2007-07-01

Kisah rumput & orang yang disayangi

Roll

Current mood : ORAIT!!

Assalamualaikum...
Hari ni na nak postkan satu cerita..
mungkin boleh dijadikan ikhtibar utk semua..
Insyaallah...


KISAH RUMPUT DAN ORANG YANG DISAYANGI

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah,ada
seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang
sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang
menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.
Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :


Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang
terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam
mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang
kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin
kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar
kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di
situ dan sambil memandang rumput di depan kamu,
pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke
belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah
rumput yang PALING cantik yang berada di depan
kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.


Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput
yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar
tersebut.


Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil
memandang rumput yang berada di situ, saya
carilah rumput yang paling cantik. Memang ada
banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling
cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil
lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa
pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di
belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak
yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah
berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah
kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu.
sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang
lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga
yang berlalu tidak lagi berulang, Jika kita berselisih faham
dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan
keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun
banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut.
Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa
paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun
nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput
tadi KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh
diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi.
Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan
tulus dan ikhlas.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...