2015-07-18

Happy Birthday Hubby

Hubby & Me (7months preggy)



Assalamualaikum...
Hari ni nad nak ucapkan Happy Birthday to hubby nad..
Happy 30th Birthday Yang!
Sekarang dah sama umur depan kita..
Hehehe..
Mmmmmmuahhhhh....


2015-07-17

Malam Raya and 1st Day of Raya (Day 1 Raya Aidilfitri 2015)


The boys (Idlan Shafy, Nik Danial Al-Hakeem & Adam

Assalamualaikum...

Selamat Hari Raya semua...
Selepas berbuka puasa terakhir semalam, nad and Inara siapkan the boys untuk ikut uncle Muaz dia pergi solat isyak and bertakbir dari rumah ke rumah...
Dapat la 1st duit raya diaorang...
Then lepas balik tu diaorang minta tuk main bunga api & mercun malam tu..
Ditemani oleh hubby and uncle Muaz..



Mengira duit raya

Bermain bunga api
Then malam around 10pm, adik2 nad ke Jalan TAR pula..

Inara, Nieza & Jannah..
Mama dah tak larat nak ikut sekali...
As usual every year kami gi malam raya..
But sebab nad dah gi semalam..
And I'm pretty much preggy..
Tak larat la nak jalan2 lagi...
So duduk rumah je..

Iqbal, Sofia & Adam dah mulakan perjalanan balik ke Muar, kampung Sofia untuk beraya di sana..
Dalam kul 11pm diaorang bertolak dari PJ...
And as usual all the menantu's and boys from Jaapar's Family kena basuh porch malam raya ni...
But last night nampaknya hanya hubby and Muaz je available..
Ada sorang sakit perut, ada yang dah tertidur, kejut2 tak bangun..
Hehehe..
So 2 orang lelaki je yang basuh porch tahun ni...


Sapu bersih sebelum cuci
Bila dah ready nak cuci dah semestinya budak2 ni nak basuh sekali..boleh main air sekali


Selepas hubby habis membasuh porch dengan adik nad semalam, kami bertolak balik ke Kota Damansara..
Hubby suruh tinggalkan je budak2 di rumah mama sebab masa tu dah kul 3:30am...
Lagipun diaorang dah tidur..
Nak kejut susah sikit sebab diaorang memang baru lelap..
Nanti mesti ada yang menangis and mamai..
So tinggalkan je budak2 tidur di rumah nenda mereka..


Kami sampai di rumah pun around 4am..

Badan penat semacam..
Nad hanya mandi kambing je sebab tak tahan belengas badan and tak tahan ngantuk..
Mandi rasanya tak sampai 5 minit pun..
Hehe..
Then terus baring atas katil...
Rasanya tak sampai 5 minit juga nad tertidur dah...


Masa mula baring tu teringat la ingat nak pegang hp dalam tangan supaya dekat sikit kat telinga sebab takut terlajak tak bangun subuh...

Tapi entah macam mana nad dah tertido dulu sebelum sempat amik hp..
Memang betul penat gila masa tu..


Then last2 memang terlajak pun nad & hubby...

Dah agak dah..
Sepatutnya bangun kul 5:30am..
Tapi nad terlajak bangun kul 6:40am...
Kelam kabut bangunkan hubby and then terus solat subuh..


Lepas tu kami terus berkemas untuk balik kampung..

Kampung sebelah abah nad, di Melaka..
Kemas2 untuk 4 orang pun makan masa almost sejam..
Hmmm..
Nanti baby baru ni lahir mesti lagi makan masa..
Sebab bertambah lagi sorang la katakan..
Huhu...


Bila siap semuanya kami terus bergerak ke rumah PJ..

On the way there, my sister, Nieza WhatsApp on the family group..
"Mana baju budak2 ni??"
"Aku bawa ni. Now at Damansara, otw"
"Melalak dah Zuhrah ni takde baju raya. Maybe next time tinggalkan baju diaorang"
Than ada voice note from Zuhrah
Zuhrah Carmilla "Mummy, where is my baju raya?"
Nieza type balik "Ko reply something cakap apa2, Dia tgh tunggu ni"
So nad pun reply dengan voice note "Mummy is coming, with your baju"
Oh that little girl memang sejak ramadhan lagi hari2 tanya bila dia boleh pakai baju raya..
Bila dia bangun and tengok mummy takde, baju pun takde lagi risau dia..


When nad sampai je rumah PJ tengok dia tertidur atas kerusi..

