2015-03-30

My 3rd Pregnancy Diary - Pendarahan Semasa Hamil, Kemungkinan Ectopic Pregnancy & Ultrasound



"This ultrasound was taken on 7th March 2015

Hubby: You dah berapa bulan skrg ni?
Me: Dah 3 bulan lebih, kenapa?
Hubby: Tapi kenapa u masih loya and muntah2?
Me: Mana la I tau, dulu masa preggy Zuhrah Carmilla I kena morning sickness sampai 4 bulan lebih, apa nak heran.
Hubby: I tengok U ni teruk je muntah2, I tengok orang lain pregnant mcm biasa je, tak teruk pun?
Me: U ingat semua org sama ke? Lagipun U ada hidup 24jam dengan perempuan lain sampai ke sampai boleh tau bila diaorg kena morning sickness?
Hubby: Hmmmm..takde la, I cakap je
Me: Suruh baca pregnancy article tak nak, pastu nak bising2. Cakap macam baru 1st time I ni pregnant. Dia gak bising nak anak banyak. Pastu bila jd mcm ni.dia plak yg tak tahan. I yang kena tanggung ni tak fikir plak?
Hubby: Hehehe..

Ni soalan sama hubby nad tanya yang ketiga kali..masa soalan pertama nad senyap je malas nak layan..soalan kedua nad bg article tapi dia tak nak baca..soalan ketiga ni je la yang boleh nad jawab..geram sangat dah..

P/S: Tapi apa2 pun saya tetap sayang awak sangat2..cuma kalau boleh jangan la tanya soalan yang saya sendiri tak tau apa jawapannya, lagi2 masa saya tengah muntah2..memang macam nak cari pasal je..LOL"


Ceritanya bermula begini...
Nad alami satu lagi pendarahan..
Kali ni memang banyak and merah..
Bukan warna coklat cerah lagi...
So memang risau...
Takut apa2 jadi..

So after marghrib, mama temankan Nad ke PPUM Trauma & Kecemasan.. (hubby ada job masa ni)
Nad cakap la nad ada pendarahan and masa tu preggy 9 weeks..
Yang tak laratnya is masa menunggu tu...
Lama sangat...

Dah selesai solat Isyak pun, no masih tak di panggil...
Kami tunggu dalam 2 jam baru no di panggil..
And doctor buat pemeriksaan dan scan..
But doktor tu tak dapat jumpa kantung baby..
She said sepatutnya dah boleh nampak kantung..
But sebab tak nampak jadi kemungkinan besar nad ada Ectopic Pregnancy...
Maksudnya dalam bahasa melayu is Hamil Di Luar Rahim..

Ya Allah..
Masa tu rasa remuk je hati ni..
Sebab selalunya ectopic pregnancy memang tak dapat diselamatkan...
Baby akan digugurkan kerana berada di luar rahim..
Masih tiada medical procedures yang boleh menyelamatkan ectopic pregnancy..

Then doctor tu kata "Saya akan panggil OBGYN yang akan buat scan melalui dalam dahulu tengok dia di mana, kalau betul ectopic pregnancy kami akan bedah dan buang"
Nad angguk je la..
Apa lagi yang boleh dibuat..
Masa tu rasa susah hati je..
Terus whatsapp hubby and bagitau semuanya..
Hubby pun kata "Maybe bukan rezeki kita"
Ye nad tau bukan rezeki..
But nak tunggu yang ni melekat pun lama..
Amik masa 5 tahun..
But nak buat macam mana..
Kalau itu dah ketentuan Allah...
Kami terima saja...

Kali ni masa menunggu menjadi lagi lama..
Nad masuk ke Dewan Konsultasi tu beberapa kali untuk bertanya doktor bila gyne akan sampai..
Doktor tu kata "OBGYN masih dalam dewan pembedahan. Sebaik sahaja dia keluar dia akan terus turun"
Yes dan kami menunggu dari kul 10pm sehingga la 130am...
Baru no dipanggil sekali lagi...

Masa tu nad berjumpe dengan OBGYN..
Dia amik keterangan nad sekali lagi...
And nad tunjukkan gambar darah pada panty liner yang nad ambil masa pendarahan berlaku...
Dia scan macam biasa atas perut dulu..
And memang tak jumpe kantung baby..
Then dia scan melalui dalam pula..
Alhamdullilah...nak menjerit bila nad nampak kantung baby kat situ...
Dengan tangan and kaki moving...
Doktor tu kata "Jangan risau..baby ada..maybe sebab scan yang sebelum ni rosak kot sebab tu tak nampak"
Nad panggil mama untuk masuk and tengok baby di monitor...
Doktor buat pengiraan pembesaran dia dari kepala ke kaki and estimate that the baby's age is around 10 weeks and 5 days..

Weeee....
Masa ni hati terasa happy sangat..
Sebab baby dalam keadaan baik alhamdiullilah..
Doktor tu pesan baby memang fragile buat masa sekarang...
So elak buat kerja berat and banyakkan rehat...

Sampai rumah PJ lepas 2am...
Memang penat sangat badan..
Mama lagi la..
Sebab mama dah biasa tidur awal..
Ni kena berjaga sampai lewat pagi...
Sampai je rumah mama terus masuk bilik, tidur I guess..
Hubby nad pun baru sampai rumah dari job dia...

So nad ceritakan semuanya..
Tarik nafas lega la kami...
Akhirnya baby ini masih lagi rezeki kami...
Insyaallah...
Amin...



In anticipation of your valued response,


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...