2013-01-17

Happy Birthday to Me!!


Assalamualaikum..
It's my birthday today!!
YEAH!!
Dah tua dah aku ni..
Mmg ada celebrate but Xde masa nak update blog la..
Bnyk kerja..
Insyaallah akan update..
Tapi X tau bila..
In this week la rasanya..
Stay tune!!
:D

2013-01-16

16 FAKTA MENARIK TENTANG BAYI



1. Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan.

2. Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.

3. Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.

4. Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.

5. Bayi mempunyai deria bau yang kuat. Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.

6. Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.

7. Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.

8. Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat. Boleh membezakan bunyi-buyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan

9. Deria rasa bayi masih tidak berbentuknya sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.

10. Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.

11. Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.

12. Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.

13. Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi.

14. Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.

15. Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan alah dan kemerahan dengan senang kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.

16. Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.

# Comel kan gambar ni!!!! Hee.. Sebarkan (>.<)



Dari Pakar diari hati

Listen - Saya tak sangka video itu meletop : KS Bawani


Assalamualaikum..
Ni video soal jawab dengan KS Bawani ttg video LISTEN..LISTEN..LISTEN.. yang meletop-letop sekarang..
Should WATCH!!
:D

Parodi Forum Suara Mahasiswa - LISTEN..LISTEN..LISTEN..


Assalamualaikum..
Nad rasa semua org patut tgk video dr matluthfi90 ni..
Parodi dia mmg best!!
Should watch guys!!
:D

Bila Patrick Teoh Bercakap Tentang Islam..



Assalamualaikum..
Nad mmg X suka campur dlm urusan politik ni but...
Patrick Teoh..Patrick Teoh..
Ur statement is too much..
Wallahuaklam..


More comment on this statement  --> click here

KISAH BENAR: SECEBIS CERITA DUKA DARI GANGNAM




Wallahhuaklam..
Walaupun panjang ceritanya try baca smpi habis ye..
:)


oleh Mohamad Sidik pada pada 7hb Oktober 2012 pukul 12.14 ptg

Malam tadi setelah keluar dari masjid seusai selesai solat Isyak di masjid berdekatan dengan rumah, saya berjalan kaki seorang diri pergi ke sebuah kedai makan untuk makan malam. Pengunjung di kedai makan yang saya tuju itu agak ramai dan boleh dikatakan hampir kebanyakan meja di kedai ter
sebut sudah penuh. Saya memilih untuk duduk di salah sebuah meja di bahagian paling hujung seorang diri yang ketika itu tiada orang di meja tersebut. Apabila pelayan datang saya pun memesan makanan yang saya mahu. Selepas beberapa ketika pelayan tersebut pergi datanglah pula seorang gadis muda berkulit cerah berjubah dan bertudung hitam gaya wanita Arab ke meja saya seraya bertanya,

"Tuan, boleh saya duduk di sini..? Kamu lihat, tempat-tempat di meja lain semua sudah penuh.."

"Oh, ok.. tak mengapa. Silakan duduk.." jawab saya agak terkejut dengan sapaan gadis itu. Perbualan kami dalam bahasa Inggeris.

Kemudian pelayan datang kepadanya dan dia hanya memesan 'fresh orange' untuk minuman. Apabila pelayan pergi saya memberanikan diri bertanya kepadanya dengan rasa pelik, "Kamu seorang diri sahaja? Dan kamu kelihatan bukan orang Malaysia, bukan?"

Dia mengangkat wajahnya dari telefon pintarnya ke arah saya lalu menjawab dengan tersenyum, "Oh saya dari Korea Selatan, dan saya ingin ke rumah seorang kawan.."

"Oh Korea Selatan.. sekarang negara itu sedang 'famous' dengan tarian Gangnam Style.." jawab saya spontan bersahaja sambil tersenyum dan menganguk-angguk sendirian tatkala mata gadis itu kembali ke telefon pintarnya sambil menggerak-gerakkan jarinya di atas skrin sesentuh dan kadangkala dia juga tersenyum seorang diri melayan sesuatu dari telefon pintarnya.

"Gangnam Style..? Apa yang kamu tahu tentangnya.. ia tarian yang dilaknat Tuhan. Saya menganggapnya diilhamkan oleh Iblis kepada artis itu." jawabnya dengan nada yang tegas dan berani.

"Oh ok ok, minta maaf..saya tak bermaksud menyinggung perasaan kamu.." jawab saya serta-merta.
Perbualan terhenti seketika beberapa lama. Selepas kira-kira 15-20 minit pelayan kembali datang dengan membawa pesanan saya dan minuman gadis itu.
"Kamu mahu tahu apa yang saya tahu tentang Gangnam?" tanya gadis kembali itu kepada saya.

"Jika kamu berminat untuk bercerita kepada saya, saya akan mendengarnya…" jawab saya dengan tenang sambil mula menghirup jus tembikai susu yang saya pesan.
"Ok sekejap beberapa minit, selepas saya membalas mesej-mesej ini.." jawabnya sambil jari-jemarinya ligat bermain di dada skrin telefon pintarnya.

Saya hanya mengangguk-angguk sambil mengangkat kening dan mula menyuap makanan dengan sudu ke dalam mulut walaupun saya sedar bahawa memakan dengan menggunakan tangan itu lebih menepati Sunnah Rasulullah SAW.

"Baik, sekarang saya akan bercerita tentangnya.. ia sesuatu yang menarik tetapi pelik dan menakutkan." kata gadis itu kembali.
"Ok, seakan-akan ada satu perkara besar yang kamu ingin sampaikan kepada saya." jawab saya kembali sambil mulut mengunyah nasi.

Kemudian dia diam kira-kira sepuluh saat, mengambil nafas lalu memulakan ceritanya kepada saya,

"Di Gangnam ada satu pertandingan pelik yang diadakan untuk gadis-gadis muda untuk menjadi perempuan-perempuan simpanan bagi orang-orang kaya dan para jutawan. Kebanyakan gadis muda yang menyertai pertandingan tersebut adalah mereka yang ingin mencuba nasib apabila gagal mendapat tempat dalam pekerjaan atau terlalu teruja untuk menikmati hidup mewah bersama orang-orang kaya… mereka dijanjikan dengan hadiah yang sangat lumayan, kereta mewah, jet peribadi dan rumah besar seperti istana dengan kolam renang jika memenangi pertandingan tersebut."

Kemudian dia diam lagi... kali ini dia pula meminum minuman 'fresh orange'.. dia diam dengan agak lama tanpa berkata apa-apa.
"Ok, kemudian..?" tukas saya lagi ingin tahu.

"Oh, ia sesuatu yang amat dahsyat dan keji dan saya hampir tidak mahu menceritakannya kepada kamu. Tapi saya akan cuba ceritakannya juga agar kamu dapat tahu apa kisah benar yang berlaku.." sambungnya lagi.