Mama & Nieza cerita la yang Zuhrah dah nangis2 tadi cakap mummy tak bawa baju raya dia..
LOL...
So nad pun kejut dia sebab semua tengah nak tengok reaction dia..
Dia buka mata terus dia bangun and tanya "Mummy, why you did'nt bring my baju raya?"
"I brought it. It's in the room"
"No it's not. Where? Show me, show me" dia dah mula nak nangis..
Nad bawa dia masuk bilik and tunjuk beg plastik baju jubah dia "It's inside"
"No that is your. I want to see mine. Where is it?" Dia masih tak percaya selagi tak nampak baju dia depan mata. Dia ingat yang nad bawa tu hanya jubah nad.
So nad pun keluarkan baju nad and baju dia dari beg kertas tu..
Then tunjukkan jubah dia depan mata..
Terus dia senyum and amik jubah dari tangan nad and bawa keluar tuk tunjuk nenda and aunty2 dia baju raya dia...
Nampak la dia rasa lega sangat..
Memang bertuah betul anak dara sorang ni..


Nad terus siapkan baju hubby dulu sementara dia makan..

Sebab dia nak ke masjid solat..
Solat kat PJ ni dia mula kul 9am...
Then baru nad siapkan Idlan Shafyband Zuhrah Carmilla..
Last sekali baru la nad siapkan diri..
Tahun ni tema kami sekeluarga ialah light blue (biru muda)..
Then baru la makan breakfast..


Breakfast raya 1st biasa la every year sama je menu kalau di PJ..

Ketupat, lemang, rendang ayam, sayur lodeh and the famous lauk in the house is sambal udang+sotong..
Resepi turun temurun from my grandma (mama's side)..
Sedara mara yang datang rumah sejak kecik dulu memang cakap that is the best sambal udang + sotong nenek for them.
Diaorang punya favourite juga kalau datang 1st raya..
Memang meletop habis...
Kalau habis mesti diaorang tanya2 "Tak buat ke?"
Now my mom yang teruskan legasi sambal sotong udang tu..


Sejak 2-3tahun lepas kami tambah satu lagi lauk baru..

Iaitu ayam masak kicap kering..
Resepi adalah dari aunty baru kami (abah's side)..
Memang kalau ke rumah uncle & aunty di melaka mesti kami minta ayam masak kicap kering dia..
Memang sedap...
And selalu kami ingatkan aunty and uncle untuk simpankan sedikit untuk kami sekeluarga..


Sessi bersalaman di 1st Raya (Terpaksa letak diamond kat kepala mama sebab mama tak bertudung)

Lepas breakfast kami tunggu abah balik dari masjid..

Abah balik je kami semua mula bersalam untuk meminta maaf..
Memang kami kalau salam and minta maaf yang perempuan semuanya akan mengalirkan air mata..
Rasa sebak je...
Ye la terasa macam banyak salah dengan parents and adik beradik..
Mana la tau kan yang kita tak sedar ataupun sedar dah sakitkan hati diaorang..
Anak2 tengok je kami yang perempuan semua menangis minta maaf..
Pelik je diaorang tengok..
Kalau pakai makeup memang rosak habis sebab tu kami biasanya tak pakai makeup sebelum bersalam...
Selalunya dimulai dengan yang paling tua sampai la paling muda..
Anak2 pun kami ajar macam mana untuk bersalam and suruh diaorang minta maaf..
Memang la ayat diaorang tak panjang but kami try masukkan ayat2 macam ayat yang kami guna..


Ada yang malu2 nak salam and cakap..

Ada yang salam je tak nak cakap..
Ada yang cakap "I'm sorry" je..
Ada yang tanya ayat kat mummy or ummi apa yang diaorang kena cakap...
Macam2 gaya ada..


Daddy, Mummy, Idlan Shafy & Zuhrah Carmilla in Light Blue

Daddy & Mummy

Idlan Shafy & Zuhrah Carmilla

Nik Danial Al-Hakeem & Nik Hannah Melati
From Left : Zuhrah Carmilla, Idlan Shafy, Nik Danial Al-Hakeem & Nik Hannah Melati


Lepas selesai semua tu ada yang sambung breakfast, ada yang melepak depan TV, ada yang masuk bilik, tidur la apa lagi...

