2014-05-28

Sakit Ketika Bersalin Lelaki Tidak Mampu Bertahan

Assalamualaikum..
Memang nak cerita tentang sakit bersalin ni memang tak akan tercakap macam mana sakitnya...
Tak tau nak terangkan sakit tu macam mana..
And memang ianya sakit yang paling sakit nad pernah rasa selama nad hidup ni..
Tapi lepas je baby keluar..
Rasa kesakitan tu macam hilang terus..
Rasa lega yang teramat...
Lagi2 bila dapat pegang baby..
What a very wonderful feeling...

Pada nad kesakitan masa nak bersalin memang kesakitan paling kuat didunia..

And kalau anda ialah lelaki anda tidak mungkin dapat merasakannya..
Tapi dengan teknologi sekarang, mesin yang boleh mereplika sakit bersalin telah dibuat dan kaum lelaki boleh rasa juga bagaimana rasa sakitnya wanita semasa hendak bersalin..
Dan mengikut kajian dibawah kaum lelaki hanya boleh bertahan selama 30saat sahaja...
Sedangkan kaum wanita yg mahu bersalin terpaksa menahan sakit itu boleh ranging dari sejam sehingga beberapa hari..

Ada juga wanita yang tidak tahan sakit bersalin kerana daya ketahanan sakit pada mereka sangat rendah..

Sebab tu ada wanita yang tidak mahu bersalin langsung atau selepas bersalin anak pertama je mereka rasa mereka tidak mahu bersalin lagi kerana tidak dapat tahan kesakitan yang teramat..

Pengorbanan seorang wanita memang besar dalam keluarga..
Boleh menahan sakit yang paling sakit didunia..
Dan menjaga bayi yang dilahirkan sehingga besar..
Kepada kaum lelaki, ingat la pengorbanan ibu dan isteri anda..
Jaga dan hargai mereka kerana pengorbanan mereka tidak boleh ditukar ganti..

Jom baca artikel di bawah!!
Menunjukkan eksperimen yang lelaki tidak dapat menahan sakit bersalin..
;)

Sakit Ketika Bersalin Lelaki Tidak Mampu Bertahan
Tiada siapa yang memahami sakit ketika mengandung dan bersalin kecuali wanita itulah hakikatnya
Malah ada yang terpaksa melalui ujian kepayahan ketika bersalin, ada yang bersalin mudah tetapi ramai juga yang melalui pengalaman menakutkan sewaktu bersalin
Bagi membuktikan kesakitan yang dialami oleh kaum wanita semasa bersalin, satu acara bersempena dengan hari ibu telah diadakan di Nanchang, China dan dalam program itu golongan lelaki diberi peluang untuk merasai sendiri bagaimana kaum wanita menghadapi saat-saat kesakitan ketika bersalin
Mengenai program itu, menurut laporan Chinanews, sebuah mesin yang dicipta khas dan kesannya seakan sama seperti kesakitan ketika bersalin membolehkan kaum lelaki merasai sendiri pengalaman bersalin
Hasil daripada ujian yang menggunakan mesin itu, dari jumlah keseluruhan lelaki yang diuji, tempoh yang paling lama bertahan hanyalah 30 saat sahaja
Rata-ratanya lelaki yang mencuba mesin itu seakan tidak percaya bagaimana wanita boleh menghadapi kesakitan ketika bersalin dalam tempoh yang lama, sedangkan mereka sebagai seorang lelaki tidak mampu untuk menahan kesakitan itu
Menariknya, selepas menggunakan mesin itu, salah seorang daripada peserta baru menyedari pengorbanan seorang wanita dalam melahirkan anak dan pengalaman yang dirasai itu membuatkan dia akan lebih menghargai isterinya


Source : sakit ketika bersalin lelaki tidak mampu bertahan http://www.mysumber.com/sakit-ketika-bersalin-lelaki-tidak-mampu-bertahan.html#ixzz32vINSWgk


In anticipation of your valued response,

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...