2007-08-29

Hakikat Pernikahan..

Wedding Cake

Current mood : OK!!!

Assalamualaikum..
Hari ni nad nak berkongsi dgn semua org apa nad dpt dlm email..
Baca la..
Insyaallah dpt membimbing kita..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari hakikat pernikahan..
Hakikat yang seperti apakah yang paling membahagiakan?
Cuba kita lihat...
Dan manakah pilihan kita???


a) Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEX..
Maka pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan.

b) Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA..
Maka pasangan bakal bubar jika bangkrup.

c) Jika hakikat pernikahan adalah kerana KECANTIKAN..
Pasangan bakal lari jika rambut mula beruban dan muka keripot atau badan
jadi gendut.

d) Jika hakikat pernikahan adalah kerana ZURIAT..
Maka pasangan akan cari alasan untuk pergi jika pasangan tidak dapat memberi anak.

e) Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPERIBADIAN..
Pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.

f) Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA..
Hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik..
lagi pula manusia yang dicintai pasti MATI / PERGI.

g) Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH..
Sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhlukNYA..
Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya..
Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali
jika pasangan mendurhakai ALLAH.


Kalau rajin..
Tolong sebarkan petunjuk ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain..
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
Insyaallah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...