Hehe..
Then busu Nadim (my mom's side) datang ke rumah with his new wife and Shafiq (anak lelaki from 1st marriage dia)..
Masa diaorang nak balik busu nadim ajak amik gambar ramai2..
So sessi photography pun bermula and bersambung selepas busu balik..
Then around 12pm mcm tu kami pergi ke rumah kawan Jannah (my sister) and Muaz (my brother)..
Kawan diaorang nama Qistina and diaorang dah berkawan since sekolah rendah..
Qistina tu duduk australia sejak habis sekolah rendah..
This is their 1st raya in Malaysia since habis sekolah rendah..
Lama la kiranya diaorang tak jumpa..
Hanya media sosial yang membuat diaorang tak terputus hubungan...
Rumah dia hanya di seksyen 6 je..
Tak jauh mana..
Yang pergi hanya Jannah, Muaz, Inara, Nieza, the kids (yang 5 orang tu) and me..
Our husband semua tinggal di rumah sebab diaorang nak ke masjid untuk solat jumaat..


Then after a few makan2 kami pun balik..

And I found out that Qistina's uncle / sepupu is from Souka Bakes...
Sebab mummy dia lama tak bake, and kat rumah tu ada Red Velvet and Cream Cheese mmg Idlan Shafy makan banyak la juga cake dia..
LOL..
Nanti la mummy try bake balik after deliver baby dalam perut ni..
Kalau ada masa insyaallah...
Sebab ada baby nanti mesti lagi banyak masa spend tuk baby kan..


Tidur tengah jalan atas lantai sebab sejuk

Sampai rumah memang terasa panas yang amat...

Kami tutup pintu semua and pasang aircond...
Lega rasanya..sejuk...
Semua tergolek atas lantai sebab sejuk...
Semua tertidur..
Hanya terjaga bila Pak Ngah and family (my mom's side) datang beraya..
Masa tu semua kelam kabut bangun kecuali Zuhrah Carmilla...
Tertidur tengah2 lantai kat ruang TV and makan...


Bila Pak Ngah balik almost asar dah..

So abah bagitau yang akan bertolak ke Melaka after asar...
So siapa yang belum berkemas tu mula la kemas barang2 tuk balik Melaka..
Kami siap berkemas pagi tadi so ingat boleh la relax sikit...
Rupanya Idlan Shafy muntah..
Memang sebelum ni Idlan Shafy ada cakap perut dia tak sedap..
Then dia tidur..
Tiba2 dia jaga tapi tak sempat bangun pun dari pembaringan and dia terus muntah..
Nasib baik la atas lantai tak kena carpet..
Kena la sikit bantal yang dia tidur tu..
So apa lagi...
Nad suruh la hubby kemaskan...
Sebab nad dekat je ngan Idlan, nad sendiri nak termuntah...
Sorry la..
Perut nad sendiri tak tahan masa tengah preggy ni...
So hubby la kemaskan..
Nad hanya basuh baju dia je..
Itu pun nad dah termuntah-muntah masa basuh baju Idlan tu...
Letak banyak sabun so bau boleh disembunyikan...
Then terus keringkan untuk dia pakai baju tu balik...
Hehe...


Semua dah ready berkemas kami konvoi la 4 kereta ke Melaka..

At 8pm kami dah sampai RnR Ayer Keroh..
Selepas solat jamak Marghrib and Isyak kami terus ke rumah Mak Uteh..
But rumah gelap..
They are not home...
Then terus bertolak ke rumah Uncle..
Kat rumah uncle sebelum masuk rumah tu Idlan Shafy muntah lagi beberapa kali..
Nasib baik la dia muntah atas jalan raya..
Kalau dah sampai dalam rumah jenuh plak nak membersihkannya...
Then nad terus bagi satu plastik kecil tuk Idlan Shafy..
Nad cakap just pegang and muntah dalam tu kalau tak sempat lari ke luar or toilet...
So sepanjang masa di rumah uncle memang dia pegang je plasyik tu..
Tak makan and tak minum langsung sebab dia sendiri takut termuntah agaknya...

Lepas makan2 and tengok anak uncle main a few mercun kami pun terus menuju ke rumah Busu Na & Busu Jo...
Semua dah penat..
Nak mula berehat...
See you guys tomorrow!!



In anticipation of your valued response,

2015-07-16

Baju Raya Hunting @ PKNS, Shah Alam & 1Utama (Day 29 Ramadhan 2015)


Assalamualaikum...
Today last day puasa..
Pagi tadi balik rumah Kota selepas sahur and solat subuh di PJ...
Sampai Kota memang terus tidur..

Penat kot...
Tak tidur ejak malam semalam...


But nad tidur tak lama pun..
Kul 10:30am nad dah jaga...

Tidur 3-4 jam je...
Bangun, siapkan anak2, and diri sendiri before kejut hubby...

He need extra sleep sebab dia yang drive kan...
Semalam dah bincang ngan hubby kami nak ke PKNS, Shah Alam untuk tengok baju2 melayu kat sana..