"Iya, sila sambung lagi... saya memang ingin tahu tentangnya." balas saya lagi.
"Ok... Pertandingan itu, untuk sampai ke tempat pertandingan tersebut, para peserta yang terdiri daripada perempuan-perempuan muda yang cantik masing-masing dikehendaki menunggung seekor kuda kira-kira 500 meter dari tempat para peserta berkumpul ke tempat pertandingan yang merupakan sebuah istana besar dan mewah milik seorang jutawan di Gangnam. Kamu bayangkan, mereka semuanya menunggang kuda dengan memakai kasut tumit tinggi, baju jarang dan skirt singkat yang seksi sambil diiringi pihak penganjur pertandingan dengan helikopter.."

"Setelah sampai di sana mereka disambut oleh pihak penganjur di istana itu dan dibahagikan kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan akan melalui dua laluan yang berbeza. Pertandingannya ialah laluan berhalangan untuk sampai ke destinasi yang terakhir. Ia seperti pertandingan dalam rancangan ‘Wipe Out’ di dalam TV jika kamu pernah melihatnya. Setelah sampai di destinasi terakhir pula, para peserta yang berjaya dari dua kumpulan itu akan bertarung pula sesama sendiri. Jika pihak lawan tewas maka peserta yang masih bertahan akan dianggap sebagai pemenang dan mendapat wang bernilai jutaan USD. Laluan berhalangan itu sangat berbahaya, namun para peserta hanya melakukannya dengan memakai kasut tumit tinggi dan pakaian seksi mereka sambil disaksikan dan disorak oleh para jutawan yang melihat aksi-aksi mereka tersebut dari sebuah ruang balkoni bilik mewah di istana tersebut. Saya tidak pasti ianya dirakam ataupun tidak."

Terus-terang, ia adalah pertandingan membunuh diri yang paling gila…"
"Ok, kemudian.. apa yang berlaku?" tanya saya mencelah dengan rasa teruja.

"Satu ketika di salah satu trek, para peserta dikehendaki memanjat palang-palang besi untuk melintasi salah sebuah menara di istana tersebut, palang tersebut sangat tinggi dan di bawahnya ada kolam renang. Di satu sudut yang lain, para jutawan pula menyaksikan aksi-aksi peserta dari dalam sebuah bilik mewah sambil menikmati hidangan dan minuman arak yang mahal bersama gadis-gadis mereka."

"Ramai perserta ketika itu yang terjatuh ke bawah ketika cuba memanjat palang-palang besi tersebut. Ada yang terhempas ke lantai dan kepalanya pecah. Ada yang patah tangan dan kaki. Ada yang pecah badannya. Kolam renang tersebut penuh dengan darah dan ada yang mati lemas ketika jatuh ke dalamnya setelah gagal untuk berenang keluar dari kolam renang yang dalam tersebut. Mereka semua para gadis yang tidak berupaya dan mereka sangat kasihan."

"Yang lebih keji daripada itu, mereka yang tercedera ketika itu langsung tidak dibantu.. malah dibiarkan sahaja untuk disorak dan ditertawakan oleh para jutawan yang melihat mereka sepanjang pertandingan. Akhirnya apa yang saya tahu, hanya dua orang gadis sahaja yang berjaya melepasi laluan itu daripada keseluruhan 30 orang gadis yang menyertainya... saya dikhabarkan walaupun dua gadis itu akhirnya berjaya, mereka kini hidup dengan trauma dan penuh ketakutan di sisi para jutawan gila tersebut. Mereka kini hidup seperti hamba di dalam istana zaman purba. Tiada tamadun dan tiada akhlak... hanya menjadi hamba suruhan lelaki-lelaki kaya yang merantai hidup mereka sahaja. Lebih malang lagi gadis-gadis yang sudah terjerumus ke sana tidak boleh lari daripada golongan kaya gila itu. Jika cuba untuk lari kemungkinan mereka akan dibunuh."

Sampai di sini tiba-tiba gadis itu sebak... wajahnya berubah dan air matanya serta-merta mengalir laju dan menangis teresak-esak.
Saya sudah tentu sangat terkejut dengan perubahannya secara tiba-tiba itu, dan cuba memujuknya,

"Hey, please don't cry here… people will look to us. Please calm down. I'm sorry so much to make you telling me this story…" kata saya kepadanya perlahan dengan suara hampir berbisik.

Namun saya membiarkannya dengan keadaannya itu untuk beberapa ketika. Kemudian saya berkata kepadanya, "Saya tak tahu apa sebenarnya yang membuatkan kamu menangis, tapi saya minta maaf banyak-banyak kerana disebabkan saya kamu menangis. Sebenarnya saya sangat terkejut mendengar cerita kamu. Ia sesuatu yang sangat dahsyat yang belum pernah saya mendengarnya sebelum ini.."

Ia ok... ia ok... ia ok... (sambil mengesat air matanya dengan sapu tangan miliknya)... maafkan saya kerana tiba-tiba bersikap pelik tadi. Kamu tahu, salah seorang gadis yang mati kerana pecah badannya ketika jatuh di pinggir lantai kolam renang itu ialah adik perempuan saya sendiri... Ibu saya membunuh diri kerananya dan bapa saya menjadi gila. Setelah ibu saya membunuh diri bapa saya sakit selama berbulan-bulan lalu akhirnya meninggal dunia."

Pada waktu ini dia kembali diam beberapa minit… saya pula tergumam dan tidak terkata apa-apa… setelah itu dia menarik nafasnya dalam-dalam lalu menyambung kembali kisahnya,

"Ibu-bapa saya hanya memiliki dua orang anak perempuan dan adik saya sudah menjadi mangsa kepada nafsu gila orang-orang kaya Korea."

"Sejurus selepas tamat pertandingan tersebut, saya dihubungi seorang wanita yang memberitahu bahawa adik saya telah pengsan dan cedera parah kerana kemalangan dan saya dikehendaki ke hospital untuk melihatnya. Wanita itu menyatakan dia mendapat nombor telefon saya daripada adik saya. Apabila saya dan ibu-bapa saya tiba ke hospital, kami dikhabarkan adik saya telahpun meninggal dunia. Saya memarahi wanita tersebut dan mendesaknya bertubi-tubi untuk menceritakan kisah sebenar kepada saya... dan akhirnya selepas beberapa hari dia menceritakan keseluruhan kisah ini kepada saya. Setelah tahu kisah sebenar, kami sekeluarga meraung dan menangis macam orang gila kerana tidak pernah menyangka adik saya sanggup menyertai pertandingan gila tersebut hanya untuk hidup mewah sebagai gadis simpanan orang-orang kaya. Namun wanita itu berkata ia adalah pilihan adik saya sendiri."

"Beberapa minggu kemudian ibu saya membunuh diri pada satu malam dengan menelan aspirin sebanyak 200 biji. Keesokan harinya ibu saya koma dan apabila saya dan bapa menghantarnya ke hospital, pada malam harinya dia meninggal dunia. Bapa saya pula selepas itu sakit jiwa sebelum mengalami sakit tenat yang membawanya meninggal dunia. Saya pula hidup tidak menentu dan mujurlah masih mempunyai seorang sahabat wanita beragama Islam yang terus berjuang agar saya dapat meneruskan kehidupan dengan tabah. Berulang-ulang kali dia mengingatkan kepada saya bahawa kehidupan ini adalah anugerah Tuhan dan orang yang beriman tidak akan berputus asa."

