2007-10-06

Mandi..

Bubble Bath

Current mood : OK!!!

Assalamualaikum..
Lepas ni jangan la malas mandi..
Mandi ni utk kesihatan..
:D


Mandi

KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja
bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi
menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem
kekebalan tubuh.

Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine
menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah
jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar
13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam
air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

Mengeluarkan racun:
Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang
yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu
menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu
menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan
ialah selama 10 hingga 20 minit. tepat. Suhu yang dianjurkan ialah
sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius. Mandi air sejuk sangat baik
untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan
tingkat gula darah.

Jangkitan kulit:
Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi
dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian.
Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan mambahkan
soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10
hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala:
Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit
kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas
secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian
tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon.
selepas basuh dengan air sejuk. Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia: Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda
yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki
sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,
pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

Pesanan:-
Tolong forwardkan e-mail ini.......kalau ramai org dpt baca artikel
ni....lg bagus kan ? Byk saham kita kt akhirat esok, kalau kita
sebar2kan ilmu dan ilmu tu pula merupakan ilmu yg bermanfaat.

Tidak ada ape yg dpt tolong kita diakhirat nnti melainkan 3 perkara
1) anak yg soleh yg mendoakan kedua ibu bapanya
2) sedekah amal jariah
3) ilmu yg bermanfaat

Moga-moga kita semua bahagia hendaknya dgn amal mulia kita ini,
InsyaAllah.


pregnancy calendar

3 comments:

Shaira Nadiah MJ said...

Yup mandi best kan? Huhu :p

Anonymous said...

mandi berdua dgn suami/isteri lg best.... hehehe ;-)

p.s. ingat tak ader lagu masa dulu, nyanyian andrian, tajuk lagu tue, mandi.... hehehe

Nadiah Jaapar said...

shaira --> mesti la best..sejak preggy everytime nak solat je nad mesti mandi dulu..rasa bdn sedap & segar sgt..kalau Xde kat umah nad X mandi la.. :P

uda --> isyk uda ni..itu je yg dia tahu..hahaha.. :P

p/s: andrian tu sapa?? nad X kenal la uda.. :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...