Then kami bertolak dalam kul 12pm ke PKNS..
Memang tak jam la..
Rasanya most malays dah balik kampung...

Tak sesak di atas jalan raya ataupun dalam PKNS...
So nak jalan senang la sambil tengok2 baju..

Alhamdullilah memang rezeki kami kat sini..
Dapat la beli baju melayu tuk Idlan Shafy and hubby..
Tapi memang terpaksa amik juga baju melayu jenis johor..
Cekak musang takde size dah yang available...

Dah kata last minute cari baju..
Memang macam tu la...

No complain...

Zuhrah Carmilla trying some of the tudung
Lepas tu sempat juga kami beli tudung untuk Zuhrah Carmilla...
Bukan senang nak cari...
Sebab tak ramai yang jual tudung budak...

So bila ada tu beli je la...
:D


After selesai semuanya, kami bercadang untuk ke 1Utama..
Nak beli sehelai jeans tuk Idlan Shafy and baju lengan panjang tuk Zuhrah Carmilla...

My brother, Muaz dia kata dia nak ikut so we have to go back to PJ house before gi ke 1Utama...
Dia nak cari baju and seluar juga katanya..

Kat sana 1st kedai kami pergi is Uniqlo...
But guess what..
Tak lama kami kat dalam, diaorang announce yang diaorang nak tutup kedai...

Masa tu baru kul 3pm...
So cepat2 kitaorang amik je baju dah seluar yang dah dicuba and terus gi bayar...


Idlan Shafy & Zuhrah Carmilla nampak kepenatan

The kids are tired

Menguap terus

Mula baring2

Tidur

Lepas tu kami ke H&M..
Kat sini la paling lama..
Berjam dalam kedai ni je..
Sebab hubby and Muaz keluar masuk changing rooms..
Try baju or seluar yang diaorang berkenan...

The kids memang tak larat dah sangat..
Boring and penat diaorang kata...
Sampai baring and boleh lelap sekejap kat laci2 rendah diaorang...

Mummy dia pun tumpang duduk situ..
Ta mummy dia tak tidur la..
Hehehe..


Changing Room H&M, 1Utama
Bila lama sangat tunggu kat bawah tempat gantung baju tu, kitaorang tunggu kat changing room plak..
Dalam tu ada kerusi..
Selesa la sikit bila duduk.

Tapi memang kitaorang keluar dai kedai tu nak kul 6pm dah...
Beli some Big Apple Doughnuts and the bertolak keluar dari 1Utama..

Kami terus ke Pasar Ramadhan TTDI..
Sebab Muaz kata dia teringin nak gi Pasar Ramadhan...
Ye la dia tak pernah balik masa bulan puasa lagi..
So this is his 1st time ke Pasar Ramadhan this year...
And the last...
Hehe
he..

Pasar Ramadhan TTDI pada hari last puasa 2015


Kat Pasar Ramadhan TTDi pun banyak yang lompang kedai dia..
But banyak la gerai lagi kalau banding combine Seksyen 17 and Seksyen 14 punya Ramadhan..
And more choices of water and foods ada kat sini...

But we only buy air je...
Alhamdullilah...


In anticipation of your valued response,

Bazaar Ramadhan Jalan TAR (Day 29 Ramadhan 2015)

Muaz with his new baju melayu (RM20/baju)


Assalamualaikum...
Nad and hubby ke Jalan TAR selepas kul 12am..
Adik nad yang bongsu, Muaz pun nak ikut katanya..
Dia nak cari baju melayu juga..
So kami pergi bertiga je..
The kids nad tinggalkan kat rumah PJ...

Sebelum tu kami ke kedai Vape kawan kami yang terletak di Subang Jaya...
Singgah kejap je..
Hubby need to but some liquid stok raya...
Nad sempat la jumpe kawan and berborak-borak..
Catch up a bit here and there...

:D

Sampai sana, MasyaAllah..
Orang punya la ramai..
Sampai jalan nak ke Jalan TAR semuanya jem...

Tapi alhamdullilah kami dapat tempat parking..
Tapi kena jalan jauh la...


Yang bestnya, masa ni ada mamat yang jaga parking tu..
Kira dia tengokkan kereta yang nak keluar masuk parking..
Actually tak yah jaga pun sebab parking kat tepi jalan je..
Bukan tempat parking yang legal..

But biasa la..
Orang nak buat duit...

Dia nak imbuhan sikit la...

Hubby plak buat dunno je and terus jalan je ke depan lepas parking..
Nad yang lambat sikit jalan terdengar dia sebut "Lahh..jalan terus macam tu je?"

