2007-10-20

My Raya Week..

How Are You?

Current mood : GREAT!!!

Assalamualaikum..
Mcm mana cuti raya korang??
Seronok X??
Me??
Seronok sgt..
Come let's hear about my raya week..
:D


13 Oct 2007



Raya pertama..
Nad & family beraya di rumah..
Disebabkan kitaorg semua lewat bangun..
Kitaorg breakfast sesama pun lewat..
But yang lelaki semuanya sempat ke masjid utk solat hari raya..

Breakfast raya kitaorg apa lagi..
Ketupar, lemang, rendang ayam, sayur lodeh, sambal udang & sotong & dodol..
Dan juga kuih² raya yg dibuat & dibeli..
Mmg seronok la makan satu family..
Tengah hari busu nadim & pak ngah hamdan dtg beraya kat umah..
Lepas tu baru kitaorg mula berkemas..
Dari depan ke dapur..



Kitaorg berkemas sbb nak balik kampung..
Semua lauk² dan ketupat, lemang dibungkuskan utk diberi kepada jiran²..
Ye la..
Kalau simpan pun Xde sapa duk umah yg mkn..
Semua balik kampung..

Tahun ni hubby & nad beraya di Melaka dulu..
Lepas tu baru la nad & hubby beraya di Perak..
Tahun lepas mmg nad X beraya pun kat Melaka..
So tahun ni ialah pertama kali nad & hubby beraya di Melaka..
:D


14 Oct 2007



Raya kedua..
Mmg X duduk umah..
Maksud nad umah busu..
Selalunya hotel kitaorg dia Melaka ialah umah busu zainah..
Sejak pagi kitaorg dah mula bersiap..
Nak keluar utk beraya umah sedara mara..
Apa lagi kalau X pergi ke umah adik beradik & pakcik/makcik abah..
Mmg penat la..

Mlm tu plak my mother in law call..
Dipesannya belacan & cencalok..
Kitaorg terkejut la..
Mana nak cari belacan & cencalok memalam ni..
Org masih cuti raya..



Busu zainah suruh kitaorg ke Umbai utk cari cencalok & belacan..
Nad & hubby ditemani oleh ibai & sepupu (fuad) utk ke Umbai..
Ye la..
Kitaorg X tau jalan ke sana..
:P

Sampai sana mmg kedai X tutup..
Tempat pelancong dtg la katakan..
Kedai ikan bakar pun dibuka juga..
Kitaorg lepas beli cencalok & belacan apa lagi..
Melantak la kat situ..
Memula mmg order seekor ikan je..
But rasa..
Tapi bila dah habis terasa nak mkn lagi..
Tambah lagi order seekor ikan..
Mmg sedap betul ikan dia..
Fresh..
Isi bebetul lembut..
:D



Hajat nad nak makan ikan bakar kat Umbai tercapai juga akhirnya..
Dah berbulan nad terasa nak mkn kat situ..
Tapi hubby mana ada masa nak amik cuti utk bawa nad berjalan ke Melaka..
Alhamdullilah ada jga rezeki nad mlm tu..
;D


15 Oct 2007

Raya ketiga..
Selepas subuh je nad & hubby bersiap-siap..
Hubby ajak balik ke Perak pagi itu juga..
Raya umah sedara kat Melaka X habis lagi..
Mama & abah pun balik ke PJ raya keempat..
Kata mama hari ni dia nak habiskan semua umah sedara..
Nampaknya nad & hubby X dpt la ikut..

Kekira kul 7am nad & hubby dah bertolak utk ke Perak..
Jln X jam & X bnyk kereta
Smooth je..
Ye la..
Pagi² siapa yg nak keluar..
On the way tu kitaorg stop sekali je..
Dekat R&R Rawang..
Kitaorg stop pun utk isi minyak & nad perlu ke toilet..
:P

Sampai je kampung hubby terus berjumpe dgn atuk & opah dahulu..
Atuk skrg X boleh berjalan..
Cuma berbaring atas katil sepanjang masa..
Disebabkan mak ada jadi mak yg jaga atuk..
Opah masih bole berjalan..
Tapi perlahan-lahan..
Dan perlukan bantuan..
Selepas berbual-bual nad & hubby ke umah paksu hubby..
Umah paksu tu cuma belakang umah atuk & opah..
Nad & hubby tido sebentar..
Penat tu duduk dlm kereta je..
Pinggang nad pun sakit²..

Mlm lepas marghrib nad & hubby keluar beraya ke umah pakcik/makcik hubby..
Sekali jalan dgn mak & abah..
Masa tu hubby perasan yg kaki nad membengkak..
Mmg sejak ptg tadi kaki nad dah mula bengkang..
Nad dgr org kata kalau kaki org pregnant bengkak maknyanya X lama lagi akan bersalin..
Mmg nad pakai selipar pun setengah je kaki nad muat masuk..
Bukan bengkak kaki je..
Nad punya perut pun sakit X terhingga..
X bole nak bergerak sgt..
Bergerak pun slow je..

Bila balik ke umah paksu terus hubby suruh nad tido..
Ye la..
Nad pun dah X tahan sakit..
Hubby risau je..
Mana tau tetiba terberanak kat situ..
Hehehe..


16 Oct 2007



Raya keempat..
Hari ni pun X bnyk berjalan..
Kaki nad X bengkak mcm smlm..
But sakit perut nad mmg X hilang..
Berjalan pun slow je..
Tapi keluar gak tengah hari tu..
Ke umah kawan hubby..

