Current mood : HMMMM!!!
Assalamualaikum... Hi all... Hari ni nad keluar ngan hubby... Bukan nak pergi berjalan... Tapi nak gi cari hospital... Nad X made up my mind lagi kat mana nak bersalin...
Nad dah pergi tny kat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)... Nad pilih sana dulu sbb dekat dgn umah... Senang nnt... Yang kerajaan punya... Dah dpt appointment pun... 8 August nnt... Kena buat full checkup kat sana kalau nak bersalin kat sana... Tapi yg nad terkejutnya husband X boleh masuk masa nad tengah bersalin... Dia kata bangunan baru X siap lagi... Bangunan tu siap baru husband dibenarkan masuk masa isteri tengah bersalin... Katanya hubby boleh duduk belakang tirai je...
Tadi memula nad pergi ke Pusat Rawatan Islam.. Kat Jalan Ipoh... Sbb 4 adik nad yg terakhir semuanya mama lahirkan kat sana... Tanya la pasal fees and prosedur dia... Dia suruh gi ke Hospital baru dia kat Jalan Tun Razak... Buat checkup semua kat sana... Kat sini mmg husband boleh masuk sekali masaisteri tgh bersalin... Siap ada disediakan tmpt berwuduk utk suami azankan anak lepas je baby tu dilahirkan...
Lepas tu nad gi Hospital Kuala Lumpur.. Saja tanya kat situ... Mmg dia kata husband X boleh masuk masa isteri bersalin... Aduh... Dah la parking jauh gila... Hubby nad awal² dah X berkenan kat HKL... Dia kata jauh berjalan dr parking ke nagunan tu...
Lepas tu kitaorg singgah Kg Baru... Nak lunch... Kitaorg X lunch lagi... Walaupun dah nak masuk asar... So kitaorg mkn kat kedai yg ada roti tempayan tu... Tapi petang² roti tu Xde... Kedai tu jual kuih muih kat situ... Pergi situ sbb hubby nak mkn nasi bubur... tengok kedai nasi bubur yg kitaorg selalu pergi X buka lagi... Diaorg baru bersiap nak buka kedai... Kedai tu je yg hubby nad tengok dah buka nasi bubur dia... Nad plak makan mee sup kat situ... Sedap gak mee sup dia...
Biasa la... Lepas tu nak balik ke PJ jam... Waktu habis pejabat la katakan... Nad suruh hubby singgahPPUM... Nad kata nad nak tanya kat prvate punya UM hospital kat situ... Nama dia UM Specialist Center (UMSC)... Tmpt dia mmg lawa... Sedap mata memandang... Tapi yg ni mahal gila... Paling kurang RM3000 harga utk bersalin je... Bersalin biasa... Bukan operation... Kalau operation RM5000... Aduh... Mahal sungguh... Tapi boleh pilih nak doktor siapa... And hubby pun boleh masuk.. X nak la nad... Mahal sgt...
Skrg ni nad X tau nak gi mana... Dlm kepala ada 2 choice... PPUM sbb dia dekat ngan umah... Tapi hubby X leh masuk... And murah la sbb kerajaan punya... Or Hospital Pusrawi... Jauh dr umah... Hubby boleh masuk... And mahal sikit... Hmmm... Desicion..desicion... Nad kena fikir bebetul sblm 8 August ni... Sbb kalau nad pilih UM nad kena gi appoinment dia... Mana satu eh??
|
No comments:
Post a Comment