Hehehe..
So dah tau la dia kecik hati sebab kami tak bagi apa2 duit kat dia..
Nad terus panggil hubby and cakap "Yang..u tak bayar apa2 ke kat dia?"

Hubby kata "Tak. Dia tak minta pun. Kalau nak minta la. Boleh je bagi"
Nad bagitau la hubby apa nad dengar..
Muaz cakap "Jangan balik nanti tengok kereta kena calar or cermin kena pecah sudah"
Hubby cakap "Ha..bagi la dia RM5. Tadi tak nak cakap"

Terus suruh Muaz bayarkan dulu RM5 kat orang tu, sbb hubby masa tu takde duit kecil...
Hehe..
Pada pendapat korang semua patut ke kita bayar kat orang2 kutu parking ni?


Kami meneruskan perjalanan ke Jalan TAR...
Memang penuh sangat2...
Pack yang amat..

Kami tawaf la semua jalan yang ada kedai dan boleh tawaf...
Just tuk cari baju melayu warna biru muda tuk Idlan Shafy and hubby..
Tapi memang bukan rezeki kami agaknya..

Yang ada size takde color..
Ada colour takde size..
Ada color and size tapi hubby tak berkenan sebab dia nak yang cekak musang...

Hehe..
Last2 kami tak beli pun..
Hanya beli a blue shirt & a sweat pants for Idlan Shafy..
Muaz plak dapat beli baju melayu warna hitam..
Baju je...

Takde seluar..
Harga paling murah masa tu kami jumpe..
RM20/baju...

Itu pun nasib baik dia amik cepat..
Sebab ada mamat lain pun berkenan ngan baju tu juga..
Sebab warna baju tu tinggal sehelai je...


Habis pusing semua kami keluar..
Masa tu dah kul 3 lebih dah...

Hubby and Muaz kata diaorang lapar..
So kami makan la cucuk-cucuk kat tepi jalan with some coconut water..

Just nak alas perut...
Lepas tu terus balik ke PJ...

Sampai PJ je dah almost 4:30am..
Masa tu ingat nak balik rumah terus..
But hubby pun tak larat..
Abah and mama suruh tunggu and bersahur sama2...

So we wait and masak la nasi extra...
And goreng some extra telur goreng...
Takut tak cukup sebab sebelum ni hanya masak tuk orang2 dirumah je and tak masuk my family...

So last day sahur tahun ni dapat bersahur ramai2...
Alhamdullilah...
Lepas sahur and solat subuh baru la kami pulang ke rumah...

:D


In anticipation of your valued response,

2015-07-15

Adik2 mula balik untuk raya.. (Day 28 Ramadhan 2015)

Idlan Shafy menunggu pesanan siap

Assalamualaikum...
Sahur pagi tadi kami bersahur KFC...
Sebab masa ke Pasar Ramadhan petang semalam banyak gerai dah tutup..
Semuanya dah mula bercuti and balik kampung..
Boleh kira berapa banyak gerai yang available di Pasar Ramadhan..
So kami takde beli apa2 untuk sahur..
Kami ke pasar Ramadhan seksyen 17 and seksyen 14..

Boleh kira dengan jari tangan je berapa gerai yang masih buka...

Bila tanya the kids what they want for sahur they said "KFC"
So sebelum sampai ke rumah malam tadi kami singgah ke KFC Kota Damansara..
Orang ramai juga..
Tak sangka..
Nak tunggu order pun almost 30minutes..
Sebab ayam diaorang semua habis kata workers dia..
Maybe sebab malam2 terakhir ni banyak gerai dah tutup and nak beli sahur susah..
So fast food je la option available...
:)


Petang tu balik PJ...
Mama already started cooking for raya today..
Rendang ayam, Ayam Masak Kicap Kering, Sambal Sotong..
Helped by my sister, Inara..
Nad sampai petang tu tengok semua dah siap masak...
Tapi masa sampai tu memang nad tengah contraction...
Sakit woo...
Tapi nasib baik tak makin kerap...
Lepas berbuka baru la ok sikit...

Lepas berbuka my sister, Inara and his hubby (Qimie) gi ke KLIA2..
Nak fetch my brother (Iqbal) dengan family dia yang naik plane from Kota Bharu...
My mom plak amik my brother from Jalan Duta..
So Maknanya our family almost all here..
Except the only doctor in the house , Aisyah..
Dia tak dapat cuti raya tahun ni..

Dia start cuti hari ahad...
Hari ahad tu baru flight dia dari Sabah ke Semenanjung...