"Dan kerana itu saya melihat kamu kini sebagai seorang Muslimah..?" saya mencelah ceritanya.

"Alhamdulillah, terima kasih kepada Tuhan. Sahabat saya itu telah membawa saya berjumpa dengan seorang imam di bandar Seoul untuk memulihkan semangat hidup saya. Imam itu mula bercerita kepada saya tentang Allah, Islam dan Nabi Muhammad. Saya menerima segala ajarannya dengan lapang hati seakan-akan ia satu-satunya pilihan yang ada. Benar, Islam adalah satu cahaya yang sangat terang seperti matahari dan mendamaikan seperti bulan purnama yang kembali menyuluh seluruh hidup saya dan saya terus berubah kepada agama ini tanpa ragu-ragu. Dan kamu tahu tak, jiwa saya berasa sangat-sangat tenang dan damai ketika mendengar ayat-ayat Al-Quran yang berkumandang di ibu pejabat markaz Islam di bandar Seoul. Imam itu salah seorang ahli pengurusnya. Saya tidak pernah mendengar muzik-muzik yang sangat indah seperti ayat-ayat Al-Quran sebelum ini dalam hidup saya."

Kini suara gadis itu kembali gagah seraya berkata, "Alhamdulillah, saya bersyukur kerana diselamatkan Tuhan dan kembali dihidupkan semula sebagai seorang Islam setelah saya kehilangan segala-galanya akibat kekeringan jiwa masyarakat dunia terutama masyarakat Korea yang hidup sesat tanpa agama. Mereka semua telah sesat tanpa panduan hidup yang benar daripada Tuhan."

Setelah itu dia diam dan meminum minumannya...

"Kisah kamu amat menarik tetapi menakutkan. Adakah kamu sudah mengambil tindakan undang-undang bagi pihak adik kamu, atau melaporkannya kepada media atau berbuat sesuatu?" ujar saya kembali kepadanya.

"Lupakan sahajalah, saya sudah melaporkannya kepada pihak polis, sudah menceritakannya kepada beberapa orang wartawan dan melaporkannya secara bersumpah kepada beberapa orang peguam. Pihak polis enggan melakukan pendakwaan kerana tiada bukti-bukti yang kukuh mengenainya. Tiada video dan tiada saksi-saksi lain yang mahu tampil kepada pihak berkuasa selain saya. Mungkin ada namun ia tidak memadai. Wanita yang membawa adik saya ke hospital itu juga sudah menghilangkan diri. Saya cuba menghubungi nombor telefon bimbitnya berali-kali namun dia tidak dapat dihubungi. Kali terakhir saya mendengar tentangnya melalui seorang peguam yang mendapat khabarnya daripada seorang detektif polis ialah dia sudah meninggal dunia akibat kemalangan. Para peguam lain dan wartawan yang saya ceritakan kisah ini kepada mereka kesemuanya telah diugut untuk tidak mendedahkannya kepada umum. Mungkin begitu juga yang terjadi kepada mangsa-mangsa yang lain. Laporan polis di sana pula menyatakan gadis-gadis yang meninggal dunia akibat cedera parah itu adalah kerana rabung palang-palang besi di istana itu roboh ke bawah ketika mereka semua sedang berada di atasnya kerana ketika pihak polis sampai di sana palang-palang besi itu sudah pun dirobohkan. Manakala mangsa-mangsa yang masih hidup setelah kecederaan masih mengalami trauma yang dahsyat dan ada yang cacat seumur hidup walaupun mereka mendapat bayaran ganti rugi insurans yang banyak. Apa yang saya tahu mereka semuanya diugut akan dibunuh jika mendedahkan peristiwa sebenar kepada pihak polis. Yang pasti di sana wujud monster-monster besar yang menutupi kes ini termasuk menteri-menteri kerajaan… ia berkaitan dengan wang dan kuasa. Dan sudah tentu kamu tahu apa yang wang dan kuasa boleh buat pada kita." jawabnya lagi dengan panjang lebar yang sarat dengan hujah.

"Oh, ok... ianya sesuatu yang gila pernah saya dengar. Jadi sekarang berapa umur kamu dan mengapa kamu berada di Malaysia? Dan... apa yang kamu sedang buat di Malaysia sekarang? Dan lagi… bilakah peristiwa sedih itu berlaku?" tanya saya bertubi-tubi kepadanya dengan rasa ingin lebih tahu.

"Kamu agak saya berumur berapa…?"
"Saya tidak mahu mengagak dan saya tidak tahu berapa umur kamu."

"Kisah sedih itu hanya berlaku pada tahun lepas, dan saya tidak mahu sebut apa bulan dan harinya. Cukuplah kamu tahu ia berlaku pada tahun lepas. Kini saya berumur 29 tahun dan saya di berada di Malaysia kerana ingin cuba mendaftar kursus bahasa Arab di ******* University dengan sahabat wanita Muslimah saya dari Korea itu. Tadi saya bertemu-janji dengannya untuk bertemu di sini. Kami rakan serumah dan dia tadi menziarahi rakan kami orang Malaysia di kawasan ini. Saya sampai ke sini lewat sedikit dengan teksi.” jawabnya berterus-terang dengan nada jujur.

"Oh, kamu sungguh berani. Di Malaysia tidak ramai wanita yang berani naik teksi seorang diri pada waktu malam. Terima kasih kerana menceritakan kisah ini kepada saya.. saya amat menghargainya dan mudah-mudahan suatu hari Allah akan membalas dendam untuk kamu dan mangsa-mangsa lain yang telah teraniaya..." kata saya lagi kepadanya sambil mengangguk-angguk.

"Sudah tentu...! Suatu hari nanti semua orang dan dunia akan tahu mengenai kejahatan tersembunyi di bandar Gangnam yang dilaknat itu!" tukasnya dengan nada yang keras.
"Kamu ingat artis yang mecipta lagu Gangnam gila itu menyukai cara hidup bandar Gangnam..? Saya rasa dia amat sinis tentangnya dan dia pernah berasa tertekan dengan cara hidup di sana.. namun kini dia sudah menjadi sebahagian daripada mereka. Semoga Tuhan melaknat mereka semua. Saya menyerahkan kepada Tuhan untuk membalas segala kejahatan mereka."

"Whoa... kamu nampaknya sangat marah dengan Gangnam..." balas saya sambil mengangkat kedua-dua kening dan menyedut jus tembikai susu yang masih berbaki menggunakan straw.
"Oh, jangan kamu berpura-pura seperti tiada perasaan dan tidak mempunyai perikemanusiaan.." balasnya pantas kepada saya.
"Tidak, tidak... saya benar-benar terkejut dan simpati dengan kisah kamu. Bahkan di sebalik itu, saya dapat melihat kamu seorang yang tabah, kuat dan berani." balas saya kembali untuk menenangkannya.
"Oh ya, adakah kamu datang sini dengan biaya sendiri? Bagaimana dengan suami kamu dan kerjaya kamu di Korea?" tanya saya kepadanya dengan meneka-neka.

