2007-09-01

Jangan makan kobis bulat..

Sushi

Current mood : OK!!!

Assalamualaikum..
I received this in my mail and i wanted to share with all of you..
Terpulang pada individu yg membaca utk percaya atau tidak..
:D

Assalamualaikum wbt semua muslimin

Kubis bulat memang digemari ramai di Malaysia ini.
Jikalau hendak melihat buktinya, tunggu sahaja di
pintu keluar pasar, perhatikan bakul membeli belah dan
perhatikanlah sayur kubis yang dibeli. Kubis murah
harganya dan tahan lama. Satu lagi cara untuk melihat
betapa orang Malaysia amat gemar dengan sayur kubis
ini ialah dengan melihat sayur yang dihidangkan
direstoran atau gerai makan, pastinya kubis menjadi
salah satu hidangan disitu. Kubis juga menjadi
komponen utama dalam "coleslaw" di KFC dan juga
kandungan utama burger dan kebab. Siapa yang suka
makan lontong, kalau tidak ada kubis dalam sayurnya,
maka itu bukan lontonglah. Pendek kata kubis digunakan
dipelbagai masakan.

Satu ketika sewaktu makan di sebuah restoran yang
kerap saya kunjungi, saya memerhatikan seorang
perempuan pelayan restoran tersebut sedang enak makan
tengahari dengan berulamkan kubis rebus bercecahkan
sambal belacan. Sungguh berselera perempuan ini
menghabiskan makanannya. Perempuan ini sudah
berkahwin. Saya memandangnya dengan penuh sayu dan
sedih kerana memikirkan akibat dari memakan sayur
kubis tersebut. Kemudian saya terpandang seorang
pelayan lelaki berasal dari Indonesia yang saya kenal.
Saya bertanya kepada pelayan lelaki ini "Mat engkau
makan kubis tak?".

Mat menjawab "Saya tak makan".

Saya bertanya lagi "Kenapa tak makan kubis, bukankah
kawan engkau tu sedang enak makan sayur kubis?"

"Bapa saya tak bagi makan kubis" jawab Mat ringkas.

"Kenapa bapa engkau tak bagi makan kubis?" saya
menyambung soalan.

"Entah, saya pun tak tahu tapi saya ikut saja cakap
bapa saya" Mat menyambung perbualan.

Dari perbualan ringkas saya dengan Mat iaitu seorang
pelayan di restoran yang berasal dari Indonesia, dapat
saya rumuskan bahawa masih ada segelintir manusia di
Malaysia ini yang masih mengamalkan petua orang tua
agar tidak makan kubis. Namun apa yang saya sedih
ialah Mat ini tidak tahu apa kesan kalau makan kubis
ini. Dari penyelidikan ke atas para pelajar saya,
memang sah tidak sampai 2% dari mereka ini yang tidak
makan kubis. Majoriti memang suka makan kubis dan
setengahnya sangat suka kubis dan ada pula yang setiap
hari hanya makan sayur kubis, subhanallah.

Apakah sebenarnya kesan apabila manusia memakan kubis?
Jawapannya adalah SEKIRANYA SESEORANG MAKAN KUBIS, IA
AKAN MENYEBABKAN KEPUTIHAN KELUAR DARI KEMALUANNYA.
Apabila disebut sahaja keputihan ramai orang perempuan
memang tahu apa bendanya kerana kini ia menjadi
masalah yang lumrah pada kebanyakan perempuan samaada
anak dara atau yang sudah berkahwin. Fakta ini diakui
oleh seorang doktor wanita pakar sakit puan yang
dipanggil untuk membincangkan masalah sakit puan di
TV3 satu masa dahulu. Doktor perempuan pakar sakit
puan ini berkata "Penyakit keputihan adalah penyakit
normal yang dihidapi oleh orang perempuan. Ia hanya
akan mendatangkan masalah apabila kuantiti keputihan
yang dikeluarkan ini terlalu banyak hingga menyebabkan
secondary infection". Dari kenyataan doktor perempuan
ini, apa yang dapat disimpulkan di sini ialah bahawa
doktor perempuan ini juga mengalami masalah keputihan.

Keputihan yang keluar dari kemaluan perempuan ini
sememangnya mendatangkan pelbagai masalah. Keputihan
ini menyebabkan bau yang amat tidak menyenangkan
kepada wanita itu sendiri mahupun kepada sang suami.
Sekiranya kuantiti keputihan yang dikeluarkan adalah
banyak, ia bakal mengundang jangkitan penyakit lain
seperti gatal yang amat sangat. Ini adalah disebabkan
keputihan ini sebenarnya adalah protin yang
dikeluarkan dari dinding kemaluan perempuan akibat
dari memakan kubis ini. Protin keputihan ini adalah
satu medium yang amat digemari oleh mikro organisma
seperti kulat dan bakteria. Kedudukan keputihan yang
dikeluarkan melalui kemaluan ini begitu tersorok dan
sangat lembap dan faktor-faktor ini semua mengundang
kulat dan bakteria untuk tumbuh di atasnya yang
seterusnya menyebabkan kegatalan yang serius.

