...
Insyaallah...
Thank You mama sebab lahir dan didik Nadiah sehingga besar..
I LOVE YOU MAMA !!!
*MMMMUAH*




Be Safe, Be Healthy, Be Happy,

Nama Anak Prince William & Kate Middleton




Assalamualaikum semua..
Just nak update yang Prince William & Kate Middleton named their son..
Nak tau apa nama dia?
His name is...
Jeng jeng jeng....
Presenting His Royal Highness, The Prince of Cambridge,

George Alexander Louis


Alhamdullilah..Dah bernama dah dia..Nad harap dia membesar menjadi seorang yang mempunyai personaliti seperti neneknya, Princess Diana dan bapanya, Prince William.Insyaallah...

P/S: Nad juga berharap dia dapat mengenali Islam dengan lebih mendalam kerana dia adalah antara oarang yang berpengaruh tinggi..amin..


In anticipation of your valued response,

MARSHMALLOW & GUMMIES YANG HALAL..

My Little Oven
My Little Oven (CLICK ME)

Assalamualaikum semua..

Siapa2 di luar sana yang suka makan marshmallow & gummies?
Nak bgtau semua orang ye..
Selama ni memang susah nak dapat marshmallow & gummies yg betul2 terbukti HALAL..
Sebabnya semua marshmallow & gummies X dibuat didalam Malaysia..
Semuanya diambil dari China atau Filipina..
Dan sijil halal memang tak pernah diberi oleh Jakim kepada mereka..
Halal mereka ialah halal dr negara mereka sendiri..

Tapi sekarang dah ada MARSHMALLOW & GUMMIES yang benar2 HALAL!!
Marshmallow & gummies ni dibuat di Malaysia sendiri..
Dan mempunyai sijil HALAL MALAYSIA dari JAKIM...

Jadi buat apa tunggu lagi..
Marshmallow & gummies dah boleh makan..
Jom order dari nad..
Pasti HALALAN TOYYIBAN..
Sebab status HALAL untuk marshmallow & gummies yang murah di luar kita tidak tahu kesahihannya..









Bermacam jenis MARSHMALLOW & GUMMIES..
Semestinya HALALAN TOYYIBAN!!

Jom singgah, tengok2 & pilih2..
Nak puasa ni mesti banyak event berbuka & majlis2 berkaitan ataupun untuk disedekahkah untuk anak2 yatim..
Bole juga dibuat sebagai pengganti kuih2 raya!!
Jangan lupa untuk LIKE page sekali!!


PRICE :

Marshmallow

100gm-1000gm(1kg) = RM4.50/gm
2kg-5kg = RM40/kg
6kg -10kg = RM35/kg
11kg above = RM30/kg


Marshmallow (Sour Manggo & Fruity Foam)

100gm-1000gm(1kg) = RM4.00/gm
2kg-5kg = RM35/kg
6kg -10kg = RM30/kg
11kg above = RM25/kg


Gummies

100gm-1000gm(1kg) = RM5.00/gm
2kg-5kg = RM45/kg
6kg -10kg = RM40/kg
11kg above = RM35/kg


Gummies (Rainbow - Sweet/Sour)

100gm-900gm = RM6.50/gm
1.4kg-7kg = RM60/kg
8.4kg -14kg = RM55/kg
15.4kg above = RM50/kg


Gummies (Belt - Pink/Blue)

100gm-900gm = RM8.50/gm
1.8kg-9kg = RM80/kg
10.8kg -19.8kg = RM75/kg
21.6kg above = RM70/kg



Hashtags:



In anticipation of your valued response,

ALHAMDULILLAH



Before you complain about the taste of your food - Think of someone who has nothing to eat. 

Before you complain about your home - Think of those who dont have one. 

Before you complain about your shoes - Think of those who dont have feet. 

Before you complain about your husband or wife - Think of someone who's crying out to your Creator for a companion. 

Today before you complain about life - Think of someone who passed away early. 

And when you are tired and complain about your job - Think of the unemployed, the disabled, and those who wish they had your job. 

And when depressing thoughts seem to get you down - Put a smile on your face and say : ALHAMDULILLAH, Thank You ALLAH for everything You gave to me.. 

 ALHAMDULILLAH 






In anticipation of your valued response,

SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN & SYAITAN



1) Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.

2) Badan terasa berat dan malas.

3) Sukar mendapat jodoh.

4) Badan terasa bisa-bisa.

5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.

6) Sukar tidur malam.

7) Sakit pinggang tanpa sebab.

8 ) Sakit dada bila waktu asar keatas.

9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.

10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.

11) Bermimpi jatuh dari tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.

14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.

15) Bayi kerap menangis.

16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.

17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.

18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.

19) Malas beribadat.

20) Nyanyuk ketika usia lanjut.

21) Panas baran.

22) Sikap berubah secara mendadak.

23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.

24) Suka melakukan tabiat buruk.

25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.

26) Kerap keguguran.

27) Gagal melakukan hubungan kelamin.

28) Mengantuk bila dengar al-quran.

29) Bermimpi seram yang menakutkan.

30) Darah haid turun lebih 15 hari.

31) Batuk yang berpanjangan.

32) Selalu ditindih ketika tidur.

33) Kuat berangan.

34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.

35) Nafsu seksual yang melampau.

36) Selalu melihat kelibat dirumah.

37) Terasa diri selalu diperhatikan.

38) Mandul.

39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.

40) Melihat jin secara terus.

41) Sakit mental atau gila.

nadiahjaapar.blogspot.com

LA ILAHA ILLALLAH WAH DAHU LAA SYARIKALAH,

LAHUL MULKU WA 
LAHUL HAMDU,

WA HUWA ALA KULLI SYAI'IN QADIR. 


Maksudnya :
(tidak ada sembahan kecuali 
Allah, Robb satu-satunya dan tiada sekutu bagi-Nya, hanya milik-Nya-lah segala puji, dan dia adalah maha berkuasa atas segala sesuatu)

Amalkan zikir di atas 100x tiap2 pagi & petang selama sebulan, 
insyaAllah diri anda akan dipagar dan gangguan jin pun akan beransur hilang.



In anticipation of your valued response,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...