"Hahaha, saya masih belum bersuami dan saya telah menjual segala apa yang saya ada di Korea untuk datang ke sini. Saya mahu belajar bahasa Arab di sini dan merancang mahu ke Mesir atau ke Islamic Center di Chicago selepas ini untuk belajar lebih banyak tentang Islam di sana. Kamu juga tahu, Timur Tengah kini tidak stabil dan saya masih ragu-ragu untuk ke Timur Tengah. Imam yang mengislamkan saya itu pernah memberitahu saya bahawa dahulunya dia belajar bahasa Arab dan agama Islam di Syria di sebuah universiti yang namanya An-Nur." jawabnya dengan reaksi yang kembali ceria sambil tersenyum.

"Oh dulu saya juga pernah belajar di Syria, dan universiti itu namanya Universiti Abu Nur." jawab saya.
"Oh benarkah? Ceritakan kepada saya tentang Syria... saya bertuah bertemu dengan kamu." tukasnya teruja dengan muka yang sangat gembira.

Sesampainya di sini perbualan kami mula bertukar topik kepada isu Syria dan pergolakan di Timur Tengah serta topik-topik lain yang sudah tiada kena-mengena dengan Gangnam. Saya juga bercerita sedikit sebanyak tentang latar belakang diri saya kepadanya sebagai membalas kisah hidupnya yang telah dia ceritakan kepada saya.

Lama juga kami bersembang sejak jam 9.00 malam tadi. Kira-kira jam 10.30 malam rakan gadis itu datang ke kawasan kedai tersebut dan gadis itu meminta izin untuk pergi. Dia membayar segala pesanan makanan saya dan memperkenalkan dirinya sebagai Sofiyyah dan rakannya bernama Nadiah. Katanya nama mereka berdua diberikan oleh imam yang mengislamkan mereka di bandar Seoul merangkap guru murabbi mereka di Korea Selatan. Saya pula beruntung kerana makan malam saya ada orang belanja.

Kedua-dua mereka pernah lahir sebagai manusia yang tidak pernah menganut sebarang agama di Korea namun kini Allah telah memuliakan mereka dengan agama Islam yang suci. Saya tidak tahu sejauh mana kebenaran cerita Sofiyyah tentang kisah yang berlaku kepada adiknya di Gangnam. Kebenaran kisah tersebut saya serahkannya bulat-bulat kepada Allah. Namun saya berminat untuk kongsikan kisah ini kepada para pembaca agar para pembaca dapat membuat penilaian sendiri. Kisah tersebut mungkin benar dan mungkin tidak benar. Namun, di sebalik kisah yang saya pindahkan daripada Sofiyyah ini, dapatlah kita mengetahui sesuatu dan menjadikannya sebagai pengajaran.

Apa yang saya suka kongsi satu iktibarnya ialah, saya melihat betapa Sofiyyah amat bersyukur dan menghargai nikmat Islam yang dikurniakan Allah kepadanya. Dia sanggup meninggalkan negerinya dan menjual segala hartanya demi mempelajari bahasa Arab di bumi Malaysia bagi memahami Al-Quran, malah dia bercita-cita untuk terus mengembara bagi mempelajari ilmu-ilmu Islam dan menjadi seorang pendakwah Muslimah di negara Korea untuk Islamkan lebih ramai penduduk Korea. Dia seorang yang amat berani, tabah dan cekal. Lihat saja, bagaimana dia seorang diri berani menyapa seorang lelaki asing seperti saya di awal kisah tadi. Apa yang saya lihat padanya, tiada sebarang ketakutan di dalam dirinya dan harapan hidupnya telah seratus-peratus diserahkan kepada Allah. Dia telah menjual seluruh jiwa dan raganya hanya kepada Allah semata-mata. Di sebalik kekuatan dirinya sekarang, saya juga yakin di belakangnya ada seorang murabbi mursyid yang hebat, iaitu sang imam yang telah mengislamkannya. Biasanya di sebalik orang-orang yang hebat, di belakang mereka sudah tentu ada para pendidik yang jauh lebih hebat lagi. Di dalam hati saya berkata sudah tentu peribadi sang imam itu lebih hebat lagi kerana berjaya membaiki diri Sofiyyah menjadi lebih kuat sepertimana sekarang. Ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk memulihkan, mendidik dan membangunkan jiwa manusia yang sudah rosak teruk seperti Sofiyyah dan menjadikannya seorang srikandi yang gagah perkasa jiwanya.

Sepanjang berjalan kaki pulang ke rumah, saya banyak tertanya-tanya di dalam hati betapa kita ini begitu leka dan tidak bersyukur dengan nikmat beragama Islam yang telah Allah anugerahkan kepada kita sejak kita dilahirkan ke alam dunia.

Di dalam hati saya sepanjang pulang, "Allahu Rabbi.... alhmdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah." Sambil kaki saya sekali-sekala menyepak batu-batu kecil di jalanan dan kedua-dua tangan dimasukkan ke dalam poket jubah putih kiri dan kanan seraya muka menunduk ke arah tanah...

Sehingga saat ini saya masih tetap berfikir sendirian, kisah Sofiyyah ini ialah apa yang saya dengar berlaku di negara Korea yang maju.. bagaimana pula dengan kisah-kisah gelap seperti kisah gadis-gadis Melayu Islam yang menjadi pelacur kelas atasan di negara kita. Sudah tentu banyak juga kisah-kisah gelap yang tidak pernah kita dengar tentang mereka. Sebelum ini saya pernah juga mendengar mengenai kisah-kisah kongsi gelap di negara kita yang dilindungi oleh orang-orang besar.

Allahu Allah, betapa teruknya manusia menjadi hamba wang dan kuasa pada zaman ini... Ya Allah, selamatkanlah kami di dunia dan di akhirat...


SHARE & LIKE PAGE : Rahsia Alam Rumahtangga

Sedap ke sampai kucing pun nak dimakan?


Aktivis haiwan selamatkan lebih 1,000 ekor kucing

CHANGSA, China - Sebuah trak yang membawa lebih 1,000 ekor kucing terlibat dalam nahas di sebatang jalan raya di sini kelmarin.
Kucing itu yang diletakkan dalam sejumlah kurungan kayu akan dijual di restoran-restoran di Guangdong untuk dijadikan makanan.
Kira-kira 50 aktivis haiwan dan sukarelawan kemudian bertindak menyelamatkan kucing tersebut daripada disembelih untuk dijadikan makanan.
Kucing-kucing itu kelihatan lapar semasa para aktivis tersebut melihat haiwan berkenaan.
Para aktivis itu kemudian menghantar kucing tersebut ke sebuah klinik haiwan untuk dirawat. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0116&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2I6uFdOPS 
Hakcipta terpelihara 




Assalamualaikum..
Just nak share citer dlm kosmo ni..
Apa kejadah la nak mkn kucing?
Apa X cukup ke ayam, lembu or kambing ke kat sana smpi kucing pun nak makan?
Diaorg ni dah gile apa?
Sedap ke daging kucing tu?
Ya Allah..
Geli geleman satu badan bila fikirkan ttg ada org mkn daging kucing ni..
:(

4 tahap didikan anak-anak menurut Rasullulah S.A.W


Jom kita rehatkan minda dengan membaca sedikit info..
Kepada ibu bapa & bakal ibu bapa..
Jom kita baca dan praktikkan..
Insyaallah..
Amin..