Kebanyakan para doktor termasuk doktor perempuan pakar
sakit puan yang di panggil TV3 di atas tidak
mengetahui tentang punca penyakit keputihan pada orang
perempuan. Bila orang perempuan berjumpa doktor untuk
rawatan masalah keputihan, doktor akan memberikan
berbagai ubat termasuk krim untuk disapukan di
kemaluan, namun semua ini tidak membantu kerana
kemaluan terus mengeluarkan keputihan. Perempuan yang
sudah mengalami kegatalan disebabkan keputihan ini
seterusnya akan menghadapi masalah kegatalan yang amat
serius apabila mereka makan udang, ketam, sotong atau
kerang. Masalah kegatalan ini menyebabkan masalah yang
lebih rumit lagi iaitu seorang isteri tidak mampu atau
minat untuk melayan suami dan ini pastinya mengundang
rantaian masalah lain.

Masalah keputihan yang serius juga sebenarnya
mengundang satu lagi masalah yang lebih rumit iaitu
MIGRAIN di bahagian tertentu kepala. Masalah keputihan
peringkat serius ini sebenarnya mengakibatkan kemaluan
jadi amat tidak selesa dan seakan-akan berdenyut. Gigi
kalau sakit, kepala juga sakit. Kalau badan demam,
kepala pun sakit. Dengan kaedah yang sama ini, bila
kemaluan wanita meragam ia mengakibatkan migrain.
Perempuan yang migrain ini kalau sudah berkahwin,
bayangkanlah bagaimana mereka hendak melayan suami
serta menguruskan rumah tangga dan anak-anak.

Satu perkara yang para isteri perlu mengetahuinya
ialah keputihan ini menghilangkan nafsu suami ketika
ingin bersama kerana baunya yang tidak selesa serta
kesan lain yang agak memalukan untuk diceritakan di
sini. Cukuplah dengan perkataan bahawa suami akan loya
selepas bersama isteri apabila melihat kemaluannya.

Begitu sekali parahnya akibat memakan kubis. Cara
mencegah keputihan amat mudah, iaitu JANGAN MAKAN
KUBIS ATAU KUAH YANG MENGANDUNGI KUBIS.

Adakah keputihan menyebabkan keputihan kepada kaum
wanita sahaja? Jawapannya ialah keputihan juga
menyerang kaum lelaki. Kanak-kanak lelaki yang suka
makan kubis apabila bersunat akan mengalami masalah
BUTA pada kemaluannya. Buta kemaluan ialah satu kes di
mana selaput kulit yang bakal di potong sewaktu
bersunat melekat kepada bahagian kepala kemaluan
lelaki dan bahan yang menjadi pelekat ini ialah
keputihan.

Jikalau pada wanita, keputihan dikeluarkan pada
dinding vagina, keputihan pada lelaki dikeluarkan di
sekitar pangkal kepala kemaluan. Inilah antara hikmah
Allah menggalakkan lelaki bersunat agar lebih mudah
bagi mereka untuk membersihkan kemaluan dari
keputihan. Kini orang bukan Islam juga gemar bersunat
dengan alasan yang sama. Keputihan pada lelaki
mengakibatkan bau amat busuk setiap kali membuka
seluar dalam. Seluar dalam juga kotor di bahagian
kemaluan akibat keputihan ini akan menjadi daki yang
berwarna hitam.

Selain dari masalah yang telah dinyatakan di atas,
keputihan juga menyebabkan kulit menjadi kering dan
mengakibatkan sukar menambah berat. Ini dapat
dijelaskan dengan mudah kerana sebagaimana telah
dijelaskan di atas, keputihan adalah protein. Begitu
juga putih telur adalah kaya protein dan warnanya juga
adalah putih. Protein yang disingkirkan melalui
kemaluan ini sebenarnya amat diperlukan oleh tubuh
tetapi akibat memakan kubis, protein ini dikeluarkan
sebagai keputihan. Jadi walaupun seseorang banyak
makan sumber berprotein, akibat mengambil kubis,
protein mustahak ini dikeluarkan dari tubuh sebagai
keputihan dan alangkah membazirnya proses ini.

2 comments:

Anonymous said...

makan tomato lg best.... bole buat jus.... ;-)

p.s. so, nad sekarang dh tak mkn kobes la nie???? :-)

Nadiah Jaapar said...

tomato cheery tu yg best mkn mcm tu je.. ;)

p/s: a ah..mama pun dah X beli kobis dah.. ;P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...