So malam tu rumah memang riuh rendah...
Anak2 and anak2 buah semua ada...
Adam, anak my brother (iqbal) and sofia, dari mula sampai menangis je..
Maybe sebab tak biasa berjalan tempat orang..
And tiba2 ramai plak budak2 kerumun dia...
Dulu last jumpe masa baby lagi..
Sekarang ni umur dah 10bulan...

Still merangkak..
But boleh berpaut dan berjalan, memanjat...



Amik masa juga tuk Adam stop crying...
Bila semua dah ada pace masing2..
Dah boleh bermain sama2...
Adam dah boleh terima orang ramai and boleh main bersama senyap la dia...

Kadang2 terkekek dia gelak sebab disergah or dikejar oleh budak2 lain...

Malam ni hubby ada bagitau nad yang dia nak ke Jalan TAR..
Nak cari baju melayu Idlan Shafy...

Memang tak jumpe lagi baju melayu dia and hubby...
So nanti after dah lewat malam baru gerak ke sana..
And bercadang untuk tak bawa the kids...
Tak sanggup rasa diaorang berpanas and berhimpit dalam crowd Jalan TAR tu...


Oh yes...
Lepas berbuka tu nad and 2 orang adik nad (Nieza & Jannah) start mengemas rumah...
Kami sapu, vacum, mop, cuci, lap, susun ruang tamu, dinner room/tv room, dry kitchen and wet kitchen...
By the time our other siblings sampai rumah, semua dah clean...

Wait for next entry semasa di Jalan TAR...




In anticipation of your valued response,

2015-07-14

Mayat Dalam Beg Dalam Longkang Di Kota Damansara (Day 27 Ramadhan 2015)

Dalam longkang ada beg berisi mayat

Assalamualaikum...
Hari ni memang terkejut nad...
Seram sikit pun ada..
Tak sangka sebab ianya berdedekatan dengan kawasan rumah...
Ada mayat dijumpai di dalam beg yang berada di dalam longkang...

Yang jumpenya orang yang berniaga buah-buahan dekat jalan berhadapan dengan longkang ni...

Memula dia terbau bau busuk..
So diaorang gi check and jumpa beg yang mengeluarkan bau busuk tu..
Then diorang buka and nampak mayat dalam tu...
So apa lagi..
Panggil polis la..

But nad tak tau la mayat tu adult, kid or baby...
Race dia pun tak tau...
And tak tau juga sama ada dia still whole body or dah dikerat-kerat..
Sebab sekarang ni tengok berita kebanyakkan orang nak lupus mayat diaorang kerat2...

Dunia sekarang dah kejam sangat...

Snap gambar dari dalam kereta je..

Nad tak pergi tengok pun..
Just duk dalam kereta..
Hubby yang turun kereta..
But polis dah tak bagi dekat kat tempat kejadian..
Dah ada yellow tape tu kan..
Masa kami lalu kat situ polis baru naikkan yellow tape tu...
Diaorang nak tunggu forensik sampai...


Mesti dah lama sebab dah berbau..
Ntah berapa hari dah kat dalam longkang tu..
Tak tau sama ada dibunuh tempat lain and dibuang disitu or macam mana..
Kalau nak tau kena tengok berita...

Isykk...buat orang risau je...
Sekarang ni kat mana-mana pun tak selamat...
Even dalam rumah sendiri..
Kenapa manusia semakin lama semakin kejam?

Hari2 ada je berita tentang jumpe mayat..
Orang berbunuhan..
Pergaduhan..
Kena tetak..
Kena samun..
Kena rompak..
Penderaan..
Rogol...

Dah takde perikemanusiaan ke manusia sekarang ni?
Dah takde belas ihsan sesama manusia?


Ya Allah..
Kau jauh kan la kejadian-kejadian begini dari keluargaku...
Memang seriau rasa..




In anticipation of your valued response,

2015-07-13

Bermain Bunga Api / Mercun (Day 26 Ramadhan 2015)

Assalamualaikum...
Siapa yang dah mula membeli and bermain bunga api?
Sebab hubby dah beli semalam, so dia nak try main sedikit hari ni..
Lagi satu sebab budak2 asyik tanya bila boleh main..
So main la a few untuk senyapkan diaorang..
:D







Malu2 plak mercun gasing ni...dah pusing2 masuk belakang tong sampah baru meletup..LOL



In anticipation of your valued response,

2015-07-12

Kids Islamic Class, Mood Republic PWTC & Shah Alam (Day 25 Ramadhan 2015)

They are early for class today

Assalamualaikum...
Last sunday of puasa before Raya..
Memang akan lebih ramai orang shopping..
Nak complete kan hari raya punya persiapan..

And let me tell you guys mine..