Pic from --> Young Khalifah

Strawberry Field Cafe



Assalamualaikum..
Last week ada one day ni we had our dinner at Strawberry Field Cafe..
Nak tau ianya terletak dimana?
Ianya terletak di PJ New Town or dgn nama lain PJ State..
Sederet dengan Chatime..

Kalau u all tgk menu dia mmg bnyk giler..
Semua jenis masakan ada, melayu, chinese, western and mcm2 lagi..
Masyaallah..makanan mereka pun kebanyakkannya mmg sedap2 belaka..

Menu diatas adalah Chicken Tenpanyaki with Rice, French Fries & Spaghetti Carbonara..
The Chicken Tenpanyaki mmg tip top..
Cuma time tu rasa dia masin sgt..
Kalau x masin sgt mesti PERFECT!!
Fries biasa je..
Spaghetti Carbonara dia not that good..
Its not that creamy..
Sbb kuah dia mcm berketul and terlebih minyak..
But the taste ok la..
Whatever it is Idlan mmg habiskan carbonara smpi licin..
Hehehe..

Selalu kami mkn kat sini semua sedap2 je..
X tau knp mlm tu mkn semua mcm ada je X kena..
Tukang masak mogok apa?
Haha..
But apa2 pun mmg sebelum dan selepas kejadian ni nad mmg dtg mkn lg kat situ..
Bnyk lagi menu dia yg perlu diterokai..
:D

2013-01-14

Papa John @ Bangsar


Assalamualaikum..
Sabtu lepas, bangun2 je Idlan dr tido dia tanya nad..
"Mummy I want to eat pie"
"What pie do you want?"
"Apple pie..I want apple pie mummy"
Apa kena la anakku ni tiba2 je bangun iminta oie..
X tau mana dia pernah nmpk pie pastu terus terasa nak mkn..
Dalam mimpi ke?
Is it possible?

Mummy & Idlan Shafy

Anyway..disebabkan ketiadaan bahan2 yg cukup..
Nad X dpt nak buat untuk dia..
Masa hubby ajak lunch diluar we think we can find an apple pie for him..
Kalau jumpe la..
X tau mana nak cari..
And no we don't want McDonalds Apple pie..

Zuhrah Carmilla

Memula X tau nak lunch mana..
Xmo jauh2 sbb hubby ada wedding to shoot ptg ni..
Bincang2 last we agree to eat pizza..
Memula ingt nk gi pizza kat PJ New Town / PJ State..
Tapi terasa keboringan plak asyik mkn pizza tu je..
Teringat ada pizza Papa John..
So nad pun search kat tab (guna apps Foursquare & Waze) where is the nearest Papa John outlet yg bukan dlm shopping complex..
Sbb kalau dlm shopping complex mmg X sempat nnt hubby nak balik before asar..
Sabtu mesti ramai org nak shopping kan?
Nak parking pun mesti susah giler..

Papa John's Bangsar Outlet

So jumpe outlet kat Bangsar..
Nasib baik sabtu..
Xde la jem mcm hari2 biasa..
So we all terus ke Bangsar..
Alhamdullilah parking is very easy..
Oh yes..
Di bangsar hari sabtu parking kat luar kena byr juga ye..
Kalau X nnt kena saman..
;)

Empty..Kosong..

Went we went inside..
Kosong..
Mmg only us je their cust..
So terus ke kaunter tuk order..
Tmpt pun Xde la besar mana..
Tapi rasa besar sbb kami je yg mkn disitu..
:)
Our Pizza.. Chicken Super Papa ke Super Chicken Papa nama dia.. X ingt..

The pizza mmg nad suka..
Sbb dough dia mmg lembut sgt and X muak mkn walaupun crust dia tebal..
Kalau mcm Pizza Hut mmg terasa crust tebal dia mkn bnyk2 muak and liat2..
But Papa John's Pizza punya crust mmg best!!
Ada bawa balik rumah yg X habis..
Bila reheat balik pun still very soft..
Idlan & Zuhrah makan pun suka..
Sbb selalu diaorg buang je crust pizza tu..


Entree (Spicy Chicken Wings and Onion Rings), Wedges, Cheese Stick (yg bulat tu), Spaghetti Carbonara Mushroom & Orange F&N..

Onion Rings diaorg ok la..
Nad rasa satu je..
Selebihnya Zuhrah yg makan..
Chicken Wings nad X rasa langsung..
Hubby finished it both..
He said it was good..
The spagetthi nad ada rasa la sikit..
Ok la..
Pernah mkn lg sedap dr tu..
Cream dia pun X bnyk..
Wedges so-so..

Pizza with 2 dippings (Chili Sauce & Butter Sauce)

I'm not a fan of their chili sauce..
Love Life Chili Sauce more..
Butter Sauce is to die for..
But they should kurangkan masin sikit..
That is what nad rasa..

Both Idlan & Zuhrah is enjoying their meal..

Alhamdullilah..

Bila nak balik nad ternampak sign ni kat pintu diaorg..nice one. :D

The conclusion is kami still X dpt belikan Idlan Apple Pie yang dia nak..
Xpe..
Pencarian still on walalupun dah 2 hari berlalu..
Ye la..
Kena ajar dia sikit..
X semua menda dia nak dia bole dpt time2 tu juga..
So be patience my little prince..
Insyaallah ur apple pie will turn out someday..
Just X tau bila..
Hehe..

p/s: Mesti semua tertanya Nad pandai bake, kenapa X bake je tuk Idlan? Hehe..Hari tu ingredients Xde and smpi ke hari ni X beli2 lagi..Xpe la..kalau dah lama sgt nnt nad bake je tuk dia..let him wait dulu.. :D





2013-01-13

Tanda-tanda anda bayi tahun 80-an:

Geisha

Current mood : CALM!!!

Assalamualaikum..
Nak share ngan korang..
Dah lama dlm draft..

Bila terjumpe balik rasa nak share ngan semua..
Teringat balik kenangan masa budak2 lagi..
:D

Tanda-tanda anda bayi tahun 80-an:

kita membesar dgn menonton G-Force,
Transformers, Thundercats,
Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks
n Mickey Mouse.
Not to forget Ninja Turtles, Mask,
Smurfs dan Voltron.

berus gigi time waktu rehat kat skolah
rendah?...hmm, mesti pegang cawan
warna-warni kan. mencangkung kat tepi parit dgn
classmates semua kat seblah...

ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list
dentist appointment.
Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik
sebelah. ada gigi yang
berlubang, kene laa tampal.

ni sure korang igt...program minum susu di skolah.
nak galakkan budak2 time
tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb...

cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris
panjang warna kuning tu. pukul
tapak tangan...kan?

semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen jek
kat kantin.

time skolah menengah, korang sure beli kasut
skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz.
ada yang suka kasut high-cut yang buatan china
tu...ada yang suka stoking
tebal laaa...

internet? email? Menda alah ape tu?

CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr..
Tiket wayang pun 5 inggit je.

kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee ,
Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding
Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die,
'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum,
KIKI Bubble Gum.
tak dilupakan, 'Ti Kam'.
bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la,
Happy Family laa dlm class.

tapi bunyi loceng laa yang paling best skali.
boleh beli aiskrim ngan apek
kat luar skola tuh...

lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan
keje skolah, jom kita
pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan
Tambahan (RMT) mesti kluar awal.

lagi satu yang seronok mase time Pendidikan
Jasmani, PJ. main bola laa,
rounders laa...

permainan kegemaran, main guli, batu seremban,
penutup botol, batang
aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three', 'Police &
Sentry', main kejar2 duduk...

kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. yang
tube aiskrim, ada byk2 color tu.
kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2
die!

lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni
pun kita main dulu ni.
baling2 kapur laa.

hmm...budak2 skarang,
bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu
'We Are the World, We Are the Children...'
dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg
tau,
yg Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...

bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni,
dan ade satu je Vietnam.

AIDS wujud sejak diorg lahir.

CD pun wujud time diorg lahir.

Michael Jackson dah putih dah time tu.

Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu
filem2 baru.

Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk
sebuah komputer.

Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game &
Watch'.

Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih...
dan diorg skarang tak reti nak
switch on TV kalau xde remote control.

dan diorg tak paham macam mane kite boleh
survive dkt universiti tanpa
handphone...

hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:

1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni,
dan korg sure tersenyum

2. kebanyakan member2 skolah menengah kite
dah kawin

3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main
komputer, selamba je

4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah
menengah guna handphone

5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui
telefon lagi setiap hari

6. bile jumpe member lame dari semasa ke
semasa, seronok bile bersembang
pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite
alami mase dulu time kecik2,
nakal2 dulu...

7. last skali, bile dah bace testimonial ni, korang akan
terpikir utk forwardkan dkt member2 lame korg.
Sure diorg suke punye
laa...hehehe

2013-01-12

Supper + Dinner = SupNer



Assalamualaikum..
Hi all..
Semalam nad & family keluar makan ramai2..
(Bukan ssemalam sbb dah masuk 12am dah masa tu)..
We all belum dinner..
And its almost 12 o'clock when we go out..
So jadinya Family Supper + Dinner = Family SupNer
:P

Mula2 Xde siapa ada idea nak makan dimana..
Nad ajak mkn diaorg sejak kul 10pm lg..
Tny nak mkn dimana..
Semua Xde idea..
Last2 masa dah keluar rumah dalam kereta baru boncang nak ke mana..
Ada 2 choices..
Murni Discovery Sunway or Idaman Mutiara Damansara..


Semua Xde jawapan lg walaupun dah smpi simpang jalan..
Last2 tny Idlan..
Idlan said "Murni"
So off to Murni we go..
Hehe..

Masa nak pilih menu pun lama..
Sian mamat yg amik our order..
Lama gila tgg..
Walaupun ada buku menu yg tebal but we all X tau nak mkn  apa..
Hehehe..
But at last setelah almost 10minutes rasanya baru kami selesai amik order..

Mee Utara & Pizza Dragon

Mee Raja, Kueh Tiow Goreng Penang & Roti Hawaii

French Fries, Roti Volcano & Chicken Maryland

Mama ordered Pizza Dragon..
Tukar bnyk kali order mama sbb mama Xmo mkn berat sbb dah lewat malam..
For Idlan & Zuhrah Nad orderkan Mee Raja with telur mata..
Aisyah French Fries &; Roti Volcano..
Nieza Kueh Tiow Goreng Penang..
Jannah Roti Hawaii..
Muaz Chicken Maryland..
Nad order Mee Utara..

Disebabkan semua portion makanan dia mmg bnyk..
Ramai yg X habis mkn..
But tukang habiskannya is MUAZ..
Hehe..
Org tgh membesar mmg mkn bnyk..

Dulu masa muda2 nad yg dipanggil tong sampah family..
Sbb keja nad ialah menghabiskan semua makanan yg family X habis mkn..
But skrg dah X bole lg dah mkn mcm dulu..
Bdn dah tua..
Metabolisma X aktif mcm dulu lg..
Bersukan pun tidak..
Kalau mkn mcm dulu bole membulat terus nad..
Huhu..

Apa2 pun nad bersyukur sbb semua makanan smlm habis..
Dan kami semua balik dengan kekenyangan..
Alhamdullilah..
Amin..
:D

2013-01-11

Tips Untuk Kurus..


Assalamualaikum..
Untuk menguruskan badan..
Apa kata kita cuba tips ni..
Insyaallah it will work..
Amin..
:D

p/s: Sambil2 tu sapu2 la Inchloss banyak2.. :D

Idlan's School & New Tab

Assalamualaikum..
Dah a few days X dapat nak update blog..
Mmg busy sgt2..
Dgn anak masuk sekolah..
And bnyk plak order cake yg tiba2 this week..




Idlan's first day of school is on 9th January 2013..
It is on wednesday..
Mmg masa hantar dia ke sekolah dia ok..
Tapi when we start to go inside the school dia mcm terus SHUT DOWN..
Dia stay in one place..
Org ckp or tny apa pun dia X jawab..
Pastu duk jeling je kat mummy dia kat luar..
Sempat la amik gmbr dia sikit..



But I dont stay there long..
X sampai 10minutes drop Idlan we pun then terus gerak..
Yang kelakarnya masa nak gerak tu Zuhrah Carmilla yg melalak..
"Nak Abang, Nak School" nangis2 Zuhrah Xmo masuk kereta..
Sudah..
Mcm2 la kerenah budak2 ni..

We stay in rhe car but parked a bit far from the school..
Saja nak tgk kerenah Idlan..
Masa they all out for taekwando we saw Idlan guided by his teacher..
Dia nmpk senyap tapi ikut je bila disuruh buat itu dan ini..
Ok la tu maknanya..
Hehe..



Bila Idlan dah ditelenggami oleh budak2 lain we all pun gerak..
Went for a breakfast at Sambal Hijau..
I had Nasi Lemak with boiled egg..
Hubby had rice with chicken and fried anchovies..
After breakfast we went for a light shopping..
We were searching for a ventilator for the kitchen..
Nasib baik dpt..
Tinggal rajin X rajin je hubby nak pasang..
Haha..

