2017-10-20

VLOG : Cuti Deepavali (18 October 2017)



Cuti Deepavali kali ni daddy ajak naik MRT. Sebab sejak MRT dibuka tak pernah naik lagi. Biasa la, takde masa. Start dengan makan dahulu di Tesco, Mutiara Damansara. Chicken Rice Shop. Sebab hari ni 18 haribulan kami amik offer RM1.40 untuk 1/4 ayam. Murah kot. Mana nak dapat tu. Memang every month ada offer ni. Nad memang selalu bawa the kids setiap 18 haribulan. Kemudian kami naik MRT dari Mutiara Damansara. Parking kereta di Surian Tower. Sebab pada weekend & public holiday diaorang bagi parking kat situ dengan harga RM3/entry. Kalau parking penuh di Curve, Ikea, E-Curve, parking je sini and boleh jalan. Tak jauh pun. Jimat pun jimat sebab per entry. Kami tak plan pun nak ke Bukit Bintang. Bila kami dah tengok map besar baru kami buat keputusan nak ke sana. Untuk 3 orang harga token ke sana RM11.10 untuk perjalanan sehala. Memang berjalan je hari ni. Dari Bukit Bintang MRT terus ke Sungei Wang, then teru ke Berjaya Times Square. Kalau uolls nak tau, kami memang tak bawa stroller. Baby (#EvaQaisara) penat, dukung je. Memang biasa la, dia akan banyak tantrum. Melalak sini sana. Nak buka kasut, baju. Berguling atas lantai. But we survive it all. Alhamdullilah. Dia hanya tido masa kami di Thai Street Food Fest sahaja. Memang masa Nad berjalan sampai record tu semuanya sambil dukung #EvaQaisara yang sedang tidur. Live, Love, Eat & Travel Well, Nadiah Jaapar



In anticipation of your valued response,

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...