Start the day with sending the kids to Colours of Islam class...
Mula2 ingatkan today nak la hantar tuk kelass tajwid sekali..
But masa nad sampai 10:30am tu the teachers are not there..
So kelas tajwid takde la thiss week...
So kami pun tunggu la for half and hour for their class Colours of Islam to start..
Hubby tunggu dalam kereta je..
Sbb nak parking susah and pricey..


Idlan Shafy and Zuhrah Carmilla in their seats
Their teacher terlewat sikit datang..
Alarr..lewat dalam 10 minit macam tu...
Then nad naik to class with them just for a while and today i remembered to tell the teacher that Idlan Shafy is fasting...
So if they give them a snack, he will be reminded not to eat..
Lepas tu nad terus tinggalkan mereka..
in 2 hours time will be there to pick them up..

"Assalamoalikum.
Todays class review:
We revised the duas and storied done in the previous class.
Learnt the name Al.Maalik and reflected upon it through a flow chart.
Did the sunnah of sneezing with practical example.
Did namaz. Ibrahim leaded the prayer today.
Did story of Prophet Lut in a summarised way.
Made eid cards.
CHildren are given their namaz sheets.
Also please practice the duaas with them.
There will be no class next sunday.
We will resume after eid holidays.
Jazakillah :)"


Then nad and hubby bincang and we wanted to go to Mood Republic..
Nak tengok what's there..
Kalau ada rezeki boleh la beli baju Idlan Shafy..
Memula kami parking tepi jalan je..
Lepas tu kami masuk and the line beratur dah nak sampai pintu PWTC..
At first ingatkan siapa yang nak goodie bag je kena beratur...
Then nad dah jalan sampai ke excalator..
Diaorang tahan..
Katanya "Awak kena dapatkan cop"
Nad kata "Tak boleh ke saya nak naik je? Bukannya saya nak hadiah ke apa2. Penat saya nak beratur dari luar pregnant macam ni"
Polis perempuan tu cakap "Cuba tanya en baju biru tu" sambil tunjuk kat sorang polis lelaki tak berjauhan dari nad berdiri..

Nad gi la tanya polis lelaki tu "En kalau saya nak naik je tanpa cop tak boleh ke?"
"Tak boleh la" dia cakap
"Kenapa ye?"
Dia tak jawab terus tapi dia pandang perut.
"Memang tak boleh. Kena dapatkan cop juga" dia jawab lepas tu.
"Tapi line ni dah almost keluar bangunan, berapa lama saya nak kena tunggu / beratur dalam line sampai saya boleh masuk? Penat saya kena beratur dari luar tu"
"Awak minta la kawan2 or suami awak yang beratur. Awak duduk kat mana2 dulu tunggu mereka dapatkan cop/ Memang tak boleh naik tanpa cop"
Nad pun terus blah and terus gi kat hubby bagitau apa polis tu cakap..

Apa la masalahnya, bagi je naik?
Penting sangat ke borang details kita tu untuk shopping?
Kalau nak kira berapa ramai yang datang kira je la mcm orang kira guna kaunter zikir tu..
Ni nak kena isi borang and beratur sampai luar bangunan, rasanya berapa lama tu?
Mau amik masa setengah jam paling sikit and sejam paling lama just tuk beratur je..

Line beratur jnak dapatkan cop untuk masuk ke Mood Republic sampai ke luar hujung bangunan

Kami keluar terus..
And the line dah menjadi lagi panjang..
Sekarang line beratur tu dah sampai ke luar bangunan..
Sampai hujung bangunan dah mereka beratur..
Kalau luar bangunan ni sampai kul brapa plak beratur..
Ntah2 nad sampai je kaunter, dah kena keluar balik sebab the kids dah habis kelas..
Nad terus call adik nad..
Dia terus kata dia akan hantar batch untuk peniaga kat nad...
So nad masuk balik and amik batch from dia..
And sementara tu hubby gi cari parking di dalam..
Sebab dah ada polis tracfic berkeliaran..
Tak pasal2 kena saman plak kereta sebab parking tepi jalan..

Lepas je hubby sampai kami pakai batch and terus naik..
Masa tu dah kul 11am dah..
Nak naik pun MasyaAllah...
Pack sangat2...
Tahun lepas diaorang buat event booth hanya di dalam dewan..
Kali ni naik je escalator booth dah terpacak luar dewan...
Then diaorang tak bagi masuk kat tingkat 3...
Situ pintu keluar sahaja..
Diaorang suruh naik ke tingkat 4 and start from there...
Tingkat 4 pun sama juga...
Booth kat luar dewan...
Memang pack...
Susah nak jalan..
Tak perlu cakap la berapa banyak kali perut nad terhimpit or orang tersiku ke..
Nasib baik la tak kuat...