At 12 we went back to Idlan's school..
X sabar nak dgr cerita dia..
Masa smpi tu tgk dia tgh main kat playground ngan kwn2 dia..
Dia nmpk je kereta dia terus meluru ke kami..
Sblm keluar pagar tu dia salam teacher dia dulu..
So sweet..

This is some of the question I asked Idlan went he is already in the car..
"How is your school Idlan?"
"Ok"
"Do you like your school?"
"Yes"
"What did you do?"
"I draw with colours"
"What did you draw?"
"Rainbows"
"What else did you do?"
"I played in the playground with my friends"
"What is your friends name?"
"I dont know"
"Do you want to go to school tomorrow?"
"Yes"




Disebabkan dah promise ngan dia if he go to school without tantrum or fuss he will get his own tab like mummy..
Mmg dia ada minta pun from me..
A week before hjs school start he asked me..
"Mummy..if I go to school can you buy me tab?"
Agak extreme budak2 skrg ni punya demand ye..
Hehe..
We went for a tad shopping lepas tu..
Dapat la dia satu tab just for him..
Mmg install educational games dlm tu bnyk2..
Pastu sehari ada limit time dia main tab tu..

Mmg keesokkan harinya dia amat senang ke sekolah..
Termasuk lah hari ni (jumaat)..
Alhamdullilaah..
Amin..

2013-01-08

10 PETUA MENJADI SUAMI MITHALI



1. Isteri adalah manusia
Mereka adalah kaum wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka reda dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira. Namun, jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, emosi mereka mulai berkecamuk dan sering ingin mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi.

2. Dengar pendapat isteri
Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Isu semasa boleh dijadikan sebagai 'ice-breaking'. Kemudian, berbincanglah mengenai hal rumah tangga dan masa depan. Suami boleh bertanyakan pandangan isteri mengenai masalah kerjanya. Malah, isteri tentu berminat hendak mengetahui 'gosip' pejabat selepas seharian berhempas pulas di rumah. Dari situ isteri dapat mengenali karektor rakan pejabat suami secara tidak langsung.

3. Beri pujian kepada isteri
Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur. Memanglah wajar isteri penat jika dia terpaksa bangun pagi seawal lima pagi bagi memastikan semuanya beres demi kemudahan suami dan anak-anak. Kemudian tidur pula paling lewat kerana sibuk menyediakan persiapan untuk esok hari.

4. Menganggap pasangan seperti diri sendiri
Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi lebih-lebih lagi pasangan suami dan isteri. Mengapa selepas berkahwin cinta tidak sehangat sewaktu bercinta. Inilah yang sering diabaikan oleh kebanyakan pasangan. Sedangkan pasangan anda adalah cermin diri anda sendiri. Ke mana juga anda pergi potret wajahnya perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumah tangga akan menjadi bahagia.

5. Ingat tarikh penting
Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa saja apatah lagi daripada orang yang disayangi. Jika suami seorang yang prihatin dan menyayangi isterinya, apalah salahnya jika dia memberikan hadiah kepada isterinya. Hadiah tidak perlu terlalu mahal. Cukup sekadar seutas jam atau sehelai tudung sempena meraikan hari lahir. Jika 'budget' anda tidak mencukupi, sekuntum bunga dan sekeping kad sudah memadai. Hati isteri akan tersentuh dengan pemberian hadiah dan lebih terharu jika anda sempat menulis sepatah dua kata penghargaan di dalamnya seperti "Terima kasih di atas segala pengorbanan sayang selama ini".

6. Penuhi hajat isteri
Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi oleh suami. Jika isteri berhajatkan sebuah mesin basuh atau mesin jahit, suami mungkin terpaksa berfikir dua atau tiga kali sebelum memenuhinya. Bagaimanapun, jika anda tidak berjaya memenuhi hajat isteri untuk masa yang terdekat, simpanlah hajat isteri anda itu dan tunaikanlah apabila anda berpeluang kelak. Bukankah pemberian itu melambangkan anda suami yang amat menghargai pengorbanan isteri?

7. Bantu ringankan tugas isteri
Suami perlu turun padang membantu isteri, jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak, membasuh dan mengemas rumah. Jika anda tidak mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan yang anda masak. Tentu dia berasa gembira dan tersenyum.

8. Isteri bukan pembantu rumah
Kebanyakan suami menganggap kerja rumah adalah tanggungjawab isteri 100 peratus. Walhal dalam Islam sendiri tidak ada hukum yang mengatakan bahawa isteri wajib melakukan kerja rumah. Cuma, ajaran Islam mengatakan wanita berkahwin yang taat dengan suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah suami dengan sebaik akan dijamin masuk syurga. Itu saja. Atas jaminan inilah ramai wanita tidak berkira dengan kerja rumah yang mereka lakukan selama ini.

9. Bawa isteri berehat
Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri adalah suatu kebebasan baginya kerana isteri tidak dapat menghidu apakah yang dilakukan di belakangnya. Kini, anda cuba terbalikkan situasi ini. Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat peranginan yang menarik. Walaupun ia nampak remeh, setiap isteri pasti akan menghargai saat manis itu.

10. Ciuman khas untuk isteri
Cuba anda tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketika dia berehat selepas begitu penat bekerja. Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isteri.

Dipetik dari : Keharmoniaan Rumahtangga Dan Keluarga Muslim
 

2013-01-07

Samsung Note 2 dengan Ber-business Online Sahaja



Assalamualaikum..
Minggu lepas nad belikan hubby Samsung Note 2..
Alhamdullilah rezeki drpd Allah..
Sejak buat business Inchloss & PMCVC ni mmg banyak rezeki masuk..
Dulu nak beli gadjet bole beli untuk diri sendiri je..
Kumpul duit giler2 punya..
Almost a year tuk kumpul duit tuk bei 1 gadget sahaja..
Sekarang ni bole beli je gadget apa yg saya nak..
Siap bole belikan untuk hubby lagi..

Nad bermula jual beauty produk ni sejak setahun lepas..
Semuanya still dibawah naungan Felinna Marketing. atau Felinna Beauty..
Bermula dengan Vitamin C 500mg, 1000mg & PF Vitamin..
Masa tu Inchloss & PMCVC belum keluar lagi..
Sejak menjual barang2 beauty online ni rezeki makin hari makin bertambah..
Tapi yang memang melonjak naik sale ialah semenjak Inchloss & PMCVC dipasarkan..
Rezeki masuk bertalu-talu..
Alhamdullilah..

Dulu nak tolong hubby memang terhad sangat..
Kadang2 tu memang X bole tolong langsung..
Tapi sekarang ni alhamdullillah..
Berkat rezeki yang nad usahakan sendiri nad bole tolong hubby sedikit sebanyak bila hubby x mampu..