Tapi selepas je balik dr umah kwn hubby nad mula rasa mabuk² nak muntah..
Rasa nak pitam..
Hubby terus papah masuk ke bilik..
Suruh nad tido..
Nad tido sampai ke waktu asar..
Nasib baik la musafir..
Bole jamak qasar..
Mlm tu nad rasa ok sikit..
Gi umah sedara hubby lagi..


17 Oct 2007

Raya kelima..
Hubby kata nak balik PJ..
Katanya X berani tunggu lama²..
Sbb nad selalu sakit²..
Kalau ada kat umah lagi senang..
Sakit bole terus ke hospital..

Memula hubby ingat nak balik mlm..
Tapi X jadi sbb salah seorg sedara hubby nak tumpang utk ke PJ..
Jadi kitaorg terpaksa balik ptg tu gak..
Petang tu kitaorg bertolak kekira kul 6:30pm..

Kali ni mmg banyak sgt kereta..
Jam..
Jln pun bnyk berhenti..
X bole nak speed langsung..
Bawa pun dlm 60km/h je..
Agaknya sbb ramai org mula balik ke KL hari ni..

Nad & hubby sampai umah ntah kul brapa..
Nad mmg X tgk jam..
Bdn bebetul penat..
Adn perut bebetul sakit..
Pinggang, kaki nad semua lenguh²..
Ye la perjalanan jauh kena duduk je dlm kereta..
Sampai uamh terus nad tido..


18 Oct 2007



Raya keenam..
Nad bangun pagi hari ni bdn rasa segar..
Ye la..
Tido je sepanjang mlm..
Hubby nak bawa nad keluar..
Katanya nak bawa nad tgk wayang..
Hubby nak tgk cerita 'Otai'..

Dlm kul 11am tu kitaorg bertolak keluar dr umah ke Cineleisure..
Citer 'Otai' mula kul 11:30am..
Beli tiket sbb lepas tu kitaorg nak ke umah mak..
Nak hantar belacan & cencalok..
Masa kat Perak terlupa nak bagi kat mak..

Lepas habis wayang nad & hubby berjalan² dekat Curve..
And hubby ajak mkn kat Secret Recipe..
Nad order ice lemon tea with chocolate indulgence..
Hubby plak ice belnded mix fruits & rasberry cheese cake..
Lepas tu baru la kitaorg ke umah mak..
Duk situ sampai la selepas asar..

Lepas ke umah mak..
Ptg tu kitaorg singgah di Jusco OU..
Saja nak beli brg² baby..
Bnyk lagi yg nad X beli..
So beli la brg sikit²..
And hubby ajak mkn..
Katanya lapar..
Satu hari tu masuk cake je..
Xde masuk makanan berat..

So kitaorg singgah la food court Jusco kat bawah sekali..
Hubby makan mee hoon curry..
Nad plak mee bandung..
Lepas tu kitaorg solat marghrib kat situ..
Baru la kitaorg balik..


19 Oct 2007



Raya ketujuh..
Hari ni plak kawan inara, nieza, ecah & jannah nak dtg ke umah..
So kena la masak banyak sikit..
Tapi dah mula masak sejak smlm..
Hari ni cuma tambah sikit² je..
Masak nasi bubur, nasi impit with rendang & kuah kacang, mee hailam & sup tulang..
Desert plak fruit salad, jagung, sagu with santan & air gula & pudding kastard..
And of coz ada kuih² raya..
Air plak air punch with nata de coco..



Ramai gak kekawan bebudak ni dtg umah..
Lepas satu-satu..
Dah jadi mcm open house plak..
Org sentiasa dtg je..
Tapi sebenarnya bukan..
Oepn house mungkin kitaorg akan buat awal bulan november..
But tarikh X ditentukan lagi..
Nnt dah ditentukan baru nad akan jemput semua org..
:D


20 Oct 2007



Raya kelapan..
Hari ni hari bersejarah inara..
Kimi bawa family dia utk masuk merisik & bertunang sekaligus..
Dr smlm umah mmg busy sgt..
Dah la smlm kekawan bebudak ni dtg..
Hari ni org luar plak nak dtg merisik/bertunang..
Mmg penat la..
Dah la nad sejak pagi tadi mmg sakit sgt perut..
Mmg jln slow sgt..
X bole berdiri lama sgt..
Nad buat kerja pun bnyk duduk..
X bole nak berjalan laju sikit..
:(



Dr pagi mmg nad buat kerja² yg membolehkan nad duduk..
Kalau X mmg nad pas kan kat adik² nad..
X larat la nak buat kalau terpaksa berdiri & berjalan bnyk..
Lepas zohor keluar kimi sampai umah..
Selepas bincang² diaorg semua nak buat majlis pada bulan mac tahun 2008..
Cuma tarikh X ditetapkan..
Sbb X tau bilanya cuti sekolah..



Lepas tu majlis mkn² la..
Apa lagi..
Hari ni plak masak nasi bubur, mee bandung, nasi impit with kuah kacang & sup, ayam & udang goreng..
Desert pengat, jagung, sagu with santan & air gula & pudding kastard..
Mcm smlm..
Hehehe..
Air kali ni sirap ice cream soda with biji selasih & teh 'o' panas..



Pihak kimi bagi 5 dulang hantaran..
Chocolate moist cake, kain, kain baju utk nikah, cincin & buah-buahan..
Kitaorg plak balas dgn 7 dulang..
Black forest cake, chocolate & gula², kain pelekat, potpuri & sabun, buku² agama & buah-buahan..
Hehehe..



Fuh..
Mmg penat la..
2 hari berturut org dtg umah..
Nad plak dgn sakit perutnya X sudah²..
Tapi alhamdllilah semuanya berjalan dgn lancar..
Inara skrg dah jadi tunang org..
;D


pregnancy calendar

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...