2013-09-07

Soalan dijawab dengan soalan & Joe Ipoh Nikah..CONGRATULATION!!

Assalamualaikum..
Semalam lepas solat jumaat selalunya kami sekeluarga akan balik ke rumah PJ..
Dah biasa macam tu..
Kalau dia ada job or jumpe client semuanya akan dilakukan selepas kami balik ke PJ...
Pagi semalam hubby ingatkan nad yang kawan dia, Joe Ipoh nikah..
So dia suruh siapkan baju dia..
Maksudnya shirt dia digosok sebelum dia pulang dari solat jumaat..
Nad ok je..
And in my mind was kami akan dihantar balik ke PJ dulu sebelum hubby gi majlis pernikahan Joe...


So nad pun siap-siapkan la semua...
The kids semua siap mandi & tukar baju..

Lepas tu nad sendiri bersiap la...
Nad pakai baju untuk keluar...
Pakai long skirt..
Hubby balik dari solat jumaat, tengok dia macam terperanjat...


Hubby tanya "Eh...you nak kemana? You & budak-budak nak ikut tengok Joe nikah ke?"
Nad pelik and tanya balik "Eh.. Kita tak balik PJ ke?"
Hubby tanya lagi "Eh..tak tau. You tak nak balik PJ ke?"
Nad tengok hubby dengan pelik and jawab and tanya soalan lagi "Kan biasa balik PJ lepas solat jumaat then baru you gi wedding or apa-apa la. Kali ni tak balik ke?"

Hubby pun jawab la "Ingat nak balik malam. Sebab malam ni roy buat open house. Rumah dia dekat belakang ni je. Kalau you tak nak pergi kita balik PJ je sekarang"
Nad pun jawab la "Haaa..cakap la awal-awal. Mana la I tau ada open house."
Hubby cakap lagi "Nanti you siap-siap la. Joe nikah sebelum asar. Nanti I balik boleh terus ke rumah Roy lepas marghrib"

I just nodded.

Hehe..
Apa nad cuba nak sampaikan sini ni la contoh conversation yang tanya soalan & akan dapat soalan balik..
Bukannya dapat jawapan..
Selalunya bila tanya soalan dapat la jawapan..
But yang ni soalan ditanya tapi soalan lain yang dia dapat..


Ada juga kawan-kawan cakap pasal menda ni..
Sebab sometimes ianya boleh buat kedua pihak itu bergaduh tanpa sebab..
Selalunya akan terjadi bila satu pihak atau kedua pihak yang bercakap tu assume something akan terjadi seperti macam apa yang dia fikirkan..
So kita kena ingat yang setiap orang berfikir tak sama..
And especially bila ada pihak tak bagitau sepenuhnya apa yang dia fikirkan...

Or ada pihak yang hold information..

So seperti contoh diatas nak cakap nad salah boleh juga sebab nad tak jawab soalan yang mula-mula hubby tanya...
Nad tak bagitau apa yang nad fikirkan & nad assume yang menda akan jadi seperti biasa...
But boleh juga kata yang nad tak salah & hubby salah..
Kalau hubby tak hold information yang dia nak ke open house Roy and dia tak assume yang nad tau semuanya apa dia fikirkan..

Well kat sini sebenarnya kedua pihak pun salah...
:)


Macam kita jawab soalan exam..
Semua soalan kita kena bagi jawapannya..
Bukannya kita tanya balik soalan dalam paper tu..
Kalau kita tanya pun kita tak akan dapat jawapannya..
Kecuali telur..
:P


Well next time orang tanya soalan jawab la dengan jawapan..
Bukan jawab dengan soalan ye...
And assuming is not a good thing..
We could be wrong..
.
Nasihat kepada diri nad sendiri..
Insyaallah..
Amin..



From hubby's Instagram



Oh yes...
Joe yang kami cakap diatas ialah Joe Ipoh aka Johary Fitri..
One of hubby's friend yang selalu gi skate sama-sama..
Siapa tak kenal Joe Ipoh and dalam bidang skating memang bukan skaters la...
He 's the LEGEND!!

Especially masa nad muda & sekolah dulu...
:D


Alhamdullilah dan tahniah nad ucapkan kepada Joe Ipoh..
Akhirnya Joe Ipoh mengakhiri zaman bujang dia...
Harap berkekalan sehingga akhir hayat...
AMIN...
Nanti video dia hubby dah siapkan nad akan upload..
Insyaallah..
Bawah ni ada few gambar dia yang hubby nad snap..

And video juga...


Photo Credited to Shutterclick Photography
Photo Credited to Shutterclick Photography

Photo Credited to Shutterclick Photography

Photo Credited to Shutterclick Photography




Kalau tak boleh view video ni disini jom klik link ni --> http://www.youtube.com/watch?v=ubAxmnOU8b4
Or go to MrShutterclick YouTube Channel..


In anticipation of your valued response,

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...