Kami bukannya orang senang..
Kadang2 duit cukup2 je tuk menda2 wajib je setiap bulan..
Memang nak dapat lebih tu agak susah..
Hubby banyak bergantung pada jualan kek nad untuk barangan wajib tetapi bukan setiap bulan kena guna..
Like pakaian, entertainment for the kids and so on..
Skrg ni hari2 nad bole bawa anak2 keluar jalan2 and makan2..
Nak melancong atau bercuti bila2 pun bole..
Cuma kami X buat je lagi..
Alhamdullilah...

Sblm ni risau sgt mcm mana nak masukkan anak kami (Idlan Shafy) ke sekolah tadika..
Umur 5tahun dia masih tidak masuk ke sekolah tadika..
Sbb kami mmg X mempunyai duit lebih untuk masukkan dia ke sekolah..
Nak buat bayaran permulaan tu yg mmg X lepas..
Tersangat risau sbb Idlan Shafy memang mempunyai masalah sedikit..
Dia mempunyai Mild Autism..
Takut dengan memasukkan dia ke sekolah lambat (pada umur 6tahun) dia X dpt mengikuti pelajaran dengan laju dengan masalah penyakitnya itu..
Sedangkan anak org lain semua dah bole membaca & menulis..
Skrg happy sgt sbb dah bole masukkan dia tadika..
Doakan Idlan Shafy supaya cepat catchup dengan rakan2 seperjuangan dia..
AMIN..

Nad bersyukur sangat dengan rezeki yang Allah bagi pada nad sekarang..
So nad nak share dengan org2 diluar sana..
Kepada sesiapa yg membaca..
Suri rumah ataupun student..
Siapa2 je la..
Yang nak mencari SIDE INCOME yang lumayan..
Tidak perlu keluar modal pun..
PM nad di FB..
OR Whatsapp terus number nad..
Semua details ada dlm header blog nad diatas..
Terima Kasih..



Status Update in hubby's page..

Tips Menggunakan Inchloss Dengan Berkesan



* Selepas mandi sapu lotion ke tempat bermasalah..pastikan kulit benar2 kering dan sapu inchloss sehingga kering lotion atau meresap ke dalam kulit..

* Setiap kali 30minit selepas makan, terus sapu inchloss, ikut lawan jam,..sapu sehingga kering lotion atau meresap dalam kulit supaya lemak cepat dibakar..

* Rajinkan diri berjalan kemana-mana..perempuan bole pergi window shopping..

* Banyak minum air masak at least 3liter sehari..bukan minum sekaligus..tapi sedikit2 sehingga habis 3liter sehari..

* Selepas mandi malam & sebelum tido satu lagi lotion INCHLOSS ke tmpt bermasalah..pastikan kulit benar2 kering dan sapu INCHLOSS sehingga lotion kering atau meresap ke dalam kulit..esok pagi u all akan rasa senang nak membuang..insyaallah..

* Lotion INCHLOSS selamat bagi ibu menyusu atau mengandung..untuk ibu mengandung jangan sapu diatas perut..hanya sapu ditempat lain selain perut ye..

* Untuk perempuan yg selalu mendapat sengugut juga bole mencuba lotion IINCHLOSS ini..sengugut anda akan hilang..Insyaallah..

* Bole guna juga untuk kanak2 6tahun keatas..tapi bukan untuk kurus tapi guna untuk jadikan mcm vicks..sapu didada sedikit sahaja untuk kanak2 yg batuk2..

* Untuk sesiapa yang kembung2 perut, lenguh2 badan & sakit2 urat juga bole mencuba lotion INCHLOSS ni..Insyaallah mujarab..

Sunday Luncheon with Friends..


Assalamualaikum..
Semalam mmg X plan apa2 pun utk keluar..
Tapi almost afternoon kawan2 add dlm group whatsapp..
So kami chat2..
Last2 diaorg ajak keluar lunch sama2..



They said nak lunch di Thai Corner PJ State/PJ New Town..
Mmg dekat sgt la ngan rumah PJ..
So they set a time 2pm jumpe kat sana..
Lama x keluar ngan diaorg..


So by 230pm semua dah ada di Thai Corner..
Our menu is Rice with Tom Yam, Taufu, Ayam Pandan, Kangkung Belacan, Ikan Masak Tiga Rasa and Telur Dadar..
For dessert Water Chestnut with Jackfruit..
It's a Thai dessert..
Kalu gi mana2 kedai yg masak masakan thai and ada dessert this u should ask..
:D







Mmg awesome sbb tmpt ni mmg masakan dia sedap!!
Selalu dtg mkn goreng2 je..
Kali ni la 1st time mkn nasi berlauk..
Everything has a first timer kan..
;D





1st trip for Idlan to Bowling Center!! HAPPY!!


1st trip to a Bowling Center!! Nervous!!

Senyap je diaorg duduk..bagus!!


Idlan Shafy excited!!





Penat tengok org main bowling..Note 2 daddy jd mangsa..

After that the guys bincang2..
They wanted to play boling in Pyramid..
So off we go..
The girls x main pun..
Some of us go shopping..
Some stayed to watch the guys play..
Me?
Mesti la tgk hubby main sambil jaga anak2..
Hehe..

After that ingtkan nak try main panah..
Tapi sbb ramai sgt and waiting list panjang terpaksa la kami batalkan saja niat tu..
Malas nak tgg lama2..




Last2 kami semua gi window shopping..
Pastu semua berpecah-pecah..
Sbb semua masuk kedai lain2..
When we are alone Zuhrah Carmilla started to sleep..
Sbb x bawa stroller terpaksa la dukung dia sambil window shopping..
Last2 bila dah bebetul X larat kami pun sewa la stoller..
And went for pemanis mulut..


Baru bangun tido..


Lick lick..


Nak tengok jari mana beluk lick lg..

Aaaa..comot daddy..


LAYAN!!


Sedap tul donut ni..

Mulut penuh ngan donut..


Kami lepak kat J Co..
Beli 6 donut..
Kena beli sbb Idlan and Zuhrah mmg giler donut..
We buy yogurt ice cream too..
With 3 possible toppings..
We choose choc chips, strawberry mochi & peaches..
Gambar kena rujuk gmbr di atas ye sbb dah pos dgn gmbr lunch tadi..

Masa lepak2 tu hubby tiba2 bole plak selsema & bersin2..
X tau knp..
Sbb tiba2 je dia bersin2 and selsema mengalir je..
With ambit of blood..
Allergic kat J Co apa?
Sbb sblm dtg situ he is totally fine..
Huhu..




As usual kalau nak balik Zuhrah Carmilla akan ada tantrum bila nak balik..

Hubby said "Jom balik la yang..dah banyak sgt dosa kot I buat today..sbb tu smpi mcm ni..hidung siap berdarah lg..duk tengok pompuan2 bnyk sgt"
Hehe..
Me pun ok je la..
Sian plak tgk asyik tarik je selsema tu..
Sblm tu our friends yang terpisah td call and ajak gi karok..
Booking smpi kul 11pm..
Huiyoo..betul2 karok..
Sorry X dpt nak join guys..
Tadi Zuhrah carmilla tido..
And now we are going home..
Before that we stop by Tako & Cup Bon for some drinks and light snack..
:D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...