Then dari tingkat 4 tu kami terus turun ke tingkat 3...
Sbb adik nad punya booth kat tingkat 3..
Kami harung orang ramai dari tingkat 4 ke tingkat 3 tu selama setengah jam..
Memang tak sempat nak tengok apa2...
Sampai sana kami just pulangkan batch and tanya sale..
Diaorag kata semalam mmg ramai sangat..
Rasa tak menang tangan..
But hari ni macam lengang sikit..

Lengang pun memang pack yang amat...
And boleh plak terjumpa our cousin, Kak Erna (anak mak long)...
Dia pun shopping ngan kawan2 dia kat situ..
So berbual la sebentar...
Then dia teruskan shopping dia...
After a few minutes spend there kami pun bergerak..
Memang tak beli apa2 pun..
Just cuci2 mata je..
Tapi memang baju tuk budak lelaki tak banyak..
Very limited...
Sebab kena amik the kids from class kul 1pm...
So kami jalan kaki je untuk amik the kids..
Sebab rasanya tak sempat untuk amik kereta and go get them..
Nasib baik la hotel tu kat sebelah je..
Hehe..

Sebab masa tu nak masuk waktu zohor kami terus ke surau kat PWTC untuk solat dulu..
Kalau dah keluar dulu memang nanti lewat plak hubby nak berjemaah bila sampai ke masjid mana2..
After solat baru la kami terus ke parking and keluar...
Walauun hanya beberapa jam parking the price of parking space memang mahal..
Kira kami park from 11am sampai la lepas zohor dalam 2pm..
Harga tuk parking selama 3 jam tu berharga RM7..
Aiyo...
Macam mana la kalau parking sampai 5-6 jam?
Yang memang beratur amik cop then gi shopping dalam tu?
Duit parking je dah habis mau sampai berbelas ringgit..

Lepas tu kami terus ke shah alam..
Hubby kena gi hantar and amik album from there...
Then we went to seksyen 7 Shah Alam...
Bukan tuk shopping..
But untuk hantar baju nad yang perlu di alter..
Panjang sangat masa beli..
Nad hantar 2 jubah yang perlu dipotong bawahnya and satu baju yang perlu di tukar zip..

Bila sampai je sana...
MasyaAllah..
Jam teruk..
Semua kedai buat sale..
Tengah2 tu orang buat event plak...
Kereta memang kalau masuk dalm kawasan tu susah la nak keluar..
So kami just parking kat luar je..
Alhamdullilah la masa kami cari parking diluar tu ada plak orang keluarkan kereta..
So kami terus dapat parking...

Then kami berjalan ke dalam..
Memang panas terik betul..
Sampai je kedai and tinggalkan baju..
Nad cakap nad akan ambil pada hari selasa..
Memang singgah satu kedai je on the way back to the car...
Just nak tengok tudung for Zuhrah Carmilla...
Tapi tak berkenan..

Then singgah stall kecik yang orang buka tepi jalan..
Beli bunga api and mercun for the kids..
Diaorang bising dah cukup lama..
Almost sebulan sebab nak suruh kitaorang belikan bunga api tuk mereka..
Pesan kat diaorang yang mereka boleh main dengan supervision their uncle..
Sebab every year memang uncle Muaz dia yang selalu jaga bila diaorang main bunga api..
Hehehe..

Then kami terus gerak ke kereta..
erus keluar dari seksyen 7..
Cari masjid di seksyen 13..
Nak solat asar..
Lepas solat asar baru la kami ke PARAM berdekatan dengan stadium melawati..
Tahun lepas selalu la datang situ sebab Idlan Shafy bersekolah di Shah Alam..
This year sebab dia mula bersekolah di Kota Damansara, so this is the 1st time kami ke Bazaar Ramadhan Shah Alam..
Selepas membeli sahur and kuih untuk berbuka, baru la kami terus balik ke PJ...

p/s: tak banyak amik gambar semalam..satu sebab terlalu panas and dua sebab terlalu penat..sejak pagi nad muntah2 sebab morning sickness and then kena plak cirit birit...hubby pun kena but alhamdullilah the kids takde pape..terfikir juga macam mana kami je yang kena..macam nak dehydrated je rasa semalam..tekak and mulut terasa perit yang amat sebab kering..but alhamdullilah nad teruskan juga berpuasa..sebab fikir malas nak ganti puasa je..Lagipun dah petang..sayang nak berbuka walalupun nad dibolehkan berbuka.. :D

In anticipation of your valued response,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...